6 sebab aku tak suka pergi konsert
Tuesday, 23 January 2024
Dhania Motel, Langkawi - Motel bajet yang ada iron dan parking luas
Friday, 19 January 2024
Assalamualaikum dan hai semua! Alang-alang Langkawi tengah viral, meh la aku nak share motel tempat kami menginap semasa honeymoon bulan 10 tahun lepas. Sebelum korang mengata...eh motel je, kata bulan madu; ingin aku jelaskan yang aku pilih motel ni untuk 2 malam sebab hari pertama kami sampai Langkawi pun dah malam. Membazir nak tido hotel mahal, so kita ambil motel bajet jelah.
Actually honeymoon aku ni memang bajet sebabnya bulan 10 ni bulan off season Langkawi sebab taburan hujan paling tinggi berbanding bulan lain. So, harga hotel tersangatlah murahnya. Rupanya En.I tahu je tapi sebab dia kata aku macam beria nak gi Langkawi, dia layan jelah. Well ikut hati nak gi oversea tapi harga tiket flight mahal bila short notice. Duit pun tak berapa nak ramai sebab baru lepas spend untuk majlis.
Seumur hidup aku ni first time aku gi Langkawi naik flight. Selalunya naik feri je. Last time aku g Langkawi rasanya berbelas tahun dahulu. Lama bebenor!
Di airport Langkawi, ramai orang approach kitorang untuk sewa kereta tapi aku cakap dengan En.I, kita naik Grab jelah. Di Chenang nanti kita sewa motor. Senang sahaja nak book Grab dari Langkawi International Airport. RM13 dari untuk perjalanan hampir 10km. Standard lah tu.
Al-fatihah buat Pak Cu Zul
Thursday, 18 January 2024
Assalamualaikum dan hai semua. Berwarna-warni sekali Januari aku. Sekejap cerita happy, sekejap cerita duka. Kalau awal bulan aku dikejutkan dengan berita pemergian rakan, Ahad lepas (14 Januari) aku menerima berita kematian suami kepada Mak Cu pulak. Mak Cu adalah adik kepada arwah Mak.
Kenangan aku dan Pak Cu banyak jugak, dari zaman dia nak mengorat Mak Cu, masa tu aku masih sekolah rendah; sampailah anak-anak diorang dah dewasa. Arwah Pak Cu selalu bawak aku jalan-jalan. Zaman belajar dulu, masa aku cuti semester dan teringin balik ke kampung, Pak Cu lah yang akan menjemput aku di Terminal Bas Bentayan Muar. Sedikit pun aku tak lupakan jasa-jasanya.
Cuma takdelah terkejut sangat sebab Pak Cu pun dah lama sakit tiga serangkai. Masa aku kahwin pun arwah dan Mak Cu tak dapat datang sebab arwah menjalani dialisis. Terima kasih Pak Cu pinjamkan kak Ngah (satu-satunya anak perempuan mereka) untuk menjadi pengapit.
Alhamdulillah pengebumian berjalan lancar. Ramai saudara-mara dan rakan hadir menziarahi arwah. Al-fatihah untuk arwah Zulkefli bin Zainal.
Siapa tak suka duit dan benda free kan? Jadi marilah kita ke Muzium Bank Negara lagi!
Saturday, 13 January 2024
Assalamualaikum dan hai semua. Dah kembali addicted dengan blogging lepas tulis entry minggu lepas. Hehe. Harap istiqamah. Menulis ni sebenarnya satu terapi. Siapa setuju angkat tangan!
Bila hari cuti, bosan duduk rumah tapi malas nak keluar jauh-jauh dari KL, aku ajak En.I ke Muzium Bank Negara. Aku rasa ia antara muzium paling menarik di KL sebab mempamerkan antara barang yang paling disukai rakyat Malaysia dan penduduk dunia iaitu duit! Bonus point untuk free entrance. Masuk percuma gais (setakat entry ini ditulis). Siapa tak suka duit dan benda free kan?
Ini kunjungan kali kedua aku ke sini tapi kali pertama untuk En.I. En.I ni suka tengok duit lama-lama. Nak kata collector tu tidaklah tapi kalau jumpa syiling rare, dia akan simpan.
Kami ke sana naik motor je. Parking motor di L4 dan percuma (setakat entry ini ditulis). Ke actually kami terpark dekat tempat staf? Wallahualam. Tapi kami nak masuk muzium je pun, bukan nak merompak. Cuma satu kelemahan yang aku harap dapat diperbaiki adalah takde signboard menghala ke lif untuk ke muzium. Berpusing-pusing lah kitorang dekat tapak parkir tu.
Once dah jumpa marilah kita masuk. Zaman paperless ni sekadar scan QR untuk daftar sebagai pengunjung. Pengunjung akan diberi peta (pada pendapat aku alang-alang nak go paperless, baik bagi peta dalam bentuk PDF sahaja bukan?)
