FIFA World Cup 2022™ schedule

Saturday 19 November 2022

Dulu-dulu selalu berangan... kalau World Cup ni buat dekat sikit, means di negara Asia, nak jugak pergi tengok di stadium. Sayangnya masa World Cup 2002 di Korea/Japan aku masih bersekolah dan World Cup 2022 walaupun diadakan di Qatar, aku masih belum kaya dan tak mampu pergi. Jadinya hanya mampu tengok di TV. 

TV pun TV lah. Cuma dah tua-tua ni tak mampu sangat nak berjaga malam. Qatar lewat 5 jam dari Malaysia. Setakat match 6 pm dan 9 pm bolehlah layan, tapi kalau pukul 3 pagi dan 12 tengah malam kena consider jugak esok tu WFO/WFH ataupun weekend. Kalau korang ingat seketul kaki bola akan tonton semua match, korang silap. Kitorang sebenarnya hanya tengok team yang kitorang sokong atau match melibatkan team ternama. Yang lain tu tengok highlight je pastu acah palatao. Sembang kena kemas walaupun realitinya sepak bola pun tak kena. Aku lah tu.

Credit : Harian Metro

Sokong mana? Masih Spain walaupun tengok senarai pemain yang dibawa macam tak nak menang je. Kecewa jugak aku bila ramai pemain yang aku minat macam Saul Niguez, David de Gea, Thiago dan Sergio Ramos tak tersenarai dalam skuad. Por favor! Apa pun Luis Enrique lebih mengetahui. Diorang menang ke kalah ke hidup aku macam tu jugak.

Yang penting PRU15 ni, siapa yang menang mungkin akan mengubah hidup kita sedikit sebanyak. Semoga pihak yang dipilih nanti akan menjalankan tugas sebaiknya. Ikutkan malas layan scene politik Malaysia ni tapi mengundi adalah hak dan tanggungjawab kita. Diorang nak jadi katak lompat ke, kerajaan tebuk atap ke itu diorang punya pasal. So, selamat mengundi semua! Pilihlah dengan bijak. Aku pening ni Parlimen Ampang sampai 9 penjuru. 

Oh ye aku harap walau siapa pun yang menang, tak ada penerbit buat filem cringe macam Rise: Ini Kalilah. 

#autopublish. Sis keje sokkabar memang sibuk sikit time PRU

42 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat tapi kecewa dengan final result. haha

      Delete
  2. Dulu2 masa belajar je suka layan world cup dgn family / housemates. Dah tua2 ni malas pulak, selalu tgk highlight je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa muda dulu nak berjaga pun rajin. la ni tengok highlight jelah

      Delete
  3. Minggu ini mula bola. Haha ingat minggu depan. Entah lagi hanyut tidak ikuti sangat sekarang. Dahulu ada rakan-rakan siber yang taman secara maya tengok bola sama-sama.

    ReplyDelete
  4. Ibu ni tak pandai sangat sembang bab bola ni tapi tak tau kenapa dari dulu ibu duk suka lah team Brazil. Hihihi tapi dululah zaman hujung 90an & awal 2000an. Pasal politik tu kita ni rakyat nak ckp lebih2 pun susah semoga yg memegang pucuk pimpinan negara nanti dptlah berbakti pd rakyat sebaik2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brazil pun antara team favourite WCup2022 ni

      Delete
  5. sebelum pru kalut lepas pru lagi kalut sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak bentuk kerajaan ni memang kalut

      Delete
  6. spain mungkin setakat group stage je #bakauline

    ReplyDelete
  7. Saya pulak sokong pasukan mana yang menang.

    Kenapa..?
    Dulu.. bila sokong pasukan A, mesti dia kalah, sokong pasukan B pun sama. Sudahnya, anak-anak tak nak bagi saya sokong pasukan yang dorang suka sebab 'kalau ibu sokong mesti team tu kalah'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.boleh pulak gitu ye. saya pulak kalau game pasukan Malaysia, terutama badminton. bila saya tengok mesti kalah

      Delete
  8. memang x pernah layan. dulu sokong & teman cik abang je, now sokong & teman hero sorang tu je la..dah bujang la kata kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Argentina kalau x silap kak ayu..eh ke jepun? ntah la.. confius kak ayu

      Delete
  9. wah dah start world cup ye. Akak sokong mana yang menang.....hahaha dia punya tak minat tu. Tapi dulu akak suka miroslav klose dari german. Zidine zine pun minat. Gitu2 je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klose ngan Zidane memang legend. Jarang jumpa player baru ada skill macam diorang

      Delete
  10. Tak tahu nak sokong mana Sal. Mana game best encik suami tengok, kita tumpang sekaki lah. hehe...

    ReplyDelete
  11. Petang ni tengok Argentina Sal. Jom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalah sudah Argentina. Takpe, ada 2 game lagi. Harap Messi akan bangkit. hehe

      Delete
  12. Wak tak larat nak nonton wprld cup ni
    Tahu keputusan pun okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya Wak. Buat-buat hilang penat bekerja dan buat modal sembang. Asyik cerita politik je penat

      Delete
  13. selamat sudah pangkah. qatar ni cantik tp tulah xmampu lg nk ke sana. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde World Cup pun Qatar ni mahal, kalau ada lagi jadi berganda harga kayangan.

      Delete
    2. nk melancong ke qatar pun tiket mahal apatah lg tgk bola

      Delete
  14. MInat Messi dari Argentina. Semalam balik kerja terjebak tenguk okey tv sekali tenguk eh argentina lawan Arab saudi tapi masa tu arab dah dulu 2-1. Pergh argentina asak pintu gol bertalu-talu tapi penjaga gol dia terer lah habis semua dia tepis. Dan akhirnya Arab saudi menang 2-1. Terus Arab dapat cuti sehari. Baru nak sokong argentina eh dah kalah....adehaiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru satu game, ada 2 lagi. Sabar. Saya pun masa tengok game tu sokong Argentina sebab saya minat Messi. Arab Saudi dah cuti, kita bila lagi? Hahaha

      Delete
  15. Oo..ingatkan kaki bola tonton semua match...gitu rupanya ya. Hehe..

    ReplyDelete
  16. Tak larat nak fikir pergolakan politik tanah air.

    ReplyDelete
  17. dh xde PM tepi dahh., hehehe
    mugo2 negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminnn

    ReplyDelete
  18. Anak2 kakmim yg lelaki x sabar tgu weekend sbb nk tgk world cup.. boleh tdo lmbt katanya 😂😂😂

    ReplyDelete
  19. lepas hiruk pikuk PRU15, layan world cup...rest minda..

    ReplyDelete
  20. setiap kali makan kat mamak mest mama tertengok fifa hihi

    ReplyDelete
  21. Bila FIFA mula ada yg bet pasukan mana menang kan..akak pernah la terbabas dulu..hahaha...nowdays xde dh..lantak la...tp sokong Argentina

    ReplyDelete
  22. sal mesti sedihkan bolah dh nk habis

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah