Merhaba Turki Part 4.2! Mevlana Museum, Konya

Friday, 11 November 2022

 Yesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself  - Jalāl al-Dīn Muḥammad Rūmī

Assalamualaikum dan hai semua! Lama dah tergantung story Turki jadi mari kita sambung lagi. Kali ni kami ke Mevlana Museum, Konya. Mevlana Museum merupakan tempat makam ahli sufi/ ilmuwan Turki pada kurun ke-13 iaitu Mevlana Celaleddin Rumi/ Jalāl al-Dīn Muḥammad Rūmī.

Jalāl al-Dīn Muhammad Rumi (Digelar Mevlana/ Maulana yang bermaksud "tuan") dilahirkan di Balkh, Afghanistan ke dalam keluarga guru-guru agama Islam. Keluarga beliau berpindah ke Nishapur (Iran), sewaktu Rumi masih kecil lagi. Rumi mula mendalami ilmu agama dari usia muda. Keluarga Rumi akhirnya menetap di Karaman, Anatolia (110 kilometers selatan Konya) sebelum ayah Rumi dijemput menetap di Konya untuk mengajar ilmu agama oleh pemerintah Kesultanan Seljuk.

Setelah kematian ayah Rumi, beliau mengambil alih jawatan pengetua madrasah di samping menyampaikan syarahan di masjid. Rumi telah bertemu dengan Shams-e Tabrizi (Shams of Tabriz), penyair Parsi yang menjadi guru Rumi dari aspek ilmu kerohanian. Rumi giat menulis puisi-puisi terkenalnya selepas kematian Shams-e Tabrizi.

Rumi meninggal dunia pada tahun 1273, namun ajaran Sufi masih diamalkan sehingga kini oleh pengikutnya.

Sumber : Planetware


Jujur aku mengaku nak cerita lebih mendalam tentang ajaran Sufi ni aku tak layak. Kena tanya pada orang yang memang ada ilmu. Kalau korang nak tahu lebih lanjut siapa Rumi bolehlah baca di SINI dan SINI


Banyak Bunga Ros Turki ditanam di celah kubur

Marble fountain. Segan nak amik gambar dekat-dekat sebab ada orang lelaki tengah ambil wudhu' di situ



Disebabkan tak familiar so aku tak berani lah nak cerita banyak sangat, takut salah info. So kita layan gambar jelah. Nak lagi info pasal muzium ni korang boleh baca SINI dan SINI

Tak pasti makam Rumi yang mana satu



Tilavat Chamber atau ruangan untuk pengajian. Dalam muzium ni kita dapat lihat Al-Quran dan kitab-kitab lama yang digunakan oleh Rumi untuk mengajar anak-anak muridnya. Banyak daripadanya merupakan hasil tulisan Rumi sendiri dalam bentuk puisi. Sayang tulisan pada papan info ni dah kabur.




Kubah muzium yang cantik

Selain bangunan utama muzium, juga terdapat bangunan bersebelahan yang mempamerkan barangan peribadi Rumi yang digunakan sewaktu hayatnya. Aku lupa ambil gambar. Dikatakan bilik-bilik tersebut merupakan tempat pelajar-pelajar Rumi menginap.

Mesnevi - kitab ahli sufi


Tasbih 1000 beads. Setiap butir tu hampir sama besar dengan ibu jari aku





Ingatkan orang betul, rupanya patung. Gambaran para ahli Sufi sedang belajar agaknya


Teringin jugak nak tengok Derwish Dance. Ala yang pusing-pusing tu


Sebelum ke destinasi seterusnya, singgah beli souvenir di kedai bawah pokok

Saja ambil gambar dengan tram. Kalau datang sendiri mesti aku akan naik. Kalau travel aku suka explore local public transport

Mevlana Museum dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma. Kalau datang sendiri boleh naik tram dan turun di hentian 'Mevlana' yang aku selfie ni. Boleh rujuk laman web rasmi untuk sebarang info terbaru. 

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading! Kita akhiri entry ini dengan another Rumi quotes yang aku suka

When the world pushes you to your knees, you’re in the perfect position to pray - Jalāl al-Dīn Muḥammad Rūmī

29 comments

  1. tasbih tu diperbuat drpd manik or kayu? bsr betul. mesti berat kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam dari kayu. rasanya ada tangkap gambar tapi check balik tak jumpa. haha

      Delete
  2. Cantik binaannya..
    Pandai mereka jaga khazanah berharga kitab2 lama kan..
    Tasbih tu besar betul butir nya..
    Boleh bayangkan size mereka mesti besaq2 orangnya..
    Kita ni kan jenis yang kecik molek.. Hihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan, jenuh bayangkan macamana berzikir dengan tasbih besar gitu. pengamal ajaran sufi rasanya masih ada dan kerajaan Tuyrki pun jaga sebab ia antara attraction kepada pelancong

      Delete
  3. tinggi2 batu nisan kat sana, terigin nk tgk close up bunga ros turki tu

    ReplyDelete
  4. agaknya orang Turki dulu sgt besar sbbtu tasbihnya besar

    ReplyDelete
  5. Banyak juga makam dalam mizium.
    Ok juga muzium buat di tempat Jalaluddin Rumi. Rasa keaslian tempat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada makam sahan
      bat dan ahli keluarga beliau yang lain tapi saya tak pasti nak kongsi

      Delete
  6. Cantik betul senibina dia.. Besar betul butir tasbih tu.. Mesti berat..

    ReplyDelete
  7. Ntah bila saya nak sampai ke sana.. haha

    ReplyDelete
  8. Baca entri Sal, dapatlah juga akak ikut jenjalan masuk muzium di Konya ni. Menarik seni binanya.

    Akak setakat tau Jalaluddin Rumi tu pemuisi dan ahli sufi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak, tau tang tu jugak. kurang betul pengetahuan saya tentang ilmuan Islam. malunya. pemain bola kenal pulak

      Delete
  9. cantik betul senibina diaorang kan.. beruntung sal dpt jalan2 sana tgk dr dekat.. beruntung gak kita org leh tumpang baca & tgk pic.. :-)

    ReplyDelete
  10. Suka tengok tulisan khat jawi pada pintu masuk atas dan di dinding. Hebat seni binaan zaman dulu.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dapat berjalan sampai ke Turki
    boleh tengok budaya orang dan cuba masakan sana kan3

    ReplyDelete
  12. Tenguk tulisan jawi dia Ya Allah.... bagaimana lah agaknya suasana pembelajaran zaman dahulu. Rasa macam nak pi time tunnel lah pulak zoom pi zaman dulu kala.....hahaha otak berangan yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tegas kan guru-guru dulu, tapi anak-anak muridnya hebat-hebat

      Delete
  13. Menarik tulisan kitab-kitab dia. Rasanya banyak ilmuan Islam dan sejarah islam dahulu kala di Turki kan. Menarik sekali. Tapi kalau tak minat sejarah emmm memang membosankan. Tapi kalau tukang cerita pandai cerita memang menarik kita dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tour guide kitorang, si Ozgur tu not bad jugaklah. Sejarah pasal tokoh ilmuan Islam ni walau tak minat kenalah tau sikit. Takdelah kenal pemain bola je kan. hehe

      Delete
  14. kannn teringin nk naik tram dan menari sambil pakai gaun kembang. hahaha. cantik2 al-quran di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. jangan menari dekat makam ulama dahlah

      Delete
  15. Alhamdulillah, masih terpelihara Al-Quran & kitab2 sufi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tak dimusnahkan di zaman pemerintah sekular

      Delete
  16. Rumi ni mmg terkenal sebagai a great poet walaupun di negara barat. byk quotes Rumi yg saya suka antaranya - come, come whoever you are, wanderer, worshipper, lover of leaving. It doesn't matter. Ours is not a caravan of despair. Come, even if you have broken your vows a thousand times. Come, come, yet again, come, come. (maksudnya tentang pintu taubat sentiasa terbuka)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu dengar quotes tu, tak sangka begitu dalam maknanya. Mesti beliau seorang pendakwah yang sangat berhikmah bila bercakap kan. Alfatihah untuk arwah

      Delete
  17. tinggi2 batu nisan diorg kat sana

    ReplyDelete
  18. Uiii..jgn Pak Zain nampak tasbih tu..jenuh nanti nak carik..dia bab pelik2 mmg suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish yang ni tak boleh beli lah, muzium punya. hehe

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah