Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah murah rezeki tahun 2021 banyak kali terpilih jadi top commentator blog. Mengomen bukan mengharap balasan hadiah, tapi kalau dapat, rezeki jangan ditolak.
Hadiah dari seberang laut; dan seberang highway? Ha...meh kita tengok yang dari seberang laut dulu. Kiriman blogger Amie dari Lahad Datu, Sabah. Kak Amie merupakan seorang guru yang pandai memasak. Selain entry resepi, beliau juga selalu berkongsi cerita jalan-jalan dan keletah anak-anak. Seronok baca, lagi-lagi tentang si bongsu Firdaus. Boleh jengah blog Amie's Little Kitchen
Hadiah dibalut cantik dalam beg kain Stanton Hotel. Terus aku google Stanton Hotel kat mana. Rupanya di Karamunsing, Kota Kinabalu. Tak dapat pergi Sabah, dapat ole-ole dari sana pun cukuplah. Ambil bau. Hehe
Kak Amie bagi aku kain batik siap jahit warna pink-purple - my favourite color, dompet bentuk ikan, keychain Sabah dan brooch motif burung hantu. So far semua pun tak sempat rasmi lagi sebab last week anak-anak sedara ada kat rumah. Nanti diorang mintak. Mana boleh. Kejinya mak sedara. Hihi. Diorang dah balik baru aku bukak bungkusan GDex dan ambil gambar untuk buat entry ni.
Yang ni pulak dari seberang highway. Dari pemilik blog Mamapipie. Kenapa seberang highway? Sebab Mamapipie pun orang Selangor jugak. Cuma daerah berbeza. Kalau drive kena lalu highway.
Mamapipie bagi aku pouch striped pink, mousepad, mini calendar dan notebook. Yang ni pun sama tak rasmi lagi.
Blog Mamapipie selalu share tempat makan dan penginapan best. Selain tu, yang specialnya blog Mamapipie ni dia selalu buat peraduan 'tangkap nombor'. Apo tu? Nak tau kenalah jengah blog dia. Mana tau berjaya tangkap dengan sempurna boleh dapat hadiah tau. Selalunya wang tunai. Siapa tak mahu..huhuuhuuu.. bak kata Tok Ti.
Thanks a lot to both wanita-wanita hebat ni. Kenapa aku kata diorang hebat? Keduanya wanita bekerjaya dan bergelar ibu dan isteri. At the same time diorang rajin update blog. Aku yang bujang dan kerja level kerani je ni pun blog selalu berhabuk. Haha. Semoga keduanya murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tersayang.
OKlah tu je nak share kali ni. Jumaat ni nak inject dos ketiga. Ingatkan vaksin made in Sweden tak payah booster dah. Kenangkan takut ada masalah kemudian hari terpaksalah ambil. Bukan takut Covid, takut tak boleh kerja or tak boleh rentas negeri je.
Doakan aku dapat kerja lain. Mana tau berkat doa korang, Allah bantu jugak usaha aku yang dah masuk tahun ketiga ni. Aminnn. *Bukan tak bersyukur, tapi tak salah kan nak improve hidup?*
Ya pemurah mereka dan rajin hantar hadiah.
ReplyDeleteAkak cucuk esok. Insya Allah. Haha kejap rasa ok kejap rasa tidak mahu.
Ok doakan Sal sehingga berjaya dapat kerja baru.
haha.samalah. kejap rasa macam nak ignore je tapi takut sijil vaksinasi terbatal. Terima kasih doakan saya kak NA. selamat menerima booster ya
DeleteTahniah..comel2 hadiah dia
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah.
ReplyDeleteSelamat terima dos ketiga ya.
tahniahh..
ReplyDeletekalau bukak depan budak budak confirm nak punya. Samalah macam saya pun, takleh bukak depan anak buah. Kang dia cakap nak tak sampai hati tak bagi kan. hihi..kena sorok sorok bukak.
ReplyDeleteAlhamdulillah orang berkongsi rezeki, kita terima seikhlas hati :)
Tahniah Sal!
ha tulah..3 hari pendam parcel baru bukak. actually ok je kalau diorang nak, tapi bagilah makciknya ni buat entry dulu. hehe
DeleteHihi..faham faham :)
Deleteaminn semoga ciksal comel segera dpt keje yg lebih baik dan lumayan.. aminn ya robbalamein
ReplyDeleteAmin..moga makbul doa Wak yang sedang bermusafir di tengah laut
Deletetahniah tahniah!!
ReplyDeleteALHAMDULLLAH TAHNIAH SAL MURAH REZKI
ReplyDeletetahniah kak sal!
ReplyDeletealhamdulillah untuk rezeki-rezeki yang comel tu.
ReplyDeleteamin amin amin moga yang baik-baik saja untuk semua.
Yup.. tak salah nak improve hidup kita.. semoga dipermudahkan urusan Sla dalam mencari kerja baru..
ReplyDeleteTahniah Sal.. Ohsem ohsem hadiah yang diterima..
terima kasih atas doanya Sha
DeleteTahniah sal... 🌹🌹
ReplyDeleteTahniah, Sal! Meriah hadiah pemberian Kak Amie dan Mamapipie.
ReplyDeleteTahniah Sal! Banyak dapat tu.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Sal dapat kerja yang sesuai dan terbaik.
Amin...amin. Moga makbul doa Kak Ujie
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki dapat hadiah
Alhamdulillah rezeki, Tahniah Sal, menarik hadiah-hadiahnya. Semoga pemberi dan penerima bertambah rezeki dan dimakbulkan doa-doa Sal. Aameen.
ReplyDeleteAmin YRA. Tq sis Babypose
Deletetahniah kpd sal sbb selalu menang hadiah. bertuah sejak dulu2 lagi.... abam kie ni jrg bertuah bila masuk GA.
ReplyDeleteni bukan GA abam Kie. Top commentator. GA pun saya jarang bertuah
DeleteHahaha part anak sedara mintak tu memang faham sangat. Selalu jugak terkena >.<
ReplyDeleteBtw tahniah kak sal! And tak salah pun nak improve life kita. Kita yang tahu apa yang terbaik dalam hidup kita. Fighting! Semoga dipermudahkan segala urusan kak sal <3
thank u Atiqah. Ha..biasalah tu kan. Diorang mintak pastu bukan jaga elok-elok pun. tu yang geram
DeleteTahniah! Semoga dimurahkan rezeki :))
ReplyDeleteWah, tahniah! Murah rezeki awak dan si pemberi hadiah.
ReplyDeleteAlhamdulillah udah selamat sampai.. tahniah sal. Nanti jgn lupa Usha no pv mama dah nak naik fah no tu
ReplyDeleteHehe. Of course mama. Tengah jeling-jeling gak ni
DeleteSelamat bersenang2 dengan hadiahnya ya.
ReplyDeletetahniah Sal, semoga tahun ni bertambah rezeki...dalam dunia blog & kerjaya..
ReplyDeleteBestnya dpt hadiah top commentor.. Rajin BW murah rezeki..
ReplyDeleteTahniah.. alhamdullilah, dapat hadiah lagi ye..
ReplyDeleteAlhamdulillah kririman selamat sampai.
ReplyDeleteTerhibur baca gelagat anak-anak sedara Sal... hahahaa gelak sendiri.
tahniah Sal.
ReplyDeletebest betul gift from seberang laut ni :)
andai la aida yg dpt, surely tersenyum lebar.
Jom sal kita pi Sabah....naik ke kundasang...pi hotel stanton yang unik tu. Mudahan Allah rezekikan dapat ke sana. Aamiin
ReplyDelete