Merhaba Turki Part 3.0! - Terjebak Fashion Show Jaket Kulit di Selcuk, Izmir.

Wednesday, 12 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Assalamualaikum dan hai semua! Hari ke-3 trip, kami teruskan perjalanan dari Bursa ke Pamukkale. Macam biasa, check out dari Adranos Hotel lepas breakfast dan load luggage dalam bas. Jauh jugak perjalanan, 438km lebih kurang. So kena make sure makan kenyang-kenyang pastu memerut siap-siap. 

Perjalanan dari Bursa ke Pamukkale disajikan view kawasan pertanian di kiri kanan jalan. Turki merupakan sebuah negara yang terkenal dengan bermacam-macam produk sayur-sayuran dan buah-buahan. Ozgur kata tiap-tiap state ada signature produk tanaman diorang sendiri. Antaranya zaitun, ceri, delima, tomato, aprikot dan epal. Teringat pulak Blogger Notie yang teringin nak ke Turki memetik buah. Tak pasti musim apa orang datang memetik buah. Aku datang ni penghujung summer, nak masuk autumn, tak nampak pulak buah bergayutan. Banyak pokok macam dah dituai. Gondol je. Apa pun itu hanyalah pemerhatian dari dalam bas.

Tak rasa nak tidur pun sepanjang perjalanan, tapi sesekali terlena jugak. Driver kami Enis (lebih kurang lah kot ejaannya) memandu dengan baik sekali. Manis orangnya, suka tersenyum. Tak borak sangat sebab dia tak berapa pandai cakap omputeh. 

Sesetengah kawasan di Turki menjana tenaga elektrik dari angin. Sesuai dengan bentuk muka buminya yang berbukit.

Disebabkan perjalanan jauh, driver akan berhenti setiap 2 jam untuk toilet break dan minum-minum. Setiap kali berhenti di toilet stesen minyak di Turki ni aku mesti kagum sebab toilet diorang sangat bersih. Nak ambil gambar segan lah pulak. Toilet pulak di dalam kedai dan ada pintu yang pakai sensor. Kalau nak banding toilet stesen minyak negara kita hurm, krik krik ye. Apa yang bagus di negara orang kita puji dan jadikan panduan. Aku cukup tak suka orang yang kata "Alah kau dok puji negara orang tu asal tak pindah sana je?". 


Beli jajan sikit. Adik kerja kedai stesen minyak ni tak pandai cakap English. So komunikasi pakai duit jelah. Aku memang tak bawak bekalan dari Malaysia sebab nak merasa jajan Turki.

First pit stop, Citto Pelle Leather Factory di Izmir. Aku dah bersedia mental fizikal untuk ke tempat ni lepas baca di blog Siti Yang Menaip. Tak boleh elak kalau travel ikut tour guide Turki. Kalau travel DIY dan memang takde plan nak beli barangan kulit tak perlulah singgah. Cuma cerita Siti lagi 'seram' sebab dia pergi kilang lain. Boleh baca di SINI

Barangan kulit dari Turki memang terkenal serata Eropah. Ozgur kata banyak brand dari Itali ada kilang di Turki, terutama sekali area Izmir. Memang ramai pelancong datang ke Turki untuk hunting barangan kulit berkualiti yang katanya lagi murah sebab harga kilang. Murah bagi diorang tetap mahal bagi aku. Huhu. Aku bukanlah penggemar barang berjenama jadi aku tak kisah pun pakai beg brand apa. Asalkan cantik dan boleh sumbat semua keperluan aku, aku guna je sampai lunyai.


Sampai-sampai je kami dijemput masuk ke showroom dan dihidang teh epal. Orang Turki ni suka betul 'rasuah' pelanggan dengan teh epal. Haha. Tapi tak kisahlah sebab sedap

Sepanjang show, kalau ada yang berkenan boleh tandakan di kad sebelah meja

Beranganlah kejap konon-konon kau ni influencer dijemput ke KL Fashion Week. 

Aku cakap dengan akak kat sebelah aku, dah orangnya cantik, pakai kulit ayam pun cantik.

Design dia memang lawa bagi aku. Boleh pakai both sides. Kalau aku kaya dan selalu travel oversea tempat sejuk bolehlah beli

Tauke cakap boleh bagi diskaun. Kalau kedai macam ni jangan pelik bila pekerja atau pemilik kedai mampu berbahasa Melayu 

Tu dia harga, bukan RM bukan Turkish Lira tapi USD

Menjawab soalan pembaca yang drop komen tanya matawang apa yang aku bawak : Aku bawak Turkish Lira dan USD. Buat apa bawa USD? Sesetengah kedai kayangan macam Citto Pelle ni jual barang in USD. Tapi kalau peniaga tempatan, mereka mintak Lira. Apa pun kena cekap convert nilai matawang tau. Ada masanya bayar USD lagi untung dari bayar in lira. Eh cmane pulak tu? Ha, nanti aku cerita di entry seterusnya. 

Ada juga ahli group yang membeli. Tapi aku tengok sahajalah. Eh memang tak lah aku yang selalu beli baju preloved/bundle ni nak beli jaket harga mencecah RM 5K. Membazir. Nak ke Turki ni pun dah banyak keluar duit. Walaupun nilai matawang Turki jatuh dan aku boleh tukar 1000 TRY pada harga RM 300, tapi harus diingat yang bila matawang sesebuah negara tu jatuh, harga barang akan naik. So janganlah expect nak dapat harga macam orang yang pergi Tukri tahun 2019. Barang harga 5 TRY mungkin dah melambung jadi 20 TRY. Dulu duit Turki lagi besar dari RM, tapi sekarang dah terbalik.

Semoga ekonomi Turki kembali pulih. Kasihan sebenarnya Turki ni sebab selalu ditekan negara-negara kuasa besar sebab Presiden Edrogan lantang bersuara terutama bila melibatkan nasib negara Islam lain.

Eh jauh pulak membebel. Haha.

Later kami lunch di Sultan Restaurant. Dekat je, kami jalan kaki. Area Citto Pelle ni memang banyak restoran dan hotel. Kiranya kalau datang Izmir, ni memang area tumpuan pelancong. 

Menu ala Mediterranean. Tak jumpa pulak lauk ikan. Kena order kot. Ni makan stail buffet. Makanan dia sedap jugaklah. Ah, Sal kau semua sedap! 

Pic dari Trip Advisor. Aku tak ambil gambar sebab orang sangat ramai

Aku frust sebenarnya sebab setakat singgah Leather Factory ni je di Selcuk, Izmir. Aku teringin nak ke Ephesus Ancient City, tapi dari itinerary memang dah tulis tak singgah so tak boleh salahkan travel agent. Aida kata akan tetap singgah ancient city, tapi yang lain. Rupanya ada berpuluh ancient city kat Turki ni.

Kalau diberi peluang repeat Turki, aku nak explore area Selcuk, Izmir. Sini banyak tinggalan empayar Rom/Greek. Tak silap aku gua yang disebut-sebut kononnya Gua Ashabul Kahfi pun di area ini. Jom jom siapa nak ikut. Kesian la siapa travel dengan aku. Shopping tak minat, tapi duduk bertapa kat bangunan lama minat pulak. Adeh.

Anyway lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Pamukkale. Singgah solat di salah satu masjid ni tapi masjid biasa sahaja. Aku pun tak ambil gambar. 

Excited sungguh aku nak pergi Pamukkale sebab kami nak ke Hierapolis Ancient City. Ni antara tempat yang aku dah berangan-angan nak sampai dari KL lagi. Hati dah patah di Istanbul, moga tak patah di Pamukkale! Patah ke tak patah nanti sambung ye. Thanks sudi membaca!

43 comments

  1. menu makanannya kok cuma begitu saja ya, ringkas

    ReplyDelete
  2. Mereka ini rajin juga buat pertunjukkan fesyen.
    Suka trench coat tapi itulah jarang pakai
    Sedikit sahaja Sal makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi tu bila bubuh kuah jadi kembang, jadi cepat kenyang. Ada makan salad dan buah jugak

      Delete
  3. Seriously kita x familiar langsung tentang turki.. Apatah lg ttg sejarah.. Tumpang baca je la kat sini hahah mmg x dpt. Nk bygkan.. 😁 Mampu baca je la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Turki memang wish list saya dari dulu jadi segala apa pasal Turki selalu menarik perhatian saya. Bab sejarah tu saya pun tak arif sangat sebab sejarah Turki panjang berjela

      Delete
  4. Penulis Norhayati Berahim kan suaminya orang turki jadi dia selalu up gambor buah-buahan di turki. Buah ceri buah epal....kebun buah-buahan lagi ko rasa ahkak tak meroyan ke tenguk camtu.....hahahaha Tenguk pokok epal tepi jalan kat UK pun dah meronta rasa nak panjat aduhaiiii lorat sungguh ahkak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah lorat, lain orang lain minat dia time travel. OKlah nak cari suami orang Turki gak lah macam ni. Hahaha

      Delete
  5. Kalau ikut agent memang le dia akan bawa kedai untuk shopping sebab dia dapat komisen. Jadi terpulang pada kita nak beli atau belek dan pandang je. Terkenan hah beli kalau mahal pandang saje lerrrrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak Notie. Redha jelah. memang caranya begitu. Mana-mana negara pun

      Delete
  6. Agaknya kedai turki sampai pandai cakap melayu sebab orang malaysia sakan pi sana kut. Tapi betul lah jauh perjalanan luas pemandangan. Mana yang baik kita buat tauladan mana yang tak baik diam-diam je. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tour Guide Turki cakap Melayu pun saya ada jumpa. Tu memang next level lah

      Delete
  7. Tak tau pulak Turki femes dengan tea epal.... menarik tu kena cuba rasa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Turki ada macam-macam teh, tapi sepanjang trip ni memang selalu dihidang teh epal bila singgah kedai

      Delete
  8. Cantik design baju sejuk dia tapi tu la tu, harga sampai 5k memang tak menang membeli dah rasanya bagi saya sebab saya pun biasa beli yang murah-murah tak sampai beratus pun :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau negara kita ada musim sejuk berbaloi lah. Apa pun, duit masing-masing. terpulang nak spend macamana

      Delete
  9. kalau makan kat sana tak risau pasal status halal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, 90% rakyatnya muslim. Cuma masalah setiap restoran walaupun owner muslim tapi jual arak

      Delete
  10. wah sonoknya jenjalan Turkiye negara bersejarah

    ReplyDelete
  11. seronoknya....ok la tu. cuci2 mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci mata jelah, cuci poket tak mampu. tapi lama sangat kat situ rengsa jugak

      Delete
  12. Ini yang dikatakan jauh perjalanan luas pandangan..
    Alhamdulillah! Rezeki Sal dapat ziarah negara orang..
    Tak kisah lah kalau ada yang cakap angungkan sangat negara orang pegi lah duduk sana..
    Orang akan terus becakap selagi mereka boleh bercakap..
    Abaikan saja cakap2 orang yang macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Kadang-kadang berkongsi pengalaman tapi disalah anggap

      Delete
  13. Wah cik Sal jalan jalan Turkey 🌹🌹

    ReplyDelete
  14. Tak pasal kena tengok fashion show ya 😇
    Ingat kot masuk kedai je. Tabah jelah dah ikut TA kan..

    Ancient city tu macam menarik je. Akak pun lebih suka pergi tempat sejarah dan alam semulajadi daripada tempat shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ancient city memang menarik. Nanti baca ye entry terbaru. Hehe

      Delete
  15. Bertuah badan dapat berjalan-jalan tengok negara orang

    ReplyDelete
  16. tu harga yg plg mahal ke yg ko pegang tu? makkk aiii kalah butik LV

    ReplyDelete
  17. kalau tempat2 mcm ni, kalau takde yg beli, rasa kesian pula tapi itulah harga yahudi sgt...ada ahli rombongan yg beli, ok jg lah...akk pun suka tengok bangunan2 lama, tempat2 klasik...bagus depa kekalkan utk tatapan generasi baru...

    ReplyDelete
  18. baju tu ke ole ole yg ko nak bagi tu? ok nnt kite jumpa ek tazabarrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  19. Kawasan pertanian dia tak nampak pertanian sangat. Tapi masih indah dipandang. Kena kaji tu Sal macamana toilet dorang boleh bersih. Mungkinkah pengguna yang disiplin atau pencuci toilet yang bagus.

    Kiranya tak hairanlah kan kalau kat sana ramai yang pandai cakap melayu. Kita ni kalau dah banyak keluar duit nak travel, nak membeli barang sampai 5k memang tidaklah kan. huhu...

    ReplyDelete
  20. Banyak pengalaman travel Turkiye ye Sal.

    ReplyDelete
  21. Bestnya Sal. Sama jugak saya pun jarang nak shopping sgt time jenjalan..lebih pada nak tengok tempat orang dan tempat bersejarah kalau ada.

    ReplyDelete
  22. Simple je Sal makan.. Tapi betullah kan.. Mana yang baik kita kongsilah.. Tak semestinya bila kita puji perkara baik di sesebua negara, kita kenapindah sana..

    ReplyDelete
  23. Yang bagus di negara orang kita puji. Itu sudah biasa. Kita anggap bagus karena kita jarang nengok. Kalau orang lain datang ke negeri kita kalau cantik dia juga puji. He he

    ReplyDelete
  24. Klu fulus byk nak jugak travel dgn Sal sbb saya pun suka pegi tempat bersejarah dari pegi shopping. Teringin nak pergi Turkiye tapi belum ada rezeki lagi :)

    ReplyDelete
  25. tulah kasihan turki ni sellau jd mangsa politik tp bagus PM dia sbb berani bersuara. kalau ada duit boleh travel dgn sal. hee.. toilet bersih tu mmg tak pernah dpt no 1 di malaysia

    ReplyDelete
  26. mcm senang je mkn kt sini kn sal... janji x memilih je... jajan pun bih kurang je cuma bahasa je lain

    ReplyDelete
  27. Sal Sal...bukan awak je rasa lauk tu sedap, ammi tengok pun nampak sedap

    ReplyDelete
  28. Menarik juga jajan Turki yang Sal beli tu. Oh, tiba-tiba terbayang teh epal Turki...

    ReplyDelete
  29. tu dia harga dalam usd ratusan pulak.. boleh buat beli tiket melancong satu round tu kan sal

    ReplyDelete
  30. Akak boleh ikut Sal kot. sebabnya akak jenis travel x suka shopping...hahahaha...lebih pada exploring...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah