Merhaba Turki Part 4.0! Naik Hot Air Balloon di Pamukkale

Sunday 23 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Part 3.0

Part 3.1

Assalamualaikum dan hai semua! Eh ada hot air balloon di Pamukkale? Ingatkan ada di Cappadocia sahaja. Aku pun bila dah follow trip ni baru tahu yang di Pamukkale juga ada belon udara panas. No wonder bilik hotel aku menginap ada tingkap kaca di bumbung. Refer entry INI. Fungsinya untuk santai pagi-pagi tengok gugusan hot air balloon berterbangan. Nice! Tapi aku tak sempat lah nak santai-santai tengok belon sambil baring sebab tidur di Tripolis Hotel satu malam sahaja.

Harga naik hot air balloon di Pamukkale juga jauh lebih murah. Hanya 220 USD berbanding 280 USD di Capadocia. Tapi harga hot air balloon ni tak fix. Datang musim lain/ tahun lain/ tempah pada operator lain, boleh jadi lagi mahal atau lagi murah. Boleh bayar pakai lira jugak tapi aku hairan bila convert ke RM, lagi jimat bayar pakai USD. At first ingat nak swipe kad tapi kedekut malas nanti ada charge. Lagipun kalau bayar cash boleh refund on the spot kalau tak jadi terbang. 

Kenapa tak jadi terbang? Memandangkan hot air balloon ni ringan, ia akan dibatalkan pelepasan kalau cuaca berangin atas faktor keselamatan. Ini pun punca kitorang tak naik di Cappadocia sebab dapat info dah dua hari tak jadi terbang. Kang takut patah hati lagi. 

Cara nak book tiket naik belon if datang DIY adalah dengan risik-risik tour agency di sekitar hotel atau book online. Since aku datang dengan tour guide so dia lah buat semua arrangement. Tak best jugak sebab tak boleh compare harga tapi dah memang travel dengan agen itulah aturannya so ikut jelah.

Pagi-pagi tu lepas Subuh terus turun bawak luggage untuk disimpan dalam bas dan check out. Tak makan apa-apa sebab takut perut meragam. Ngeri wei kalau nak membuang kat atas langit nun. Makan coklat sahaja untuk bagi tenaga. Untuk ke tempat naik belon, kami naik van dengan pelancong-pelancong lain. Tak semua orang dalam group kami yang naik belon. 9 orang sahaja. Kak Su (salah seorang ahli group kitorang) cakap dia berani naik belon ni sebab aku naik sekali. Alamak, akak jangan ikut saya sebab saya ni bukan betul sangat. Huhu.


Belon-belon akan naik secara berperingkat. Bukan serentak macam majlis perasmian lepaskan belon helium tu ye.

Beria dari hotel pakai sweater tapi sampai sana panas

Tunggu arahan dari staf kat situ untuk naik belon yang mana satu. Tak ingat berapa had maksimum untuk satu belon tapi lagi sikit penumpang lagi mahal bayaran per person. Standard lah tu. Kot korang nak feeling macam Sam dengan Fazura dalam filem Manisnya Cinta tu, naik berdua je, duit tu kena hulur lebih.

Abang Bomba, eh Abang Belon dok standby untuk pelepasan. Sado-sado ye pekerja kat sini. Tengok bisep dia tu. Aummm.

Eh boleh pulak dia buat lawak kata first time. Dahlah tengok muda semacam. Ismail nama pilotnya.


Nampak tak aku tersengih-sengih dapat naik hot air balloon. Mestilah happy dapat kabulkan one of my wish list. Well actually wish list aku adalah naik di Cappadocia tapi Pamukkale pun boleh. Hidup macam gitulah, takde orang nak tunaikan impian kita, kita tunaikanlah sendiri. It's my dream, Mas! Not her! Eh termasuk karekter filem Layangan Putus pulak. Pengaruh tik tok lah ni.

Teringat Blogger Amie cerita dia naik belon di Cappadocia, sejuknya bukan main. Aku tak sejuk ke? Memang tak sejuk langsung sebab ni hujung summer menjelang autumn. Lagipun Pamukkale memang agak panas berbanding tempat-tempat lain yang aku pergi di Turki ni. Campur dengan haba gas belon tu lagi.


Di kejauhan, Cotton Castle yang kami pergi hari sebelumnya



Aku sebenarnya rekod banyak video, tapi menegak. Video menegak tak sesuai upload ke blog. So take note lepas ni. Video menegak : Whatsapp Status, Tik Tok, FB story, IG story, Pinterest, Snapchat. Video melintang: Blog dan FB. Nasib baik ada video-video yang kitorang beli dari pilot. 10 USD per person. Bukan free ye. Videonya banyak, dari naik sampai turun tapi aku potong dan share sikit-sikit jelah untuk kat sini.

Ada orang kata, bentuk muka bumi Cappadocia lagi unik dan cantik dari Pamukkale tapi bagi aku setiap ciptaan Allah tu cantik dan unik. Cuma mungkin di Pamukkale kurang hype dan belonnya pun tak sebanyak di Cappadocia. Baguslah tak banyak. Risau aku banyak-banyak kang berlaga.

Tak silap aku belon udara panas kami naik ni maksimum aras dari tanah adalah 1000 kaki. Gayat jugak bila tengok bawah. Best sebab pilot cekap. Ismail bawak rendah je masa lalu Cotton Castle dan atas tasik. Ride almost sejam tapi rasa macam sekejap je. Memang tak menyesal lah naik. Duit boleh carii lagi tapi peluang macam ni entah-entah sekali seumur hidup.


Landing pun smooth je. Alhamdulillah. Rasa tak puas tapi banyak cantik kau nak mintak repeat. Hahaha. 

Settle semua dah selamat berdiri atas tanah ada celebration sikit. Part ni tak berapa kenan lah aku tapi nasib baik dia guna sparkling juice instead of minuman beralkohol. Setiap peserta akan dapat sijil tapi bukanlah sijil nama kita, tapi nama pilot. Cukuplah. Nak bawak balik si Ismail tak boleh, bawak balik sijil ada nama dia pun jadi. Hehe.

Siap-siap tunggu van bawak kami ke tempat ahli rombongan lain berkumpul untuk teruskan perjalanan. Ke mana kami lepas ni? Tunggu next entry ya. Thanks for reading!

p/s: Rupanya salah seorang ahli rombongan group ni kawan kepada blogger Nasa Mulia, pembaca blog ni jugak. Dr.Naila kalau terbaca entry ni jangan malu-malu nak tegur ye.

40 comments

  1. Oh, panas pula ye Sal.
    Tak kisahlah, panas atau sejuk yang penting dah dapat naik belon panas.
    Kami dulu begitu, salah satu sebab ke Turkiye sebab nak naik belon panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Pergi Turki kalau tak naik belon macam tak cukup syarat. Sejuk sangat pun tak best

      Delete
  2. Nasib baik Sal ambil keputusan naik belon.
    Hehe tahniah tercapai hasrat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tak menyesal. Kalau x naik nanti dah balik Malaysia teringat-ingat

      Delete
  3. Sal, USD220 tu harga utk seorang naik ke?

    ReplyDelete
  4. Bestnya, rezeki Sal dapat ke sana. Moga ada rezeki saya juga :)

    ReplyDelete
  5. betul tu Sal. impian wishlist kita sape lagi nak tunaikan kalau tak kita sendiri hehehe

    ReplyDelete
  6. Kawan kita kat sana skrg.. Dia ckp x dpt naik hot ballon sbb tutp cuaca dn kes org mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kalau ada kes, memang kena tutup untuk siasatan. Eh kes kat Cappadocia, takkan di Pamukkale pun tutup?

      Delete
  7. Setuju bab cantik, setiap tempat ada keunikan tersendiri. Itulah kecantikannya.
    Seronok tengok Sal naik. Tahniah berjaya lawan rasa gayat dan dah dapat satu memori manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, cuma kena lawan rasa gayat jelah sebab bukan aktiviti ekstrem macam bungee jumping. cuma kena tawakal jelah dan serah pada kecekapan pilot

      Delete
  8. duit bole carik, jodoh bole carik, pengalaman naik belon api ni yg priceless., wak is jeless., huhuhu dulu ada plan nk naik belon api ni kat melbourne, tapi kannn., khanns

    ReplyDelete
    Replies
    1. melbourne ada hot air balloon ka? last time ke sana takde pulak kitorang nampak. belum ada rezeki Wak lagi lah tu

      Delete
    2. google je, rasanye Melbourne masih ada hot air balloon over city and yarra valley 😜😜

      Delete
  9. ehh, ada member ckp ada tragedy hot air balloon minggu lepas kat cappadocia 2 org sepanyol mati., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Wak, saya pun ada baca. kesian betul. macamanalah perasaan diorang masa tu

      Delete
  10. berjaya juga sal naik balloon terbaik pengalamannya

    ReplyDelete
  11. ohhh dekat sini la ek Ranbir Kapoor dengan Katrina Kaif shooting movie diorang. Syoknya dapat naik hot air balloon, bila entah dapat pergi sana. Kalau jadi kak sal pun sengih macam kerang busuk gak dapat cross wishlist hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya baru teringat. apa entah tajuk filem tu . yang Ranbir gagap tu kan?

      Delete
  12. tumpang seronok baca pengalaman Sal...bestnya, cantik tengok belon2 di udara..

    ReplyDelete
  13. ko mesti feeling2 mcm fazura kan ms naik tu? hahahaha btw view mmg superb! ts mcm x nk turun...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak feeling fazura kena ada fatah amin. ni fatah seribu je ada

      Delete
    2. tu lagu shila amzah laa hahah

      Delete
  14. kawan2 yang ke turki pun, mesti naik hot air ballon nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kalau tak naik rasa macam tak sah je trip.

      Delete
  15. kita naik belon kat putrajaya jer dulu..inshallah tahun2 berikutnya di Turkiye...aminnn...

    ReplyDelete
  16. Ini kalau tak dapat naik dapat tengok kejauhan dari tingkap bilik pun dah seronok. Dapat jugak Sal naik hot air ballon. Syoknya lah kalau boleh repeat kan. Tapi nak membayarnya tu lah..huhu...

    ReplyDelete
  17. wah wah wah wah wish list ahkak juga ni tapi seriau juga bila baca ada orang yangmati bila naik hot belon kat turki. Allahuakbar. Semuga kita dijauhkan lah dari tragedi semasa percutian.

    ReplyDelete
  18. Naik belon ni rasanya takut takut berani kan. Bila teringin rasa berani bila nak naik rasa takut....macam-macam fikir kan. Kena beranikan diri supaya pengalaman yang tidak ternilai ini dapat di harungi. Yes sal dah berjaya terobang dalam belon panas. yeh yeh yeh

    ReplyDelete
  19. Alamak, dah banyak episod citer Turki akak tinggal ni. Akak datang jenguk say hi hi dulu ya. Nanti I datang berkampung.

    ReplyDelete
  20. Rasa macam dah komen tapi takde ye. Seronoknya Sal dapat naik hot ballon. Kalau tak dapat naik, dapat tengok dari tingkap tu pun dah cukup bahagia dah rasa. Syok kalau dapat repeat naik. Tapi nak membayarnya tu lah mahal. Masa pun cemburu sangat kan. Hihi..

    ReplyDelete
  21. bestnye dpt naik hot air balloon.
    dlu nak naik di cappadocia, tp cuaca tak mengizinkan, xde rezeki lg.

    ReplyDelete
  22. antara wishlist aida ni.
    turki. belon panas.

    ReplyDelete
  23. seronoknya dapat pengalaman camni. harga memang keras tapi once in a lifetime apa salahnya kan. dia kira cam lengkap percutian ke turkey bila dapat naik hot air balloon ni

    ReplyDelete
  24. wahhh..seronoknya sal...pengalaman tu..subhanallah, cantiknya view dr atas kan..best nya

    ReplyDelete
  25. bestnya, nampak byk belon panas kat udara mmg awesome view dia tu. kirim salam abam sado tu haha gurau aje

    ReplyDelete
  26. tak kisah la sejuk ke panas.. janji dpt naik dan turun dgn selamat.. ayat dlm ni nama ismail bkn main byk. hahaha. asal tak selfie berdua?

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah dapat jugak lepas hajat walau naik kat Pamukkale kan..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah