LaLaport Bukit Bintang KL - Di atas tapak Penjara Pudu

Sunday, 13 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ni cerita semalam. Bosan duduk rumah, aku ajak adik aku ke LaLaport yang terletak di Bukit Bintang, KL. Mall ni 'terkenal' sebab dibina atas tapak penjara Pudu yang dirobohkan pada tahun 2012. 

Orang-orang lama tahulah betapa bersejarahnya Penjara Pudu yang ditamatkan operasi pada tahun 1996. Logik jugaklah pada pendapat aku sebab masa tu kawasan Bukit Bintang tengah membangun dengan pesat dan menjadi tumpuan pelancong. Takkanlah tengah-tengah bandar ada penjara. Lepas ditamatkan operasi, pernah dijadikan muzium tapi tak pasti berapa lama. Aku sendiri tak berkesempatan nak pergi sebab ramai cakap muzium tu 'keras' dan banyak cerita mistik pengunjung lepas melawat muzium tu. Yang aku ingat, sekolah aku nak buat lawatan tapi last-last tak jadi. Parents tak bagi kot. Termasuklah mak aku. Hehe.

Baca ni kalau berminat nak tau sejarah Penjara Pudu : Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat


10 tahun kemudian, di atas tapak Penjara Pudu, berdiri megah LaLaport pertama di Asia Tenggara. LaLaport merupakan rantaian pusat beli-belah Mitsui Fudosan yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Mitsui Shopping Park dengan keluasan 78,500 kaki persegi ni menghimpunkan rangkaian jenama-jenama kedai dan restoran terkenal dari Jepun seperti Pansy, Como, Nitori, Nijoma dan Don Don Donki di bawah satu bumbung.

Senarai penuh kedai boleh lihat di SINI

Kitorang pergi naik public transport je. Kalau naik LRT aliran Ampang/ Sri Petaling, turun di stesen Hang Tuah.

If naik monorel pun turun di stesen yang sama. Stesen LRT dan monorel Hang Tuah bersambung.

Kalau naik MRT, boleh turun di stesen Bukit Bintang tapi kena jalan sejauh 1km. Kalau biasa menapak di KL sebenarnya tak jauh pun. Teringat masa umur 20an dulu kerja Pavilion, memang cekap aku bab jalan Bukit Bintang ni. Mujur tak sampai Changkat je. Ops. 


Naik eskalator dari stesen LRT terus nampak entrance ni. Lalaport Bukit Bintang City Centre/ Lalaport BBCC




Banyak wing masih dalam pembinaan walaupun dah dibuka untuk orang awam dari bulan Januari




Kedai yang paling menarik perhatian adalah Nitori. Seolah-olah IKEA tapi versi Jepun


Nitori pada pendapat aku banyak produk menarik yang memang berasal dari Jepun. Macam kita masuk Daiso, ada je idea unik yang tak dijumpai di kedai lain. Contohnya sarung bantal 'sejuk' dan alas kaki cepat kering. Tapi kalau nak beli tu belek-belek lah dulu. Ada jugak yang made in China, tapi harga mahal. Probably sebab dijual di sini. Pandai-pandai lah banding harga dan kualiti. Alah, korang semua terer bab shopping ni, tak payah ajar. 




Kerusi 'Deadpool'


Masa aku ke Jepun dulu,  tak jumpa pulak LaLaport. Sempat pergi shopping di kawasan Dotonbori dan Yodobashi Umeda store sahaja.

Jemput baca secebis pengalaman aku bercuti ke Osaka-Kobe-Kyoto-Nara di SINI

Berhampiran tempat aku ambil gambar ni ada deretan tangga LED yang digelar 'Grand Steps'. Sebab siang tak nampak sangat kerlipan lampunya so aku tak pergilah ambil gambar. Kalau malam mesti cantik.


LaLaport juga ada 'Rooftop Garden' yang menghijau dan boleh nampak banyak bangunan ikonik Kuala Lumpur macam Menara KL, TRX dan KL118. Ramai ambil gambar di sini tapi aku tak join sebab panas. Bila panas, aku ambil gambar tutup mata. 


Jadi lah kan..tak dapat bergambar dengan Gundam di Tokyo


RollerWa ni pun menarik jugak. Coming soon. Tak sangka kegilaan roller skates akan kembali. Dulu tahun 90an memang famous sebelum kemunculan roller blade.

Roller Wa adalah skating rink indoor. Di 1Utama dah dibuka sejak Disember 2021 tapi aku tak pernah pergi lagi. Macam menarik pulak. Katanya aktiviti roller skating indoor ni popular di Korea. 

Sempat jugak aku tengok toilet di LaLaport ni. Manalah tau sama macam di Jepun, pakai elektrik. Tapi tidak ye, toilet biasa je. Ada air, jangan risau.


Ini kawasan kedai-kedai makan di level bawah sekali


Ingat nak cuba MatchaEight ni sebab aku suka green tea tapi ramai beratur. So auto malas. 

So..adakah aku akan ke sini lagi? Maybe tidak dalam masa terdekat memandangkan banyak kedai tak bukak lagi. Nasib baik dah makan siap-siap kat rumah. Pergi ni pun sebab rasa ingin tahu. Nak pergi attraction lain takut ramai orang. Cuti sekolah kan.

Frust jugak aku sebab takde pusat karaoke dan arked game 'Pachinko' memandangkan keduanya adalah aktiviti hiburan masa lapang popular di Jepun.

OKlah tu je nak cerita tentang 'mall berhantu' ni. Hantu apa? Hantu Shopping. Nasib baik aku tak terjebak. Or maybe next time?

45 comments

  1. Nitori tu nampak macam best! Boleh makan jam jugak kat dalam tu leka belek-belek barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Kitorang spend masa lama dalam tu. Banyak rekaan unik terutama bahagian pinggan mangkuk dia

      Delete
    2. Satu hari kena buat plan terjah tempat ni... tapi kena tunggu biar banyak kedai lain bukak dulu. Baru puas ronda-ronda.

      Delete
  2. Tidak 'keras' ke LaLaport mall buat di tapak Penjara Pudu? Hehe macam pelik tiada masalah bina bangunan di atasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mesti ada. kalau tak takkanlah ambil masa sampai 10 tahun. hehe. wallahu'alam

      Delete
    2. Saya dah lebih 8x ke lalaport dari thn 2022-2023.Memang ada kisah mistik di sini.Ramai staf berhenti.Gangguan di loading bay tmpt masuk brg..tandas staf pun sama..org dlm ni juga cerita kiki

      Delete
  3. Kalau nak tengok muzium penjara, ada di Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut l\nak pergi, so memang seumur hidup tak pernah sampai mana-mana muzium penjara

      Delete
    2. Macam menarikk je tengok muzium penjara tapi itulah kak sal, rasa seram sejuk pun ado hahaha >.<

      Delete
    3. ha kan. banyak kali ke Melaka, tapi takut nak berkunjung ke muzium penjara. takut lemah semangat. hihi

      Delete
  4. Ananda Sal ...! Saya pernah melancong di sana tahun 2017. Nginap di hotel Metro Bukit Bintang. Dekat Pudu.

    ReplyDelete
  5. Boleh sesat di dalam tu, seram juga bila imbas sejarahnya, suka info tentang roller skates di OU, roller blades, skooter belum aktif lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. nanti kalau pergi yang di OU bolehlah share.

      Delete
  6. wah nampak sangat dah lama tak masuk KL. dulu-dulu masuk masih lagi di bina. Lah ni dah ada lalaport le pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, selama ni lalu tertanya-tanya bila nak siap.

      Delete
  7. Agak-agak mall tu malam-malam berhantu tak selain dari hantu shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..tak berani pulak nak kaji. so far belum dengar cerita

      Delete
  8. wah..tapak penjara pudu tu dah jadi mall? punya la lama x gi KL....ketinggalan banyak dah ni. dulu nak gi keja lalu hari2 depan penjara pudu tu...tgk pun dah serammmsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, tengok lalaport ni tak seram. cuma kalau malam-malam tak tahulah pulak saya. kena interbiu pekerja situ

      Delete
  9. luas n besar mall agaknya sepanjang tapak penjara pudu kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak PI. Sepanjang-panjang tapak. Ikut pemmbacaan saya, banyak lagi nak ditambah ni. Tadika lah, opis lah

      Delete
    2. Pekerja cleaner sapu sampah di basement parking pun ada kena ganggu dgn hantu ..bkn cerita palsu dia jiran kwn sy.kakak indon

      Delete
  10. Macam menarik juga bila dah buat mall kat sini ya Sal. Kak Sue sempat juga lah melawat muzium Penjara Pudu sebelum kena roboh dulu, tapi tak pusing habis pun masa tu.. seram pulak rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang luar jela kot yang berani buat mall kat sini. Developer local takde pulak yang berminat. Bertahun tapak ni terbiar kosong

      Delete
  11. Dah jadi lalaport ye kat sini. Lama sungguh tak ke Hang Tuah. Ada sedara jadi Imam masjid Penjara Pudu dulu.

    ReplyDelete
  12. Tertarik dengan kedai Nitori tu. Macam masuk Muji, seronok membelek.
    Akak pernah masuk muzium penjara Pudu tu. Merasa la masuk sel dia, memang suram dan seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah dinding sel tu boleh bercakap, mesti dah macam-macam dia cerita kan?

      Muji pun saya suka masuk, tapi tak pernah beli apa-apa lagi dalam tu

      Delete
  13. belum lg jalan2 di sini..

    ReplyDelete
  14. Company jepun punya eh.. Byk brg2 jepun je kt situ.. Tp bila mention tapak penjara ni tetiba cam seriau lak nak peggi hahhaa

    ReplyDelete
  15. Rasa macam pernah dengarlah ada kawan sebut. Tapi masa tu bila dah tau atas tapak penjara pudu yang rasanya ramai orang tahu auranya macam mana.. jadi PC macam dengar sekali lalu je.

    ReplyDelete
  16. Hahahaaa... bab shopping ni memang Kak Amie terus jadi hantu Sal!
    Berbelas tahun juga tak merayap area sini tau. Dulu pernah menginap beberapa malam di Federal Hotel sebab kursus. Sempat juga jalan-jalan sekitar Bukit Bintang.

    ReplyDelete
  17. lepas ni boleh lawan siapa lagi hantu. hantu shopping ka, atau hantu yg satu lagi. huhuhu...

    ReplyDelete
  18. Akak ingat nak pergi gak..tp kawan- kawan cakap x banyak tempat buka lagi...better tunggu dah buka speenuhnya baru ok berjalan...

    ReplyDelete
  19. Hurm.. dah jadi shopping complex.. Tak ada dah bangunan penjara pudu..

    ReplyDelete
  20. Akhirnya jadi shopping mall dah tapak penjara Pudu ni. Masa zaman jadi muzium memang tak berapa ramai juga yang datang melawat.

    ReplyDelete
  21. macam menarik gak Lalaport ni. Tapi nak tunggu dia siap sepenuhnya dulu lah baru syok nak jalan2

    ReplyDelete
  22. Okay jugak dirikan Mall, ada tarikan baru. Buat Muzium, seram orang takut nak datang kan. Banyak jugak tarikan Lala port ni. Kena tunggu semua kedai dan renovation siap baru best shopping.

    ReplyDelete
  23. tunggu kedai dah byk sikit laa baru dtg... ada taman tu dah mcm kat setia city mall pula...mesti ramai bersidai kat situ

    ReplyDelete
  24. menariknya kerusi deadpool tu. apesal mama tak tahu dh naik shopping complex dah kat tapak penjara pudu. punyelah lama tak turun KL

    ReplyDelete
  25. lamanyaaaa tak pi BB. eh nanti aunty Sal jd pemandu pelancong harraz la kan senang. haha

    ReplyDelete
  26. macam2 ada di lalaport. walaupun bukan ke jepun kan.

    ReplyDelete
  27. besar sgt tempatnya,awal2 pergi haritu masih byk yg belum beroperasi,harini nak pi sana untuk kedua kali,lega jg la bila search ade surau yg sgt luas dan selesa,siap ade telekung lagi,tak yah bwk dr rumah dah,anak buah umur 6 tahun ajak jln2,so tujuan utama kami nak pi tgok wayang dekat Times Square,dan dia nak main rollerskate dekat lalaport,rupanya ade cinema jg disana,boleh la terus pergi mall ni saja tak yah gi TS hehe

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah