Once Upon a Time in Shenzhen Part 1

Monday 18 December 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Apa ni kak Sal lama menghilang pergi China pulak? Eh, tenang pembaca sekalian. Ini merupakan sambungan cerita HK Part 2

Alang-alang dah sampai HK, kita lajakkan ke Shenzhen yang terletak di sempadan China-Hongkong. Kekdahnya macam seberang Tambak Johor nak ke Singapore le tu. At least orang tanya "Kau dah sampai China?" aku bolehlah jawab "Dah!". Hahaha.

Nak ke Shenzhen dari HK, kitorang naik MTR. Sebab malas nak tukar train dengan kerap, kitorang naik dari stesen East Tsim Sha Tsui. Ada laluan bawah tanah dari stesen Tsim Sha Tsui sebelah Chungking Mansion. Jalan aje ikut signboard. Tapi apa-apa hal pun kita top up Octopus dulu.

Mesin ni selain boleh guna untuk top up kad Octopus, boleh gak guna untuk check transaction history kad tu. Ada di stesen MTR dan jangan risau bab bahasa sebab option English pun ada.

Dari East Tsim Sha Tsui, naik tren West Rail Line sampai Hung Hom, pastu tukar East Rail Line sampai stesen Lo Wu. Lo Wu ni stesen paling hujung. Boleh tengok map MTR kat SINI

Sebagai rakyat Malaysia, nak masuk China kena ada Visa. Untungnya nak masuk Shenzhen melalui border Hong Kong ni kita boleh beli Visa On Arrival once dah sampai kat sempadan. Tak perlu apply awal-awal dari sini. VOA ni available untuk 5 hari. For Malaysian, harga RMB168. Sampai je kat Lo Wu, kitorang main ikut je manusia yang ramai-ramai nak lepas imigresen Shenzhen tu. Pastikan ikut lorong yang tepat untuk Foreign Passport, bukan HK atau China Residence pulak.

Macam biasa, bila sampai negara orang, kita isi Arrival Card dulu. If korang day trip tulislah alamat tempat famous kat Shenzhen macam Happy Valley atau Window of the World.


Agak malang bagi aku dan Cik A sebab masa kitorang pergi ni sistem down. Memang slow yang amat! Lagipun salah Mohamed Salah, eh salah kitorang sebab lambat. Patutnya pagi-pagi buta dah tercongok kat sini, ini tak pukul 9 lebih baru nak gerak dari HK. Apa nak buat, sedap sangat tidur kat Chungking tu. Kah kah. Alah, takkan lari China dikejar. Lagipun hari tu hari Jumaat, malas nak sibuk-sibuk time orang pergi kerja.


Kalau tengok orang ramai, ambillah nombor dulu baru isi borang, jangan skema sangat macam kitorang. Hahaha.

Lama jugaklah aku ngan Cik A kat tempat mohon Visa ni. Rasanya sampai nak tengahari. Nasib baik kat Imigresen tak ramai orang dan tak banyak kerenah. Lepas settle urusan, kami pun masuk ke China! Yay..satu lagi negara dah aku jejaki. Alhamdulillah.


Untuk 'bergerak' di Shenzhen, aku dan Cik A memutuskan untuk naik Metro sahaja. Metro ni macam MRT gaklah. Boleh download map kat SINI .Disebabkan malas nak beli tiket setiap kali nak naik tren, kitorang beli je Metro One Day Pass kat kaunter. Harga RMB 25. Dah naik harga. Aku buat research kat blog ramai kata RMB 20 je. Apa boleh buat. Zaman Najib

Ceria kad ni ada gambar bunga matahari

 Aku syak kad ni akan expired dalam masa setahun. Sebab tu ada tarikh 28.10.2018. Tapi tulah nak baca tak reti, nak borak dengan staf kat kaunter pun macam cakap ayam itik so diam jelah. Haha.

Stesen Metro dekat sempadan ni nama dia Luo Hu. Kat sini ada gak tempat shopping Luohu Commercial Centre, tapi mood shopping belum datang. Mood nak makan aje yang menggila. Lapar doh. So, kena cari port makan yang best. Kitorang bawak bekal dari HK, tapi tak tau nak bukak dan makan kat mana. Disebabkan aku dan Cik A sejenis travel main redah kitorang pun naik je tren Luo Bao line (kaler hijau) menghala Airport East. Baca senarai stesen yang ada, nampaklah 'Shenzhen University'. Tak silap aku nama dia 'Shen Da' dalam bahasa Mandarin.

Nak buat apa gi Universiti? Cita-cita besar nak bergambar dekat entrance. Aku kan suka gambar ala-ala Salam Perantau ni. Haha.

One thing about Metro kat Shenzhen ni setiap kali nak naik kena scan beg. Sesetengah stesen kena lalu bawah metal detector. Lepas tu pengawal sangat ramai dan akan perati gerak-geri kau macamlah kau bawak bom. Lepas tu jangan sembang bab toilet. Dari sebatu dah bau. Tersiksa jiwa raga aku nak kencing.


Sampai stesen Shenzhen University, cari lah jugak mana universiti tapi bayang signboard pun takde. Kecewa betul. Aku rasa kalau kitorang jalan depan sikit maybe ada tapi tulah bila lapar jadi malas. Haha.


Lepak lah dekat cultural park. Park pada nama je. Duduk dekat bangku dan bukak bekal. Posing-posing sikit amik angin Tanah Besar. Shenzhen ni bersih pada pendapat aku. Macam HK jugak.


Bukanlah park yang ada pokok merimbun dan tanah lapang macam yang aku harapkan. Cuma ada dataran, pastu bangku kat bawah pokok yang ditanam berbaris di tepi jalan. Jadiklah buat tempat isi perut.

 Basikal..basikal di mana-mana

Dah buntu nak buat apa, kita pun bergeraklah ke destinasi sterusnya. Ke mana tu? Nanti sambung k.

p/s : Entry seterusnya aku akan reveal siapa Cik A. Yang dah tahu tu buat-buatlah tak tahu sebab kesian. Kah kah.

52 comments

  1. wah bestnya sal, depa banyak pakai basikal ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Shenzhen pengangkutan utama diorang basikal, rasanya most part of China macam tu

      Delete
    2. oo patut la dlm citer filem China mmg nampak gitu jugak

      Delete
  2. p4nd4i ko b4c4 tulis4n cin4 k4n? s4mp4i boleh 4g4k y4ng tu 4d4l4h t4rikh expired k4d ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takat nombor, no problem. bahasa Mesir pun aku tau baca. haha

      Delete
    2. ko mmg reti baca tapi asik s4l44444444444h je manjang... acaner tu

      Delete
  3. p/s m4n4 souvenir beg d4ri shenzhen?

    ReplyDelete
  4. part expired tu paham la, lain semua bahasa cina.. hahah
    kat sini baru nak praktikkan beskal tu.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana ada banyak, tapi tulah semua bahasa dia.

      Delete
  5. untunglah ... kill 2 birds with a stone gittew kekdahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang menyeluk pekasam, sedap dimakan dengan nasi panas. eh..

      Delete
  6. saya pernah sampai shenzhen and guangzho...

    tapi sy pun dah tak ingat apa ada kat situ ... hihihi

    ReplyDelete
  7. Ni mmg hebat, boleh jalan terus.. seronoknya.��

    ReplyDelete
  8. Hahahha...semua naik samapi ke China ya... yelah negara tu kan kawan baik Ah Jib.

    Bersepah beskal ya depa tak heran dah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. negara China dari dulu pun terkenal dengan basikal sebagai pengangkutan utama

      Delete
  9. Cantiknya negara diorang. Nampak bersih.

    Saya follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal. thanks follow sini. nanti saya follow balik

      Delete
  10. Wah Sal berada di Shenzhen..
    Mesti udara segar sebab pengangkutan utama basikal..
    Tak sabar ingin tahu siapakah gerangan Cik A..

    ReplyDelete
  11. bru tahu nak pi cina kena beli visaaa,ingat free

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar orang tak jadi pergi China sebab Visa tak lulus

      Delete
  12. Travel ni seronok..lagi2 banyak duit hehe. Eh bagus untuk tambah pengalaman sebenarnya...orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman tu yang mahal sebenarnya. Duit boleh dicari

      Delete
  13. Betul2 jaga keselamatan kat sana. Tp letih gak kalau nk scan beg setiap ye.

    Haha bab toilet tu kelakar. Bukan sepatutnya bersih juga ke.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersih tu memang bersih, tapi macam berbau.tak tahulah kenapa

      Delete
  14. Maba gmbr bekalnya? Nk tgk uolls masak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapar sangat mak, tak sempat amik gambar <--ayat cliche blogger

      Delete
  15. Utk jdkn misi dh jejak ke china satu kenyataan..mak try la usha shenzen ni nnti..boleh boh dlm peta where i've been dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam x caya je mak tak pernah sampai china..hehe

      Delete
  16. malaysia patut guna basikal jugak beramai2 hahaha..tak dapat nak bayang pakai dress ala2 princess kayuh basikal jauh2 berpeluh ketiak makcikk hahahha.

    wah best cik sal dapat jalan2 tengok negara orang. ini kalau akak yang pergi mau tahan nak buang air seharian nih kalau toilet cenggitu baunya

    ReplyDelete
  17. Bijak strategi,...dari HK langsung Shenzhen sekali :)

    ReplyDelete
  18. Bab toilet tu kelakar. Mesti makin ketat pundi kencing time kena beg kena scan sambil ditenung direnung dek pengawal2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tapi tengok semua orang pun kena so redha jelah

      Delete
  19. Baca tajuk entri ni akak terbayang Jet Li pakai tonjet ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..dapat ilham tajuk entry ni dari cerita jet li tulah

      Delete
  20. Asalam..wah dah ke Cina Blogger sal..tahniah nikmat hidup ..pasti banyak warna kehidupan di lihat di sana..sekali lagi syukur dan tahniah

    ReplyDelete
  21. Seronoknya baca pengalaman sal ke China..

    ReplyDelete
  22. kadang2 redah2 tu seronok jugak sbb boleh jumpa tempat yang konon2 hidden gitu hahaha.. bab toilet kat sana mana2 ceruk pun sama je aiseh.. fikir dah kronik je kena masuk jugak hahaha..

    ReplyDelete
  23. Banyak yang missing...selamat tahun baru 2018

    ReplyDelete
  24. baru kembali bertugas setelah bercuti setengah bulan..hihihi

    ReplyDelete
  25. nanti saya baca balik entri yang tertinggal.

    ReplyDelete
  26. Betullah sangat tu, alang alang dah sampai boarder ye dak.... haruslah tak lepaskan peluang.

    Wahhhh ala ala student Shanzen Ulah ni ek. Yolah...

    ReplyDelete
  27. banyak gak baca blog orang. alang-alang sampai HK kena singgah ke shenzhen sekali. nak baca entri-entri HK. cadang nak ke sini hujung tahun nanti

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah