Hari Pencegahan Bunuh Diri - Jom Perangi PTSD

Sunday 11 September 2022


10 September 2022 adalah Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Tema tahun ini - Bertindak Segera Harapan Terbina.

Bertindak segera bukan sahaja pada orang yang mengenali pesakit, tetapi juga pesakit itu sendiri. Sekiranya merasakan diri dalam kemurungan, jangan berlengah, segera dapatkan bantuan. But how?


Boleh cuba hubungi Mentari terdekat dengan korang. Kali pertama datang, diorang akan mintak buat test penilaian tahap kesihatan mental. Jawab dengan jujur. Aku ada kawan yang dapatkan rawatan di sini. Awal-awal memang perit sikit, kena makan ubat dan kena datang sesi rawatan. Paling penting bagi aku adalah kau sendiri kena tolong diri kau. Aku tak pergi Mentari, tapi ada doktor refer aku pada hospital kerajaan sebab aku anxiety teruk dan turun berat badan secara mendadak.

Dari pengalaman peribadi aku, awal-awal nak baik memang perit. Side effect ubat buat aku gigil dan depres makin teruk. Ambil masa beberapa minggu untuk stabil. Tu belum campur sesi jumpa doktor di mana setiap kali pun kena timbang berat badan. Aku dulu turun berat badan dengan kronik sampaikan doktor check kalau-kalau aku ada masalah ketidakseimbangan hormon tiroid. Tapi bila jumpa doktor memang lega lah. Dapat menangis kat situ luahkan isi hati yang kau tak mampu nak cerita pada keluarga atau teman rapat sekalipun. 

Cuma satu jelah kekurangan bila dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Setiap sesi rawatan akan jumpa doktor yang berbeza, depends pada siapa yang available. Bukan macam dalam filem ye, duduk atas kerusi empuk dan setiap kali pun jumpa doktor yang sama. Itu kalau pusat rawatan swasta bolehlah.

Anyway, kalau korang rasa ada masalah kemurungan yang kronik, segeralah dapatkan bantuan. Benda macam ni kau tak boleh harap orang. Kena tolong diri sendiri. Ibaratnya sakit fizikal, contohnya patah tangan. Kalau duduk diam kat rumah tangan tu boleh baik sendiri ke.

Untuk mereka yang tidak diuji dengan sakit ini, ambil berat juga rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat. Aku mengaku aku sendiri pernah anggap orang ada sakit mental macam PTSD ni lemah iman. Tapi bila aku sendiri yang kena, Allahu rasa berdosa beranggapan sebegitu.

Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Penyembuh. Dapatkan rawatan pun ya, tapi kena sentiasa berdoa dan memohon pada Allah agar diberi ketenangan dan kesihatan. Wallahualam

39 comments

  1. Pihak yg berkaitan perlu mendedahkan dan promosikan kempen ni...sebab macam dh banyak kes aje kat malaysia ni yg melibatkan orang muda kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang muda maybe takut nak mengadu kat parents takut dituduh gila atau dianggap kurang iman. Sebab tu banyak kes bunuh diri remaja

      Delete
    2. Ain setuju yang ni. Kadang2 dekat socmed siap ada yang buat content perli2. Jadi nak2 takut nak bgtau parents. Kurang iman , tak solat, generasi sekarang lemah tu antara kata-kata yang dikatakan.

      Delete
  2. tiada masalah yg takleh diselesaiikan, tp tu lah., huhu

    ps. wak dh tukar blog lain ye ciksal, leh update link ;p

    ReplyDelete
  3. Betul itu diri sendiri kena tolong diri.
    Bagus ada badan khas untuk hal begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diri sendiri degil, tak ada yang boleh tolong

      Delete
  4. Ooh..setiap kali tu berbeza doktor. Macam rawatan lain2 jugaklah kat hospital kerajaan. Memang satu kekurangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekurangan jugaklah. tapi rekod kita disimpan dalam database hospital. kadang-kadang dapat doktor best. kadang-kadang rasa lagi sakit pun ada.haha

      Delete
  5. Masha Allah Sal, kuatnya awak melawan penyakit anxiety tu. Semoga Allah sembuhkan awak sampai bila2, dan tak perlu bergantung dgn ubat-ubatan. Stay strong sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilla. Lama jugaklah saya dah berhenti makan ubat. Terima kasih doanya sis

      Delete
  6. Baru tahu ada hari pencegahan bunuh diri

    ReplyDelete
  7. Masalah mental menjadi common lately.. Jangan ambil mudah.
    Bagus perkongsian Sal at least menjadi awareness kepada pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, lagi-lagi zaman pandemik dulu. ramai hilang sumber pendapatan dan dihimpit hutang. bila dengar berita kes orang tertekan ni ramai

      Delete
  8. semuga Sal dah sembuh hendaknya. Bukan mudah bila dapat penyakit ni....sebab ianya melibatkan jiwa. Tuan badan kena kuat hadapi dugaan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah tak perlu ke klinik dan makan ubat. Terima kasih atas doanya

      Delete
  9. KIta orang kat KKM ni ada macam-macam hari sampaikan kadang terlupa hari apa eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. banyak awareness sebab macam-macam masalah kesihatan kat Malaysia ni

      Delete
  10. Bagus ada kempen macam ni supaya yang terkesan ada tempat mengadu..Semoga urusan Sal juga dipermudahkanNya, inshaAllah amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap entry saya dapat membantu orang lain yang senasib tapi tak tahu kat mana nak mohon bantuan

      Delete
  11. ekceli bkn takut apa tau, tapi malu nak luahkan masalah kat 'org luar'... itu yg ramai rasanya tak nak jumpa pakar psikologi ni... eh eh dulu kita berANGAN betul nak jadi psycholigist ni tapi berangan je la yang mampu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama lah pernah berangan gak. Haha. Malu pun ye jugak. Saya dulu pun diam je, nak cerita pada adik beradik pun malu

      Delete
  12. setiap manusia lain ujian nya...and sebelum bertawakal pd Allah..kena la usaha sama. moga Sal terus sihat & happy2 selalu...aamiin..

    ReplyDelete
  13. Bagus perkongsian mcm nie.. lepas2 pandemik nie lagi lah ramai yg ada masalah mental tanpa sedar.. Elok dpt rawatan cpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Masalah kewangan boleh menyebabkan tekanan perasaan. Mereka patut dibantu

      Delete
  14. Terima kasih kongsi info. Banyak ilmu Kak Amie dapat dari pembacaan entri ini. Kak Amie baru tahu ada hari pencegahan bunuh diri.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian Sal. Mrs. A ada ahli keluarga yang rapat ada anxiety sedang dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Ahli keluarga mula asalnya memang tak perasan tahu pun bila accidentally dia sakit masuk wad doktor suruh jawab soalan-soalan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu sakit mental dan fizikal ni berkait. Kalau check badan semua function means dalaman yang kena ubat. Semoga ahli keluarga Mrs. A diberi kesembuhan

      Delete
  16. good sharing..bagus ada MENTARI...jgn Derita Dalam Diam...

    ReplyDelete
  17. bunuh diri hukumnya haram dan pasti akan disiksa berat nanti di akhirat

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian Sal ini.. Semoga Mentari mampu membantu mereka yang memerlukan.. Yang memerlukan bantuan harus kuat untuk dapatkan bantuan barulah boleh orang membantu.. Semoga kita semua dalam keadaan baik-baik sahaja.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  19. semoga semua yg ada ptsd kembali sembuh.. jgn sampai terfikir nak bunuh diri

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...semoga dapat membantu mereka yang memerlukan. Bagus ada kempen sebegini. At least mereka tahu ada jalan penyelesaiannya.

    Yang tak bestnya hosp.kerajaan tu lah bertukar doktor. Payah nak kena bercerita semula kan.

    ReplyDelete
  21. Apa yang penting, kita sendiri kena berusaha tolong diri kan…

    ReplyDelete
  22. kempen sebegini perlu diperluaskan. kalau dulu jaranglah nk dgr kes bunuh diri ke apa ke... tp sekarang, boleh dikatakan saban hari ada je kes sebegini. sokongan org sekeliling jg penting. kpd pesakit, dapatkan sokongan dan jgn malu dgn penyakit anda... setiap penyakit ada ubatnya insya allah

    ReplyDelete
  23. kempen mcm ni kena war-warkan. skrg kes bunuh diri memang tinggi dgn kos sara hidup pun tinggi

    ReplyDelete
  24. semoga sal terus sihat dah dijauhkan dari anxiety amin

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah