Concubine Lane, Ipoh : Expectation vs Reality

Thursday 20 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Hampir 3 bulan balik dari Ipoh, tapi ceritanya tak habis-habis. Kali ni aku nak cerita tentang antara tempat popular di Ipoh lama terutama untuk kaki bergambar iaitu Concubine Lane.

Concubine Lane adalah jalan yang mengambil nama sempena tempat di mana gundik atau perempuan simpanan ditempatkan di kawasan itu sekitar tahun 1800-an. Sumber : Berita Harian


Entah apalah sejarah hitam di Lorong Concubine kan. Sekarang dah takde dah. Tapi sayangnya amalan 'menyimpan perempuan' masih ada di zaman ini. Bukan takat orang kaya je, yang makan pun bini tanggung ada hati nak pasang dua. Elok pukul je orang macam ni. Eh dah kenapa aku emo.

Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Day 2


Tauke tu jeling-jeling aku nak try lah tu. Sorry Uncle, I am not for sale! (insert lagu Stacy)

Anyway, tempat ni memang overhype di media sosial. Tak percaya korang tengok lah di FB dan Instagram. Lawa-lawa gambar orang tangkap. Jeles aku walaupun aku tau gambar tu lawa sebab orang dalam gambar tu yang lawa. Haha.

So..meh lah kita tengok, tempat ni meet expectation ke tidak. Atau indah khabar dari rupa?

Expectation


Reality

Payung tinggal beberapa ketul je. Probably sebab malam sebelumnya hujan lebat. 




Pergi hari Ahad, jadi manusia tersangatlah ramai. Before datang ada baca yang ramai suggest makan Ais Kepal dan Rainbow Cheese Toast tapi blogger Anies cakap tu kat KL pun ada. Make sense. Lagipun kitorang baru lepas lunch. Nak tangkap gambar lawa-lawa memang susahlah sebab asyik berlaga dengan pengunjung lain. Nak bukak mask pun tak berani. 


So..expectation dan realiti tak sepadan. Maybe kalau datang hari biasa berpeluang bergambar dengan lebih tenang. As someone yang memang cuba cut sugar aku tak rasa rugi pun tak makan makanan viral di Concubine Lane.

Expectation




Semangat nak pergi BookXcess Ipoh yang merupakan bekas 'vault' bank lama. Sekali bila sampai, tutup untuk renovation. Padahal kat Google tulis open. Hampa jugaklah nak tangkap gambar cantik-cantik dalam tu. As someone yang takde Instagram aku pun tak faham kenapa aku obses dengan tempat-tempat yang instagrammable. Hahaha.

Ni aku pergi masa awal November, so tak tau sekarang dah bukak ke tidak. Check dulu ye before pergi supaya tak kecewa macam aku.

Expectation: 

Nak makan, or at least mengopi di Plan B


Realiti :

Plan B penuh dengan orang. Malas nak beratur semata-mata demi secawan kopi. Lagipun kedai kopi hipster bersepah di KL. Pilih je mana-mana. Tak kurang cantik dan sedap kopi dan makanannya berbanding Plan B. 

Expectation: 

Actually aku tak kisah tak dapat makan di Plan B sebab aku nak sangat lepak di Platform 9 1/2 Cafe yang dinamakan sempena Platform 9 3/4 dalam francais filem/buku Harry Porter. Antara keistimewaan cafe tersebut adalah boleh bergambar dengan kostum dan props Harry Porter dan nilai estetika cafe itu tersendiri yang buat kita rasa macam di Hogwarts. 



Realiti :

Puas aku dan Anies mencari di setiap lorong tapi tak jumpa. Adakah sebab kami 'muggle'. Anyone tahu status cafe ni? Adakah dah tutup atau under renovation? Adakah kami kena berlari tolak troli dan rempuh dinding atau flush masuk melalui toilet?

Baru berangan nak minum 'Butterbeer' dan pose ala-ala Hermione.


Anyway tak semua tentang Concubine Lane mengecewakan. Ada juga yang meet expectation macam: 


Kong Heng Square Flea Market - Menarik jugak barang-barang di sini. Boleh beli souvenir


Port bergambar banyak di lorong-lorong belakang



OKlah nanti aku sambung lagi. Kena habiskan cerita Ipoh baru boleh bukak cerita travel baru. Thanks for reading!

41 comments

  1. Hehe hendak cari cafe Platform 9 1/2 pun sama susah jumpa.
    Bersungguh-sungguh cari tempat viral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. dalam google maps pun takde. maybe dah tutup sebab tak dapat sustain masa pandemik. sayang betul. konsepnya unik.

      Delete
  2. alaaa sedihnya tak dapat pergi 9 1/2 cafe tu. Mungkin ada betulnya jugak part muggle tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu surat dari Hogwarts sampai baru boleh jumpa cafe ni

      Delete
  3. Area sana memang nampak classic with roots everywhere cuma kadang-kadang yang tak best nya ramai orang. Sempat juga makan di Plan B dan bergambar di belakang bangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belakang bangunan tu cantik dan banyak port bergambar. suka betul tengok ranting berjuntai-juntai tu

      Delete
  4. last ammi ke Ipoh masa berdua (tak ingat tahun bila) lepas tu skrg ni anak sulung pun dah 13 tahun huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak commercial pun lorong ni. sejak-sejak zaman soc med baru naik

      Delete
  5. Akak duduk area Ipoh pun tak pernah datang sini.He2.Tak tahu bila nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu orang duduk jauh yang sampai dulu. hehe

      Delete
  6. tangkap gambar utk kenangan diri sendiri, kita pun takde instagram..suka suasana vintage kat sini..

    ReplyDelete
  7. byk gak tempat yg menariks kat sana yer...

    ReplyDelete
  8. nmpk nostalgia disitu.. untongla gadis berlesung pipit.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa guna berlesung pipit, kalau kena pakai mask. haha

      Delete
  9. awal2 deco mmg cantik la kan... bila dah viral, plus PKP nye jadi tak terurus semua tpt.. tp still cantik utk bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kan Fizah. agaknya terbiar masa PKP. masih cantik walau tak macam masa mula-mula dulu

      Delete
  10. Ala sayangnya banyak tempat tak capai expcetationnya. Mungkin baru bukak dulu okay kot. Dah lama lama jadi kurang maintainance dah terbiar gitu. Ada yang dah tutup pun. Mungkin tak ada sambutan selepas PKP? Tak ada rezeki nak makan kat platform 9 3/4. Cantik bangunan heritage macam Hogwarts. matilanakkk kalau nak masuk situ kena tolak troli bagai macam dalam filem..hehe...

    Finally ada jugaklah tempat yang best dan elok ambil gambar pun :) Tak instagrammable pun takpe, asalkan gambar lawa untuk kenangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu. banyak je port cantik ambil gambar, kena rajin selongkar lorong-lorong belakang tu. saya syak cafe 91/2 tu tutup sebab PKP. lagipun masa pergi ni Perak masih dalam Fasa 3

      Delete
  11. Wahhh menarik tu kafe Platform 9 3/4.. tapi tak jumpa pula ya.. teringin juga nak pergi

    ReplyDelete
  12. tempat yang cantik, klasik dan elegan

    ReplyDelete
  13. menarik tempatnya, selalu rasa nak pergi sini tapi tu lah memacam lak halangan selain pandemic ni

    ReplyDelete
  14. Yeke payung ada beberapa ketul je, pinjam masa hujan belum pulangkan hehe.. Cantik seluar Sal.. Rasa ketinggalan pula belum ke tempat femes amos :)

    ReplyDelete
  15. kadang-kadang macam tu lah , paling tak berbaloi bila mai jauh-jauh nak bergambar punya lah ramai manusia jadi crowded angle gambar pun tak cun dah kan.. kak ana pun belum sampai sini SaL.. walaupun tak jauh dari kampung kak ana di Teluk Intan

    ReplyDelete
  16. Masa menyepi dari blog hari tu ada juga saya ke utara, tapi masih belum berkesempatan nak menulis di dalam blog.. Hehe

    ReplyDelete
  17. Realiti gambar pepayung tu tak tahu nak sedih ke nak gelak Sal hahahaa...
    Pergi dengan kawan-kawan atau orang yang sama gila oklah dengan family sendu nak bergambar sampai lebam cenggini Sal

    ReplyDelete
  18. SERONOKNYA MERONDA TEMPAT BERSEJARAH MENGUTIP ILMU

    ReplyDelete
  19. Hari tu g Ipoh tak sempat nak jalan-jalan. Suka Ipoh. Cantik.

    ReplyDelete
  20. Hari tue lalu, Ipoh.... Panas oooo
    Belum berkesempatan nak explore lagi

    ReplyDelete
  21. ray teringin nak pegi tapi x pernah ade kesempatan lagi nak smpi sana

    ReplyDelete
  22. Ni yang buat tak sabar nak ke sana.Banyak latar belakang menarik untuk bergambar.

    ReplyDelete
  23. hahahaha indah khabar dari rupa tapi bab payung tu aduhaiiii gelak besor ahkak

    ReplyDelete
  24. Ipoh sebenarnya bandar yang penuh dengan tempat sejarah kan kalau ikut baca buku sejarah lama-lama. Tenguk bangunan je pun dah teruja. Apa lagi bila di upkan cantik-cantik jadi tempat untuk posing seperti zaman sekarang yang suka di publisitikan. Bangunan usang dia kalau di mekupkan kan mesti lagi wow kan. Rindu pulak nak pi Ipoh

    ReplyDelete
  25. Ala...book xcess tu tutup....suka kalau dapat masuk dalam dia. sayangnya. Yang platform 12 cafe tu agaknya dah kena kidnap kut buat lokasi harry porter baru. hehehehe

    ReplyDelete
  26. Rindu Ipoh rindu member kat situ...boleh makan satay endut yeh yeh yeh

    ReplyDelete
  27. Hahaha gelak besar akak baca catatan Sal tentang platform 1/2 tu.
    Mungkin kena guna magic wand sekali kot sebab kafe tu pakai invisible cloak.

    ReplyDelete
  28. Ahh sudah..cafe platform dah hilang. Betul2 dunia magis ni..

    ReplyDelete
  29. Alahai xde rezeki
    Tapi trmpat tu cantik betul la sesuai utk ootd

    ReplyDelete
  30. ha ha ha ha kelakar la story Sal kali ni.
    cafe hilang ghaib ek :)
    tak dpt la aida bantu. tak pernah jejak tempat2 ni.
    pasca PKP ni, tu la kan. byk yg ghaib atau bertukar tgn.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah