Siapa James Tan?

Friday 23 January 2015

Orang kata setiap pekerjaan ada ups and dows. Ada benda best, ada yang tak. Dalam pekerjaan aku, antara perkara yang best adalah peluang berjumpa dengan ramai selebriti. Selebriti tak semestinya pelakon dan penyanyi, tapi boleh jadi chef, pendakwah, ahli akademik, usahawan ternama, kartunis dan ratu cantik. Antara yang paling aku ingat adalah Robbie Fowler- pemain bola sepak England, Managing Director Bata Malaysia-Paolo Grassi, Datuk Lat, Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Azharuddin Abdul Rahman of DCA dan Nizam Razak. Baru-baru ni aku berpeluang berjumpa dengan James Tan pulak.

Tengok gambar bawah ni...comel kan dia. Sekali tengok mesti ingat dia ni model atau bintang KPop. Aku pun masa first time tengok dia depan mata, terus cair. Kalau nak berkenalan dengan si comel ni, bacalah sampai habis. Udah-udah tengok gambar aku ngan dia, bebulu biji mata tu kang. Hehehe.


Siapa dia ni? Inilah dia Kapten James Anthony Tan. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang telah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia pada usia 21 tahun menggunakan pesawat enjin tunggal jenis Cessna Silver Eagle. Beliau telah mencipta nama dalam Guinness Book of Records, World Record Academy dan The Malaysia Book of Records sebagai pilot termuda yang melakukan penerbangan sedemikian. Umur 21 tu!

Office aku jemput dia untuk bagi talk dan share experience. Tempat terhad, so aku grab lah peluang ni. Bukan senang dapat jumpa somebody yang ada World Record der!

So, most of things yang aku share ni merupakan cerita dari dia sendiri ye. So, here goes..

James Tan dilahirkan di Kajang, dan menetap di Hulu Langat. Yup, bukan Bangsar, Damansara atau Jay Bee Peace Yo! Masa kecik-kecik, dia sama sahaja macam kanak-kanak lain, tapi, bila masuk sekolah, beliau dan orang sekeliling perasan yang James tak boleh membaca dan menulis. Pada umur 8 tahun, James disahkan mengidap Dyslexia. Ramai yang tak nak berkawan dengan dia dan menganggap dia ni pelik dan bodoh. Kesiannya, kalau dia sekolah ngan aku conform aku dah amik jadi adik angkat. Hahaha.

Dyslexia merupakan sejenis 'mental disorder' di mana orang-orang yang mengidap penyakit ni bukan saja tak boleh membaca dan menulis macam orang normal, tapi mempunyai memori yang terhad, lambat faham dan gagap. Masa Kapten James Tan ni bagi talk aku perasan yang ada kalanya dia gagap sikit. Tapi memang respect lah dia, dalam dok gagap tu, cakap depan kitorang rileks dan confident je. Kalau aku lah kan, elok tak gagap terus jadi gagap!

Kalau ikut cerita beliau, James ni dah jatuh cinta pandang pertama dengan aku kapal terbang pada usia 5 tahun, sewaktu mengikut ibunya ke Airport. Sejak dari hari tu beliau mula meminati dunia penerbangan. Kecik-kecik dah dapat pencerahan kan...

Dalam pada dyslexic tu, James telah mendapat lesen pilot di UK pada usia 18 tahun! Course yang orang lain belajar 4 tahun, dia kaw tim 4 bulan je! Kita umur 18 baru nak apply lesen keter dik non! Tamat belajar, biasanya orang berfikir untuk mencari kerja, tapi beliau teringin nak buat something yang akan meninggalkan permanent impact dan orang akan ingat dia sampai bila-bila. Time tu lah timbul idea nak buat penerbangan solo mengelilingi dunia.

Credit : Google

Kat sini aku respect dia, sebab kalau dia nak mintak any billionaire from UK or Dubai ke, ramai je yang boleh taja dia. Tapi, dia balik Malaysia dan nak start dari negara kelahiran dia sendiri. Dia nak orang tau dia dari Malaysia. Pada awalnya tiada siapa berminat nak menaja cadangan gila James Tan ni. 59 proposal dihantar ke 59 syarikat semua ditolak mentah-mentah.Sampailah beliau berkenalan dengan seorang wanita (aku lupa siapa nama dia, ada mention) yang mempunyai kenalan dalam Jabatan Perdana Menteri . Dengan usaha beliau, proposal sampai kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. PM sendiri memberi sokongan kepada projek tersebut, memudahkan usaha James mendapatkan sponsor.

Tapi kau ingat boleh sesuka hati je terbang? James telah dilatih bersama MINDEF dahulu, untuk survival tips kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku. Siap kena campak tengah laut lagi! Projek '1Malaysia Mission Around the World' (1RTW) ni dianjurkan oleh Young Pilots Association Malaysia, Malaysia Felda Youth Council dan 1M4U. Tajaan pula dari Yayasan Felda dan Tenaga Nasional.

Akhirnya, pada tarikh 26 Mac 2013, Kapten James Tan telah berlepas dari Langkawi, sempena pameran LIMA 13. Projek 1RTWmengambil masa 48 hari dengan menaiki kapal terbang jenis Cessna Silver Eagle merentasi 20 negara dengan 30 perhentian . Terbang sorang-sorang bukannya mudah. Beliau terpaksa memenuhkan kapal terbang dengan bergelen-gelen tong simpanan minyak, melakukan pit stop di beberapa buah negara, merentasi cuaca buruk dan suhu yang sejuk. Paling menarik masa dia cerita pengalaman merentasi gunung berapi, kehilangan GPS dan berada di kawasan sejuk di mana tiada manusia dalam lingkungan 1000 km. Memang hati kering budak ni! Yelah, kalau jadi apa-apa kat atas tu sape nak tolong.


So, selain dari nak bagi korang jeles lepas tengok gambar comel dia tu, aku share ni sebab aku rasa kagum dengan dia. Muda-muda dah ada cita-cita besar. Walaupun tak sempurna macam orang lain, tapi dia telah membuktikan yang dia boleh berjaya. Memang inspired! Paling aku ingat quote dia 'In order to be someone you want to, you have to sacrifice who you are'. OK Sal, kau jangan malas-malas lagi pas nih!

Jeles ngan orang tak takut tinggi ni oi! Aku ni kalau naik flight, terangkat je tayar dari track terus muka pucat lesi. Selagi tak touch down tak tenteram.. Tapi, pas dengar motivasi James Tan ni rasa nak jadi traveller tegar pulak. Hehehe.

Sumber- sumber lain :

Berita Harian - Rabu 27 Mar 2013 - Tirai LIMA '13 dibuka

New Straits Times - Sabtu 8 Feb 2014 - Flying High

http://www.malaysiandigest.com/opinion/65212-captain-james-tan-the-young-and-fearless-engine-whisperer.html

Berita tambahan : Real Madrid baru sign up budak umur 16, Martin Ødegaard.Umur 16 tahun dah dapat gaji £80,000 per week. Wowww..


Thanks for reading, guys! So, siapa nak terbang dengan saya? But don't worry, I'm not the pilot *.*




53 comments

  1. Adakah James Tan sedara dengan James Bond? Adakah masa dia kecik2 dulu minum susu dumex?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti plak sama ada dia sedara james bond, jebon ataupun cik embun.hahaha.bab minum susu apa masa kecik tu dia x cerita la plak.nanti i tanya kat fb dia...hahaha.mungkin jugak susu ibu seperti yang zarul cakap.tu la susu terbaik..

      Delete
    2. hahaha.. siap nk tny kt fb lagi..

      Delete
    3. Dah Ss nak tau . hehehe. Tapi gi lah tanya sendiri, kak Sal tak nak.hahaha

      Delete
    4. cehh hihihi... mai nk tlg tnyakn

      Delete
  2. Akak tak kerja dengan suratkhabar pun tau pasal James Tan ni, Dik Sal :) Tahun lepas memang nama dia membingit kat telinga ni sebab ada kena mengena dengan pejabat ni juga. Maklumlah dia nak melalui Jepun gak masa tu :)

    Tapi akak tak tahu pun dia ni dyslexic. Ingatkan anak orang kaya manalah yang nak terbang solo pada usia muda sambil cipta rekod nih.... Asal Kajang itu tahu sebab my ex-colleague bukan main bangga tempat dia disebut-sebut orang. Bila baca kisah dia ni tetiba respek pulak kat 'budak' ni (yalah, akak ni makbudak) terus rasa macam nak bagi semangat 'terbang' kat anak-anak pulak. Untung gak anak jadi pilot, dapat travel percuma setahun sekali. Keh3x.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time saya pun ingat macam tu jugak..haha, jangan tunjuk gambar saya kat ex colleague akak tu, mau menangis dia nanti.anak-anak kak MD takde ke nak jadi pilot.boleh saya tumpang sekapal terbang.tumpang femes pun cukup

      Delete
    2. Kalau anak-anak akak jadi pilot, Sal dulu akak suruh ban naik kapal terbang. Nanti jap-jap je nak tumpang. Macam naik teksi sapu jerk kekdahnya. Hahaha....

      Akak tengok gambar Sal dengan James Tan ni pun dah rasa geram, kalau kawan akak tengok, lagilah terjun tangga setingkat dia nanti. Kesian!

      Delete
    3. ala, kita mintak direct je..anak-anak kak MD kan gentleman, mesti diorang tak sampai hati nak hampakan peminat..hihihi.tulah, tapi kalau akak nak tunjuk gak, saya ada gambar selfie dengan dia satu.malas nak tunjuk kat blog, takut ramai terjun dari plane nanti.hahaha

      Delete
  3. Mashaallah. Tulah..Kekurangan menjadikan seseorang lebih kuat. Sampai habis cerita ni saya baca. Sebab tersangat kagum. Dah pulak hensem gillesss (nampak x banyak s di situ?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hensem gilessssss...maha suci Allah kan, dia beri satu kekurangan, dia anugerahkan kelebihan lain.

      Delete
  4. Memang hati kering lah macam yang sal kata.
    Saya pun sama kalau naik flight mmg hati x tenteram sepanjang penerbangan.
    Ni, boleh lalu kat gunung berapi pulak.
    Adoyaiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dia cerita dia lalu atas laut beku dan takde orang dalam lingkungan 1000 km tu saya paling impress.sebab sejuk giler...memang salute lah!

      Delete
  5. Mesti parents dia bangga walaupun anak depa dyslexic, tapi dah cipta world record seawal usia 21tahun. Memang wowwww...

    ReplyDelete
  6. Memang berhati waja budak ni. Macam aku ni, jangankan nak terbangkan flight, buat abseiling turun bangunan 4 tingkat pun dah gayat. haha :-p

    ReplyDelete
  7. Hok aloh comeinya ...pernah gak baca kisah penerbangannya di media sebelum ni... betul tu kdg2 kita ni teruja sgt bila jumpa artis, namun ramai lagi tokoh-tokoh yg penting dunia dan negara yg boleh memberikan inspirasi buat kita... Sal pun comei gak sebelahnya heehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..blushing plak I olls.mmg betul kak, kat Malaysia ni ramai tokoh yg boleh bagi inspirasi,bukan retis je.sebab bila dengar diorang punya success stories boleh bagi semangat kat diri kita jugak.

      Delete
  8. Betullah Sal.....jambu ar kapten ni... ops haha....
    Lambat membaca atau menulis tak semestinya tak boleh berjayakan..... Salute ar kat dia..... Macamanalah kita nak ada semangat mcm tu yek..

    ReplyDelete
  9. amboi, kemain yer kak sal. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bergambar je cik fafa..akak tak lebih-lebih pun.ikut hati nak cubit pipi dia sebab comel sangat!hahaha

      Delete
  10. Kekurangan itu adalah pemangkin menjadikan seseorang itu tabah dan kuat!!

    ** Lihat wajahnya tiba-tiba teringat kata-kata encik menteri (KJ): "sudah tiba masanya wanita Malaysia mencari lelaki hensem dan berkulit gelap dan bukan lelaki CANTIK berkulit pucat, hehehehe...."

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni cina campur omputih abang JR, takkanlah kulit gelap kot.tp kalau 'cantik' semulajadi tak pe, jangan cantik operate..dia ni kalau tengok gambar masa tadika ngan depan mata memng confirm cantik semulajadi..hehe

      Delete
  11. Wow seronoknya...jeles saya..saya pun minat dengan james tan, pasal kerjaya dia yg awesome tu, muka jambu sangat. kemudian kejayaan dia, dan lebih sayang kat dia, pasal dia nampak sgt semangat patriotiknya. Patt jadi ikon Malaysia dia ni. Tapi rasenya dia memang da jadi ikon & duta shirt sekarang ni.Cuma saya tak tahu pula part Dyslexia tu.
    Follower 175

    ReplyDelete
    Replies
    1. part dyslexic tu memang ramai yang tak tau..thanks follw me dear, nanti saya follow balik.seronok dengar cerita dari tuan punya badan, biasa baca dalam suratkhabar n tengok tv je kan..

      Delete
  12. walaupon ada kekurangan..tak mghalang dia nk berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekurangan tu yang buat dia lagi bersemangat agaknya...hehe

      Delete
  13. Bangganya orang malaysia camni. Dah la hensem...hehehe

    ReplyDelete
  14. James Tan? sis JM kenal sbb kerapa masuk TV kerana keberanian beliau membuat penerbangan solo di usia muda kan...

    memang hensem kerana anak kelahiran "MIX"....alahai jeles sgt wehhh Sal boleh bergambar dgn orang terkenal ni...untung kan keje di pejabat sorat kabor ni :-)

    ohh sedikit gagap rupanya tapi tak pe yg penting hensem ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sebenarnya saya ada selfie ngan dia, tapi segan nak tunjuk kat sini..dia takpelah comel, buat muka herot pun comel...

      Delete
    2. ala..sape cakap Sal x comei meh sini sis JM debik org tu

      Delete
    3. haha..saya tau saya comel, tapi tak secomel dia..hihihi

      Delete
    4. hihi alahh kak sal.. upload la nk tgk pic selfie tu... tunjukkan kecomelan kak sal...

      Delete
    5. Hahaha. .viral nanti gadis bertudung lupa diri .lagipun takut peminat-peminat dia makan hati ngan akak nanti kena hack blog ni. Hehehe

      Delete
  15. itu lah muda2 lagi dah berjaya. tengok diri sendiri. insaf kejap. apa nak jadi lah dgn diri sendiri. huhu

    ReplyDelete
  16. Tetiba akak rasa nak mengaku jadi orang Kajang...eh!!!!

    Hensom nyer adik tu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bangga kan orang Kajang..tempat biasa-biasa je, tapi orang dia power.

      Delete
  17. Keistimewaan diaa. Rasanye penyakit James Tan alami sebab dia mungkin pernah lemas dlm perut mak dia. Hoho. Selalu dokter la cakap centu. Not sure la. Seriusss beliau kacak. Hade nombor dia takkkk? Lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..yang tu akak tak tau.dia pun tak cerita.hihihi.nombor takde la ana, tapi gi lah cari fb dia.. James Anthony Tan.haha..kacak kan?kalau yang ni memang kena istighfar banyak-banyak.takut kang terulang kes gadis kPop, tapi pesalah kali ni dah tua..hehehe.

      Delete
  18. Kagum dengan semangat yg dia ada. Kira dia bijak la kan sebab course 4 tahun boleh khatam 4 bulan je. Untung kak sal dpt join talk dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, walaupun dyslexic kan...kira kekurangan dia tu Allah ganti dengan kelebihan lain...memang seronok dengar cerita first hand kan..

      Delete
  19. Hensem gitu lho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hensem kan? kan?tengok gambar dia masa kecik rasa cam geram je sebab comel sangat!

      Delete
  20. FUYOO. DASHAT GILAAA KAK! DAH LAH COMEL GILOSS! HAHA

    Bagus2. Dia tak nampak kekurangan dia sebagai defect. Bagus betul budak nii!

    ReplyDelete
  21. Pada usia muda dah achieved begini, bagus betul :)

    ReplyDelete
  22. CT bace dalan paper aje bila dia da abes tour tu.. tapi dalam paper tak citer detail macam Kak Sal citer ni hehehe.. amboi hensem hakhak.. mudo lae haa 21 baru ahkak ni 25 keje xdo lagi hehehe.. dia lahir kajang la.. okaylah kami share tempat lahir sama ada la tu connection sikit =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang umur dia dah 23.
      OKlah tu,at least ada something in common, boleh tumpang bangga.
      Akak cite ni base on apa dia sendiri cakap plus akak buat research jugak. Kot salah fakta nanti dia saman akak kena buat derma kilat dari rakan2 blogger.
      Tapi dia memang hensem. Lagi dekat lagi hensem. Hahahaha

      Delete
  23. x igt...last year tgk kt tv ke, baca artikel psl dia ni... dlm hati ckp, kalau laa dia ni melayu bgs nyer.... pakej lengkap lelaki melayu terakhir...

    ReplyDelete
  24. sbb itu jgn pandang rendah pd org x sempurna . dah tentu Allah beri kelebihan pd bhgn lain ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah