Assalamualaikum dan hai semua! Semalam gara-gara 'KL tutup' so last minute cancel plan nak ke lake garden KL. Tapi disebabkan lama sangat tak jumpa cik ND dan nak membuang kemalasan yang bersarang dalam badan, kitorang keluar jugaklah cari port jogging yang pernah viral dalam kalangan warga Ampang/ Keramat/ Hulu Kelang suatu ketika dulu. Asyik jogging tempat sama je, jemu jugak kan.
Pagi tu kami keluar dalam pukul 8. Hujan renyai-renyai manja. Tapi sebab dah siap-siap takkanlah nak sambung tarik selimut tidur balik.
At first kitorang pun tak tau macamana nak ke tempat ni. Ikut waze tapi dia bawak kitorang ke look out point Bukit Antarabangsa. Untuk tengok KL dari atas. Ek eleh. Puas dahlah aku tengok Kuala Lumpur. Lebih 30 tahun. Puas sudah.
So tengok dalam ol reliable Google Map. Nampak tempat ni ada orang save - Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track. Ikut pembacaan aku masa tempat ni viral dulu, ia memang kawasan lereng bukit. So marilah kita ke sana. Senang je ikut Google Maps cuma tersorok sikit lorong masuk ke tempat jogging tu sampai kitorang terlepas. Patah balik je, takde masalah. Setiap kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa ni ada pondok pengawal tapi kalau nak ke Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track ni takde guard jaga.
Suasana pagi yang berkabus. Sejuk! Menyesal tak bawak sweater. Sekali tengok macam di Cameron Highland pula. Tapi tu bukan ladang teh ye, tu rerumput je. Nampak macam tempat ni dijaga kemas.
Tempat ni takde kereta lalu walaupun jalan bertar cantik. Tapi curam betul ye. Aku tak berani bawak budak-budak yang tengah lasak datang sini takut diorang berlari laju turun bukit tanpa brek. Nak main roller blade pun bagi aku sangat bahaya. Sebab cerun dan membelok. Kitorang sekadar jalan, tu pun ayu-ayu macam pakai kebaya Nyonya dengan payung di tangan.
Jalan sampai ke bawah sekali nampak takungan air ni. Nak kata tasik bukan, empangan pun bukan. Tak tau nak cakap air ni datang dari mana. Semua longkang di hillside jogging track ni mengalir ke sini. Keruh macam teh tarik tapi takde bau. Rasanya air bercampur lumpur. Boleh buat air untuk samak ni. Haha.
Bahaya jugak kalau bawak anak-anak kecil sebab takut tercebur. Berapa kedalaman air aku tak pasti. Sebuah tempat misteri tapi terjaga rapi.
Dah jalan sampai ke bawah, tibalah waktu yang mencabar. Mendaki balik ke atas. Pergh..rasa nak tercabut lutut sebab curam. Takde maknalah nak jogging. Jalan je. Tu pun mencungap. Nasib baik tak panas.
Yang membuatkan tempat ni bertambah unik adalah deretan kerusi tu. Seolah-olah tempat ni memang dibuat untuk orang ramai. Tapi siapa je sanggup naik ke Bukit Antarabangsa ni melainkan orang local macam kami. Aku pernah tengok di Facebook ada yang picnic dan layan sunset view. Aku tak tangkap gambar dari point of view kalau duduk di kerusi-kerusi ni sebab hujan manja dah start lebat tapi cantik jugak la, nampak skyline KL.
Kawasan parkir luas. Ada kediaman terbiar berbentuk bulatan ala Colosseum berhadapan lorong masuk. Rasanya pernah diduki sebab ada banyak piring Astro lama yang dah berkarat. Binaan unik, tak macam rumah-rumah yang biasa kita tengok. Di Bukit Antarabangsa ni banyak rumah-rumah terbiar. Sayang sebab kebanyakannya besar dan cantik.
Aku suka jugak tengok tempat-tempat penuh misteri macam ni. Teringin nak tahu sejarah dan punca kejatuhan sekiranya ia pernah ada kisah gemilang. Contohya macam Mimaland dan Highland Tower. Tapi bagi aku tempat paling misteri adalah Econsave di Pandan Perdana, kalau lalu MRR2 dari arah Selatan akan nampak di belah kiri. Legend kot atas tu ada theme park. Unfortunately tak berekesempatan pergi masa masih dibuka tahun 90an dulu.
Kredit gambar dan bacaan lanjut di SINI
Weh dah kenapa blog aku dah macam blog paranormal pulak. Jangan salah faham ye, aku cuma penggemar sejarah lama. Bukan nak jadi Uncle Seekers tau. Benda-benda 'alam lain' aku tak nak campur.
Anyway tempat ini juga digelar 'Stelvio Pass Bukit Antarabangsa' dan digemari cyclist. Masa kitorang datang ni nampak jugak sekumpulan cyclist tapi tetibe eh tak jadi turun pulak. Maybe sebab hujan kot.
The Stelvio Pass is a mountain pass in northern Italy bordering Switzerland at an elevation of 2,757 m above sea level. It is the highest paved mountain pass in the Eastern Alps, and the second highest in the Alps, 7 m below France's Col de l'Iseran. Sumber: Wikipedia. Gelaran 'Stelvio Pass' tu mungkin terinspirasi dari sini. Cuma yang di Bukit Antarabangsa ni humble jelah.
Anyway, walaupun tak keluar peluh tapi sebab hujan, rasa lapar pulak. Discuss dengan ND cari port breakfast yang tak payah masuk KL. So kami ke 1Chopati Aeon AU2 Keramat. Aku memang hantu capati. ND pulak kata dia selalu makan situ dan memang sedap.
Ha..nampak tak kitorang lapar. Ambil set capati+poori. Aku ambil kuah sardin, ND ambil daging. Memang sedap dan mengenyangkan. Puas hati breakfast kat sini. Air aku ambil teh tarik dan ND minum teh halia.
Lepas makan shopping groceries sikit dan singgah Watson's. Alang-alang dah ada kat Aeon Au2. Rasa selesa jalan-jalan walaupun lepas 'exercise' sebab tak berpeluh pun.
So..adakah kami akan datang lagi? Insha Allah. Kalau cuaca baik.
Menarik tempatnya. Siap ada kabus lagi.
ReplyDeleteSedapnya sarapan Sal tu.
berkabus sebab hujan masa ni kak Ujie. nanti nak cuba datang time orang ramai sikit dan cuaca cantik
DeleteNyaman yang seronok jalan lama-lama. Hehe tapi nampak seram. Berani ke datang seorang di situ?
ReplyDeletekalau sorang tak beranilah sebab kena memandu di jalan berbukit yang sunyi. ada je orang lain cuma bila ambil gambar saya elak dari termasuk mereka sekali
DeleteSunyinya port jogging tu sal.. hati² tau.. bwk geng reramai sket biar meriah kalau g tmpt sunyi cmtu.. bahaya
ReplyDeleteada je orang lain kakmim, cuma bila ambil gambar saya tak masukkan dalam frame. nanti kena edit pulak. thanks for the reminder ye
DeleteSelamat beriadah di hujung minggu
ReplyDeleteCANTIK TEMPATNYA MEK SAL YG BAWA PAYUNG PUN MANIS YU
ReplyDeletetengah control ayu sebab berhati-hati dengan jalan yang curam
DeleteAlhamdulillah dapat ambil angin luar, suka tempat ada penemuan baru, yang lama dianalisakan, memang tertanya juga tentang mimaland, pernah sampai, lepas tu dengar dah jadi usang. Sedap capati, tak berminyak, lembut.. teringin pulak.
ReplyDeletesekali-sekala discover tempat baru. walaupun dekat dengan rumah tapi tak pernah tahu. suka baca tentang sejarah Mimaland. rasa nak tengok sendiri keadaan terkini tapi tak berani. haha
Deletecapati memang sedap kan? lebih menyihatkan berbanding roti canai atau roti telur
theme park atas econsave tu sblm ditutup ada mamat pekerja pool yg mati lemas masa cuci pool tu.. huhuhu
ReplyDeleteitulah, ada baca jugak masa kerja di arkib dulu. kesian kan. sampai seluruh bangunan terbiar sekali. pelik nape takde orang take over
DeleteMemang seram juga nampak gambar bangunan Econsave tu. Tapi hilang seramlah pulak bila terpandang set capati+roti puri hihihiiii.
ReplyDeletehahaha. nasib baik ada gambar makanan. karang ramai pulak datang komen seram-seram kat sini.
DeleteTempat ni popular juga orang berbasikal kan. Pernah nampak Hafizh Syahrin berbasikal kat sini. Kat ig dia lah tapi. Kalau saya pun tak larilah. Jenuh uii nak naik bukit macam tu. Misteri tempatnya. Mungkin kena letak signboard info kat sini kan.
ReplyDeleteSeram tengok rumah yang ditinggalkan. Mungkinkah tak selamat untuk diduduki lagi sebab kawasan bukit tinggi takut tanah runtuh. Menarik senibina bangunan arch macam colosseum.
Econsave tu boleh tahan seram gak. Bila lalu nampak banyak dah tumbuh pokok tertanya jugak kenapa dibiarkan je bangunan tu. Rare lah mall ada themepark kat rooftop. Ke ada kejadian pernah berlaku. Sebab tu tutup. huhu...
Hujan memang mengundang lapar. Sedap tu pekena roti puri dan sardin sambal.
Theme park atas Econsave tu katanya sebab ada kes kematian, sebab tu diarah tutup. kesian pemiliknya kan. Terbiar gitu je
Deleteyup, tempat ni popular kalangan cyclist. bab tanah runtuh tu, sini memang ada kes, tapi perumahan baru tetap naik. confuse kejap. hillside jogging track ni macam terpopular tanpa sengaja. tak pasti tujuan asal ia dibina untuk apa
Oh ye ke? Patutlah ditutup dan biarkan je. Memang kesianlah kena tanggung rugi tapi boleh je dia hapuskan themepark dan renovate. Ke ada hantu kacau. ghisauuu...
Deleterasanya popular sebab cyclist gak kot Sal. Selalu nampak orang cyclist share kat ig. Yang jogging macam tak pernah nampak pulak.
Perumahan baru kalau tepi bukit tu seram jugaklah kan bila fikir apa akan jadi kalau tak betul betul fikirkan keselamatan penghuni.
Walau tak keluar peluh tapi dapat jelan-jalan pusing-pusing tu pun dah ok sangat-sangat.
ReplyDeletetulah. rilekskan minda tengok keadaan sekeliling. banyak pokok-pokok
Deletenice photo dan location..
ReplyDeleteSal meh le hiking kat bukit saga pulak masih dalam kawasan ampang tu.
ReplyDeletelama tak hiking. kak notie ada buat trip ke? kalau ada nak jugak join
DeleteMimaland akak pernah pergi time dolu2...jadi ingat-ingat lupa sebab rombongan sekolah. Teringat banyak dinosur dalam dia. Theme park atas bumbung Econ save tu alahaiiiii ahkak selalu lalu-lalang depan dia. Tempat tu pernah jadi port orang bercuti tapi ada tragedy tu sebab tempat tu di tutup. Ahkak yang dekat pun tak pernah naik atas. hehehehe
ReplyDeletesaya pergi Mimaland ayah saya kata masa baru pandai bercakap, so memang takde ingat apa lah kan. Itulah, kalau Econsave tu dari jauh dah nampak kepala zirafah tu menjengah. haha
Deletecantik taman tu, sunyi & tenang je.
ReplyDeletehahaha econsave tu scary. Tak pernah pulak tahu pasal hillside jogging track ni. tapi kalau tahu pun tak pergi sebab sunyi nau.
ReplyDeletesunyi sebab hujan. kalau cuaca baik ramai je datang sini
DeleteCantik tempat tu kemas berjaga. Akak pandang dan baca dekat sini jelah ye. Nama nak berjoging kat situ tak mampu kot... akaklah calon utama yang akan bersidai je kat deretan kerusi tu :)
ReplyDeleteok gak tu kak. view cantik. selalu orang piknik sini
DeletePernah pergi Bukit Antarabangsa ni dulu sebab ada majlis sekolah je, lepas tu tak pernah jejak dah. Tak tau ada jogging track sebab aritu pi tempat sesak. Kalau dekat dah sampai ni nak join jogging sama :P
ReplyDeleteTentu segar jogging sini. Tempat hijau sejuk mata mrmandang
ReplyDeleteNampak macam takde orang pun Sal.
ReplyDeleteSeronok bergambar ni view cantik.
Berapa kalori terbakar tu
Bangunan tinggal tu mmg menarik utk diterjah tu..
ReplyDeleteaida x pernah naik ke B.Antarabangsa, Sal.
ReplyDeletetakde pape urusan.
takde sedara mara kat situ.
nice la tempat jogging tu.
untung la org situ disediakan track jogging yg amat selesa tu :)