Sushiwak Melawati Mall - Kedai Sushi Halal Serendah RM 1. Sedap ke?

Monday 7 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita bulan lepas. Pergi Melawati Mall dengan member nak beli barang sikit, kebetulan dah hampir tengahari. Laparlah pulak walaupun dah breakfast. So..tercari-cari kat mana nak lunch. Aku dengan kawan aku si ND, kitorang sama-sama tak berapa suka makan ayam so bila nampak kedai sushi, terus mata bersinar-sinar macam dalam anime. 

Agak pelik nama kedai ni - Sushiwak. Eh..ni kedai makanan Jepun ke Jawa? ND cakap Sushiwak ni kepunyaan selebriti yang terkenal dengan misai melentik - Wak Doyok. Siapa kat Malaysia ni tak kenal Wak Doyok? Seorang ikon fesyen, usahawan berjaya dan selalu bersedekah dan melakukan kerja amal. No wonder rezeki beliau murah. Beria aku puji tau. Hurm...Wak Doyok ni single lagi kan. Eh.

At first aku macam skeptical jugak. Sebab pernah makan di restoran selebriti tapi lepas tu rasa tak seindah nama brand. Tengok dari luar, nampak ada pelanggan tapi takdelah crowded sangat. Masih boleh amalkan penjarakan fizikal. Aku dan ND tak fikir banyak, terus masuk dan duduk dekat dengan conveyer belt supaya senang nak ambil sushi. Kedai luas dan bersih. Tempat duduk pun banyak.



Nice deco. Nampak eksklusif


Range harga sushi dari RM1 hingga RM5.50. Murah pada pendapat aku.


Meh tengok menu



If sushi yang korang nak tu takde atas belt, boleh order. Sushiwak pun mengamalkan konsep order pakai QRCode. Kebanyakan restoran zaman sekarang dah buat macam ni, so kita go with the flow


Baik makan 'Maki' dari dok maki orang. 


If nak makan nasi, bolehlah cuba salah satu dari menu 'Donburi'


Tak makan sushi? Boleh pilih set Bento. Ni biasanya kalau bawak mak ayah warga emas lah. 


Mi pun ada


Menu Sushiwak ni bukan sushi sahaja. Kalau rasa nak makan makanan Jepun boleh datang sini. Menu pelbagai. Actually aku pun bukan pandai sangat. Masa nak order tu google lah dulu. Kang takut makanan dah sampai, tak menepati citarasa tekak pulak. 



Selain dari sushi, aku order Spicy Udon sebab aku memang suka makan udon. Restoran Jepun ni kalau kata spicy pun takdelah spicy sangat.


ND order Curry Salmon Don. Dia kata sedap. Sebab ni musim pandemik kan, takdelah nak rasa sikit. Lagipun masa ni aku baru habis kuarantin.

Ironinya entry ini walaupun tentang aku makan di kedai sushi, tapi aku lupa nak tangkap gambar sushi. Adoi la.


Dah makan kita bayor la


Kerlas ye ko Wak, jadi samurai


Total loss : RM85.95. 

Puas hati makan sini sebab sedap, servis bagus dan harga berpatutan. Boleh repeat lagi kalau teringin nak makan sushi atau makanan Jepun.

SUSHIWAK Melawati Mall, 
Lot No. L3-23- & L3-24 (B), Level 3,
Jalan Sabah, Taman Melawati, 
53100 KL


Boleh juga order via Foodpanda dan GrabFood 


36 comments

  1. Wah.. Menarik untuk dicuba.. Pilihan makan pun not bad..

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Saya setiap kali kalau berjalan mana-mana nampak kedai Sushi, pasti nak jugak capai... tak banyak sikit pun jadi kalau sushi ni. nikmat lain macam tak kira la sushi mana-mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. pantang nampak kedai sushi. lagi-lagi kalau kedai conform halal dan dengan kawan yang sama kaki sushi jugak

      Delete
  3. menarik ni..boleh cuba kalau gi Melawati..
    kari jepun..nyumss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah makan lagi kari Jepun. nantilah nak cuba

      Delete
  4. Hebatnya Wak Doyok ada Sushiwak!
    Memang betullah Sal, harganya pun kira ok tu. Bolehlah repeat makan situ lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap restoran sushi dia maju dan boleh tambah cawangan lagi

      Delete
  5. Wak Doyok punya kedai rupanya.
    Alhamdulillah boleh cuba kedai sushi lain pula.
    Hehe tidak tahu bila akak dapat cuba.
    Banyak juga jenis menu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. manalah tau kalau buka cawangan di Melaka pula nanti

      Delete
  6. Teringat wak doyok ni sebab teringat travelog ke korea ke kita dengan myo oh chenta ku. Asyik kalah je bila lawan antara mereka berdua. Tak sangka pulak ada sushi wak. Semuga sushi wak semakin banyak maju dan banyak cawangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Myo Oh tu siapa kak, tak kenal pulak. Harap bisnes Wak Doyok yang ni maju lah, jangan hangat-hangat chicken poop je.

      Delete
    2. Myo tu vokalis kumpulan muzik tapi ahkak pun tak pernah dengar kumpulan oh chenta ku. Bila tenguk ke korea ke kita tu baru le kenal myo tu.

      Delete
  7. Pertama kali ahkak makan sushi semasa pergi ke Seoul garden. kawan yang kenal kan dan start dari situ suka makan apa lagi jualan hari jumaat kat tempat ahkak boleh dapat murah. Tapi masuk kedai sushi belum lagi. Mesti best kan kalau masuk kedai situ sushi sana sushi....pergh rambang mata tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya tempat akak hari Jumaat buat jualan sushi.Saya pun dulu tak suka sushi tau. Cuba-cuba makan sekali terminat pulak. haha

      Delete
  8. BOLEH BAWA FAMILI MAKAN2 KAT SINI HARGA BERPATUTAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Famili yang tak makan sushi pun boleh pilih menu yang sesuai dengan selera

      Delete
  9. ada gak baca review pasal sushi wak Doyok ni.. tp blm berkesempatan lagi nak cuba...Pasni bole gak try2

    ReplyDelete
  10. Kombinasi penjenamaan yang unik. Sushiwak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik kan nama dia. pelik tapi menarik perhatian

      Delete
  11. Pasal sedap sangat la tu..Sal lupa snap pic sushi 😄
    Baru tau kewujudan kedai sushi wak doyok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. yelah kot kak Ujie. Dapat je terus makan, tak sempat ambil gambar

      Delete
  12. Rasanya setanding dengan Sushi King ke? Macam menarik je tengok menu2 Sushiwak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sushi king lagi sedap kot. entahlah, saya tak pakar sangat

      Delete
  13. Tak pernah makan sushi lagi...Tak pernah cuba.

    ReplyDelete
  14. Ada jugak nampak wak promote. Okay sangat buat resto makanan sushi halal. Tak ragu ragu nak masuk dan makan. Banyak jugak pilihan menu dia. Lamanya tak makan udon. Makan kat resto terasa sedapnya dari tapau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu. terutama Udon, makan panas-panas tu lagi sedap. Kedai sushi Melayu orang takdelah tertanya-tanya dan ragu-ragu dengan bahan yang digunakan

      Delete
  15. lagi banyak makanan jepun lagi bagus untuk beri persaingan..

    yang untung tentulah pelanggan

    ReplyDelete
  16. boleh cuba ni memandangkan anak-anak semuanya penggemar sushi.
    kalau kat kat kedai "Raja Sushi" tu...boleh tahan gak harga sepiring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekonomi sikit harganya kalau sushi. Tapi kalau ala carte murah lagi di Raja Sushi

      Delete
  17. Menarik ni! Harga sushi kira berpatutan sangat. Then, pilihan menunya banyak.

    ReplyDelete
  18. Baru tahu kedai Wak Doyok rupanya. Tapi sekarang macam dah senyap je Wak Doyok kannn?
    Sushi tu baru dua kali saya makan tapi sushi king lah hehehe. Makan dalam 10 minit je, terus siap sebab sikit je yang boleh telan hahaha. Next time boleh la try makan sini pulak.

    ReplyDelete
  19. oooo wak doyok tutup kedai baju buka resto pula ya?

    ReplyDelete
  20. alamak tetiba post ni buat mama nak makan sushi adehh

    ReplyDelete
  21. dekat dgn rumah ibuuuu. hahahah. nanti sah terlajak ke sini date dgn sal

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah