22 Hale Street Heritage Gallery, Ipoh - Baru aku tau Ipoh ada Baba Nyonya

Thursday 18 November 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Bersambung lagi cerita di Ipoh. Selepas makan tengahari di Ipoh Hainan Chicken Rice, masih ada sejam lebih yang perlu dihabiskan sebelum check in hotel yang kebiasaannya dibenarkan selepas pukul 3 petang. Kitorang takde itinerary, tapi memandangkan tengahari lit lit dan baru lepas lunch, kita carilah aktiviti indoor. 

Masa kitorang datang Ipoh ni, Perak masih dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Jadi masih banyak attraction ditutup. Frust jugak sebab Ipoh ada banyak muzium yang best-best. Check google sekali nampak tempat ni bukak. So marilah kita ke Hale Street Heritage Gallery yang terletak di Jalan Tun Sambanthan.

Bukan KL je tau ada Jalan Tun Sambanthan, Ipoh pun ada. 




Nama lama jalan ini adalah Lorong Hale. 

Hale Street dinamakan sempena Abraham Hale, pengutip cukai di Lombong Kinta pada tahun 1885 ketika Kinta menjadi pusat ledakan perlombongan bijih timah. Sumber : Ipoh Echo

Apakah yang dimaksudkan dengan 'last wife'. Adakah gundik atau perempuan simpanan? Nakal ye tauke-tauke Ipoh zaman dulu-dulu. Adakah kawasan ni dulu dikategorikan sebagai 'red light district' iaitu istilah yang digunakan untuk kawasan pelacuran?

Teringat dulu pernah baca di sebuah travelogue, penulis artikel menasihatkan yang kalau kita ke luar negara, jauhi kawasan/lorong berlampu merah (bukan lampu merah traffic light) kerana ia merupakan pusat aktiviti seks. Itu antara pesanan yang aku ingat dan pegang sewaktu bercuti di Hong Kong dan Jepun. Kita bermusafir atas niat baik nak lihat tempat orang kena jauhkan diri dari tempat begitu. Untuk keselamatan sendiri jugak.  Haih, bilalah dapat ke luar negara lagi kan

Ah biarlah, itu sejarah silam Ipoh. Kita semua pun ada sejarah silam. Eh
 

Once an office, hotel, and home of many families, two shophouses built in 1900 along Hale Street fell into disrepair over the years...

22 Hale Street Heritage Gallery started off as a project to conserve and restore the two shophouses to their former glory. The project began in 2014 with the intention of retaining the spirit of the place and breathing new life into the buildings. It was a tedious process which finally concluded in 2017.

22 Hale Street was officiated by the Sultan of Perak, His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah on 20 January 2019.



Kami pilih 'Self Tour' sebab nak jalan sendiri. Harga tiket RM 5. If 'Guided Tour' RM10. Murah kan

Walaupun kitorang pilih untuk jalan sendiri, aku tak tau nape staff dia still ikut kitorang. Maybe sebab takut kitorang usik semua exhibit sesuka hati or maybe sebab hari tu 'slow day'. Aku masa kerja Petrosains KLCC dulu pun selalu ikut dan layan visitor tanpa dipinta kalau aku tengah bosan. Takdelah rasa macam makan gaji buta.

Aku tak kisah pun staff tu ikut sebab that girl explain dekat kitorang tiap-tiap pameran yang ada. Cuma tak best sikit sebab aku ingat nak ambil gambar tak pakai mask. Bila ada staff yang follow kenalah ikut SOP sepanjang lawatan. Masa ni aku ngan Anies je ada dalam galeri ni. Eleh macamlah korang tak pernah buat time bergambar bukak mask.


Kalau tak kerana pandemik, mesti macam-macam akiviti di ruangan ni


Foto-foto lama Ipoh. Aku rasa if di bawah setiap gambar tu ada caption dan tarikh lagi bagus


Perak terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Di Hale Gallery ni boleh lihat alatan yang digunakan oleh pelombong


Keluarga yang dipercayai merupakan 'founder' Ipoh. Mereka berasal dari China


Nak tahu sejarah lebih lanjut, korang duduk lah situ dan tonton dokumentari di layar putih.



Cerek bertingkat ni menarik perhatian aku


Aku baru tau di Ipoh pun ada bangsa Peranakan Baba Nyonya. Ingatkan ada di Melaka sahaja.

Masyarakat Peranakan adalah hasil perkahwinan campur pendatang yang datang ke Tanah Melayu. Baba Nyonya merujuk kepada warga China yang berkahwin dengan wanita Melayu sebelum Merdeka. Kalau sekarang tak valid nak claim.



Aku suka pakai kebaya Nyonya. Cuma kena pandai cari kain yang tak jarang. Tapi aku derhaka sikit la, pakai kain batik yang dah siap jahit. 


Teringat siri 'the Little Nyonya' yang aku tengok di Netflix. Aku terpengaruh dengan Blogger Nohas. Tengok episod pertama sebab curious sekali eh tersangkut pulak. 


Iklan kejap. Aku tengok yang versi Singapore tahun 2009. China ada buat remake tahun lepas tapi belum ada rasa nak tengok. 



Bukan kaum Cina sahaja memainkan peranan dalam sejarah Ipoh, bangsa lain pun ada sumbangannya





Nak try kostum tu tapi dah terang-terang tulis 'Do Not Touch'. Lagipun sape nak jadi pengantin lelakinya. Takkan Anies. Ceh, tak feel langsung. Hahaha


Di bangunan nombor 22 ni dulu ada hotel. Kat sini lah kot tauke-tauke check in bersama 'last wife'. Lupa pulak ambil gambar keadaan dalam bilik tu. Macam dalam cerita-cerita Cina tahun 50an




Tempat ni sesuai lah bagi orang yang suka sejarah. Rasa macam berada di zaman dulu-dulu.




Before balik, bergambar dengan staf yang entertain kitorang.Walaupun kitorang bayar RM5 je tapi dia rajin explain macam-macam. Siap tolong ambilkan gambar lagi.

Sempat tanya pasal Hop On Hop Off Perak sebab nampak poster HoHo di gift shop. Rupanya diberhentikan operasi sejak pandemik. Sayangnya. Teringin nak cuba sebab laluan dia sampai ke Kellies Castle tau. Kalau ada memang kitorang nak naik. Takde hop on lah jawabnya, kita walk on walk on with hope in your heart, and you'll never walk alone.

OKlah, sekian perkongsian tentang lawatan kami ke Hale Street Heritage Gallery, Ipoh. Highly recommend kalau korang suka ambil gambar dengan setting zaman sebelum Merdeka dan pencinta sejarah. Staff friendly, tempat pun bersih dan terjaga.

35 comments

  1. wowwwww ni yg betul2 minat sejarah mmg berbaloi datang ni..
    hahahaha kita x minat sangat tp rasa klu nak singgah shud be ok je hehehe...
    ok bole msk list klu tersinggah ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga santai-santai tambah pengetahuan. saya memang suka muzium. dapat geng sama-sama minat sejarah memang suka tempat macam ni. hehe

      Delete
  2. Owhhh...dah tak ada jual handicrafts yer kat situ. Dulu ada jual handcrafts dari OKU kalau tak silap akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada kak, di giftshop. saya lupa ambil gambar. di situ lah nampak poster hop on hop off

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih kak PI. bercerita di sini untuk rujukan saya jugak nanti di kemudian hari

      Delete
  4. Last Ammi ke Ipoh masa zaman bercintan cintun dgn Abah.. Itupun ikut sebab Abah nak hantar barang kat client dia. Pegi, hantar barang, makan dan balik. Hmmmm.

    Yelah dulu kalau nak check in hotel dah kene 2 bilik pulak kan.. Mana nak cekau duit

    ReplyDelete
  5. wah baru tahu jugak. ingat ada kat melaka ja :D

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat jalan2.. dah lama tak jejakkaki kat ipoh.. kalau dulu ipoh tempat berlari lari je hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..mesti expert Ipoh ni. saya ke Ipoh dah banyak kali, tapi ini kali pertama jalan-jalan di town

      Delete
  7. betul2 cuti2 malaysia ni...kalu ada geng yg sama minat, ons jer kan...
    and baru tau jugak kat ipoh ada baba nyonya, sama la..ingat kat melaka jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti-cuti Malaysia jela yang boleh buat masa ni. sambil berjalan sambil tambah pengetahuan

      Delete
  8. Bagus Sal suka pergi tempat begini.
    Teringin nak tengok rupa camne cerek bertingkat tu kalau bukak satu-satu.
    Baru tau jugak pasal BabaNyonya ada di Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tertarik tengok cerek bertingkat tu. unik betul. mesti ada sebab dihasilkan sebegitu

      Delete
  9. Murah betul tiket. Banyak bahan pameran juga nampak.
    Sal kena datang lagi nampaknya untuk cuba hop on hop off.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah bila baru akan ada hop on hop off di Ipoh. Insha Allah, ada rezeki boleh ke Ipoh lagi

      Delete
  10. wahh nmpk menarik muzium klasik nih.. 😅

    ReplyDelete
  11. Asyik ja baca jalan-jalan Sal dan Anies ke muzium, tempat gini, slow walk, baca, kalau tergesa-gesa tak sesuai, sempat modern girl posing di modern photo studio, aip tak pakai mask hehe.. Cerek tu menarik juga, buat simpan air atau masak makanan ditingkat bawah, advance tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka mask untuk bergambar saje. Hehe. Kalau ke muzium memang kena slow walk. Sambil tu baca juga tambah ilmu

      Delete
  12. 5 tahun belajar perakk, nape tak pernah tahuuuuuuu pun kewujudan tempat ni :(
    Tapi boleh masukkan dalam list incase pergi lagi ipoh untuk ambik sijil degree, mesin taip tuuu antikk betul, kalau boleh touch, memangggg saya nakk touch, berangan kejap buat kerja pakai mesin taip tuuu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lagi tempat ni. 2019 baru ada. Haha, memang rasa nak usik je tau barang-barang dalam muzium ni

      Delete
  13. jauh berjalan luas pengetahuan..Subahanallah, tak ada lama tak ada lah yang baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sejarah penting untuk dihargai dan dipelajari tauladannya

      Delete
  14. betul- betul klasik tempat begini

    ReplyDelete
  15. Patutlah Abang Farid balik-balik ajak datang Ipoh. Rupa-rupanya macam-macam ada kat sini. Dia tahu Mommynya suka selongkar sejarah dan budaya hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka sejarah dan budaya lama mesti suka datang Ipoh. Tengok bangunan-bangunan banyak ciri klasik

      Delete
  16. wahhhh. dah travel2 dah dia ye. akak ni masih terperap dok kat Shah Alam ni. rindu gak nak ke Ipoh. seronok.

    ReplyDelete
  17. Sal memang minat sejarah eh...akak dulu memang paling x suka subject sejarah...pening nak baca dan ingat...lepas tu skrg kalau travel eh bleh plak masuk mana- mana muzium...mengada kan...

    ReplyDelete
  18. Ala sayangnya banyak attraction tutup. Takpelah, dapat jugak singgah explore Hale street heritage gallery Ipoh ni kan. Kalau saya pun pilih self tour jugak. Agak rimas pulak bila guide tour ni. Boleh jimat satu hal jugak. Agaknya tak ramai, tu yang follow je kot. Cantik gallery ni dipenuhi barang barang lama. Suka tengok dan ambil tahu infonya.

    Semestinya kalau datang sini nak ambil gambar puas puas. Tapi itulah kenapalah Ipoh jauh nau. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tulah, kalau dekat mesti akan datang dengan kerap. Lagipun tak mahal pun harga tiket masuk

      Delete
  19. Wowwww! Rasa macam kena transport balik ke zaman lama.
    Akak risau kalau masuk muzium cenggini. Tangan gatal nak menyentuh itu ini.
    Cerek air tu rare. Bertingkat-tingkat!

    ReplyDelete
  20. Amboiiii nyonya mansur eh sal rupanya...shasul hehehe best kan masuk tempat camtu. Bagaikan masuk time travel pi zaman musim timah masyur di Ipoh.

    ReplyDelete
  21. Suka tenguk baba nyonya pakai baju kebaya ketat camtu. Pinggang bak kerengga

    ReplyDelete
  22. Sejak mama ulang alik shah alam kedah ni. Ipoh selalu jadi tempat singgah. Boleh la ni masuk wishlist

    ReplyDelete
  23. cfrm best ni tgk pic je dah rasa seronok menjajah ke masa lampau. suka tengok peninggal bersejarah dulu2

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah