Pengalaman Menginap di Sunway Velocity Hotel Cheras

Wednesday, 7 September 2022

Ni cerita bulan lepas. Aku rindu giler nak swimming. So bila member ajak gi tidur hotel aku terus setuju. Cuma masalah sikit bila member aku ajak stay di Sunway Velocity Hotel. Bukan apa, book last minute, harganya kayangan sikit. Hujung minggu lak tu. Memang mana-mana hotel di Kuala Lumpur macam tu. 

Dipendekkan cerita, hari check in tu hujan lebat. Kitorang pun lepak di Sunway Velocity Mall yang bersambung dengan hotel sementara tunggu time nak check in. Makan dulu sambil borak-borak. 

Pukul 5 lebih macam tu pergi check in. Menginap di Sunway Velocity Hotel ni kena bayar deposit RM100. So korang standby la cash siap-siap. Senang diorang nak pulang balik berbanding pakai kad debit or kredit. Memandangkan kami bertiga, request sekali extra bed. Extra bed sahaja RM90. Extra bed plus breakfast RM116. 

Credit Image : Sunway Velocity Hotel

Kami dapat bilik di Tingkat paling atas iaitu Tingkat 16. Sama level dengan swimming pool! Hanya mampu memandang kolam di sebalik cermin sliding door dicucuri hujan lebat yang tak berhenti

Bilik Superior Plus. Harga bilik untuk 2 orang RM418 campur breakfast. Kecewa jugaklah tengok bilik dia walaupun superior plus dan harga mahal tapi kecik je. Expect harga macam tu boleh dapat bilik ada bath tub. 

Anyway bilik air dia best walaupun setakat shower. Luas. Gambar pecah sebab aku pinjam dari website Agoda. Aku sendiri lupa ambil


Extra bed yang kami request

View dari bilik hotel. What to expect kan, hotel kat Cheras takkan nak view laut pulak

Waktu ni hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Makin lebat ada. Nak gi mandi pool kang takut dipanah petir. So redha jelah aku lepak dalam bilik. Member-member aku bagi ayat penyedap hati, esok pagi-pagi lepas Subuh boleh gi swimming.

Malam tu lepas Maghrib keluar balik. Aktiviti biasalah kitorang semua hantu mikrofon. Karaoke di Manekiniko Sunway Velocity pastu gi makan kat luar. Pergi makan kat mana next entry aku cerita.

Esok paginya, nak gi swimming tapi kawan aku lagi 2 orang mengantuk sebab malam tadi tido lewat. Yang excited nak gi berenang pun memang aku sorang je. So far geng travel aku yang sama-sama hantu air sorang je, blogger Siti Yang Menaip. Haha. Macam tak syok pergi sorang so aku pun sambung tidur. Kul 9 lebih pergi breakfast.



To be honest breakfast buffet Sunway Velocity Hotel ni kurang meriah. Tak macam Sunway Putra Hotel. 

Settle breakfast aku ajak diorang gi survey pool kejap sebab nak update dalam blog. Haha

Tengok kejap swimming pool dia sebelum check out. Sumpah lawa dan luas wei

Nampak macam kalau mandi kat tepi boleh terjatuh terus ke bawah kan? Actually ada ruang macam longkang yang luas tepi tu. Kalau ada yang gatal lompat keluar memang jatuh dalam longkang tu bukan terus terjun Tingkat 16. Anyway ikutkan mustahil manusia nak lompat keluar dari dalam air sebab kita bukan dolphin.

Settle survey kolam renang dengan hati yang kecewa, balik bilik dan siap-siap untuk check out. Patut tadi pukul 7 pagi terjun je kolam renang tu. Sorang pun sorang lah. Padan muka siapa suruh ikutkan mata yang mengantuk.

Member aku lagi 2 orang dah letih so diorang ajak balik rumah terus. Aku pun follow je. Takde benda nak beli dekat mall tu pun.

Ada mesin Starbucks layan diri di kaunter. Tapau kopi balik rumah

Bila nak check out, jangan lupa ambil sekali kupon parking dan deposit di kaunter. Kebiasaan tidur hotel dapat free parking tapi Sunway Velocity Hotel caj parking RM3. Staff kat situ kata takde pilihan sebab parking berkongsi dengan Sunway Velocity Mall.

Yang aku sakit hati bila dah sampai rumah cuaca cerah sampai ke malam. Huhu

So, rekemen ke tidak hotel ni? Entahlah kalau kau tanya aku ni first and last kot. Aku jarang menginap di hotel yang sama sampai 2 kali. Nak try hotel lain pulak. Bila nak try tu tunggu kewangan dan cuaca pulih sikit. 


Read More

Kali pertama (dan terakhir) pergi tengok sambutan di dataran

Thursday, 1 September 2022

Sejenis aku ni, ada ke takde kobid, memang tak pernah suka dengan tempat sesak dan ramai orang. Tapi tulah, dah kawan baik ajak, pergi jelah. Kang merajuk kang, aku kawan dah lah tak ramai. Haha. Takdelah, bila difikir balik, apa salahnya merasa. Selagi masih larat dan takde komitmen anak atau kena mintak izin suami. Kang dah tua mengeluh pulak..napelah masa muda-muda dulu tak pergi. Dah menyesal.

Kitorang gerak lepas solat Subuh. Park kereta di LRT sahaja. Tu pun kena naik sampai tingkat 4 baru dapat tempat kosong. Masa nak tap kad Touch n Go nervous gak sebab tak pasti balance berapa. Kalau tak lepas, kena beratur beli token atau top up di kaunter. Matilah kena bebel. Alhamdulillah baki cukup. Tips kalau nak pergi tengok event macam ni sila top up kad Touch N Go siap-siap. 

Tren jangan cakaplah memang penuh. Padahal Ampang stesen pertama. Stesen-stesen yang seterusnya memang tak lepaslah nak masuk.

Sampai stesen Masjid Jamek, dah nampak lautan manusia. Tapi yang annoyingnya bila banyak kereta VIP diparkir sepanjang jalan menghala ke dataran. Tambah sesak jadinya. Lepas tu banyak 'lorong-lorong tikus' ada polis jaga tak bagi lalu. Orang KL tahulah kalau nak menyelit celah-celah bangunan tu nak sampai ke Dataran Merdeka tapi dah tutup kenalah semua orang ikut laluan sama. Tambah sesak bila ada yang patah balik. Maybe tak sanggup bersesak atau tak dapat tempat yang diinginkan.

Ambil masa hampir 40 minit nak sampai ke jalan berhadapan dataran. Tengah jalan dengar announcement nyanyi lagu Negaraku. Pause sekejap berjalan, nyanyi Negaraku sampai habis dan baca ikrar. Walaupun jauh dari dataran, bila laungan Merdeka 3 kali, semua pakat join walaupun tak nampak apa. Pastu sambung bergerak pada kadar kelajuan siput babi.

Banyak kali jugaklah pindah-pindah tempat. Kawan aku ND tak puas hati view. Aku pulak datang bukan nak tengok sangat. Layan dia je. Ada sekali tu aku duduk jauh dari lautan manusia sambil makan bekalan burger McD tapau malam sebelumnya. Tapi crowd memang bestlah. Paling kuat bersorak masa lori Milo lalu. Orang Malaysia kan memang sinonim dengan Milo. 




Masa pertunjukan udara jelah enjoy sikit. Sebab nampak clear kan


Lepas YDP Agong dan VIP balik baru dapat bergerak ke kawasan main stage.

Panjang lebar ko sengih ye ND

Sempat petik  bunga-bunga di pentas untuk bawak balik. Ros je aku terlambat, toleh je dah takde. Nanti bunga-bunga ni diorang buang jugak. Hello, aku bayar cukai OK.

Cuma aku rasa tagline 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' tak berapa catchy dan terlampau panjang. Just my opinion. Kesian pengacara jerit 'Keluarga Malaysia' tapi sayup je yang menyahut. Siap ada yang sahut 'Boleh' sebab kita kan dah biasa sebut Malaysia Boleh. Bagi aku tagline kena simple macam 'Satu Malaysia', 'Keranamu Malaysia' atau 'Malaysia Boleh'. Kalau ikutkan dengan kehadiran pengunjung berpuluh ribu tu kalau sahut balik mau boleh dengar sampai Bangsar tapi sayang sendu!

Pada masa yang sama aku pelik gak lah tengok orang bawak anak-anak kecik. Well, I'm not judging anyone, kang orang kata aku takde anak apa tau. Aku cuma kesian. Yang dah sekolah rendah tu OKlah, dah cerdik sikit. Ni umur 2,3 tahun or worse baby. Kecik lagi tu. Apalah tau. Ah, lantaklah anak kau bukan anak aku!

Dahsyat orang Malaysia. Harap bila perlu berjuang untuk negara semangat macam ni jugak

Balik baca di Facebook, DBKL komplen pokok hiasan rosak. As someone yang ada kat sana, aku nak mintak maaflah. Bukan sengaja nak pijak OK. Ala DBKL kan banyak duit saman parking, gunalah tanam pokok baru. Lagipun walaupun sambutan meriah, dari segi safety dan crowd management agak gagal. Ramai yang bahayakan diri panjat pentas dan penghadang sungai sebab nak tengok perbarisan. Tiang-tiang besi dan tile lebihan pasang stage dibiarkan merata-rata. Depan mata aku ada akak tu berdiri atas timbunan tile pastu tergelincir. Nasib baik tak cedera. Ambulan aku nampak seketul je. Mobile toilet hanya ada beberapa buah. Bau? Korang tak payah bayangkan. Huhu.

Memanglah kena jaga keselamatan sendiri, tapi kalau dah expect puluhan ribu datang, fasiliti pun kena sesuai lah dengan puluhan ribu manusia. Apa boleh buat, itulah Malaysiaku yang tercinta! Ramai juga netizen yang kata Putrajaya sebenarnya lagi sesuai untuk sambutan hari kemerdekaan seperti pada tahun 2019. Kuala Lumpur terlalu banyak bangunan dan sesak. Parking pun susah. 

Masa nak balik dengar announcement ada orang hilang anak! Dah besar dah budaknya, 9 tahun. Aku harap budak tu ditemukan balik dengan keluarganya.

Apa pun, ia pengalaman yang menyeronokkan dan berharga. Boleh cerita pada anak cucu. Tapi bak kata Eminem -Next time, there will be no next time.

Oh ya, nasib baik hari ni kerja dari rumah. Penat tak boleh bawak bincang! 

Read More

Teori Konspirasi Doraemon - Ingatkan Giant anak yatim

Wednesday, 24 August 2022

 


Selama ni aku ingatkan Giant (nama sebenar : Gaudo Takeshi) ni suka buli orang sebab dia kurang didikan seorang ayah. Mak dia sibuk cari duit jadi dia terpaksa jadi man of the house. Ganas dia tu sebenarnya hanyalah self defence supaya orang tak buli dia sebab dia takde figura ayah nak protect dia.

Rupanya ayah dia hidup lagi. Mungkin parents dia dah bercerai. Giant pulak jadi sangat protective pada adik dia sebab tak nak Jaiko rasa kurang kasih sayang seperti lazimnya anak dari broken famili.

Selain tu pernah dengar teori yang Doraemon hanyalah khayalan Nobita yang depressed dan ada penyakit schizophrenia (personaliti berbilang)


Nampak sangat hidup aku bosan sampai takde konten nak update blog. Sebenarnyamoodyangtakde



Read More

Nyaris kena scam! Peniaga online mohon hati-hati dengan trick ni

Monday, 15 August 2022

Kalau korang tertanya-tanya sejak bila pulak aku jadi peniaga online, well aku sebenarnya hanya menjual baju-baju lama di Carousell. Selama ni jual dekat Facebook sahaja tapi sambutan sendu, so try Carousell pulak sebab ramai kata kat situ lagi senang laku dan tak perlu letak harga rendah tak masuk akal. Bukan jadi tauke bundle ye, sekadar jual pakaian dan barang peribadi yang dah lama tersimpan tak tahu nak buat apa. Ha..nampak tak betapa 'free' nya aku. Bila free atau stress, aktiviti favourite aku adalah mengemas pastu baru sedar banyaknya barang-barang aku yang dah lama tak terusik.

Anyway last weekend ada potential buyer chat aku di Carousell dan tinggalkan nombor Whatsapp. Happy sekejap, ingatkan dah dapat sale. Walaupun admin Carousell dah nasihatkan supaya lakukan transaksi dalam apps je, jangan buat di luar tapi aku just fikir via whatsapp lagi senang. Boleh terus bank in, tak payah buat kerja 2 kali transfer out duit dari akaun Carousell. Padan muka siapa suruh tamak!

Dipendekkan cerita (aku tulis semua dari A to Z pun bukan korang baca), ni cara aku tahu yang dia scammer:

1. Berbual fully in English. Kata dok Malaysia, nama pun nama Melayu tapi bila cakap Melayu dia tak faham.

2. Enggan berurusan dalam apps (Mudah, Carousell etc). Diorang prefer whatsapp or Telegram. Bila check akaun Carousell/Mudah, diorang ni tak verified pun.


3. Tak tanya detail atau berkira tentang barang yang bakal dibeli. Kalau cakap kain dah kena gigit tikus pun dia terima je. 

4. Tak tawar-menawar. Come on! Malaysian kot. Tak cuba nasib mintak kurang harga memang tipu lah. Dah lah barang second hand.

5. Dia cakap dah transfer duit, tapi bila mintak slip bank-in dia tak bagi via whatsapp/ tele. Dia mintak email. 

6. Scammer alert! Dia bank-in lebih dari yang kau mintak. Let's say kau mintak RM40, dia akan bank in 4000. Pastu dia akan cakap yang dia tak sengaja ter punch lebih. Dia akan mintak kau transfer balik duit balance.

7. Kau check akaun bank kau, takde pun duit masuk. Time ni kalau kau tak sedar lagi dia tu scammer eloklah panggil Ustaz bacakan Yassin kat ubun-ubun.

Harga RM37, tapi dia bagi email transfer RM600. Padahal satu sen pun tak masuk.

8. Trick lain, ini aku dapat dari group Facebook. Diorang akan tiba-tiba cakap diorang duduk oversea sebab email akaun tu email luar negara. Belikan baju untuk anak lah, kawan lah.

9. If tak bagi by email, bagi slip bank in pun still kena check. Kalau font pada resit nampak sangat edited, means dia penipu. Always check your bank balance.

So, buat yang rajin jual or beli barang melalui platform Mudah, Carousell atau yang sewaktu dengannya mohon berhati-hatilah dengan golongan macam ni. 

Pergi interview kena scam (beria interview last-last tak dapat kerja pun), bercinta kena scam (malaih aku nak citer), jual barang secondhand pun kena scam. Letih lah macam ni.

Jemput tengok Carousell saya.

https://carousell.app.link/5hTt3r6Ttsb

 Scammer sila meninggal.

Read More