Assalamualaikum dan hai semua. Kisah di Jeju dah hampir sampai ke penghujung. Dan kebiasaannya bila nak balik dari negara asing, adalah lebih afdal menghabiskan saki-baki duit terutama duit kecik. Tapi kalau u olls nak simpan bawak balik pun sukati lah kan. Duit korang bukan duit aku. Haha. Simpan pun bagus, kot lah in the future nak pergi negara sama lagi. Ataupun bawak balik pastu tukar ke duit RM. Takdelah balik holiday makan megi je.
Balik dari Ecoland, kitorang nak repeat Jeju Dongmun Traditional Market. Jeju adalah bandar yang sunyi di waktu malam so tak banyak tempat untuk explore berbanding waktu siang. The Makciks kami hantar balik hotel dulu sebab diorang tak nak ikut.
Dah hantar The Makciks dan rehat sekejap, aku, Siti dan Kak Husna keluar balik. Pergi Dongmun Market naik bas je.
Berbanding dengan kali pertama kami pergi, cuaca cerah petang tu. So boleh shopping dengan tenang dan selesa.
Area pasar basah
Kami ke sini bukan untuk beli ikan. Yela, duduk hotel takde dapur, nak masak macamana. Just layan je suasana local. Peniaga ikan-ikan kat pasar ni belasah je promote apa yang diorang jual kat kitorang dalam bahasa Korea. Aku sengih jelah sambil geleng tanda tak nak.
Buah limau adalah antara souvenir yang sering dibawa balik dari Jeju sebab confirm halal dan antara trademark pulau ini. If nak bawak balik limau, hari last baru beli sebab nak maintain freshness.
Balik ke hotel pun dengan menaiki bas. Jeju di waktu malam winter tersangatlah sejuknya. Memang doa bas cepat-cepat sampai. Sebelum balik, kitorang singgah dulu untuk tapau dinner dekat restoran seafood belakang hotel. Masa kitorang pergi ni kat Jeju takde kedai yang certified halal. Kena interview betul-betul kedai tu ada jual ayam/daging dan guna alkohol tak dalam masakan.
Malam tu lepas dinner, masing-masing busy packing sebab flight esoknya waktu pagi. Dah rindu nak balik Malaysia. Nak makan ayam!! Seminggu duduk Jeju makan vegetarian dengan seafood je.
Macam yang aku pernah mention sebelum ni, kami saja booking hotel yang dekat dengan airport. So that nak gi airport boleh naik teksi je. Naik bas pun boleh tapi agak susah nak mengheret beg besar-besar. Kalau aku berdua dengan Siti boleh gagah lagi, tapi dah bawak warga emas kenalah consider. Kami berlima so kena naik 2 teksi. Nasib baik jugak hotel betul-betul tepi jalan. Senang nak cari teksi.
Suasana di Jeju Airport. Airport sama kitorang datang. Jeju ada satu airport je ye.
Prayer Room ni lepas departure gate. Tak sure dalam arrival ada ke tidak. Surau yang selesa. Lengkap dengan kemudahan berwuduk.
Bye Jeju, bye Korea! Mungkin satu hari nanti aku akan kembali. Tapi kalau aku ke Korea lagi nak try tempat lain la pulak.
Dengan ini berakhirlah entry Jeju. Memandangkan aku malas, so korang boleh baca pasal budget dan itinerary kat blog Siti. Baca di SINI
OKlah, kita jumpa di entry travel yang akan datang! Truth be told, dah hampir 2 tahun aku 'gantung passport'. Sampai expired kawan tu menanti aku terbang. Entry travel seterusnya could be a surprise. Korang rileks je k. Ada umur kita jumpa lagi. Thanks baca entry Jeju aku. Saranghae!!!
banyak kemudahan untuk orang Muslim kat sini ye Sal, Alhamdulillah ..
ReplyDeletewaalaikumussalam. geram sangat tengok hasil laut depa tu
ReplyDeletedah mesra Muslim airport Jeju..terbaik...
ReplyDeleterndunya nak makan grilled mackerel style Korea...hehe..
wahh dh ada surau kat airport tuuh., mesti dh ramai tourist malaysia dtg kanns.s,
ReplyDeleteramai la jugak Wak..cuma tulah part makan je tak berapa best
DeleteWah dah part 15.. byk citer best Di jeju ni
ReplyDeleteBila pulak akak nak jejak kaki ke Jeju ni kan. Rasa seronok baca entry Sal ni
ReplyDeletesalam singgh =)
ReplyDeleteYeah!! Akhirnya habis entry Jeju.. Ohsemlah Sal..
ReplyDeleteJalan-jalan kat pasar tu mesti syok.. Tambah banyak benda boleh tengok..
alhamdulillah habis punnn hehe.. bau bau da tu passport tu kena renew kena bawa dia keluar jalan2 kak.. adududu..
ReplyDeleteperancangan tu banyak. cuma poket tak berapa mengizinkan. haha
Deletewow geram tgk buah-buah kt sana.. rasa mcm xpuas tgk market ni.
ReplyDeletekena tengok sendiri depan mata lah jawabnya. hehe
Deletesedih lah tak boleh travel.. jeju dlm angan2.
DeleteMemang sedih. Entahla bila lagi boleh pergi
Deletesimpan utk trip taiwan pulak. hehe. nanti boleh layan buah epal merah dorang. manisss
DeleteSebut Taiwan lagi sedih. Duit dah siap tukar punyala semangat nak pergi
Deletesimpan buat semangat.. tak lari taiwan tu
DeleteHahaha. Baik2. Taiwan mu tunggu aku datang
Deletebestnya korea..
ReplyDeletebila la kami plak boleh ke sana
Pasar nasah nampak tersusun cantik
ReplyDeleteSuka betul tengok market yang bersih dan tersusun macam ni. Nice sangat.
ReplyDeletewah bestnya dapat berjalan ke korea :D
ReplyDelete♕ Tiara Sapphire ♕
Perghhhhh habis juga entry jeju....ahkak juga yang tak khatam lagi cerita jeju. Mood kelaut sungguh tapi suka bila tenguk gambar2 kat jeju.
ReplyDeletedah 2 tahun balik baru habis. haha
DeleteNak repeat lagi ke jeju kali ni time munge munge berkembang. hehehehe bila lah dapat pergi time musim bunga...sebab time tu ler kerja menambun. huhuhu
ReplyDeletemusim bunga try jepun lah kak. boleh tengok sakura
DeleteBestnya jalan sampai ke Jeju, bagus interview pekerja rrstoran, juka ikan lebih senang. Teringin nak holiday jauh juga :)
ReplyDeleteMenunggu Jeju buka border, nak sangat kesana 😄. Pas tralhir ke Korea, hanya Seoul saja yg divisit. Tapi kalau nanti dah bisa ke Jeju, senang sikut, karena ada teman yg stay di sana. Jadi bisa referensi tempat2 yg worth it buat didatangi.
ReplyDeleteBest nya seafood tuh .. yg saya baca seafood di sana memang segar. Minim bumbu pun , rasa dagingnya tetap enak.