Jute Bag merah menyala- hadiah dari Blogger Suria Amanda

Monday 17 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Busy betul la. Sampai berhabuk blog ni tak berupdate. Bahan nak buat entry banyak. Masa dan access to PC saja yang lacking. (Macamlah orang kisah. LOL)

Last week dapat jute bag ni dari Famsy. Confuse sekejap siapa yang bagi sebab ada 2 orang blogger yang mintak detail aku last month sebagai penghargaan top blogger. Nampak sangat kan asal ada masa lapang je aku blogwalking. Dah tu je media sosial yang aku aktif selain LinkedIn. Aku suka komuniti Blogger sebab tak toksik. I is soft OK.

Check email, rupanya dari kak Suria Amanda bertanyakan samada dah dapat belum hadiah kiriman. Ni kali kedua aku dapat jute beg Famsy dari rakan blogger.



Merah menyala warnanya macam merah Liverpool. Jute bag pemberian kak SA ni bersaiz sederhana so bolehlah isi telekung, sejadah dan air mineral. Dah plan nak guna ke surau bulan puasa nanti. Jom kita sama-sama berdoa agar tahun ni kita boleh beribadat dan memeriahkan Ramadan dan Syawal seperti sebelum kemunculan pandemik. Jemu oi raya kat rumah je.

Bulan depan dah nak masuk Rejab. Pantasnya masa berlalu. Puasa dah habis ganti ke tu?

Tengok jauhnya aku melalut. Terima kasih kak SA atas kirimannya. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Teruskan menghadapi hari-hari dengan senyuman bersama orang-orang tersayang. Abaikan je mulut-mulut yang bertanya soalan yang bukan-bukan sebab Allah kan ada. Ewah. *Pandainya cakap orang padahal sendiri ke laut*

Nak berkenalan dengan kak Suria Amanda boleh jengah SINI. Respect kak SA ni rajin update blog hampir setiap hari. Seronok baca perkongsian terutama sekali bila kak SA cerita pasal Mak Pah dan Pak Zain. Boleh relate sebab aku pun duduk dengan ibu bapa yang dah tua. Dia macam bila parents berkumpul sesama mereka cerita pasal anak; orang macam kami cerita pasal mak ayah. 

OKlah, tu je nak cerita. Tengah gigih nak habiskan cerita Ipoh.

39 comments

  1. Merah makngah..
    Baca blog SA twrasa mak abah dia cam mak abah Ammi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla lepas rindu kan kak walaupun tak sama

      Delete
  2. Cantik jute bag.. merah lagi tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dh sampai..eh..eh...cantik plak kaler merah tu kan...nak beli utk diri sendiri la...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. belilah kak. Bawak gi opis mesti ramai tegur

      Delete
  4. Tahniah Sal.
    Nice.
    Mrs. A punya lebih kurang macam ini juga tapi green color sendiri order daaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jute bag memang in trend dan convenient kan

      Delete
  5. Alhamdulilah rezeki tu kan... Heheh kita tgh pening nak pilih hadiah jgk ni hahaha

    ReplyDelete
  6. wah..nice. cantiks color2 & bunga2 tu...congrats!!!
    yes..betul tu kak SA rajin update blog. pernah jumpa in person ngan kak SA..peramah org nya.

    ReplyDelete
  7. Dari jauh dah boleh kenal la tu siapa kan lepas ni. Haha

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak sal! cntik jute bag tu

    ReplyDelete
  9. Tahniah Sal!
    Merah menyala, ceria sungguh.

    ReplyDelete
  10. Eh kita dah komen ke blm eh kat sini? hahahhaa....
    OK tgu hadiah dari kita plak nanti k ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. dah komen dah kak Ret. ok je komen 2 kali. tq in advance. susah-susah je

      Delete
  11. Ya tidak sabar tunggu Ramadhan. Cuba puasa sunat untuk terus dapat momentum.
    Alhamdulillah guna untuk perkara baik. Hehe akak guna barang-barang daripada bloggers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, akan cuba puasa sunat nanti. ambil aura.

      Delete
  12. Merah menyala merah begnya. Kena dengan jiwa liverpool lah. Boleh buat koleksi jute bag dah ni, sebelum ni pernah dapat jugak kan. Alhamdulillah rezeki sesambil komen. Tahniah Sal!

    Betullah Sal, dunia blogger ni tak toksik. Elok je bercerita apa saja. Saya pun suka aktif kat blog lagi berbanding media sosial lain. Seronok baca blog kak SA, tulisan santai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. jarang jumpa orang komen keji-keji di blog. saya pun selalu kalau rasa tak suka move on je next entry, tak suka komen yang menjatuhkan blogger lain. support each other gitu

      Delete
    2. Samalah kita. Komen yang baik baik je. Sama sama blogger faham lah kan :)

      Delete
  13. Cantik betul jute bag merah menyala tu. Kak Amie pun pernah dapat kiriman bag seperti itu daripada SA. Memang sesuai tu isi telekung, sejadah dan air mineral. Kak Amie tambah lagi satu barang : buku catatan hehehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya, kak Amie memang suka bawa buku catatan ke mana-mana kan. saiz tu just nice la. tak tengelamkan saya yang kecik ni

      Delete
  14. cantik colour merah.. menyerlah.. :)

    ...

    ReplyDelete
  15. Cntik beg.. Fiza rajin follow dia kt FB.. kat blog pun kenal jugak kak SA nie..

    ReplyDelete
  16. Tu lah.. Sis SA rajin update blog.

    ReplyDelete
  17. Beg-nya Cantik, secantik orangnya. He he.

    ReplyDelete
  18. Tahniah Sal!! Nama penuh lg tu.. hihihi

    ReplyDelete
  19. wah merah mak ngah...beg jute dalam Famsy tu boleh buat ahkak rambang mata tenguk design dia yang cantik2. Sekarang lagi banyak macam-macam ado bukan hanya jute beg je teppen tempat sudu garpu pun ado. Boleh letak nama lagi tu. Aiyakkkk

    ReplyDelete
  20. Cantiknya jute bag merah dia :)

    ReplyDelete
  21. cantiknya jute beg merah tu.
    saya ada buat juga jute beg, kaler biru.
    nampak kaler merah ni macam nak juga buat satu. ekeke.
    menggoda.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah rezeki Tahniah Sal, suka beg serba guna bermaterial jute ni dan kalernya cantik.

    Btw aha bath up dalam bilik tapi ada pintu sliding kayu.. was was juga hehe..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah