Merhaba Turki Part 4.1! Dari Valor Textile, Denizli ke Kirazlibahce, Konya

Thursday, 27 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Part 3.0

Part 3.1

Part 4.0

Assalamualaikum dan hai semua! Settle naik belon di Pamukkale, kitorang dibawa bertemu ahli-ahli rombongan lain yang tak naik belon. Jimat masa berbanding balik hotel semula.

Tempat pertemuan adalah di Varol Textile Outlet Centre. Tapi kat sini takdelah macam dekat Citto Pelle Leather Factory di Izmir nun. Tak ada fashion show bagai. Masuk, beli barang yang dikehendaki then beredar. Menurut pembacaan aku, Varol Textile ni ada banyak cawangan di daerah Denizli ni. Besar juga cawangan yang kami pergi ni tapi aku tak sempat ambil gambar sangat. Masa terhad sebab ahli rombongan yang tak naik belon dah lama berada di sini. Kesian pulak diorang tunggu.

Kat Varol ni harga barang in USD tapi Ozgur, tour guide Turki kami kawtim dengan tauke kedai dapatlah 50% off seorang. Tak tahulah kalau datang trip sendiri dapat diskaun yang sama ke tidak.


Antara produk yang boleh didapati di Varol Tekstil ni adalah bermacam jenis tuala, pashmina, tudung, cadar, rug, sarung bantal linen dan macam-macam lagi. Memang rambang mata tapi aku hanya beli ikut kesesuaian dengan duit poket. Sekadar beli beberapa helai tuala bertulis 'Pamukkale' sebagai souvenir untuk keluarga dan rakan rapat. Ada nampak tuala yang lebih kurang sama di kedai cenderahati di Cotton Castle tapi tak sempat beli. Alhamdulillah ada rezeki di sini.

Lepas siap membeli, naik bas dan makan breakfast yang dah di bungkus oleh Ozgur dari Tripolis Hotel dalam perjalanan. Aku lupa ambil gambar sebab dah lapar. Tak ada nasi kerabu atau roti canai, tapi perut dah boleh terima sarapan ala Turki. Roti, salad, cheese dan slice.

Perjalanan diteruskan menuju Konya. Jarak Denizli ke Konya adalah 385km. Perjalanan makan masa hampir 5 jam. 2 kali bas berhenti. Kali pertama untuk toilet break dan yang kedua untuk lunch dan solat di Kirazlibahce. Sepanjang perjalanan aku banyak tidur je. Yelah, pukul 4.30 pagi dah bangun gara-gara nak naik belon.

Di Kirazlibahce ada restoran, kedai-kedai dan jugak surau. Selesa tunaikan solat di sini sebab tempat ambil wuduk dekat dalam, macam surau di Malaysia. Kebanyakan masjid or surau kami singgah solat kat Turki ni kena ambil wuduk tempat lain dan solat di tempat lain. Aku memang standby selipar bawak naik letak dalam bas.




Ada salad yang digaul dengan minyak zaitun jugak, aku lupa ambil gambar

Kirazlibahce dah dalam daerah Konya. Kami akan bermalam satu malam di daerah ini. Tapi sebelum check in hotel nak singgah tempat-tempat menarik di Konya. Tempat apa tu korang tunggulah next entry ya. Entry ni macam takde point sebenarnya. Sekadar simpan memori untuk diri sendiri

35 comments

  1. wah dah boleh makan makana turkiye dah boleh takel mamat turkiye le ye. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saya jenis tak care sangat bab makan. Takel mamat Turki tak jalan lah. Haha

      Delete
  2. Akak selalu kalau tengah ralit shopping terus lupa nak ambil gambar. Lepas tu bila dok dalam bas dok belek-belek galeri eh napa takde gambar...rupanya terlupa nak snap dok leka membelek barang. aduhaiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Selalu macam tu. Perasan ada ambil tapi eh hilang pulak

      Delete
  3. ada kain ela tak kat situ? mana tau ko boleh cover kan apa yg x jumpa kat Stanley Market ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Stanley market tu memang legend. Takde pulak kain ela. Kena g China balik hari lagi sekali

      Delete
    2. kalau gitu kite cari blk kat pasar malam HK laa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
    3. pasar malam Taiwan lah pulak. Eh

      Delete
    4. tu nina... dia nak cari buah-buahan je kat situ๐Ÿ˜

      Delete
  4. Untung jugak tu Sal tour guide boleh kawtim diskaun 50%. Senang siap siap bawa selipar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tour guide pun dapat commission agaknya sebab bawak tourist. tourist Malaysia kalau shopping memang gila-gila borongnya

      Delete
  5. Besar juga RnR Kirazlibahce. Hehe susah hendak ingat nama tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebab ambil gambar sebagai rujukan bila nak update blog. Hehe

      Delete
  6. Alaaa xde gambar belon ke wak?? Nak gak tgk sal dalam belon hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar dan video belon di entry sebelum ni. ni dah move on ke Konya pulak

      Delete
  7. adeh.. dh part 4 dah... kena baca dr part 1 ni... hai sal.. lama x ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kakmim. Jemput-jemput baca. Mari mengembara secara maya. Ewah

      Delete
  8. baca nama tempat di turkiye huh terbelit lidah nak menyebutnya....manyak susah looooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. nak menulis pun nampak rumit hurufnya, ada titik atas, titik bawah. haih

      Delete
  9. Entri jalan2, point nya adalah catatan pengalaman.
    Dapatlah kami ambil sesuatu. Antaranya, elok standby selipar untuk kemudahan berwudhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sangat perlu sebab surau di negara lain tak sama macam di negara kita.

      Delete
  10. Cerita sopink di Turkiye ni, teringat kami pakat beli set gelas minuman teh di sebuah kedai di Nevsehir, sebelum keesokan paginya naik belon panas. Entah di mana gelas tu sekarang hahahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..set gelas comel tu ye. Saya nak beli tapi malas di rumah dah banyak cawan. huhu

      Delete
  11. macam susah jugaklah untuk wanita bila nak solat kat surau2 diorang kan. tak sabar nak baca next entry naik beloonnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah jugak lah. kalau tudung senang pakai takpe. kalau nak melilit ha jenuh

      Delete
  12. Pengalaman perjalanan yang menyenangkan ini tentunya. Terima kasih banyak ya. Saya jadi tahu ihwal Turki. Semoga sehat selalu.

    ReplyDelete
  13. kena la tulis gak & tepek kat sini..semua ni pengalaman. leh jugak kami ni tumpang2 pengalaman kan.. nak pegi x tau la bila...

    ReplyDelete
  14. seronok tengok tempat org melalui blog sal.. mama paling syok kalau wimndow shopping kat tembat pakaian. tapi ramai tak tahan tunggu mama hihi

    ReplyDelete
  15. wah product textile berkembang juga ya di sana

    ReplyDelete
  16. Bestnya... plan nak revisit Turki, tapi entah bila... Last visit lebih 2 dekad lalu, hihihi.

    ReplyDelete
  17. amboi sejak jumpa ismail dh boleh makan makanan turki. haha

    ReplyDelete
  18. tak silap kt sini pun ada jual coat bulu kambing

    ReplyDelete
  19. oklah kan dpt 50% discount...tuala kat sana depa kata best2..ke sama je...hihi..

    ReplyDelete
  20. Nampak sedap plak makanan tu...makan je janji perut kenyang kan...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah