Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

JB Solo Trip - Skyscape

Sunday, 8 December 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Aku dah pulang dari my 2 days short trip. Not exactly vacation, tapi more like stay-cation. Plan last minute sebab seketul Salbiah dah setahun lebih tak pergi bercuti. Pergi mana? Johor Bahru je u olls. Nak pergi oversea malas nak renew passport. Pastu kedekut cuti. Motif simpan cuti banyak-banyak? Entah keje lagi kat sana ke tidak tahun depan pun tak tentu lagi.


Part yang aku tak suka travel solo - time flight nak take off takde orang nak tenangkan aku. Aku actually gayat, pastu senang terkejut. Yang pernah terbang dengan aku taulah aku punya kumat-kamit mulut baca doa cmane. Bunyi tayar mendarat pun buat aku tersentak.



Tapi yang bestnya travel solo ni adalah aku boleh pergi mana-mana ikut suka aku. So aku decide lepas makan nak pergi Skyscape. Mulal-mula aku ingat dalam Komtar JB (Ya, bukan Penang je ada Komtaq, Johor pun ada na..), tapi rupanya di Menara JLand.  Tapi kalau korang datang sini drive sendiri boleh je parking kat Komtar tu pastu jalan sikit tak sampai 100 meter. Aku naik Grab je. Grab kat JB convenience. Tak tunggu lama.

Harga tiket RM28. Kena beli stokin RM5. Tak beli tak boleh. So total lost RM33. Nak naik Skyscape ni ada time slot. Lepas tu tengok cuaca jugak. If hujan rugilah, sebab tak dapat keluar ke skybridge tu. So, tengok cuaca dulu. Bagpack aku tinggalkan di kaunter dan akan ada staf yang akan guide kita naik. Masa aku naik ni join sekumpulan tourist bangsa Cina tapi berkomunikasi sesama sendiri in English dan tak faham bahasa Melayu. Entahlah diorang dari mana. Kalau Mak aku confirm dah tanya tapi aku bukanlah manusia peramah. Haha. Lantak koranglah.

 Tak tinggi mana pun, tingkat 34 je. Puih berlagak betul aku

 Ni mintak fellow tourist yang amikkan. Terbaik diorang semua beralih tak nak kacau gambar aku.
Berlatarbelakangkan Selat Tebrau you olls. Boleh nampak sampai ke Singapura dari sini. 

Aku lebih seram part angin. Taulah aku ni 40 kg je. Kot ditiup angin tau-tau dah sampai Legoland

Ikutkan satu slot tu boleh spend 10 minit je kat atas ni tapi sebab takde tourist lain, lama jugak group kitorang kat atas skybridge berlantaikan kaca tu. Masa mula-mula nak berdiri atas tu je seram, bila dah lama-lama tak rasa apa dah. 


Dah bosan menguji kegayatan atas lantai kaca, kita move on ke bilik sebelah. Ada kawasan lapang berhias cantik siap ada aircond lagi if u olls nak tengok overview bandar JB. Group tourist tadi aku tinggalkan sebab diorang masih sakan bergambar.


Takde orang kacau so kita selfie sesuka hati. Lubang hidung simpan sikit please

Takde apa sangat pun nak buat kat sini. Tiba-tiba dah exit. So tak tau nak rekemen ke tidak kat korang. Kang aku rekemen pastu korang kata tak best dah aku kena kecam pulak. As for me yang dah pernah banyak kali turun JB, logiklah aku datang sini. Nak pergi theme park rasa macam sendu pergi sorang. Aku nak play tourist, so kat sini takde orang nak kacau aku. Malas jugak kalau terserempak orang kita kenal. JB ni ramai sedara-mara dan kawan-kawan aku.

OKlah, thanks for reading. Love you olls!
Read More

Bukan blog bola sepak

Wednesday, 17 February 2016

Perhatian : Entry ini sangat football overload! Hanya baca tiga perenggan pertama kalau korang tak nak masalah ketidakhadaman dan pening lalat.

Assalamualaikum semua! Phewww...jenuh kak Sal korang membalas komen-komen dalam entry INI . Topik kahwin..menarik, tapi sensitif kan? Aku bukannya apa, tengok korang semua macam takde mood je blogging, aku pun korek entry terperap dalam draft, edit sikit dan publish. Kasi panas line. Awalnya aku risau jugak, manalah tahu tulisan aku menimbulkan kontroversi, salah faham atau menyebabkan kemurungan. Adat jadi blogger ni, bukan boleh main tulis je. Silap gaya boleh masuk jail tau! Kah kah kah.

Sebenarnya aku dilanda kesibukan 2,3 menjak ni. Sibuk kerja dah satu hal, sibuk dengan urusan peribadi pun satu hal lagi. Jarang dapat curi masa nak update blog, sedang keinginan menyambung entry Melbourne begitu membuak-buak. *Jeling-jeling Siti Yang Menaip* Aku kalau taip entry pasal travel ni, memang kena concentrate. Tak reti nak menyambil. Biasalah, aku hanya blogger picisan yang penuh dengan kesilapan. Oh ye, hadiah pemenang giveaway aku dan Siti dah pos! Harap sampai kepada penerima dengan selamat. Dan sejujurnya rasa sangat bersalah sebab lambat announce pemenang, lambat pos hadiah dan tak buat entry bagitau hadiah dah di pos. I feel so guilty, harap korang semua jangan marahkan aku. Sorry sesangat.

#jangankecamsaya

Sibuk punya pasal, Deadpool ngan Ola Bola pun tak sempat tengok lagi!

Cakap pasal bola, minggu ni merupakan minggu yang interesting dalam bola sepak. Antara yang menjadi perhatian adalah :

1. Gol freekick Faiz Subri vs Pahang F.C, 16 Februari 2016


Pergh..memang merembes OK tengok gol ni! Dia punya curve tu menyalahi undang-undang Fizik. Jangan kata David Beckham, Roberto Carlos pun boleh nangis tengok. The best part, gol Faiz ni menarik perhatian football community all over the world. Penganalisis taktikal, peminat, even pemain bola berstatus legend. Siap ada yang kata, gol ni layak menang Puskas Award. (Apa itu Puskas Award? Nak tau boleh baca dalam entry ini.) Even tercalon pun jadi sesuatu yang membanggakan, apatah lagi kalau menang. Apa barang takluk Asia, ni takluk dunia bro! Takpe, nanti bila undian Puskas Award dibuka, kita vote ramai-ramai ek. Apa, ingat orang Malaysia tak reti main bola ke!

2. Sturridge is back!!!

Antara pemain forward Liverpool yang mampu meletakkan nama sebaris dengan Torres, Suarez, Owen dan Fowler, tapi sayang dibelenggu kecederaan yang tak sudah-sudah. Score - injured - score - injured balik. Tulah kitaran hidup pemain England yang digelar Mat Kaca ni. Tapi, dia ni memang power dan digeruni ramai defender. Aku minat dia sebab dia ada naluri striker sejati. Sentiasa alert dengan hantaran midfielder, strategic ball placing dan arah sepakan dia selalu mengelirukan pihak lawan. Tau-tau bola dah ada dalam gol je.


Dah lebih sebulan injured, Sturridge kembali beraksi dan of course la score sebiji. Lagi sweet, Liverpool menang bergaya 6-0 sewaktu menentang Aston Villa! Kenduri bosar! Tak caya, tengok highlight sini. Maka bertempiaranlah penyokong Liverpool keluar dari Gua Anfield... *jeling Yana Yani dalam gua Old Trafford*

Semoga Liverpool akan kekal cemerlang sampai hujung season. Tak dapat Champions League spot pun takpe, asalkan kedudukan dalam table jauh di atas Chelsea. *Jeling-jeling Ewan*.

3. JDT menang Piala Sumbangsih 2016

Piala Sumbangsih merupakan piala tahunan yang dipertandingkan antara juara Liga Super dan pemenang Piala FA season lepas. JDT menang melalui penentuan set penalti selepas seri 1-1 dalam masa permainan 90 minit dengan Selangor. Sebagai someone yang family asal Johor, tapi membesar di Selangor, aku sebenarnya neutral. Mana-mana menang pun aku terima je.

Trofi kelima Harimau Selatan dalam masa 3 tahun! Power! Team terunggul, Liverpool pun mampu dapat satu piala je dalam tempoh 10 tahun. Luaskan kuasamu Johor! Abaikan haters semua. Diorang memang dengki sebab diorang tak takluk Asia.

4. Messi - Suarez cheeky penalty kick

Messi ngan Suarez score bukanlah sesuatu yang ajaib. Takde apa nak diherankan. Tapi, ambil penalti macam ni, memang 'jahat' OK.


Penalty kick macam ni hanya dibenarkan untuk penalti hidup, iaitu semasa game sedang dimainkan, samada full 90 minutes atau injury time. Tak boleh buat semasa penentuan pemenang melalui set penalti. Saja bagitau, sebab ada gak kawan yang tak tengok bola tanya pasal ni. Ingat aku tak tau rule, tau tengok pemain hensem je ke.

Sekian la highlight menarik aku nak share ngan korang. Tak...aku bukan wartawan sukan. Aku hanya gadis biasa yang suka tengok bola sebab nak tengok lelaki hensem. Sepak bola pun tak kena, takat main Fantasy Premier League tu tahulah.

Segala gambar dan video adalah hasil carian Google. 

Outstation sampai minggu depan. Mohon jangan rindu..Biarlah aku je yang rindu korang..Thanks for reading gais! You'll Never Walk Alone!
Read More

Orang Johor I/C Kolumpo

Friday, 6 November 2015

Assalamualaikum semua! Korang ada tak kawan-kawan yang tetiba dengan bangga mengaku dia orang Johor lepas pasukan JDT menang Piala AFC? Aku rasa takde kot, sebab orang Johor akan tetap mengaku dia orang Johor, even before kewujudan JDT. Aku pernah dengar orang persoalkan, nape orang Johor obses dengan JDT? Well, let's just say yang diorang bangga dengan JDT sebab ia merupakan 'produk' dan inisiatif  Tengku Mahkota Johor. Bukan sebab nama Darul Takzim tu..percayalah kalau TMJ taruk nama yang takde bunyi Johor pun orang Johor akan tetap support. Kat kampung aku, makcik-makcik pun kenal Luciano Figueroa tau.

JDT ada sejarah dia sendiri dan bukanlah tiba-tiba muncul dari dalam tanah pada tahun 2012. Lain kalilah kita sembang pasal sejarah bola sepak Johor kat sini. Mendidih jugak bila orang quote 'orang Johor baru belajar tengok bola'. Bukan apa, aku kalau cakap pasal bola nanti tak jumpa butang 'publish'. Hahaha.

Yang penting korang kena tahu, JDT is a football club. Korang nak kutuk JDT? Silakan.. Tapi, tolong, tolong jangan kutuk Johor. Tak reti bezakan ke? Tak berkudis pun aku kalau korang kata 'penyokong JDT bangang', tapi kalau korang kata 'orang Johor bangang', that's another story... Berasap je telinga aku dengar, walaupun aku Johor celup je.


Johor celup? Ayah orang Johor, Mak orang Johor, atuk, nenek, moyang semua Johor.  Aku pulak dilahirkan dan membesar kat KL, walhal gaya selebet tak melambangkan identiti warga kota langsung. Eh..nak tengok I/C ke?

Dibesarkan oleh nenek membuatkan cara aku bercakap macam orang Muor sejati. Hujung ayat selalu ada 'ek'. Orang sebut besar, aku sebut 'beso'. Orang sebut hantar, aku sebut 'anto'. Vocab aku pulak kaya dengan perkataan yang non-Johorean tak faham contohnya cekoh, lokos, tubir, gelegor, peran dan gelobos. Hahaha..even adik-adik aku pun kekadang kerut dahi bila borak ngan aku. Diorang lain, tak duduk dengan arwah nenek masa kecik-kecik. Bila aku borak ngan sepupu or sedara-mara yang memang lahir dan membesar kat sana, aku boleh blend in dengan jayanya. Dan kalau korang nak tahu, orang Johor boleh detect tone 'orang Johor' yang lain. Susah nak explain, tapi actually orang Johor ada slang diorang sendiri.

Arwah nenek aku pernah cerita yang susur galur keturunan kitorang ni dari Bugis dan Bentan. Korang mesti pernah dengar cerita Laksamana Bentan yang menikam Sultan Mahmud dalam legenda 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' kan? Kalau tak pernah, silakanlah cari filem tu kat youtube, takpun baca SINI. Aku tak pandai nak berlipur lara. Aku selalu cakap ngan adik-adik aku, patutlah kita ni degil dan suka memberontak, keturunan Laksamana Bentan rupanya. Adik-adik aku gelak je. Dan kami pun berhuhuhuhu sampai pagi.

Aku ni bukannya apa, last balik kampung masa Aidilfitri hari tu. Tu pun sekejap je. Insha Allah, weekend ni sampailah aku ke sana, negeri pelik yang orang dia pagi-pagi breakfast satay tu. Hahaha! Jangan rindu I tau!!!

Oh, by the way, aku rasa JDT hari tu menang nasib. Diorang bermain dengan baik tapi Istiklol FC bermain dengan lebih baik, cuma takde rezeki. Tapi itulah bola sepak. Possession dan goal attempt saja tak cukup, kena ada luck jugak. Aku bagi extra credit untuk Farizal Marlias sebab cekap jaga gawang dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan sebab nampak dah kurus. Gol bola leret Velasquez tu pulak memang padu dan mampu menipu Manuel Neur mahupun Iker Casillas. Well, a win is a win, right. Ingat senang ke nak sampai ke final. Lantak korang nak kata piala AFC low class, tak setanding ACL. Kalau dah memang busuk hati tu, JDT menang Club World Cup pun korang pertikaikan.

Eleh, ngan Istiklol boleh la, dengan Liverpool ce tengok, berkicap ke tidak...

Apa-apa pun, semoga objektif utama penubuhan JDT tercapai iaitu untuk memajukan bola sepak Johor. Semoga dapat tengok pemain menyanyikan lagu Negeri Johor dengan penuh semangat di Stadium Larkin dan bukan sekadar diam, atau langsung tak reti cakap Melayu! Semoga bakat anak-anak muda Johor dapat dicungkil. Semoga JDT tak jadi sekadar kelab kaya yang mampu membeli pemain ternama tapi kalau korang nak beli Torres aku dah standby borang transfer ke cawangan Senai.

Apa-apa pun, luaskan kuasamu. Terima kasih layan aku membebel kat sini.


Read More

Fernando Torres ke Johor?

Wednesday, 3 September 2014

Assalamualaikum semua! Sape tengok match JDT vs Kelantan malam tadi? Aku tak dapat tengok sebab anak-anak sedara datang rumah, so TV kena conquer. Apa-apa pun, Salam 3-0! Nanti nak tengok ulangan since nak tau sangat kenapa George Boateng mengamuk sampai serang pengadil. Marah bebenor tu...

Malam tadi sambil nak check result FT, terbaca berita ni. Tersedak aku dibuatnya!

TMJ buru Torres bantu JDT musim 2016

Selasa, 2 September 2014 @ 8:38 PM JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sudah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016. Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah sudah bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun. "Kami memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, hari ini.

Berita ini dikukuhkan dengan kehadiran gambar ini :


Haha, rileks dulu peminat-peminat El Nino..ni gambar edited!

Nak kata aku die hard fan si Fernando Torres ni idokle.. Circa tahun 2000 something aku mula menyokong Sepanyol dalam World Cup dan Euro, so mestilah aku perasan kehadiran dia. Aku jarang follow liga kelab, tapi dulu-dulu masa dia dengan Liverpool FC layan jugak game sekali sekala. 

Once dia masuk Chelsea, aku pun dah start kerja, tak bolehla nak kemaruk sangat layan bola. Cuma yang aku dengar, dia kurang menyerlah berbanding bersama Liverpool. Dah nama striker, mestilah prestasi dinilai dari berapa banyak gol yang dijaringkan, tapi kalau shoot asyik missed je, ramailah yang mengutuk. Dalam World Cup 2014 pun nampak dia tak sehebat dulu. Biasalah bang oi, hidup ibarat roda..

Sekadar trivia, Torres merupakan top scorer ketiga Sepanyol di belakang David Villa dan Raul Gonzalez. He's more than just a pretty face you know. Ewah, speaking pulop...

Kalau jadi dia ke Johor, bolehla aku belanja dia goreng pisang cicah cili kicap dan mee bandung. Agak-agak dia pandai makan asam pedas tak? *Verangan lebih!*

Comel kan anak dia? Macam bapak dia jugak!

Nah..belanja gambar si hensem ni satu. Nak tengok lagi sila google sendiri.

Esperare, Fernando Torres...Broken Spanish, tak silap aku maksudnya "Saya tunggu awak, Fernando Torres". Sudahlah, ini penangan zaman remaja banyak nau tengok telenovela!

OKlah, tu je nak merepek
Read More

Mari belajar bahasa Johor

Monday, 2 June 2014



Sape sini orang Johor, angkat tangan!!! Aku ni nak mengaku orang Johor macam menipu pulak sebab I/C Kolumpo, tapi mak ayah asal orang sana, so kira aci lah nak feeling Johorean kan. Anyway, kalau korang perasan orang Johor ni ada slang diorang sendiri walaupun tak obvious macam dialek Pantai Timur, Negeri Sembilan atau Utara Semenanjung. Susah nak explain cmane, tapi biasanya orang Johor boleh detect each other walaupun kali pertama jumpa. 

Manalah tau kot korang dapat bakal suami/isteri orang Johor, boleh try impress family dia dengan beberapa perkataan di bawah. Conform diorang kagum.

1. Gobok - almari

2. Gebor - selimut

3. Sapan - rosak (ni biasa orang Muar guna, daerah lain tak sure)

4. Berterombe - main kejar-kejar. Perkataan yang famous di bibir para nenek sewaktu cuti sekolah dan hari raya.
Contoh ayat :" Cuba berenti berterombe, runtuh jugak rumah aku ni kang!"

5. Melak - agaknya.
Contoh ayat : "Dia dah balik, melak". 

6. Bebak - tak dapat menampung sampai terkoyak (untuk kain)
Contoh ayat : "Besar dah anak aku ni, sampai bebak buaian "

7. Ek... - biasa digunakan orang Johor di hujung ayat. Jangan terlebih guna, takut dituduh menghanjing pula..

8. "Jangan serik yek".. -ayat famous orang Johor bila send off tetamu. Maksudnya, datanglah lagi.

9. Tak mematut - tak patut.

10. Belanja - beli barang dapur atau keperluan kenduri.
Contoh ayat : " Maksuklah dulu, abang kau pergi belanja".

Sebenarnya banyak lagi, tapi praktikkan lah 10 ni dulu ek sambil makan goreng pisang cicah cili kicap dengan kopi O 434. Oh Muar I Miss You..

Assalamualaikum..Jangan serik yek!
Read More