Review Homestay Annur Kamunting, Taiping

Monday, 28 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Nak share dengan korang homestay yang aku dan keluarga menginap semasa kami ke Taiping bulan Januari lepas.

Kebiasaan aku kalau bercuti bersama famili, aku lebih gemar memilih homestay berbanding hotel. Sumbat je semua dalam satu rumah. Senang nak perhati, terutama anak-anak. 


Plan kitorang ni sangat last minit. Sabtu nak pergi, Khamis baru cari homestay. Hajatnya nak duduk di area berdekatan bandar Taiping sahaja, tapi sebab last minit, banyak homestay yang best orang dah book. Tak silap aku, masa ni last weekend cuti sekolah.

Cari punya cari, aku jumpa Homestay Annur. Rating 8.0 di Booking.com. Jarak dengan attraction Zoo Taiping adalah 10km. Apa sangatlah memandu 10km tu bagi kami warga KL yang memang banyak spend masa atas jalanraya. Haha.

Aku berurusan dengan tuan rumah sendiri. Just whatsapp pukul berapa nak sampai dan tuan rumah akan uruskan pemberian kunci dan bayaran. Aku book direct melalui Puan Hidayah : 019-7293940

First impression bila sampai, senang hati sebab parking luas dan boleh masuk 2 kereta. Depan umah ada taman permainan tapi tak pergi sebab hujan.


Aku lupa ambil gambar, so pinjam dari FB Homestay Annur

Bapak aku berkenan dengan wallpaper rumah ni. Tapi aku cakap dengan dia, wallpaper bercorak kurang sesuai dengan rumah kitorang sebab rumah kitorang banyak barang. Nampak serabut. Pendapat aku, homestay bolehlah sebab minimalis. Hanya ada sofa dan TV. Kalau rumah sendiri biarlah dinding plain


Kawasan meja makan. Ruang tamu takde aircond, ada kipas sahaja.


Bilik air utama ada air-cond dan bilik air sendiri. Bilik ni bagi adik aku satu famili duduk. Senang ada baby kalau ada bilik air sendiri.


Bilik tidur nombor 2 ada air cond


First time jumpa homestay ada buaian baby. Bilik tidur ke 3 ni takde air cond. Ni parents aku stay sebab orang tua mana tahan sejuk. Buaian tu kami sorong ke bilik adik aku


Bilik air yang simple. Asalkan mesra warga emas, aku OK


Complete dengan dapur dan mesin basuh

Overall puas hati lah stay sini walaupun agak jauh dari kebanyakan tarikan utama di Taiping. Harga kami menginap adalam RM200 satu malam.

Kalau kalian nak cari homestay are Kamunting/Taipin, boleh cuba menginap di Annur Homestay yang terletak di Taman Kamunting Mutiara. Boleh book via Booking or Agoda. Paling senang dea direct dengan owner Puan Hidayah atau Encik Khalid (019-5465437)

Kitorang check in sini lepas makan mi udang dan melawat kilang arang di Kuala Sepetang. Ikutkan hati nak jalan-jalan lagi tapi sebab dah hujan dan budak-budak dah mengantuk.

Petang tu rest dan makan bekalan sebab dah lapar balik sebab hujan. Malam tu lepas Maghrib baru keluar. Ke mana tu nanti sambung next entry. Thanks for reading!





39 comments

  1. kemas & selesa homestay nya..rumah moden..siap ada buaian baby..

    betul, wallpaper bercorak buat suasana nmpk serabut kalau byk barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. homestay takpe lagi sebab barang sekadar perlu. ini rumah keluarga barang penuh. nampak serabut nanti

      Delete
  2. Nampak selesa homestay ada 3 bilik, bagus tuannya sediakan buaian untuk baby, suka wallpaper, betul sesuai untuk ruang minimalis kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kagum tengok ada buaian. padahal tak mention pun kami bawak baby

      Delete
  3. kemas homestay dia...
    k ret pun suka cari tmpt nginap yg dekat2 bandar tp tu la klu dah xde sangat, ok je mana yg sesuai kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak Ret, kalau boleh memang nak yang dekat dengan attraction. tapi dah last minute kan. nasib baik Ok

      Delete
  4. Nampak bersih dan kemas, kemudahan pun lengkap. Ok sangat.

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar je pun rasa puas hati.

    ReplyDelete
  6. CANTIK N SELESA HOMESTAY NI MESRA PENYEWA

    ReplyDelete
  7. Memang jadi kebiasaan kalau home stay ada tempat masak dan mesin basuh. Hehe kalau pergi sehari rasanya tidak akan basuh baju.
    Apapun penting bersih home stay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau 3 hari ke barulah nak basuh baju supaya tak banyak nak dibasuh bila balik rumah. Kebersihan tu paling penting kan

      Delete
  8. Nampak lengkap kemudahan yang ada. Setuju juga Sal kalau ramai2 better duduk homestay senang nak pantau lagi2 anak-anak nih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan..kalau hotel kang nak kena call tanya dah siap ke belum, nak kena panggil makan lagi. homestay senang

      Delete
  9. besar rumahnya, ada dapur selesa boleh la msak

    ReplyDelete
    Replies
    1. konon je amik ada dapur nak masak. last-last tak masak pun. hehe

      Delete
  10. yelah cantik wallpaper tu. berkenan jg

    ReplyDelete
  11. Kalau pergi bercuti dua tiga keluarga selesa ambik homestay kan Sal. Jimat pun jimat.. by the way area kampung Kak Sue nie, Kak Sue asal Batu Kurau.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu..lagi jimat sebenarnya ambil homestay. dapat jugak bantu pemilik rumah

      Delete
  12. Seronok tengok homestay kemas macam ni. Nak bawa famili memang ok sangat tu.

    ReplyDelete
  13. Cantik, kemas dan selesa. Akak pun kalau bercuti ramai-ramai dengan keluarga prefer pilih homestay. Lagi meriah berkumpul satu tempat ramai-ramai. Hotel tu kalau travel sorang/berdua je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza..jimat pun jimat. nak gerak mana-mana pun senang nak tahu dah siap belum

      Delete
    2. Betul betul! Senang kumpul, sekali laung - Gerakkkk! :D

      Delete
  14. tuan rumah ni minat purple ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya lah. banyak barang purple macam langsir dan cadar

      Delete
    2. boleh geng dgn mak cik sy. antu purple jg tu

      Delete
  15. kalau keluarga besar, nak bercuti, elok sewa homestay.. Mudah dan jimat

    ReplyDelete
  16. Cantik homestay dia.. Kemas dan bersih..
    Kemudahan pun okay..

    ReplyDelete
  17. agak menarik juga homestay ini...harga pun jimat sangat

    boleh sangat tu untuk sumbat satu famili besar

    ReplyDelete
  18. samalah...abe kie suka dok inap desa sbb satu umah ada 3 bilik. jika ke hotel or resort kena kongsi bilik dgn anak2 plak..

    ReplyDelete
  19. Okay sangat stay satu family kat sini. Rumah besar banyak bilik dan kemudahan yang ada. Harga pun berpatutan sangat. Kalau booking hotel payah pulak kalau apa apa hal kena bilik ke bilik.

    ReplyDelete
  20. dari luar pun dah nampak bersih homestay ni. dlm nye pon ok juga

    ReplyDelete
  21. homestay nampak selesa cuma wallpaper tu nampak semak. hahah.\
    kemain ckp dgn dinding.

    ReplyDelete
  22. kalau cuti dgn family kena book tempat besar mcm homestay.

    ReplyDelete
  23. Bersih dan moden homestay ni memang berbaloi-baloi.

    Owner peminat color purple ni hiks!

    ReplyDelete
  24. Nampak kemas dan selesa. Harga pun okey.
    Boleh bawa ahli keluarga untuk bermalam di sini.

    ReplyDelete
  25. Menarik..kemas dan selesa homestay tu...keluarga besar memang sesuai menginap kat sini

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah