In The Mood For Light - Hong Kong throwback

Sunday 9 February 2020

Assalamualaikum. Sedang aku clear draft blog post, aku terperasan satu entry yang dah hampir 2 tahun tergantung. Tengok gambar-gambar yang aku dah upload tanpa text, teringat pulak masa bercuti kat sana. Negara yang satu masa dahulu menjadi tumpuan pelancong, kini agak 'ditakuti' kerana sering berlaku demonstrasi dan protes. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman Coronavirus. Sampaikan taman-taman tema utama mereka terpaksa ditutup sementara.

Yup, aku bercakap tentang Hong Kong. Suasana HK bagi aku agak sama dengan KL. Ramai pekerja asing, orang sentiasa berpusu-pusu dan sedang membangun dengan pantas. Tapi, tiap-tiap tempat ada keistimewaan dia sendiri. Aku harap keadaan kembali pulih so that korang pun boleh gi sana dan merasa betapa majuya HK ni, tapi still ada elemen ol skool.

HK terkenal dengan 'cahaya'. Memang cantik sangat di waktu malam

Tak lengkap rasanya datang HK kalau tak tengok Symphony of Light. Masa aku dengan Anies kat sana, kitorang bergegas supaya dapat sampai Tsim Sha Tsui Promenade sebelum pukul 8 . Manusia memang ramai so always be aware of your belongings. Kalau tak cukup tinggi macam aku pandai-pandailah cari port, kalau tak nampak kepala je.

SOL ni adalah light show yang diiringi muzik. Ada voice over jugak tapi dalam bahasa kantonis. Memang mata tak tau nak tengok mana. Jap bangunan ni yang kelip. Tetiba tukar plak.



SOL ni percuma dan diadakan setiap malam pada pukul 8. Provided cuaca cantik. Kalau ribut ke hujan ke tak dapek la.



Ambil gambar ni lepas habis show. Cover gigi sebab rongak. Haha

Lupa share, another interesting stuff aku discover kat HK adalah ia mempunyai underwater tunnel untuk MTR. So dari HK Island ke Tsim Sha Tsui kitorang merasa la lalu dalam tunnel. Gelap je tak nampak apa. Cuma kagum, at the same time takut sebab lalu terowong dalam laut kan. Malaysia belum ada lagi teknologi ni. HK macam Singapore. Kecik tapi maju. 

Tips: Orang HK agak sensitif bab politik. Elakkan mention negara China bila berada di sana. Aku pun tak berapa faham konflik politik diorang so tak nak la cakap apa-apa kang tersalah info kena tangkap pulak. Sis takowdd.

Tu jelah nak share. Aku syukur diberi peluang travel macam ni kalau tak aku ingat semua negara China sama je. Haha. Trip HK-Shenzhen-HK ni kami akhiri ke satu lagi 'negara China' iaitu Macao. Macao ni lagi rare. Insha Allah ada kelapangan aku story. Buat masa ni korang hold lah dulu plan travel ke China dan Hong Kong ye. Semoga wabak Coronavirus dapat dibendung. Sabarlah rakan-rakan travel ku.

Thanks for reading!

Nota kaki : Marah dengan China sebab apa yang mereka buat pada etnik Uighur, bukan tiket untuk cakap 'padan muka' atas musibah yang menimpa. Just my two cents.

37 comments

  1. Waalaikumussalam. Subhanallah indah jalan negara luar 😁

    ReplyDelete
  2. Seronok kenang travel lalu kan?

    ReplyDelete
  3. Seronoknya travel...belum kawen,ada anak ni la masa paling seronok bercuti dgn kekawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang, lain cara Allah bagi untuk bahagia

      Delete
  4. china tu negara kominis..
    hongkong tu capitalist dari jajahan british.. 1 nation 2 system..

    ReplyDelete
  5. symphony of light tu leh je gi seberang tambak nk tgk pas kol 8pm.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seberang tambak xde terowong bawah laut wak. Haha

      Delete
  6. HK GEMERLAPAN CHAYA LAMPU MALAM CANTIK MCM KL..TEROWONG DLM LAUT MESTI MENARIK LALUINYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terowong dalam laut tu berdebar2 bila lalu. Takut jugak

      Delete
  7. mmg ralit layan laser & lights diringi alunan muzik...tengok HK dalam drama cina..belum sampai lg..

    ReplyDelete
  8. ini betol2 trobek niiii kak hehehe.. rindu travelll eh..
    nanti kita jalan2 k.. bila tabong kita stabil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dah terubat dah rindu. Nantikan entry terbaru

      Delete
  9. seronoknye kalua kita pon boleh travel cengginiii heeeee bestttt.

    ReplyDelete
  10. Dasat juga penangan virus koronavirus ni kepada ekonomi China ye. Sekejap je kalau Allah nak tarik nikmat. Tapi memang diorang ni maju. Teknologi memang dasat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan china je, negara lain affected jugak. Terutama yang bergantung pada tourism sebab orang China tak dibenarkan masuk

      Delete
  11. moga keadaan kembali ok la kan.
    virus ni hilang dari radar.
    keadaan seluruh dunia semakin sihat sejahtera...
    sedih plak tgk keadaan di china :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian jugak bila tengok yang kena tu budak2 yang x bersalah. Yang keja hospital lagilah kesian

      Delete
  12. Teringin gak nak travel ke negara maju ni.
    Officemate Mrs. A dengan biras Mrs. A supposed nak pergi cina tahun ni tapi dah cancel pun tapi dapat refund flight tiket tapi tak dapatlah full amount

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat jugakla refund. Ada yang terpaksa burn je tiket. Nantila keadaan dah reda kita travel ye

      Delete
  13. Pernah plan2 nak ke sini dulu. Tak tak menjadi. Then tambah2 sekarang ni. Tak berani lah kan. Satu lg rasanya mungkin tak nak ke sana kot. Kunun2 boikot depa2 ni sebab kes Uygur lah ni.

    ReplyDelete
  14. Hong Kong ni adalah salah satu tempat yang saya teringin juga nak pergi. Buat masa ni saya berpeluang tengok temapt ni dari atas je. Kapal terbang saya terbang rendah sangat-sangat sampai saya berpeluang untuk tempat ni dengan jelas.

    ReplyDelete
  15. Akak oun teringin jugak nak pergi HK ni. Nak nak time malam. Colourful je..

    ReplyDelete
  16. kalau diorg psang lagu Jay Chow ok laa juga ni lagu sapa entah hehehehe

    ReplyDelete
  17. Pernah sampai Hongkong tapi cerita travelnya huhuhu entah bila lah nak up. Ada cerita semasa kat Hongkong walaupun hanya satu hari tapi memori terkandas di tepi jalan disebabkan bas rosak masih kekal dalam ingatan. Kena maki dengan orang kedai sebab bargain bagai nak rak sekali dia bagi diskaun kita orang pi blah je. hehehehe memang kena maki ler...kenangan sungguh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memori-memori pahit macam tu yang kita selalu ingat kan kak. Peniaga di HK ada juga yang garang macam tu. Takut jugak walaupun tak faham sangat dia maki apa

      Delete
  18. cantiknya.. tentu lagi best kalau tgk secara live kan

    ReplyDelete
  19. bila lah boleh jejak HK dgn macau ni.. iti dh mintak berzaman kt anies. haha
    tp memang cantik pulau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi HK ni ktorg bukan ada iti sangat. Tapi kalau dapat pergilah Macau sekali. Cantik dan unik

      Delete
    2. Ada minta iti dgn Anies tp tulah.. nampaknya kena peram angan2 dulu

      Delete
    3. Peram dah jadi pekasam dah ni

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah