of Charlie Hebdo and Islamophobia

Monday 12 January 2015

Islamophobia

- a term for prejudice against, hatred towards, or fear of the religion of Islam, Muslims, or of ethnic groups perceived to be Muslim.

Just in case korang terlepas berita sensasi ni, korang patut baca link bawah ni:

12 Died in Attack on Paris Newspaper Charlie Hebdo

But let me tell you, berita ni ditulis oleh The New York Times, surat khabar Amerika, so tak perlulah percaya seratus peratus.

Tragedi ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. One side akan cakap pasal Jihad, the other akan cakap yang Islam tak menggalakkan keganasan. Dua-dua pendapat pun ada betulnya. Yelah, orang hina Nabi Muhammad s.a.w, takkan umat Islam nak diam je. Ironinya, tragedi ni terjadi beberapa hari selepas sambutan Maulidur Rasul. Yup, for them yang menembak tu, mungkin itu caranya diorang tunjuk yang diorang sayangkan Nabi Muhammad s.a.w. Kononnya lah kan..

Bagi orang barat, 'gurau kasar' macam ni perkara biasa. Diorang 'bahan' pemimpin diorang, pemimpin negara orang lain, even Pope diorang sendiri pun boleh jadi bahan komedi.Apatah lagi icon agama orang lain, lagilah diorang selamba tok nek dia je.


Tragedi tembakan ini telah meniupkan sentimen Islamophobia di Perancis. Perancis is one of the very few negara Barat yang sangat tolerant kepada penganut agama Islam, selain dari Jerman. Aku tak pernah pergi sana, tapi itulah yang aku baca. Betulkan aku kalau aku silap. Tengok jelah dalam arena bola sepak France, ramai pemain beragama Islam macam Zinedine Zidane, Karim Benzema, Samir Nasri dan Eric Abidal mendapat layanan sama rata macam pemain beragama lain.

Sejak tragedi WTC - 9/11, umat Islam mula dipandang serong oleh sebahagian besar penduduk dunia. Tak percaya, korang tengoklah filem 'My Name Is Khan'. Tak semua filem tu seratus-peratus fiction, ada kebenaran yang terselit kalau kita cuba kaji. Korang pernah tengok 'Iron Man 3'. Dalam filem tersebut, ada pengganas bernama 'Mandarin', memiliki persona ala Osama bin Laden. Mandarin telah mencetuskan kekecohan dengan mengebom beberapa tempat dan media terus mengaitkan dia dengan Al-Qaeda, so-called pengganas Islam dan whats not. Rupa-rupanya, 'Mandarin' tu hanyalah seorang pelakon, watak rekaan penjahat orang putih. Thank you, Marvel, for sending the message.

Berkali-kali umat Islam cuba nak beritahu dunia yang agama kita tak menggalakkan keganasan, kita cintakan keamanan, kita ni tolerant, tapi setiap kali pun hujah kita ditolak mentah-mentah. Yang peliknya, berjuta-juta umat Islam dibunuh di serata dunia, tak pulak pemimpin dunia nak bertelagah pasal tu. Takde siapa nak bela nasib diorang, harapkan saudara seagama yang kadang-kadang leka dengan hal dunia diorang sendiri.


Berbalik pada cerita Charlie Hebdo tadi, peristiwa ini telah menimbulkan isu 'kebebasan bersuara'. Tapi kalau kau tanya aku, memang tak patut kita buat lawak pasal agama orang, walau macamana open-minded sekali pun kita. It's just so dead wrong, (pun intended)!

Sewaktu tragedi tebusan di Sydney, Australia, ada orang tanya aku, orang Aussie racist tak? Tak berani lah nak cakap, sebab aku ke sana sekejap sahaja. Tapi ada ramai je orang Islam di Australia kan...takdelah pulak dengar cerita yang bukan-bukan. Just that, pengalaman aku sendiri, hari terakhir aku di Sydney, rata-rata surat khabar Sydney sedang heboh pasal gerakan ISIS. Kau bayangkan, walking around in airport with your tudung on, and people are stealing glances at you. One kid, aku jumpa dalam toilet nampak sangat takut bila nampak aku, aku terpaksa keluar sebab takut jadi drama sebabak di negara Koala tu.

Apa-apa pun, bagi aku, 12 orang yang terbunuh tu doesn't deserve that! So not..diorang ada ahli keluarga dan mungkin diorang takde kaitan pun dengan kartun yang disiarkan tu. In fact, one of them merupakan seorang polis beragama Islam. Al-fatihah and Rest In Peace, officer Ahmed Merabet.. Baca sini . My condolences to the affected families and for the people of France. Aku faham kemarahan golongan ekstremist tu, tapi tindakan diorang hanya memburukkan nama Islam di mata dunia yang memang tunggu peluang kita buat silap macam ni.

Tak semua non-muslim tu Islamophobic. Most of them just nak hidup aman tanpa perang, macam kita jugak. Ada non-muslim yang baik, dan ada muslim yang jahat. Islam is a perfect religion, yang tak perfect adalah penganutnya. Islam bukan agama keganasan. Membunuh merupakan salah satu antara dosa-dosa besar. Nabi Muhammad s.a.w sendiri seorang yang berhemah tinggi, tak melenting apabila dihina dan dicaci. Bahkan baginda melayan musuh Islam sampai mereka sendiri malu dengan keperibadian Rasulullah s.a.w. Tapi, entahlah...macam payah je kan nak bagi diorang faham? Just that, hati-hatilah... Wallahu'alam.

Hats off, Mr. Affleck!

Nota kaki : Ayat paling power aku pernah dengar "Tegakkan Islam dalam dirimu, Islam akan tertegak di dunia".

45 comments

  1. alahai..... tak tau nak komen apa. harap semua umat islam sentiasa di bawah lindungan Allah... takut dgn dunia skrg ni kan.. apa2 pon leh jadi

    ReplyDelete
  2. Kes serangan Charlie Hebdo ni mendatangkan banyak persoalan. Serangan berlaku kebetulan berlaku selepas parlimen setuju untuk membuat undian mengiktiraf kewujudan negara Palestin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga teori yang kata macam tu..nak mempengaruhi France supaya say 'No' kepada kewujudan Palestin.

      Delete
  3. Ada satu teori yg kata serangan itu konspirasi terancang CIA dan Mosad (agensi perisikan Israel) untuk memburuk-burukkan imej Islam, seperti juga peristiwa 11 September. Kadang2 seperti boleh percaya juga dengan teori itu ketika komuniti Islam semakin berkembang di Perancis (kini 10% rakyat Perancis beragama Islam). Lagi pun bukan saja orang Islam yg marah kepada Hebdo, orang Kristian dan Yahudi juga marah kerana agama mereka juga dibantainya. Bila Hebdo dibunuh sebahagian masalah Kristian dan Yahudi selesai, Islam yg dipersalahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, Hebdo ni katanya memang biasa buat lawak macam ni. Pope dan Dalai Lama pun pernah jadi bahan. Tu yang saya kata benda-benda ni kadang-kadang rekaan diorang je cam watak 'Mandarin' dalam filem Iron Man 3 tu.saja diorang target Perancis, negara yang ramai orang Islam.

      Delete
  4. Patutlah France dah buat syarat baru... Rakyat Malaysia yang nak melancong ke France wajib ada travel insurans...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, cam takut je..kota cinta dah jadi kota benci..huhu

      Delete
    2. Kota benci,..alamak ngerinya!

      Delete
    3. Jangan benci2 nanti sayang... He He He..

      Delete
    4. sis JM sayang sama semua rakan blogger kat sini heee

      Delete
    5. bukan senang nak ada org syg kita heheheg... syg sis JM jugak...

      Delete
  5. kesian kat orang Islam yang ada di sana.. my friend tinggal di Australia, pun menghadapi masalah Islamophobia ni. Dia pun beberapa kali mendapat tekanan dgn non moslem ni. then anak2 dia pulak sekolah di France.. luckily anak perempuan dia tak pakai tudung, so tak nampak lah tekanan nya.. cuma bila anak perempuannya pakai tudung tu nanti, itu yg sangat dia takutkan.. dua'a for the best lah kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak..kesian dekat orang-orang biasa macam kita, tertekan dengan Islamophobia ni.kalau kita berserah pada Allah, inshaAllah dia akan lindungi kita.

      Delete
  6. betul tu..tegakkan islam dlm diri kita sndri... bila semua org islam bersatu..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, nak dapatkan Islam bersatu tu pun agak susah..pray for the best, moga Allah satukan hati-hati kita..

      Delete
    2. Mudah2an. Aminnn. Pecah-belah kita sbg umat yg banyak mengundang permasalahan.

      Delete
  7. Professor saya pun jeling-jeling saya bila kitaorang bincang pasal isu ni dalam kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. take care Farah, kadang-kadang kita tak sedar orang perhatikan kita..huhu

      Delete
    2. Kenyit prof tu balik... He He He...

      Delete
  8. tq berkongsi rencana yg sgt menarik...kita mmg sygkan nabi saw...nabi memerangi mrk yg fasi bukan mengganas xmnntu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,banyak cara nak tunjukkan yang kita sayang Nabi Muhammad s.a.w..keganasan bukan caranya

      Delete
  9. Saya pernah duduk selama 8 bulan di Paris tahun 1996. Pada saya paris tempat yg paling mudah nak dptkan makanan halal masa tu. Islam ramai & harmoni serta saling hormat menghormati. Perbuatan menghina agama mcm ni mmg mengundang bencana tambahaan lagi tekanan yg berlaku pada umat Islam bermula dari 9/11 sehingga kini. Patutnya dunia perlu melihat siapa yg memulakan angkara agenda jahat ni... Semoga Allah jua yg memberi pertolongan dan perlindungan buat Islam dan seluruh umat Islam... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya baca. Orang-orang France sangat tolerant dan hormat dengan penganut Islam.. susah nak dapatkan balik kepercayaan diorang pada orang Islam lepas tragedi Charlie Hebdo ni.musuh-musuh Islam pun nak ambil kesempatan tiupkan sentimen Islamophobia.Hipokrit gila tengok Natanyahu berdiri depan sekali, konon marching against terrorism! Sabar jelah kan, semoga Allah melindungi kita semua.semoga rakan-rakan kita yang berada di negara non-muslim tabah menjalani life diorang.

      Delete
  10. sesungguhnya tidak akan redha yahudi dan nasrani selagi kita tidak mengikut mereka atau sehingga kita terkorban..itu yang Allah dah sebut dalam Al Quran.
    Akan sampai masanya Islam pasti gemilang semula di seluruh dunia, waktu tu yahudi dan nasara takkan mampu bersuara lagi.

    ReplyDelete
  11. akak suka statement " tegakkan islam dalam diri" tapi itu yg paling sukar utk di buat huhuh

    ReplyDelete
  12. nama pun yahudi.. mmg lahir nak putar belit aja kerjanya..

    ReplyDelete
  13. setuju dengan kak sal... kite masa baca berita pasal charlie hepdo ni pon fikir, 12 orang yang mati tuh tak deserve untuk mati... even 2 orang yang polis kejar-mengejar, pastu tembak tuh pon kite rasa xdeserve untuk mati...polis xbukti sahih pon kata orang 2 orang tuh lah orang yang tembak the other 12 people, sebab kejadian nya pada 2 hari berasingan kan...even polis pon jahat jugak...mesti diroang rasa 2 orang muslim tuh nyawa nya macam xde value...sedih tengok manusia zaman skrg....nyawa orang main2 selambek je, macam xde value langsung, padehal setiap orang yang mati, ada mak, ayah, isteri, femli.... kann :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aisya..Zaman sekarang orang senang-senang je nk tembak sini sana macam main game je.

      Delete
  14. Emmmm.....dik Sal ni tererlah dlm bab bab mengolah ni....patutlah kerja dengan NST...
    Okje mmg terlepas berita ni Sal....dan tq sebab tolong jelaskan.....mak kan mls baca paper ....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, dah memang kerja saya baca suratkhabar hari-hari.paper foreign macam Wall Street Journal n New York Times pun saya kena hadap.tu yang kalau tak kerja, saya tak baca suratkhabar sangat.take a break kaedahnya.hehe

      Delete
    2. untung kejer ngan surat khabar ni..pemikiran terbuka..byk news dapat..lebih advance dari org lain tau :-) kalau sis JM..mmg dh lamaaaaaaaaaaaaaa sgt tak baca paper..paper online pun tidak

      Delete
  15. apa yg sy baca, CH ni mcm suka provoke..so fhm2 je la sarang tebuah bila dijolok... kalu diorg x buat, mungkin yg 12 org tu masih hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, ingat 12 orang tu dah terbunuh diorang 'puas' dah, boleh plak dia buat lagi.makin laris lak tu edisi terbaru.memang menguji kesabaran betul..

      Delete
  16. Sampai begitu takut sekali budak tu tengok orang bertudung ye sis.. adeh..apalah dalam kepala dia masa tu agaknyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla, mungkin ada something yang kawan-kawan or dia dengar dari orang dewasa ke..

      Delete
  17. Iron Man yang sebelum tu pun (tak ingat.. Rasenye yang 1st kot) pun tunjukkan Islam sebagai pengganas.
    Mmg bull**it Amerika ni!

    ReplyDelete
  18. Nak tegakkan Islam dalam diri tu yang susah. Orang Islam sekarang pun suka betul berpecah-belah sesama sendiri. Sebenarnya mereka takut dengan 'kebangkitan' umat Islam di akhir zaman ni sebab itulah mereka suka-suka mencari pasal dengan kita. Kalau kita lama bergaul dengan bukan Islam, kita akan faham mengapa mereka memandang serong pada agama kita. Puncanya sikap kita sendiri kadang-kadang. But sama macam Sal, akak tak rasa bab-bab agama ni boleh dijadikan bahan lawak. Sangat-sangat tak lawak jadinya!

    ReplyDelete
  19. Orang islam sekarang ni perlu bersatu, barulah islam kukuh kat dunia ni. Tapi sekarang ni...no komen lah

    ReplyDelete
  20. Thanks kak sal atas pencerahan. Saya ni kadang baca kt tmpt lain mcm kurg fhm. Skrg bru fhm :)

    Nota kaki tu mcm pernah dgr PU Rahmat ckp kt pencetus ummah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...alhamdulillah, bermanfaat gak entry akak ni ye.sekadar berkongsi info dan sudut pandangan dengan orang yang mungkin kurang dapat pendedahan.huhu

      Delete
    2. nota kaki tu akak rasa one of the most powerful quote.simple tapi makan dalam.tak ingat dengar kat mana, tapi ingat sampai sekarng..hehe

      Delete
  21. walau teruk manapun Islam kena 'gasak' , Islam tak menghalalkan pembunuhan even mnjadi pengebom berani mati utk memusnahkan musuh Islam ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah