Kilang arang Kuala Sepetang dan Mi Udang Mak Jah

Thursday 17 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita bulan Januari lepas. Adik lelaki aku kata dah lama sangat tak bercuti, jadi dia ajak aku, adik pompuan dan parents aku ke Taiping, Perak. Tak pernah bercuti jauh-jauh sejak adik aku dapat anak kedua ni. Kenapa adik aku pilih Taiping? Katanya ada banyak wishlist dia di Taiping- Bandar Warisan. Ia juga digelar 'Bandar Orang Pencen' sebab ramai pesara suka menetap di sini.

Dari Sungai Buloh, kami menaiki 2 kereta. Adik lelaki aku satu kereta sebab dia pakai 2 carseat. Kami yang lain satu kereta. Campur tolak berhenti RnR semua, perjalanan makan masa lebih 3 jam. No rush. Takde apa nak dikejar. Bawak orang tua dan bayi lagi, memang tak boleh lah nak cepat macam Amazing Race.


Destinasi pertama, Mee Udang Mak Jah yang terletak di Kuala Sepetang



Warung open air. Akan ada orang datang ambil order


Menu Mee Udang Mak Jah. If tak nak mi, boleh order kuey teow, bihun mahupun nasi goreng


Tak ambil gambar makanan orang lain. Aku pilih Mi Kuah Udang yang merupakan signature dish

Review aku? Hurm..rasanya lagi sedap yang aku makan di Tanjung Karang. Udang pun kurang fresh kalau nak dibuat perbandingan. Tak capai expectation walaupun harga di Mi Udang Mak Jah lebih murah. Thankfully takde allergy reaction, tapi tak repeat dah lah. Maaflah ye, ini cuma review jujur seorang pelanggan. Family aku pun reaksi biasa je. Tak impressed sangat.

Ada banyak lagi kedai mi udang di Kuala Sepetang ni tapi kalau google memang Mi Udang Mak Jah yang akan muncul di carian pertama. Orang tempatan mesti tahu kedai lain yang lagi sedap kan, tapi saja tak nak bagitau sebab nanti viral, crowded pulak. Haha. Selalunya gitu. Lagipun ada sesetengah kedai makan, lepas viral auto jadi tak sedap dan kualiti drop.

Next kami ke Kilang Arang Kuala Sepetang. Yang ni pun wishlist adik aku. Layan jelah. Tapi mak aku dan isteri dia tak turun sebab budak berdua tu tidur pulak. Perjalanan jauh dari KL dengan cuaca panas berdenting memang meletihkan.



Cuaca memang dah panas, kita tambah panas dengan berada di sini. Hehe. Aku respect habislah pekerja kilang arang ni sanggup menahan panas memproses kayu bakau untuk dijadikan arang. Masa pergi ni takde tour guide. Tak tau nak cari kat mana. Pergi pun mengejut kan, main terjah je. Nampak seorang pekerja, tapi tak nak kacau.

Info lanjut tentang proses pembuatan arang boleh baca di SINI





Posing depan 'gok', dapur membakar kayu hingga menjadi arang. Unik bentuknya macam igloo. 

Kalau ikutkan, lagi seronok berkunjung ke kilang arang ni kalau ada tour guide, so lebih faham setiap proses dan kegunaan alatan. Tak tau nak cari tour guide macamana. Ada sesiapa yang ada info bolehlah share di ruangan komen. Nanti aku edit di sini, boleh jadi panduan untuk orang lain yang berminat melawat kilang perusahaan kayu arang ni.

Selesai kat sini, tetiba hujan turun dengan lebat. Ah sudah..terpaksa cancel plan nak sambung jalan-jalan. Kuala Sepetang yang terletak dalam daerah Larut merupakan tempat dengan taburan hujan paling tinggi di Semenanjung. Boleh kata hari-hari hujan. 

Mamandangkan dah hujan, budak-budak pun dah tidur, kami check in homestay dulu. Nanti next entry aku sambung kisah di Taiping ye. Thanks for reading!

40 comments

  1. Teringat filem2 Mamat Khalid, selalu dia ada shoot dekat kilang tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada ye, tak pasti pulak. maybe filem tu saya tak tengok kot

      Delete
  2. Menarik...akak pernah makan mee udang Mak Jah tu kat Wangsa Maju,cawangan kat situ..so far sedap dan kena ngan selera akak...pernah gak nak layan the real..tp macam dh banyak review kata x sedap...nanti la pertimbangkan semula...best ar pi kilang arang tu...betul kalau ada tour guide should be ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..di Wangsa MAju lagi sedap ye. Mak Jah dah pindah situ la kot, yang cawangan di Kuala Sepetang dah jadi kurang sedap

      Delete
  3. selalu nmpk org review mi udang mak jah ni!!
    Dia mcm mi rebus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, tapi saya tengok kuah cair je. kalau pekat mesti lagi sedap

      Delete
  4. cantiknya model gok bertudung merah

    ReplyDelete
  5. Sha pernah datang sini memang tak makan dekat kedai Mak Jah tu.. cari kedai yang dalam-dalam.. hehehe.. Best juga kalau ada tour guide, boleh bawa anak belajar pasal arang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan..biasa kedai yang dalam-dalam lagi sedap dari kedai viral

      Delete
  6. Ni pun antara tempat yang akak nak pergi, masih belum kesampaian - kilang arang.

    ReplyDelete
  7. Last ke Taiping masa roadtrip tu. Setuju juga mee udang Tanjung Karang juga yang sedapnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. kan. tapi di Tanjung Karang tu lagi mahal dari Mak Jah ni

      Delete
  8. Hehe selera orang pasal mi udang. Takpelah buat merasa.
    Dulu-dulu rajin ke Taiping sebab nenek saudara tinggal situ tapi itulah tiada lawatan ke kilang arang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kalau berjalan melawat saudara atau ada kenduri, memang jarang berpeluang melawat tarikan yang ada di tempat tu. saya selalu gitu

      Delete
  9. Mee udang dengar pun rasa sedap tapi kalau kurang tu mungkin cari yang lain, lawatan sambil belajar ke kilang arang menarik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri je kak, hehe. kalau memang suka memasak rasanya lebih senang masak sendiri. tapi udang kena cari yang fresh lah

      Delete
  10. hahaha ha'ah memang selalu macam tu lah, bila dah viral mula la tak cukup tangan. Baru tahu pasal kilang arang ni. Boleh belajar lah proses pembuatan arang kat sini ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu gitu, bila viral je kualiti drop. Tak macam masa zaman beria nak attract customer

      Delete
  11. kilang arang batu tu rare. tak pernah tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah tengok depan TV je. teruja dapat tengok depan mata

      Delete
  12. Kilang macam muzium lah ni ye orang awam boleh masuk. Ada guide mesti lagi syok. Agaknya macam orang kurang datang, guide pun entah kemana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yang jadi guide tu bukan dilantik oleh kilang, tapi tour guide travel agent

      Delete
    2. Ohh macam tu. Susah juga hire agent. Kalau under kilang okay lagilah mudah berurusan.

      Delete
  13. mee udang tanjung karang ktne tuuh? nnti wak nk terja kalo sedap bagai dikata.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama kedai tu Mi Udang Banjir Tanjung Karang. Jangan terjah waktu siang di bulan puasa sudahlah ye

      Delete
  14. Besar-besar udangnya tu
    Suka tengok susunan potongan kayu bakau tu.
    Nampak kemas walaupun akhirnya jadi arang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat macam ni kena utamakan safety kan. sebab tu sentiasa kemas

      Delete
  15. Masa kita orang pi warung mee udang Mak jah ni pewut masih lagi kenyang sebab makan ketam lembut di Kuala Gula jadi order semangkuk je makan ramai-ramai. Rasa ok je lah takde lah wow sangat sebab masih kenyang. Boleh gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. review masa tengah kenyang lagi bagus sebenarnya sebab kalau lapar, semua pun sedap

      Delete
  16. Ahkak singgah juga kat kilang arang tu. Dan kebetulan ada staff dia yang rajin nak bercerita. Tak tahan kat dalam sebab panas

    ReplyDelete
  17. Depan kilang arang kita orang beli cuka kayu buat baja pokok

    ReplyDelete
  18. pernah makan kt dua2 kedai..Mak Jah & Kuala Selangor...betul, yg KSgor lg sedap, udang dia fresh..kilang arang Kuala Sepetang..teringat dokumentari 'Suri Kuala Sepetang'..kisah pekerja2 wanita di kilang arang..sedihhh..

    ReplyDelete
  19. Teringat masa kecil2 dulu di kawasan Bachok banyak gok arang dan gok untuk salai daun tembakau.

    ReplyDelete
  20. Tengok rupa mee udang tu pun macam hambar je kuahnya cair.

    Tourguide takde takpelah Sal janji dapat jugak tour kat kilang tu kan..kan...

    ReplyDelete
  21. misha omar kot kalau x silap penah buat MV kat situ

    ReplyDelete
  22. Akak pernah pergi kilang arang ni... bukan main excited masa masuk... keluar muka biru sebab dah semput hahahah

    ReplyDelete
  23. tu dia melingkar udang dia. boleh la bawa syafi tgk kilang arang nanti tambah info

    ReplyDelete
  24. lama tak ke kuala sepetang makan mee mak jah.. sedap tgk udang tu. kemain selfie tak kira di mana saja. haha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah