Hadiah Pelitup Muka Jovian dari Blogger Shida Radzuan

Friday, 6 August 2021

Khamis lepas terima hadiah face mask jenama Jovian dari blogger Shida Radzuan atas penghargaan Geng Kaki Komen Julai 2021. Siap dengan mask extender warna merah-hijau-hitam. Cantiknya. Macam motif bendera Palestin pun ye jugak. Shida kait sendiri ke? Thank you so much appreciate komen-komen saya yang kadang-kadang banyak merepek je tu. Haha. Komen tak mengharap balasan tapi kalau orang dah bagi, rezeki jangan ditolak ye tak?


Teringin dari dulu nak cuba pelitup muka keluaran fashion designer terkenal Jovian Mandagie ni sebab katanya anti jerawat. Betul ke? So aku pun semak la official website sebab nak tahu. 

Agak menarik sebab di official shop langsung tak dinyatakan yang face mask ni anti jerawat atau anti acne. Cuma dinyatakan yang ia ‘ Hypoallergenic that is made with soft materials to minimize skin allergy’. So..adakah dakwaan yang facemask Jovian ni anti jerawat hanya umpanan penjual di Shopee dan Facebook? Jeng jeng jeng. Apa pendapat korang?

Dari apa yang aku tahu semenjak bekerja dalam bidang pengiklanan adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada guidelines yang sangat strict untuk promosi sesuatu produk. Antara syarat utama adalah tak boleh 'over claim'. Contohnya ‘Makan ubat ni conform takkan kena Covid’ atau ‘Kulit dijamin putih macam artis Korea dalam masa 3 hari’. Korang takkan jumpa iklan macam tu di media massa mainstream dan kebanyakan brand yang dah established.

Nak tahu face mask Jovian ni betul ke tidak anti jerawat, kenalah cuba sendiri. Buat masa ni aku hanya bekerja dari rumah dan jarang sangat keluar, so tak dapatlah test. Nanti dah cuba aku update.

Masa Covid 19 agak reda dulu (Masihkah kau ingat - sebelum kemunculan varian Delta), aku kerap jugak ke office. Sebagai warganegara yang takut kena kompaun patuh peraturan, aku sentiasa memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di office. Hasilnya ‘Maskne’ naik dengan mencanak. 

Flashback masa muka breakout teruk. Tapi ni bukan sebab 'Maskne'. Ni zaman BC (Before Covid) 

Masalah ‘Maskne’ atau jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka (face mask) ni bukan setakat jadi kat orang yang memang ada masalah jerawat dari azali macam aku, even orang yang kulit bersih flawless pun boleh kena. Betul tak?

Ada a few cara cegah ‘Maskne’ yang aku dah cuba dan terbukti berkesan iaitu:

  • Tukar face mask dengan kerap. Belilah face mask murah kalau sayang duit. Hehe

  • Pakai moisturizer atau sunblock sebelum pakai face mask supaya kulit tak kering. Ramai orang komplain pakai face mask jadi penyebab kulit muka mengelupas terutama bahagian hidung.
Acne Patch Cosrx. Ambil satu dot kecik dan tampal atas jerawat.
  • If ada jerawat yang sedang mekar menanti masak atau dah pecah tapi belum sembuh, tampal acne patch sebelum pakai mask. Antara acne patch terbaik yang aku dah cuba adalah brand Nexcare, Oxy dan Cosrx. Fungsi patch untuk elakkan jerawat tu inflamed bila bergeser dengan  face mask. Aku suka gak pakai acne patch sebelum tidur. So bila bangun, ‘isi jerawat’ sudah berkumpul di permukaan. Tak payah picit.

  • Make sure basuh muka bersih-bersih supaya kotoran dan bakteria yang terkumpul kat face mask tak berpindah kat kulit. So wash your face before bed ya boys and girls! Jangan guna scrub kasar, terutama yang memang acne prone. Guna gentle cleanser.


Masha Allah jauhnya aku melalut, padahal nak cerita dapat hadiah penghargaan kaki komen dari blogger Shida Radzuan je! By the way, hanya blog sahaja socmed yang aku aktif, so korang jangan pelik nama aku ada di mana-mana.

3 bulan lepas pun terima hadiah Geng Kaki Komen dari Shida. Puas aku cari entry nak backlink, rupanya aku terlupa nak buat. Allahu. So sorry tau Shida!

Dapat keychain nama sendiri dan kad raya.

Korang yang nak berkenalan dengan Shida, bolehlah jenguk blog dia di https://www.shidaradzuan.com/

Blogger dari Perak yang sering berkongsi resepi, kisah kehidupan seharian dan informasi terkini. Semoga Shida dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. Again, thank you so much!


Read More

Homestay Tengah Sawah di Sekinchan

Wednesday, 4 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku janjikan, nak review homestay yang aku dan keluarga menginap di Sekinchan. So, kalau korang tercari-cari penginapan homestay murah dikelilingi sawah bendang, bolehlah consider Homestay Pepadi ni.

Mungkin korang tertanya-tanya, kenapa tak menginap di Padi Box yang viral tu? Masa aku suggest pada mak ayah aku, diorang cakap diorang dah pernah pergi, adik lelaki aku dan isteri dia bawak. Wah..lagi pantas dari aku! So kita cari lah tempat lain. Kali ni aku pilih yang lebih privasi.

Homestay Pepadi ni kecil aje. 2 chalet berkembar warna putih yang terletak betul-betul di kawasan sawah padi Pasir Panjang, Sekinchan. Teringin juga nak duduk rumah kecil di tengah sawah ala-ala drama Nur Kasih gitu.


Kami book satu chalet sahaja. Berurusan dengan tuan rumah melalui whatsapp. Tuan punya homestay tak datang menyambut ketibaan kami, tapi kunci ditinggalkan dalam kotak kecil dan kami diberi kombinasi nombor untuk membukanya. Ha..rumah kampung tapi stail moden tau.


Memang sesuai untuk barbecue dan lepak minum dengan famili petang-petang. Tapi pondok ni kena share dengan penyewa chalet lagi satu. Masa kami menginap di sini, ada juga 2 lelaki berbangsa Cina menginap di chalet sebelah kami. Diorang lepak di sini pagi-pagi untuk breakfast. Aku dan famili pulak duduk malam-malam tengok bintang. Memang cantik stargazing di kawasan kampung sebab langit clear takde pencemaran cahaya dan asap macam di bandar. Pandai-pandailah tolak ansur. Takut berebut, book lah dua-dua chalet.

Padi masih baru ditanam. Nak view cantik, datang time padi menguning

2 katil, satu queen, satu single. Kami datang empat orang, so sorang mengalah la tido kat atas lantai. 

Jangan risau sebab tido atas lantai pun selesa. Ada banyak toto dan bantal ekstra disediakan

Dapur kecil sahaja, tak boleh memasak

Bilik air basic. OKlah, takkan nak expect bath tub pulak

Homestay Pepadi ada aircond, tapi bila petang-petang syok bukak tingkap



Excited tengok orang menanam padi masa ni. Ingatkan pakai 'kuku kambing' lagi macam dulu. Ketinggalan zaman la kau Sal, ni zaman moden pakai jentera dah.

Harga menginap di Homestay Pepadi adalah RM120 semalam. Cukup berpatutan untuk homestay yang turut menyediakan TV dengan siaran MyTV, peti ais, air cond, kipas, sejadah dan telekung dan juga iron agar aku boleh bajet ayu bertudung bawal.

If korang nak menginap di Homestay Pepadi boleh contact number ni : 017-614 4720 (Hafizi). If tak dapat boleh contact via Facebook Homestay Pepadi atau melalui laman Agoda atau AirBnB. Stail aku kalau homestay di Malaysia, aku lebih suka berurusan terus dengan owner. Senang nak tanya apa-apa. If ada masalah, telefon sahaja.

Tu jelah entry kali ni. Doakan cepat kita dapat bebas lagi macam sebelum wujudnya Corona.
Read More

of Atlet Pondan, Katil Kadbod dan kontroversi Olimpik Tokyo 2020

Sunday, 1 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Olimpik masih berbaki seminggu. Tahniah kepada pasangan beregu badminton Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya merangkul pingat gangsa. Olimpik bukanlah platform yang mudah untuk melayakkan diri, meraih pingat apatah lagi. Asam garam jadi atlet, bila menang disorak, bila kalah dikutuk. Semua atlet yang kalah akan rasa kecewa, bukan Farah Ann sahaja. Korang just tumpu perhatian lebih kat dia sebab dia cantik. Lol

Image credit : HERE

Terdetik nak tulis entry ni masa adik aku tanya, “Kenapa Tokyo 2020, bukan 2021?” Agak unik Olimpik tahun ni sebab tahun acara tak sama dengan nama. Semua tahu yang Olimpik sepatutnya diadakan tahun lepas, tapi postpone gara-gara pandemik. Aku turut rasa sedih, sebab dah merancang nak merasai suasana tersebut di Tokyo. Dah beli tiket flight dan booking AirBnB. Apakan daya manusia hanya merancang. Perancangan Allah lagi baik.

Anyway, berbalik pada soalan tadi. Olimpik 2020 telah menjadi satu ‘brand’. Segala persiapan macam banner, merchandise, promotion material dan props event dah siap print dengan perkataan ‘Tokyo 2020’. Mengubah nama bermakna semuanya kena ditukar. Kesian pulak pada pihak penganjur, sudahlah rugi besar kerana tak dapat pulangan dari penjualan tiket dan kena keluar duit lebih untuk SOP Covid 19, kena pulak tanggung kos tukar nama. Lagi satu, walaupun olimpik tahun ni diadakan pada 2021, edisi seterusnya dirancang kekal pada 2024, 2028 dan seterusnya. 

Source: https://www.sportingnews.com/us/athletics/news/why-the-2021-olympics-called-tokyo-2020/

Bukan itu sahaja keunikan/ keanehan Olimpik kali ini. Antara kontroversi yang menarik perhatian adalah:

  • Katil kadbod

Credit image : QZ

Desas-desus mengatakan katil saiz single ni dibuat untuk mengelakkan atlet mengadakan hubungan s**s. Salah satu SOP mengelakkan penularan Covid 19.( Aku censored bukan sebab perasan baik, tapi takut iklan merepek muncul.) Ada yang kata katil tersebut akan roboh kalau ada pergerakan melampau padahal katil tersebut mampu menampung berat sehingga 200 kg. 

Sebenarnya, katil tersebut dibuat menggunakan kadbod untuk mengelakkan pembaziran. Jepun terkenal dengan amalan kitar semula yang sangat strict. Mengambil pengajaran dari penganjur-penganjur sukan besar sebelum ni yang dibanjiri ‘sampah’ selepas habis tournament.  

Diorang ni asal Jepun je, fikir s**s, nampak sangat banyak tengok p .. Eh marilah kita move on ke point seterusnya

Source : https://www.dezeen.com/2021/07/11/cardboard-beds-modular-mattresses-airweave-tokyo-2020-olympics/

  • Gimnas Jerman memakai unitard
Edited : Since ada blogger tanya apa itu unitard, so aku payung gambar di bawah :

Credit Image : TIME

Agak susah menonton acara macam gimnastik dan terjun tanpa berasa ‘segan’ kerana uniform yang bukan takat menjolok, tapi merodok mata. Rupa-rupanya bukan penonton saja yang tak selesa, atlet pun sama.

Apabila pasukan Jerman mengambil keputusan bertanding dengan memakai unitard instead of usual attire, ia menimbulkan kontroversi. Yang ni aku suka, sebab kalau atlet lelaki boleh, kenapa perempuan kena pakai seluar super tiny. Harap Malaysia boleh la tiru.

Source : https://www.si.com/olympics/2021/07/25/tokyo-olympics-germany-gymnastics-wears-unitards

  •  'Penyamaran' Russia
Credit meme : 9Gag

Gara-gara kantoi isu doping secara berjemaah pada tahun 2019, Rusia telah dilarang menyertai sebarang tournament antarabangsa termasuk Olimpik selama 4 tahun. Begitupun atlet Rusia tetap bertanding atas nama ‘Russian Olympic Committee’ (ROC) . Mereka tidak boleh terlibat dalam isu doping 2019 dan langsung tidak dibenarkan menggunakan nama ‘Russia’.

Kalau tanya aku, macam takde beza je. Haha

Source : https://time.com/6084195/what-is-roc-olympics/

  • Atlet Transgender dibenarkan bertanding dalam kategori wanita

Antara isu paling kontroversi. Bagi sesetengah pihak, ia dianggap tidak adil kerana secara biologi lelaki lagi kuat dari wanita. atlet trans paling mencuri perhatian adalah Lauren Hubbard, atlet angkat berat dari New Zealand. 

Pendapat peribadi aku memang tak adil tapi itulah keputusan yang dibuat IOC (International Olympic Committee) sejak 2004. Tak faham aku pride movement ni. Nasib baik lah Malaysia jadi tuan rumah Sukan Komanwel tahun 1998 sebelum wujud polisi merepek ni. Jenuh la tengok atlet pondan bertanding kategori wanita. Mau ada yang kena baling botol air. 

Source: https://www.nbcnews.com/nbc-out/out-news/first-openly-transgender-olympians-are-competing-tokyo-

  • The Last Airbender?
Credit meme : 9Gag

Peminat siri Avatar - The Legend of Aang, mesti kenal watak 'Airbender' atau 'Pengolah Udara' iaitu Aang. Atlit acara 'Windsurfing' dari Netherlands ini menarik perhatian kerana mewarnakan rambutnya seperti karekter tersebut. Lebih menarik apabila Kiran Badloe memenangi pingat emas. Not really kontroversi, cuma a very heart warming story. 

Siapa lagi layan Olimpik? Korang suka layan sukan apa? As for me aku suka tengok acara renang, gimnastik, olahraga, badminton dan terjun. 

Kenangan bergambar bersama atlet terjun Malaysia - Leong Mun Yee dan Bryan Nickson, circa 2013. I'm so star-struck masa ni. Haha.

Rindu juga Jepun. Bila lah dapat sampai 'Negara Gila' ni lagi.

Korang pulak, apa lagi isu menarik di Olimpik Tokyo 2020 yang menarik perhatian? Jemput kongsi di 
ruangan komen.

Read More

Sepetang Di Sekinchan

Wednesday, 28 July 2021

Assalamualaikum dan hai semua!

Bertemu lagi kita dalam sesi throwback. Masih di dalam negeri Selangor, kali ni kisah aku dan keluarga ke Sekinchan, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Sabak Bernam. Sekinchan terkenal dengan sawah padi dan perkampungan nelayan. Tempat bercuti yang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kampung. Bagi warga KL dan Selangor, memang senang la datang sini, tak perlu rentas negeri.


Cuaca di Sekinchan ni lazimnya panas, so lagi seronok jalan-jalan di waktu petang. Apa aktiviti petang hari di Sekinchan? Since dah lama tak tengok pantai, kita pergilah cari Pantai Redang. Eh.. Selangor pun ada Redang? Ha, jangan confuse Pantai Redang dengan Pulau Redang pulak ye.


Kawasan parkir yang luas dan redup


Pantai Redang ni sangat berangin. Laut dia tak sesuai untuk mandi-manda, tapi pantai dia jadi kegemaran penduduk tempatan untuk main layang-layang. Kalau korang ke sini boleh la bawa layang-layang sendiri. Tapi masa kitorang pergi ni ekor layang-layang pun tak nampak. Maybe sebab PKP or maybe sebab hari bekerja.



Berhampiran dengan Pantai Redang ada perkampungan nelayan. Fresh seafood juga antara tarikan utama di Sekinchan. Antara restoran seafood halal popular di Sekinchan adalah:

Abah Ikan Bakar
Restoran Lembah Bernam
Aji Mentarang Bakar
Faridah Mentarang Bakar

Untuk senarai restoran lain pula boleh refer SINI


The famous ‘Wishing Tree’. Antara port menarik untuk bergambar tapi aku malas kang orang kata aku taksub benda yang bertentangan dengan ajaran Islam pulak. 


Gerai makan pun tak ada yang sesuai untuk orang Muslim so kita batalkan hasrat mengeteh di Pantai Redang. Tapi perut cam lapar pulak lepas kena angin laut.

Kalau datang Sekinchan, rugilah tak try makan mentarang. Mentarang hanya boleh didapati di pantai berselut sahaja macam di Pantai Sabak, Selangor. Harganya agak mahal, benda rare lah katakan. Aku lupa sudah berapa. Korang boleh rujuk Facebook Faridah Mentarang Bakar untuk senarai menu dan harga. Actually ada banyak restoran mentarang bakar di Sekinchan, tapi kitorang makan sini sebab ni gerai yang kitorang nampak dulu. 


Nak sedap makan mentarang ni, of course lah order stail bakar or rebus. If dah masak buat sambal ke, sup ke, rasa asli dah kurang. Sedap wei rasanya manis, masin dan tak memuakkan. Sambil taip ni rasa nak berenang ke Sekinchan demi sesuap mentarang tapi apakan daya.

Selain mentarang, kitorang order jugak Siput Pepahat. Ni pun aku first time makan. Gambar lupa nak ambil lah.


Selesai makan, drive menelusuri kawasan sawah. Selain negeri Kedah, Selangor juga merupakan penyumbang kepada hasil padi di Malaysia. 

Banyak burung bangau mencari makan. Waktu ni padi baru mula ditanam, mudah sang bangau memagut ikan yang timbul


Lastly kita ke Pasar Jerami Ban Kenal, Sungai Besar. Orang kata ada jualan makanan kat situ tapi sayang masa kitorang pergi semua gerai tutup. Sendu aje. Nasib baiklah takde golekan rumpun jerami macam dalam filem koboi.

Tak bergambar sangat kerana lighting kurang cantik. Gambar semua gelap. Lebih sesuai ke sini kalau waktu pagi



Sebelum pulang ke homestay, memerhati matahari terbenam dari celahan surau. Kalau nak tengok sunset cantik, sesuai ke Pantai Redang.

Sekian kisah aku dan famili jalan-jalan di Sekinchan, Selangor. Nanti entry berikutnya aku share homestay mana kitorang duduk dan tempat makan lain yang kami pergi di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Thanks for reading!
Read More