Assalamualaikum dan hai semua! Cerita last Sunday. Aku ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre. Event anjuran Aeon Fantasy (M) Sdn Bhd, diadakan di ruang legar tengah MyTown SC. Kenapa aku pergi? Aku nak jumpa Pikachu dan nak usha pop-up store Pokemon Centre yang jual merchandise Pokemon direct dari Jepun! Kali terakhir aku ke Osaka memang aku banyak habis duit kat Pokemon Centre di Daimaru Shopping Centre. Aku beli apa? Nanti kita reveal di hujung entry ye.
Minat aku pada watak-watak Pokemon bermula apabila adik lelaki aku perkenalkan aku pada Nintendo Gameboy Pokemon Version Yellow di tahun 1999. Masa tu hanya ada 151 pokemon sahaja. Pas khatam Yellow version, aku main version Red and Blue pulak walaupun versi Red and Blue sebenarnya lebih awal dari Yellow. Aku suka game stail journey dan strategi macam ni walaupun agak childish. Tahun 2000 masuk versi Gold and Silver, bilangan Pokemon pun bertambah jadi 250, aku dah tak main sebab ada exam besar tahun tu. Layan kartun di TV sahaja. Zaman sekolah dulu aku memang geek kuat belajar. Dah tua je malas. Haha
Makin menginjak remaja, aku pun sibuk dengan benda-benda lain, Pokemon pun makin banyak jenis, aku dah tak larat nak keep up. Sesekali keluar movie aku leburkan jugak duit tonton di wayang. Secebis kenangan zaman kanak-kanak, mestilah kita cherish kan?
Pikachu Walk pukul 3 petang. Awal sangat aku datang, pukul 12 tengahari. Takpelah, kita tunggu.
Di atas pentas itu nanti Pikachu akan muncul
Walaupun pernah main game dan layan kartun di TV, aku tak pernah kumpul Pokemon Trading Card.
Trading Card ni bukan sahaja orang kumpul secara fizikal, tapi boleh juga main secara online : Pokemon TCG
Aku rasa ni Fan-art
Electrode - antara pokemon generasi pertama
Char..char..Charizard ni pun aku suka gak walaupun in real life tak suka cicak
Awak ni siapa?
Awak je kiter kenal sebab generasi lama
Pokemon monyet ni generasi baru. Takde dalam database 'Pokedex' aku yang 20 tahun tak update
Ada 'Trading Corner' untuk pengumpul kad
Patuhilah peraturan dan jangan gaduh-gaduh OK
Kepada pengumpul Pokemon Trading Card yang berminat nak sertai TCG tutorial, daftar dulu di Eventbrite : Tutorial Session Booking Ticket untuk reserve slot. Walaupun kena daftar tapi event ni percuma. Kena daftar maybe supaya senang control crowd. Biasalah kan nak masuk fasa endemik. Kena 'battle' dengan virus Covid juga. Tutorial hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Pokemon Ga-Olé is a Pokemon arcade game that revolves around inserting special pokemon disks that depict an individual pokemon into the machine. These pokemon will then appear in the game to battle other pokemon. Source : Gamer Bravers
Banyak juga merchandise dan plushies di Pop-Up Store
Untuk gamers jugak
Ala..comel-comelnya. Tapi harga tu faham-faham sendirilah. Bawa direct dari Jepun kan. Original pulak tu.
Hurm..rasa macam nak beli. Luggage organizer tu paling kecik RM 77.
Tangkap gambar dulu. Sape la Abang Sado interframe gambar aku ni.
Selfie dengan maskot jelah. Abaikan tudung tak sempurna dan eyebag seberat dosa tu.
Pukul 1 start tutorial Trading Card Game seperti yang dijadualkan.
In the end aku tak beli apa-apa di pop-up store dan tak tunggu Pikachu Walk pukul 3 sebab aku malas nak solat Zohor kat mall surau. Orang ramai. Lagipun aku sorang-sorang masa ni. Tak nak jalan-jalan mall sangat karang tershopping. Pergi makan je pastu singgah Watson's. Solat Zohor di rumah aje.
Nape tak ajak kawan? Kawan-kawan aku semua busy dan ada yang dalam kuarantin. Sejenis aku kalau aku nak pergi sesangat, takde orang teman pun aku terjah. Lagi seronok dari pergi dengan orang yang tak minat.
Oh ye, macam yang aku janji, ni dia barang yang aku beli di Pokemon Centre Osaka.
Harga? Boleh baca di sini : Osaka Station City, Yodabashi & Sky Building
Peminat Pokemon, terutamanya yang minat Pikachu, boleh singgah ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre sebelum 27 Mac 2022.
Notice: All activities are daily except:
- TCG Tutorial Session (Fridays to Sundays, 1PM to 5PM)
- Pikachu Walk (Weekends, 3PM)
- Pikachu Dance (Weekends, 5PM & 7PM)
- Pikachu Meet & Greet (Weekends, 6PM)
TCG Battle Corner usage hours:
1. Mondays to Thursdays: 10am - 10pm
2. Fridays: 10am - 1pm & 5pm - 10pm
3. Saturdays & Sundays: 10am - 1pm & 7.30pm - 10pm
Disclaimer: All contents subjected to change or cancellation.
Sumber dan info lanjut di SINI
walopon sorg diri tapi leh je soh orglen amekkan gmnr khannns 😅😅
ReplyDeleteboleh je. tanya elok-elok lah. boleh buat kawan baru jugak
DeleteKalau sebut Pikachu ni, teringat dulu kat tempat kerja la kiteorang guna ni sebagai passcode bila buat operation random drug test. Adalah sejarahnya hehe.
ReplyDeletekerja apa tu sampai ada random drug test?
Deletecomel2 soft toy dan plushies tu, if anak tgk cfrm dia nak beli
ReplyDeletemenangis jugak tengok harga dia..hehe
DeleteWOW!Bestnya. anak saya suka ni tengok macam ni
ReplyDeletedatang time ada Pikachu dance lah kak. mesti diorg suka
DeleteSi kuning yang cute.. Pikachu..
ReplyDeleteingatkan PC nak kata sy cute tadi..hehe
DeletePeminat Pokemon rupanya. Teringat movie Pikachu dulu, comel betul karakter pikachu. Mostly banyak events on weekend je kan. Kot tersesat ke sana boleh singgah.
ReplyDeleteitulah kan, weekend ramai orang baru ada sambutan. kalau tak sendu je
DeleteMenarik pamerannya.. Tapi saya tak berapa minta kartun² ni. Hihi
ReplyDeleteRupanya banyak ye dia punya merchandise. Kalau pengumpul ni emmm memang kopak kalau nak beli semua. Apa pun sal pun dah macam pikachu...cute...eh jangan fire ahkak ye
ReplyDeletepikachu tak fire kak, dia karan je. hehe
DeleteKalau dah minat apa pun mesti terjah kan walaupun ada kawan ke takde kawan yang penting hati gembira
ReplyDeleteorang kata apa...bahagia cara kita? ha giteww
DeleteWAH RAMAINYA GENG POKEMON
ReplyDeleteSekarang makin ramai peminat.. kawan2 sebaya KA pun ramai collector Pokemon ni
ReplyDeletePeminatnya mesti suka tempat gini.
ReplyDeleteSenyum dan happy kan dapat jumpa pikachu, tak tercatch up karaktor baru pokemon ni. Suka juga collect hello kitty dulu dulu hehe..
ReplyDeletehello kitty pun comel jugak kan. dah makin dewasa banyak tanggungjawab lain. dulu banyak masa nak belek-belek hobi
Deletepokemon ni kenal masa time game Pokemon Go dulu2..cantik kaler pouch..
ReplyDeletekak nohas main Pokemon Go? walaupun minat pokemon, pokemon Go saya tak pernah try lagi
DeletePergi seorang boleh habiskan masa ikut kehendak.
ReplyDeleteHehe akak memang tidak tahu pasal Pokemon ada versi kuning, merah, biru.
ya betul. nak duduk berlama-lama pun takpe
DeleteWahhh bestnya banyaknya Pokemon..Ini kalau anak nampak mesti ajak juga pergi sini.
ReplyDeleteyup..tapi ada jugak saya nampak mak bapak yang beria nak masuk. mungkin macam saya kot, membesar dengan watak-watak ni
Deletemerchandise tu...dah agak mesti harga Bukit Golan punya...
ReplyDeleteterus google bukit golan apa..haha. ok faham apa maksudnya
DeleteWah menarik nie.. sama lah Kak Sue, sebolehnya nak elak solat kat surau mall. Kena rancang bebetul kalau nak keluar tu.. kadang tak sempat juga patah balik ke rumah..
ReplyDeleteBestnya, Sal. Sayang walk tu pukul 3 kan... jenuh gak nak menunggu.
ReplyDeleteAkak kurang dengan Pokemon. Kenal Pikachu je. Sebab masa dulu obses dengan Doraemon hahahah
aww comelnya pokemon dgn geng.. model yg bergambar dgn pokemon pun cantik je
ReplyDeletecomelnya pokemon. dulu balik mengaji terus tgk kartun ni. hehe
ReplyDeletetp lps bapa kata kartun yahudi terus tak tengok dh. nasib baik masa tu belum obses lg. skrg tak google pun biodata kartun ni.
Comel-comel sungguh, pokemon & pikachu dua-duanya sampai sekarang ada bersama kami. Maklumlah anak-anak semua suka, masih elok sampai sekarang.
ReplyDelete