Friday, 9 January 2015

Kansas? Taklah, Sekinchan je!

Assalamualaikum semua! Entry ni merupakan sambungan dari kitorang makan-makan kat Restoran Lembah Bernam . Settle makan, takkan nak balik terus kan? Penat tau datang jauh-jauh dari Ampang (macamlah aku yang drive!). So, bila abang ipar aku (Abe Ngah) bagitau yang Abang Kadir (tauke Restoran Lembah Bernam) ada kebun jagung, aku terus excited..

Kalau dah lama baca blog aku ni mesti perasan yang selain dari filem hindustan, David Villa dan warna pink, aku turut obsess dengan watak Superman. Bukan Suparman ya buk..Menurut hikayat DC Comic, sewaktu Kal-El datang ke bumi dalam spacecraft dari Planet Krypton, dia telah terhempas bagaikan sebutir meteorite, di ladang jagung keluarga Kent di Smallville, Kansas. So, korang boleh nampak tak macamana penampakan entiti ladang jagung di depan mata menimbulkan rasa teruja tahap nerdgasm! Faham tak ni?


Inilah rupa ladang Jagung di Sekinchan.. Lain sikit dari expectation.

Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi...

OK, anak- anak, ni lah rupa pokok jagung ye.

Pokok jagung yang dah matang memang tinggi ye. Tengoklah, mak sedara, pak sedara, anak sedara semua jadi jakun nak bergambar dalam kebun jagung. Miang atau tak, itu belakang kira! Hehehe

Inilah birthday boy, dengan hasil tangkapan. Ahaha, tu sikit je. Nampak tak plastik depan Abang baju coklat tu? Sampai penuh plastik tu kitorang kerjakan. Yang baju coklat tulah Abang Kadir. Masih mampu tersenyum walaupun sedang dirompak oleh kami anak-beranak. Hahaha!!Siapa suruh dia offer nak bagi jagung free..

Dah dapat yang dihajati, kita gerak lah kan...dahlah panas terik, memang berlengas keti masing-masing.

 "Cinta Nur pada Abang, takkan padam walau Krypton terhempas ke bumi"
Time ni aku confuse antara mode Smallville dengan mode Nur Kasih. Eh jap, Nur Kasih berlakon kat sawah padi kan? Ni Nur Kasih versi ladang jagung kekdahnya.. Tak faham? Rujuk entry INI

 Ni kebun apa entah, lupa dah aku

Aku ingatkan dah penuh satu plastik, kitorang nak balik dah, tapi Abang Kadir ajak kitorang gi rumah dia minum-minum dulu. Layan gak lah air oren sejuk time panas terik ni. Nampak tak ni cerita basi, time Selangor belum dilanja hujan hampir setiap hari?

Lepas minum, kitorang gi terjah kebun kelapa diorang pulak untuk melengkapkan hasil tangkapan hari ni. Sorrylah takde gambar, aku kena dokong budak cinonet tu sebab selipar dia hilang. Thanks anyway to Abang Kadir dan keluarga di atas layanan yang tip top. Moga terus murah rezeki. Puji bukan nak bodek tau! Tak caya, cer google, ramai blogger yang puji restoran diorang. Blogger lain tu tak dirasuah dengan jagung, kelapa dan air oren, kot lah korang tak percaya cakap aku..hahaha

On the way balik, kitorang singgah kat Cendol Borhan. Cendol ni memang famous kat area Kuala Selangor ni. So, nak tau sedap ke tak sedap seperti yang diwar-warkan tu, jom kita terjah!

Birthday Girl dah letih layan cucu..




Diorang ni spesis mak sedara dia, badan kecik je tapi bab makan..erm...

Chicken chop

Rojak Ayam

Sedap ke tak? Giler tak sedap! Dia punya cendol tu, memang layan! Sejuk je masuk tekak. Tak manis sangat dan just nice je. Nak lagi best, tambah ais krim. Confirm tak cukup satu! Cendol durian merupakan signature dish diorang. Tapi aku sorang je yang tak order dengan durian sebab taulah aku kan perut Sepanyol takut sebu kalau makan durian time lapar. Lapar? Haah laparlah, dah puas bakar lemak berlari berkejaran dalam kebun jagung tadi..Hihihi.

Tu jelah cerita hari ni..panjang kan. Tulah kelemahan aku, jarang update blog tapi kalau dah update, memang berjela..

Thanks sudi baca you olls!!

51 comments:

  1. Biarpun berlengas keti... Namun wajah kena control wangi... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh mestilah...walaupun wajah dah nak terbakar dek sinaran matahari.hahaha.I olls kan Puteri Lindungan Bulan Sabit..

      Delete
    2. Lorrrr.... Ingatkan Puteri Pucuk Jagong... He He He..

      Delete
  2. wah...tulis ....saya suka penulisan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Abe MKL *kembang kena puji..hihihi*

      Delete
    2. Jadi berapa bintang MKL nak kasi? He He He...

      Delete
  3. Jagung favorite saya...gila makan jagung.

    ReplyDelete
  4. Bukan jalan2 cari makan aje... dapat hasil tangkapan lagi tu hihihi...

    ReplyDelete
  5. Waduh2... terliur tengok hehee.. bestnya.. :)

    ReplyDelete
  6. oo ada cendol Borhan ye Sal, kak ana selalu singgah cendol Bakar je, bolehlah try test nanti bila ke Kuala Selangor..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang hari tu contemplating jugak, nak try Cendol Bakar ke Cendol Borhan..dah jumpa ni dulu, singgah jelah.

      Delete
  7. Tengok chicken chop tu, terus rasa nak nangis. Tak tahu kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala Farah, jangan lah nangis..huhuhu.nanti akak nangis sekali

      Delete
  8. Terliur pagi ni sal.. hehee.. memang best la kutip jagung free. Xpenah lg masuk kebun jagung. Eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..sebab free tu yang buat lagi sedap.balik tu terus rebus

      Delete
  9. selalu lalu je cendol borhan ni bila balik kampung mentua...insya Allah, satu hari nanti nak kena singgah ni, sebab cakap sedap....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak kak..lagi-lagi kalau yang suka durian.

      Delete
  10. kalau gi sekinchan mmg ramai gila orang jual jagung tepi tepi jalan tu susun cecantik kan ? bestnye ada ladang jagung. hari hari bleh makan.. xyah risau. mmg la x sama yang kansas tu hahaha Kak Sal ni.. kalau sama menangis pengarah smallville muahahha.. cendol borhan tu CT tak penah makan even da 5 tahun study kat sana muahahaha.. i is not a big fan of cendol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kan..tak sama jagung Amerika ngan jagung Selangor...tapi memang best tengok sepanjang jalan orang jual jagung susun cantik-cantik

      Delete
  11. Suka memang suka jagung. Kadang-kadang malam cuma makan jagung rebus, konon nak diet....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kenyang ke Abang JR?kalau saya lah, jagung ni kudap-kudap je..hehe

      Delete
  12. Suka mkn jagung,sodap la sis. Hehehehe.kalau cendol lebih prefer rasa original je.

    ReplyDelete
  13. terliuq tengok ciken cop tu. hahaa.

    jauhnyaaa akak jalannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dah bawak...I follow je.kak Sal kau memang kaki berjalan

      Delete
  14. Awat sedap sangat ni,Sal?
    Rojak ayam...
    Cendol durian...
    Tangkap leleh betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, saja nak buat orang terliur..hehehe

      Delete
  15. Amboiiii ingat CK terus pi buat lawatan kat ladang jagung ye. Miang pun...mianglah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..taulah kitorang ni kan orang bandar..memang teruja kalau dapat masuk kebun, tak kisah la kebun apa pun.miang sikit apa ada hal..hehe

      Delete
  16. nur kasih versi ladang jagung tu , jap gi ada yg berkenan ... heh heh heh . dah borong byk tu , mcm2 menu boleh jadi nanti tu ... pas sini sket jagung tu ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..ni cerita sebulan yang lalu..habis dah jagungnya..kitorang rebus je.tak sempat nak eksperimen masak benda lain..hihihi

      Delete
  17. Telan air liur tgk gambar cendol tu..

    ReplyDelete
  18. tapi awat tengok ladang jagung dalam smallville lawa2 ja. hehe. buat jagung bakaq pun sedap ni.
    lapaq balik tengok gambaq2 makanan tu semua. haha. sekarang ni cuaca panas dah, sesuai la makan cendol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, dalam TV kan memang semua cantik-cantik..realiti lain..haha

      Delete
  19. Cendol tu Ya Allah...sedapnya..Sekinchan ya? Gerai yang mana ye? Selalu lalu sana balik umah mak mertua di Sabak Bernam

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendol Borhan ni kat Kuala Selangor kak, bukan Sekinchan..kalau ikut alamat kat Bunting dia : Batu 2, jalan tanjung karang, pasir penambang. senang cari kak, sebab dekat tepi jalan.

      Delete
    2. sedapnya jagung tu klu buat bubur... manis yg semula jadi dan segar dr ladang..

      Delete
  20. Tengoklah, mak sedara, pak sedara, anak sedara je? bukan anak dara pun ada ke tu hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sayalah anak dara merangkap mak sedara.

      Delete
  21. ya ampun...cendol!!!! terliur mehh

    ReplyDelete
  22. susah nak nampak tempat2 macm ni sbb balik kampung guna highway..hahaha..jaarang dah guna jalan lama..kalau masuk jalan lama, jumpa la pekan2 kecil ..seronok ja..
    baru tahu ada ladang jagung itu..

    ReplyDelete
  23. Ohhhh.....ok...ok...faham ....kenapa teruja sangat tu...kalau ada Fizz Fairuz, sapa sorang lagi tu......lupa nama weyh.... kat ladang ni mesti seronok ek .....Tak oe kasi chance anak dara berangan haha....

    Ohhh ni keluarga Sal yer..... muka Sal mcm sapa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sorang tu Remy Ishak la kak..muka saya macam arwah nenek.Haha, nama klasik, muka pun klasik.Adik-beradik saya memang macam-macam pattern, tak macam adik-beradik orang lain.bagi chance lah nak berangan kejap..hihihi

      Delete
  24. ceh... x abes lg rupanya feeling nur kasih dia ni ;-)


    p/s david villa mmg hensem...best tp lg best villa dia hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mampu lah nak dapat villa dia..tengok villa nabila jelah.hahaha

      Delete
  25. Aduhai... tak leh tahan gelak! Takut je terlepas ketawa berdekah-dekah! Peminat Superman rupanya dia. Nanti carilah calon suami dengan nama Suparman (ni superman versi Jawa okey)

    Sal, gambar si 'Nur' kat pokok jagung tu napa tak pilih pokok yang cun sikit? Simpati pulak akak tengok si Nur tersengih bergambar sensorang menanti Abang David Villa balik main bola! Eh, kurang satu ler! Gambar adegan berlari-lari naik basikal atok kat depan ladang jagung takda ke?

    Sal, ni akak nak tanya satu.... 'pepek ayam JB' tu apakah bendanya? Nak kena histeria bila akak baca yang ni tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pepek tu bontot...bahasa Indonesia, tapi saya lupa daerah mana.oh, jangan tak tau, anak-anak sedara saya gi baca kuat-kuat masa dapat menu.malu kejap, dahlah mak berpurdah, ayah berkopiah..huhuhu.

      ala, semua pokok nampak sama je..hihihi.tulah, tunggu Abang Villa ghaib lepas masuk Villa Nabila.takdelah pulak adegan naik basikal sebab ni kampung orang segan pulak nak lebih-lebih.hihihi.

      Delete
  26. Feeling CK jatuh dr langit tak masa tu? Hehe. Sedapnya dpt jagung free. Siap petik sendiri memang fresh la kan ^^

    ReplyDelete
  27. asalam sal
    boleh saya tau contact tuan punya ladang jagung?
    klu boleh nk beli borong.. ^-^
    alamat ladang ke.. boleh juga.. tiada no contact disini
    Ahmad dari klang

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com