Tadom Hill Resorts - Part 2

Tuesday 30 March 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Bersambung dari entry INI

Petang tu, lepas Asar baru kitorang keluar untuk main ATV. Tiket untuk main ATV ni beli dekat front desk.


Kitorang ambil yang 20 minit tu je. Entahla nak kata mahal ke tidak sebab aku tak pernah survey harga ATV. Suruh bawak keter pun malas. Hahaha.

Lari mood bila dengar bunyi guruh dan tengok awan kelabu

Masa tu risau kalau ATV tidak dibenarkan sekiranya hujan. Bila sampai je tempat ATV (kena jalan sikit dari area resort), terus tanya staff yang bertugas. Diorang kata onz. Unless hujan sangat lebat. Dah kata nak aktiviti lasak kan. Takkan la hujan rintik-rintik nak lari.

Ada kitorang je kat situ

Dari awal sampai THR lagi ND dan SR dah predict yang aku mesti tak nak bawak sendiri. Hahaha. Diorang memang kawan baik aku. Tepat tekaan, aku memang tak berani dan malas nak bawak. Tumpang jelah. Penumpang bayaran RM30 sahaja, tapi bak kata SR patut penumpang kena bayar lebih. Lolz

Jangan risau kalau korang tak confident. Jadilah penumpang macam aku.

Comel tak hakak pakai helmet Mario?


Ada staff yang akan ajar cara bawak ATV. Brader yang bawak kitorang ni, naik ATV hitam kat tengah tu. Terbaik brader tu, sampai port best je, dia berhenti ambilkan gambar. Siap bagi peluang aku berpura-pura bawak sendiri. Padahal kalau orang tu kenal aku rapat, dia conform tahu ini semua fake. Haha.

Overall aku satisfied la pengalaman naik ATV ni walaupun tak bawak sendiri. Benda aku tak minat, takdela rasa menyesal. Kawan-kawan aku happy dan puas hati so aku pun happy jugak. 20 minit tu rasa macam lama tau. Just bawak pusing-pusing area lombong tinggal sebelah resort tu. Tak berapa extreme, tapi ada a few laluan berbatu dan berlopak tapi tak dalam. Pakai kasut ye kalau main ATV ni. Alhamdulillah tak hujan. Awan gelap dan bunyi guruh tu tumpang lalu je.

Lepas main ATV, mengeteh sekejap kat cafe resort. Kat sini ada jugak disediakan gelanggang bola tampar, bola keranjang dan ping pong. Tapi kena bayar deposit. Takut orang bawak lari bola kot. Huhu. Menyesal tak bawak raket sendiri sebab banyak kawasan luas. 

Before maghrib konon nak tengok sunset, tapi sayang terlindung dek bukit. So just lepak-lepak tengok tasik. Memang tujuan gi sini pun nak hang out bertiga. So tak perlu aktiviti full macam kem motivasi.

Malam makan di cafe sama mengeteh tadi

Tadom Hill Resorts ni takdelah ceruk sangat. Dari cafe ni dah boleh nampak highway. Cuma korang jangan buat naya adik Foodpanda pulak order makanan malam-malam buta. Menangis rider tu nak lalu pokok kelapa sawit kiri kanan.


Menu weekdays terhad. Makan jelah apa ada. Rasa boleh tahan. Harga pun standard.

If korang nak, boleh buat barbeque jugak tapi set barbeque kena sewa dengan pihak THR. Ini kalau datang kumpulan besar syok lah. Malam orang dah agak ramai berbanding siang tadi. Sampai lambat agaknya. Tengok satu group tu buat barbeque rasa nak bawak pinggan.

Lepak dekat gazebo sambil chit chat. Jangan lupa tutup lampu dan kipas lepas selesai.


Suasana malam kat THR ni memang sunyi. Just mind your safety dan jangan berani sangat sebab belakang tu kebun kelapa sawit. If sejenis penakut, better gi time weekend. Meriah sikit. 

Tidur malam memang selesa sebab takde nyamuk. Pihak resort siap sediakan ubat nyamuk elektrik dalam bilik. Sejuk sebab bukak aircond. THR ni bukannya betul-betul dalam hutan so jangan expect sejuk cam tido kat Taman Negara. Oh by the way, Banting dengan Sepang dekat, so kerap dengar bunyi kapal terbang. Tapi kalau dah penat, tak heran dah bunyi apa pun. Gentle reminder, resort kat sini semua dinding buluh jadi sila jangan cakap kuat-kuat. Pecah rahsia kerajaan guest bilik sebelah dengar. Haha.

Hari pertama di Tadom Hill Resorts done.

47 comments

  1. Menarik kalau dapat pi sini...antara wishlist akak yang x tertunai lagi..kawan2 semua asyik kensel je nak pi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kak SA dah besar, ok jugak bawak sini. Tapi tempat macam ni datang ramai-ramai lagi best

      Delete
  2. Bestnyaaaaaaaaa. Teringin betul nak naik ATV tu tapi takut hehehe

    ReplyDelete
  3. bestnya...lari dari hiruk-pikuk kotaraya..

    cantik background photo naik ATV tu..nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. View Tadom memang cantik walaupun sekadar bekas lombong. Rasa macam dalam video klip lagu jiwang dolu2. Hehe

      Delete
  4. dah lama teringin nak main ATV ni tapi rasanya mcm tak berani bawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kot Atie, amik trek yang tak berapa susah. Kalau first time dah terus main yang berselut tu susah jugak. Ok jugak cabar diri sesekali

      Delete
    2. scary nak try..tkot bawa ke lain huhuhu but yess.. bestkan klu dpt cabarkan diri

      Delete
  5. wah seronoknya naik atv...ala rugi lah kalau tak bawak. Pada akak yang tak pernah bawa rasanya excited nak bawa. Naik basikal keliling resort pun suke je layan nature. hish apa ni jadi penumpang*gelak jahat*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tak rasa rugi sebab tengok macam struggle je. Takut kalau saya bawak, tercebur masuk tasik dalam.

      Delete
    2. entah-entah tak bergerak pun atv tu hehehehehe

      Delete
    3. Atv yang bawak saya, bukan saya bwk atv. Haha

      Delete
  6. Seronok tu kalau membawang kat gazebo malam-malam apa lagi kalau dah lama tak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course. Bawang merah putih semua keluar. Hehe

      Delete
  7. Seronoknya tengok makanan-makanan tu (Makanan juga yang ditengok)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mesti. Makanan penting. Saya before booking, tanya dulu restoran bukak ke tidak. Haha

      Delete
  8. Haha sama malas drive suka jadi penumpang.
    Yeah nasib baik kawan-kawan memahami perangai. Seronok ya ada masa 'bonding' untuk kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza. Susah cari masa nak spend time sesama so ambil peluang ni

      Delete
  9. Macam best je naik ATV. saya belum berpeluang untuk menaikinya.

    ReplyDelete
  10. Sal nampak comel sangat! Ceria sungguh.
    Mesti seronok betul di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cute je lesung pipi tu ke lesung pipit. comel sokmo jo

      Delete
  11. comel sal naik ATV suasana mlm mesti sunyi sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi cengkerik, selang seli bunyi kapal terbang.

      Delete
  12. Saya dah update bloglist pertama saya https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2021/03/pengomen-tegar-mac-2021-bloglist-april.html

    ReplyDelete
  13. betul ke naik ATV tu. kena cuma nak berposing je hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan-kawan aku naik. Aku pose je. Hehe

      Delete
    2. dah agak daaa... posing utk mengelabukan mata masyarakat hahahahahaha

      Delete
  14. Memang teringin lama dah nak baik AtV Tu...mcm best. Buat masa ni xberpeluang lagi

    ReplyDelete
  15. Okay, kalau saya pun nak jadi penumpang jugak. nak kata penakut tu taklah. macam Sal juga, nak drive pun malas. Inikan nak bawak ATV. Jadi penumpang lah boleh santai dok belakang. Biar tugas orang depan je yang bawa kita. hahaha..betul, THR ni dekat je dengan jalan besar. Taklah ceruk sangat. Nice review :) Ini yang rasa nak pergi ni..ala tapi bila lah boleh rentas sempadan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan. Jadi penumpang tak payah fikir. Tenang je

      Delete
  16. Syoknya Sal naik ATV. Teringin jugak, tapi memang jadi penumpang jelah. Dah lama tak drive, tak confident pulak nak bawak atv.

    ReplyDelete
  17. alamak.. teringin nak bawa atv tu.. macam best je Sal..

    ReplyDelete
  18. Err kalau jadi penumpang pun tak confident macam mana? Gimana? 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naikla dengan kawan yang memang cekap bab driving or naik motor. Kalau naik dengan saya memang tak gerak. Haha

      Delete
    2. Hahaha kalau kita tiup je gerak tak?

      Delete
  19. bestnyaaaa cuti² cmni sal... susah ke nk bawak atv tu sal? tgk org bawak mcm best jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla, tengok kawan saya bawak rilek je. Cuma dia kata bila nak belok berat sikit sebab atv x macam motor.

      Delete
  20. Seronoknya sal.. teringin Pula mama

    ReplyDelete
  21. Lamanya tak naik atv last ke cameron 😆 ada ank ni nampaknya semua dlm mimpi. Makanan menarik walaupun bkn hotel 4 bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu dah sempat buat masa belum ada anak. Haha

      Delete
  22. Alhamdulillah bt aktiviti dlm cuaca mendung dan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuaca buruk aktiviti tido jela. Hehe

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah