Kisah Itali tidak ke Piala Dunia

Wednesday 15 November 2017

Itali. Gli Azurri. Antara pasukan yang mempunyai ramai peminat dan penyokong di serata dunia.  Pernah memenangi World Cup pada tahun 2006, 1982, 1938 dan 1934. Terkenal dengan corak pertahanan catenaccio yang compact dan kebal. Maldini, Inzaghi, Cannavaro, Totti, Pirlo, Del Piero, Baggio dan Nesta antara sebilangan nama yang menjadi inspirasi pemain dan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa.


Dan buat kali pertama dalam 60 tahun, Itali gagal ke Piala Dunia setelah terkandas di peringkat kumpulan dan kalah play-off di tangan Sweden. Ironinya kali terakhir Sweden layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 2006, tahun di mana Itali menang setelah menewaskan Perancis di pentas akhir. Headbutt Zidane ke perut Materazzi, korang ingat lagi tak? Time final tu aku sokong Itali, sebab aku kecewa Ribery and co menyingkirkan Spain yang aku sokong.

Apalah erti Piala Dunia tanpa Itali. Setakat USA, Netherlands dan Chile aku boleh terima lagi, tapi Itali adalah nadi dan penyeri. Dari segi taktikal, kontroversi atau skill individu pemain, pasukan Itali sentiasa menghidupkan sesuatu tournament.

Kapten Buffon yang berhasrat menjadikan World Cup 2018 yang terakhir, rupanya terpaksa bersara awal.

Sedih aku bukan sebab aku penyokong Itali, tapi sedih seorang yang dah bertahun tengok bola. Piala Dunia adalah holy grail bola sepak. Maka apalah erti Piala Dunia 2018 tanpa pasukan legenda zaman berzaman iaitu Itali.

Para gadis pasti akan berasa kehilangan sebab Itali ramai pemain hensem. #jangankecamsaya 

Demi mengenang Itali, petang semalam aku terus ajak kawan gi makan Spaghetti. Hahaha. Padahal tekak yang teringin.

By the way, Itali, Itali juga. Yang dari Harimau Malaya dah tukar jadi Sotong Malaya tu nak cerita apa? Kah kah kah. Ah..malas lah sembang bola Malaysia. Serupa Liverpool sembang nak menang liga.

Till then, Forza Azurri!!! Thanks for reading.

29 comments

  1. lazimnya bekas juara mmg mcm tu... mungkin ini wake up call utk diorg yg 'barangkali' dah terlalu lama di confort zone... mcm liverpool jg... selesa sgt bla x mng liga eh eh... termengumpat team sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bola sepak Itali x best macam dulu. masa 2010 pun balik awal kan..liverpool tu x taula nak wake up cmane apa lagi. haha, termengumpat team sendiri takpe.

      Delete
  2. tak reti nak komen.. sbb bukan bidang ni hahaa..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah...tapi tak tau lah sementara bujang je kot? haha

      Delete
  4. bila Kak Sal citer bola maafin guwe tatau nak ngomen apa.. melainkan pemain2 bola yang hencem hencem =D hehehe..

    ReplyDelete
  5. Sal minat boleh ye. Sampai makan pun ingat Bola Tu hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, teringat itali makan spagetti, kalau teringat France makan roti panjang.

      Delete
  6. Woops, kena tutup mata part gambar tuh. Haha encem ngat. Haha sorry tergediks tanpa sengaja. :P

    ReplyDelete
  7. Alahhh....cakap jerlah nak makan Spaghetti semlm.....ni konon konon frustlah bagailah....nyampah! hihi...

    Tulah...terbaca gak pasal manager Itali kena pecat. Sian dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ala kantoi ni.

      bagus gak kena pecat. dia tu ego. player bagus pun tak nak panggil.

      Delete
  8. Sembang pasal bola akak tak berapa reti...
    Makan spaghetti akak tau. Pizza pun ok :)

    ReplyDelete
  9. Amboi hebat cik sal kita ni bercakap pasal bola. Tabik spring lah.

    ReplyDelete
  10. tu lah kan.. macam tak seri pulak piala dunia tanpa Italy.. antara nama2 gah kat situuu

    ReplyDelete
  11. ehh... sotong malaya ??? entahhh... makan sotong banyak sangat lettew

    ReplyDelete
  12. seriously crap lah italy ni ... apsal lah blh terkeluar.

    mmg tak boleh brain lah WC tanpa italy.

    dah rugi satu jersey. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh..jangan sedih Huda. kita g Spainlah cari jersi lepas ni. Eh..tetiba. Haha

      Delete
  13. sebab ramai pemain yang ensem2 tu yang jadi kalah tu agaknya eh tapi apa kaitan pulak..ok lah akak tak tengok pun world cup tapi bolehlah amik tahu jugaklah sapa yang menang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, entahlah. tapi rasanya player Itali dulu-dulu lagi hensem dan tough dari sekarang.bebudak baru jambu je boleh harap

      Delete
  14. OH! patutlah cousin Mrs. A yang die hard fan Itali tu status FB dia sedih aje lately ni rupanya Itali tak ke piala dunia 2018. Kesian... kind of tragedy ni...

    HEhehehe... perempuan kalau tengok bola mesti tengok players yang handsomes dulu kansss....



    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,kan. saya yang bukan die hard fan pun sedih. apatah lagi dia

      Delete
  15. Aduhai Italy tak layak? How come mungkin sebab Buffon dah tua kot, semakin kurang cekap, opps! Masa belajar LZ peminat skuad Azzurri via Juventus.. Mestilah sebab Totti, Del Piero, Nesta & Buffon.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya defensively tak banyak masalah, cuma bab menyerang je kurang kreatif. lagipun coach entah apa2 tak pandai pilih pemain. ewah, pandai je aku ni mengulas. haha

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah