#TorresIsBack!

Friday 16 January 2015

Assalamualaikum semua! Today is a good day..because Torres is back!!! Back to where? Back to reality?  Back to the future? Backstreet back, alright!? No no no, Fernando Torres, a.k.a El Nino telah membuktikan dia masih berbisa sewaktu perlawanan menentang Real Madrid di Santiago Bernebeau, homeground Real Madrid sendiri. Yeah, walaupun Atletico Madrid hanya seri 2-2 dengan Real Madrid, namun dengan agregat 4-2, Atletico Madrid telah layak ke Suku Akhir Copa Del Rey. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Fernando Torres, assist by Antoine Griezmann. Gol pertama dijaringkan tak sampai seminit selepas kick off separuh masa pertama dan macam dejavu pulak, gol kedua pun sama, dijaringkan pada minit ke 46, separuh masa kedua.


Aku memang jarang update pasal liga kelab-kelab Sepanyol kat blog aku ni walaupun ironinya aku peyokong Spain. Dari awal lagi aku tak boleh decide which is better, Barcelona or Real Madrid. Sebab kat dua-dua kelab pun ada pemain-pemain yang aku minat. Masa zaman Raul Gonzales dulu memang aku suka tengok Real Madrid. Pastu muncul pulak Carlos Puyol dan Iniesta, buat aku tertarik nak tengok Barcelona.

Tapi pada 2013, bila dapat tahu David Villa transfer dari Barcelona ke Atletico Madrid, I was like, kelab apa tu? Tapi coach dia Diego Simeone, bukan calang-calang coach weh. Gigih aku cari jersey Atletico Madrid satu, dan tak pasal-pasal follow kelab tu. Gandingan Villa dan Diego Costa berjaya membantu Atletico Madrid menjuarai La Liga 2014. Tapi tulah tahun pertama dan terakhir aku tengok gandingan diorang sebab Villa kemudian memilih untuk 'bersara' di New York FC dan Costa berpindah ke Chelsea FC. Yang tinggal hanyalah aku dan jersey merah putih ni..hehe. Memandangkan Atletico Madrid bukanlah kelab yang famous kat Malaysia ni ramai yang usha pelik setiap kali aku pakai baju diorang.

Berita kepulangan Fernando Torres ke Atletico Madrid hujung tahun lepas membuatkan jutaan penyokong Atletico Madrid gembira tak terkata sebab Atletico merupakan kelab pertama Fernando Torres, dari tahun 2001 - 2007.Seolah-olah dia kembali ke kampung halaman. Ibarat Amri Yahyah balik main untuk Selangor! *harapan* Hehehe. Walaupun ramai yang mengatakan Torres dah macam hampeh selepas Euro 2012, namun ramai yang masih percayakan dia. Termasuklah aku! So,pagi tadi dia telah membuktikan yang he's still got it!

Check out his awesome goals!

So, watch out people...Barcelona? Real Madrid? Nah, Aupa Atleti!

Mati-mati hari tu aku ingat Torres akan berpindah ke JDT.

Nota kaki: Entry ni hanya luahan peribadi. Any comments are welcome, tak komen pun takpe. Aku faham. I'm one happy girl today and I'm glad I've got this blog to let it all out ;)

64 comments

  1. ..ibarat sirih pulang ke gagang..cuma tau EPL je..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. EPL best..tapi suka gak layan liga Spain ni

      Delete
  2. Replies
    1. ssebelum ni kikan tu kat mana :-)

      Delete
    2. sebelum ni ikan berenang-renang di lautan sepi..hehe

      Delete
  3. mgkn akan bersara di kelab ni juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya diorang akan pilih kelab-kelab kat liga yang tak berapa high end cam US or Australia, tapi kalau bersara kat Atletico pun ok gak

      Delete
  4. BSB..
    Backstreet Boys. Haha..
    Alamak..lariiii...takpaham kalau cite pasal bola.

    ReplyDelete
  5. Penggemar bola juga ya mbak, heehee salam kenal :D

    ReplyDelete
  6. Oh....minat bola rupanya cik sal ni..k wa tgok bola masa piala dunia je..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok je kalau free..tapi selalu sangat pun tak boleh, nanti tak cukup tidur

      Delete
  7. nk komen jugak boleh..sbb dh baca hihi.. tapi xtahu komen apa sebab xkenal pemain bola tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..korang ni comel lah..terharu tau, tak faham n tak kenal pun nak komen jugak..mmuah sikit!!!

      Delete
    2. Kaki bangku memang x reti nak komen... Kah kah kah..

      Delete
    3. haha..ingat yang menulis entry ni pandai main bola ke...main PES pun score goal sendiri. (PES tu game bola sepak)

      Delete
    4. muah muah utk kak sal.. hihi
      baru kaki bangku SS... kalau tangan bangku plak cer mana tu...

      Delete
    5. tangan baku macam akaklah, main game bola kat PS2 pun memanjang buat gol sendiri.hahaha..mmuah balik!

      Delete
  8. sis JM ni minat bola gitew2 je so mmg x kenal langsung pemain bola sepak ni terutama player luar negara huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bini Mat Yo JM kenal? He He He...

      Delete
    2. bini mat Yo tu siapa x kenal coz lebih femes dari suami beliau..ehh ye ke...Mat Yo mana nih...yg nangis sedu sedan tu ke :-)

      Delete
    3. haha..tulah Mat Yo.ala, kembar Aidil dengan Adha tu mesti kenal kan...bini diorang kan retis.

      Delete
    4. kenal sbb populariti kt fb ja... kalau dlm game mmg xkenal dah..hihi

      Delete
    5. haha..kalau dalam game sure tak cam mana abang, mana adik ni..hehe.

      Delete
  9. Torres kembali? kenapa dgn beliau..beliau did rehatkan ke..atas alasa apa eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak..prestasi dia agak down 2,3 tahun ni..so dia dah kembali hebat macam dulu-dulu.

      Delete
  10. cuma beberapa pemain bola international je yg sis kenal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni antara pemain Spain yang terkenal jugak..

      Delete
  11. Update pasal bola kat sini aje lah...
    Akak tak follow sgt sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually benda ni ikut minat jugak., .kak Fidah nak buat blog saya ni portal berita bola ke?hehehe

      Delete
    2. lebih kurang la Sal....hahaha :D

      Delete
  12. Yeah..Torres the best..

    ReplyDelete
  13. Kakak ada terdengar juga Torez nak join JDT.
    Kalau tak alahai JDT boleh melotup hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mahal kot kak..kalau jual semua pemain JDT yang ada baru dapat beli Torres kot..huhu

      Delete
  14. ala hai minat bola ye..knor tak reti nak komen psl bola..klu dgn anak knor suka sgt bola..
    p/s tq pasal buku tu...

    ReplyDelete
  15. torres..errr emmm..haha ampunnn..buta bola..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..buta bola takpe, jangan buta hati...hehe

      Delete
  16. CT kenal nama nama clubs yang famous aja tapi pemain memang tak kenal haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,takpelah CT..akak kenal diorang, tapi diorang tak kenal akak..frust gak nih..haha

      Delete
    2. hihihihi itula dilemanya kan Kak Sal.. samalah dok minat kepop tu.. diorang x kenal kita pun..

      Delete
    3. haha..sapelah kita ni, fangirl je...

      Delete
  17. Part paling sedih time torres blah dari liverpool. :(

    Time dia kt chelsea xnampak sgt dia punya bintang. Mungkin rezeki dia dgn atletico :)

    Sy pn fan spain ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh really...yay, akak ada gang!actually Torres takdelah screw up sangat masa dengan Chelsea.tapi sebab akak sokong Liverpool kan, rasa frust jugak masa dia blah.akak harap rezeki dia dengan atletico, at least dapat pertahan la liga or menang Copa Del Rey. (besar cita-cita!)hehe

      Delete
    2. Haha itulah. Saya pun liverpool fan :)
      Mana tau satu hari nanti dia kembali ^^

      Delete
    3. akak lagi suka dia stay ngan atletico kot..haha.n rasanya fan atletico lebih mengalu-alukan dia dari fan Liverpool.

      Delete
  18. huhu..lya xtahu menahu n kenal langsung...

    kaki bangku..hehe

    ReplyDelete
  19. Macam pengulas sukan je akak baca entri ni :) Satu apa akak tak faham, Sal tapi bab toreh, toreh tu, eh bukan Torres tu akak camlah nama boyfriend akak yang ke1010 tu dulu *_* Ingatkan kalau Sal nak buang jersey tu, akak nak suruh hold dulu. Boleh akak minta percuma untuk anak akak. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak mungkin lah buang kak.siksa nak cari jersey yang kelab tak famous kat Malaysia ni.lainlah kalau Barca or Real Madrid, tu ye banyak.masa hari tu tak jumpa,habis bongkar almari kat rumah..hihihi.sayang tu, walaupun bukanlah jersi original.

      Delete
  20. Mak mmg cukup respect dengan ko Sal, walaupun katanya anak dara melayu terakhir tp pandai jugak tulis kusah bola ni! Terbaeklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..tulah, saya manusia pelik..ajak sembang pasal drama Korea, menganga.ajak cerita pasal bola, on saja..

      Delete
  21. Replies
    1. kan..budak-budak baru tengok bola je yang tau sejarah kegemilangan dia. Ada 2 golden boot Euro tau

      Delete
  22. kos tinggi tu nak bawa dia ke sini.. kalau dia ke sini. tiba-tiba bertambah ramai fans JDT nanti :) hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal lah..gaji dia saja nanti semput nak bayar.tapi kalau ye, saya sendiri mintak pindah opis JB..hari-hari melepak depan stadium Larkin.saya memang minat Torres since dia kat Liverpool dan saya pun memang sokong Spain.

      Delete
  23. Hehehe..tak kenal sangat pemain bola bertaraf dunia ni. Yang pemain malaysia pun tak hafal lagi ;-)

    ReplyDelete
  24. yeayyy. kembali jua akhirnya! haha

    ReplyDelete
  25. sal, ko da murtad dr liv ka? ;-) nk join AM ka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ATM lah Anies...liv tu liga England, ATM liga Spain.tak sama.. YNWA tetap di hati..

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah