The more you fear something, the more likely it is to come true
Filem ketiga dalam francais The Kingsman ini bukanlah sambungan kepada Kingsman: Secret Service (2014) atau Kingsman: Golden Circle (2017) tetapi prequel atau backstory. Peminat Eggsy (Taron Egerton) harap maklum yang watak dia takde ye.
Berlatarbelakangkan England tahun 1910-an, filem ini mengisahkan Orlando Oxford lakonan Ralph Fiennes, seorang bapa yang sangat protective kepada anak lelakinya Conrad Oxford (Harris Dickinson). Orlando sebenarnya adalah agen British yang turut dibantu Polly (Gemma Aterton) dan Shola (Djimon Hounsou). Disebabkan Orlando sangat protective, beliau melarang Conrad dari menyertai tentera walaupun setelah melepasi umur 18 tahun.
Konflik tercetus apabila watak 'Shephard' muncul. Shephard ingin mencetuskan perang antara kuasa-kuasa besar dunia seperti Jerman, England dan Rusia. So tugas Oxford dan team adalah untuk menghalang orang-orang suruhan Shephard dari meneruskan agenda jahat diorang dan menghalang perang dari berlaku.
Berbeza dengan filem Kingsman terdahulu, filem yang ini boleh dikatakan gabungan spy/war movie. Ia ada kombinasi fakta dan fiksyen. Pendapat aku ia agak 'mudah' untuk ditonton sekiranya korang ada basic knowledge tentang Perang Dunia Pertama. Kalau tidak mungkin kena beri perhatian lebih untuk faham jalan cerita.
Filem ni macam nak buat plot twist tentang siapa 'Shephard' sebenarnya tapi aku rasa setengah jam pertama penonton boleh agak dah siapa sebenarnya di sebalik karekter mastermind tersebut. Obvious sangat. As always since filem ni merupakan produksi English so orang English nampak mulia je walaupun umum tahu yang negara Eropah sendiri banyak tak suka England. Rating filem ni 18 sebab bahasa kasar dan aksi ganas. Typical filem-filem The Kingsman terdahulu. Cuma tak banyak fancy gadget.
Susah nak cakap aku suka ke tidak filem ni since aku kurang gemar filem perang tapi aku suka filem spy/aksi. Interesting combination. Buat aku teringat pada filem The Man from U.N.C.L.E dan Sherlock Holmes arahan Guy Ritchie. Bezanya both filem tu takde scene battlefield.
Entahlah nak rekemen ke tidak. Aku rasa if korang memang peminat francais The Kingsman, penggemar filem Matthew Vaughn (Lock, Stock and Two Smoking Barrels; Stardust; Rocketman), peminat Ralph Fiennes dan suka filem bergenre sejarah/perang then boleh tonton filem ini di pawagam terdekat.
Filem ni ada after credit, tapi tak berbaloi pun nak stay. But it's up to you. Remember the important thing - Manners Maketh Man.
cita cita sejarah mcm ni, mmg kenal tul2 minat baru leh layan kan
ReplyDeleteYa betul. If tak minat maybe tak faham jalan cerita
DeleteSalam sal... Happy New year 2022 🌹🌹 InsyaAllah kalau semua okew boleh tgk movie 😘😘
ReplyDeleteHepi new year to you too. Ni first time tengok movie new normal. Seronok jugak. Haha
DeleteJaga diri yau🌹🌹
DeleteHehe memang tidak ikuti Kingsman. Baca ulasan macam cerita biasa.
ReplyDeletekalau tak ikuti pun boleh faham sebab jalan cerita tak berkaitan
DeleteBagus reviewnya Sal. Btw Selamat Tahun Baru <3
ReplyDeleteterima kasih singgah sini. Selamat tahun baru to u too
Deletemenarik ulasan sal tapi dh lama xnonton film
ReplyDeletesaya pun kali pertama ke panggung wayang sejak pandemik
DeleteYang baru punya ke? Eggsy tak ada malaih ler.. Haha
ReplyDeletehaha. Conrad pun comel jugak walaupun takde Eggsy
Deletesaya baru minggu lepas tengok filem ini..memang best juga sebab nak tengok zaman dulu-dulu
ReplyDeletejalan cerita sekadar boleh tahan...not bad
ya..kalau minat cerita sejarah mesti suka filem ni. tapi tulah takde elemen saspen sangat
DeleteTak follow movie kingsman huhuuhu... Baru-baru ni tengok movie Spiderman away from home best tak rugi tengok
ReplyDeletekurang minat Tom Holland as spiderman. Tunggu kat Netflix jelah nanti. hehe
Deleteooo tunggu masuk netflix la kalo gini..hahahha
ReplyDeletetak pasti francais Kingsman ni ada ke tidak dalam netflix
DeletePandai Sal review, dan kongsi rating 18 sebab bahasa kasar dan violent, senang dah tahu. Sal suka villain ye, sekarang dah ada movie khas tentang villain macam Cruella dan Loki.
ReplyDeletevillain dalam filem je suka. in real life tidak. hehe. King's Man banyak villain. watak Rasputin bagi saya paling menarik
Deletegenre spy/war movie..war x minat tapi suka spy..kat netflix takde..huhu..
ReplyDeletesaya pun berbelah bagi. satu genre saya suka, satu lagi tak
DeleteRasa macam penah tgk ni. Best gak citer nya
ReplyDeletemaybe mama tengok yang first or second kot. king's man ni baru lagi kat wayang
Deleteoo baru ke. kompem la mama tgk yg no 1 kot
DeleteDah nak seminggu baru sempat wish - Happy 2022, Sal! Moga tahun ni lebih baik dan indah.
ReplyDeleteKingsman ni akak tengok yang pertama je rasanya…
Pertama yang paling best bagi saya. Second pun tak berapa
DeleteAhkak peminat cerita Combat dolu2. Tapi sebenornya dah lama tak tenguk movie cam ni. Masuk panggung pun rasa dah berkurun je. Last rasanya tenguk Jumanji. Ala depa tu kalau buat movie mesti lah nak angkat depa punya bagus padahal emm sama je hampeh juga. eh
ReplyDeleteHahaha. Itu biasalah.orang jahat balik2 Rusia or Islam
DeleteKingmans ni jarak dia jauh jugak gak kesinambungan dia. Rasa pernah tengok Kingmans sebelum ni. Tapi ingat ingat lupa. Confused pun ada! macam cerita John Wick dan Matrix baru ni sebab imej dia rambut panjang. Pening pulak nak ingat semula.
ReplyDeletebestlah.. boleh tengok.. kebetulan tgh bosan balik kje xde movie nk layan
ReplyDeletedulu x minat langsung cita mcm ni, pas tu layan ngan arwah suami..baru minat skt..but kena ada org cita lah. now ganti ngan hero bujang plak... tapi tu la, tgk mood jugaks..
ReplyDeleteKak Amie suka tonton filrm genre sejarah.
ReplyDeleteDh tgk.. kesian conrad mati sblm sempat selamatkan negara. Overall nina bg 4 stars
ReplyDelete