Funtasy House Ipoh

Friday 11 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Akhirnya kita sampai ke entry terakhir trip aku ke Ipoh 4 bulan yang lepas. Macamana nak jadi travel blogger yang berjaya macam ni. Eh..travel blogger laku lagi ke di zaman tik tok ni?

Ha..Ayu kan gambar aku kat bawah ni. Ibarat menanti orang datang meminang je. Kahkah. Entahlah meminang tawaran kerja atau meminang ajak travel sekali. Nak tau kat mana aku ambil gambar ni? Jemput baca sampai habis (bajet saspen padahal kat tajuk dah ada) . Amaran : Entry ni banyak gambar.


Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Day 2

Day 3

Lepas lunch, kami singgah solat Zohor di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri Perak. Settle solat dalam pukul 1.30 pm sebab masa tu Zohor masuk waktu awal. Masih ada banyak masa sebelum naik KTM balik ke KL pukul 3.30 pm, jadi kami ke Funtasy House yang tak jauh dari stesen keretapi. Hanya 500meter je berjalan kaki.


Since kitorang dah check out dan memang menunggu masa nak naik tren untuk balik, beg semua angkut sekali. Tapi jangan risau sebab ada locker dan tempat simpan luggage. Free jer, tapi simpan kunci baik-baik


Harga tiket dan waktu operasi Funtasy House Ipoh

Kitorang pergi ni hari Isnin, so takde orang laim dalam tu. Ada kitorang je. Senanglah nak bergambar, boleh bukak mask. Hehehe.

Korang kalau biasa masuk muzium berkonsepkan 3D atau 'Trick Art' ni mesti tau kan, kalau nak gambar cantik, kena pandai pose. Unfortunately, aku bukanlah orang yang pandai posing jadi korang abaikan jelah kalau tak fotogenik atau trick sesuatu gambar tu tak sampai.


Jadi gadis sarkis jap. Chaal chaal chaal mere hathi, oh mere saathi


Gambar juggling ni tak berapa nak jadi


Berangan di Cappadocia kejap


Insert lagu 'Defying Gravity' dari teater Broadway 'Wicked'. 


Ku harapkan putera raja, puteri bunian yang muncul. Ceh


Everybody is Kungfu fighting!




Eh Sotong ni..aku tangkap buat sambal kang ha


Masuklah Jah oi..dapur aku ni tunggang terbalik dah ha


Menyorok dari tikus

Di sini ada juga photographer diorang yang akan tolong amikkan gambar. If pakai kamera dia, nanti korang kena beli lah gambar tu kalau nak. Tapi pakai kamera sendiri pun boleh. Just cakap jelah elok-elok.


Thumbelina yang pasrah kena kahwin dengan Putera Katak


Cabut gigi hantu



Teringat masa pergi Museum of Illusion di KL. Rasanya pose yang sama je. Haha.

Menurut Blogger Anies, nak dibanding dengan Muizum 3D Penang, Funtasy House ni ada kurangnya sikit iaitu lantai diorang tu kacau effect gambar. If dicat sekali supaya blend in dengan illusion lagi cantik.
 

Al kisah terdapat seorang pencuri harta karun


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya beliau ditangkap


Tak nampak macam takut, macam menari inang pun ada


Tu tangan ke ranting kayu?



Terburai dah isi perut. Habislah segala pizza dan roti goyang makan pagi tadi


Cubaan menghidupkan semula oleh Sang Drakula

Actually ada banyak lagi gambar tapi ada yang tak jadi. Hahaha. Photo credit to blogger Anies. Since dia bagi gambar aku je, so entry ni ada gambar aku jelah ye. Korang gi ketuk pintu rumah dia kat SINI suruh update entry versi dia pulak.

If korang berada di Ipoh dan minat trick art museum sebegini bolehla singgah di Funtasy House, Ipoh yang terletak di 16, Jalan Market.

Facebook

33 comments

  1. tengok awak tulis terbayang cappadocia ammi pun terus terbayang cerita Layangan Putus..

    "Why Cappadocia Mas? Its my dream not hers"... hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tengok lagi kak drama tu, tapi selalu gak baca review. Hehe

      Delete
  2. suka sgt jadi witch..menjadi tau

    ReplyDelete
  3. Hehe. Mula-mula tidak tahu cara pose juga masa pergi muzium begini.
    Sekarang bersepah konsep muzium begini.
    Tengok gambar-gambar Sal ok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada contoh ditampal pada dinding. Kalau tak, buntu jugak nak posing

      Delete
  4. CANTIK SEMUA PIC N MENARIK AKSI MODELNYA SERAM JUGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pic cantik sebab blogger Anies pandai ambil. Model tu kuat tengok citer hantu, tu yang pandai beraksi

      Delete
  5. Adeh..seram jugak yang nak kena pancung dan terburai isi perut tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang seram jugak kat situ. Lampu pun malap je

      Delete
  6. Terhibur akak layan gambar demi gambar :D
    My favs are the putera katak Sal is redho pose dan gambar Sal ngan Anies menyorok dari tikus Ratatouille...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kalau tengok gambar Anies lagi terhibur. Tak taula kalau dia letak kat IG

      Delete
  7. Ahli sihir yang tercomel ahkak tenguk hehehehe tapi yang terburai pewut tu emm maching baju dan warnanya. serammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. bahaya ahli sihir comel tu. tak tersangka dia jadi nenek sihir

      Delete
  8. Mesti best kan sal naik belon udara panas kat cappadocia....my wish list. Mudahan Allah rezekikan dapat pi sana.Aamiin

    ReplyDelete
  9. Alahaiiiii akak punya trip pun manjang je takde penghujung. hehehehe memang bukan traveler ohsem punya. Adehaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya kak. kadang-kadang entry habis gitu je tak berkubur. huhu

      Delete
  10. yg penting happy.. 👍👍

    ReplyDelete
  11. suka aksi2 posing..mmg kena dgn props..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gambar sebagai panduan. kalau tak, buntu jugak

      Delete
  12. Cantik gambar.. walaupun Kak Sue asal dari Perak, tak tau lah pulak banyak tempat menarik kat Ipoh nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat-tempat ni banyak yang baru muncul. Dulu-dulu tak ada

      Delete
  13. Impian akak jugak tu Cappadocia...tp nak pi ngan putera hati kalau ada...eh...hahahahaha

    ReplyDelete
  14. Hahaha.. comel-comel gambar Sal..

    ReplyDelete
  15. Betul betul, kena pandai posing baru cantik gambarnya nanti. Inipun kira terror jugak posing tak kayu. hehe..Dah masuk sini memang banyaklah gambarnya kan Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun pose laju-laju, takut leka nanti tertinggal ETS balik

      Delete
  16. Pandai beraksi, cantik gambar-gambar, macamana termiss post Sal yang ni, suka baca itinerari..

    ReplyDelete
  17. cuma heran kenapa kita berdua je yg masuk... mana yg lain?

    ReplyDelete
  18. wah sgt menarik la 3d pics. tapi mama takde geng utk ambil gambo

    ReplyDelete
  19. scroll dr atas sampai ke bawah laju2 memang nampak reaal. hahhaha
    ni kalau jumpa penuh gallery fon

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah