Tempat Makan Best di Ipoh - Where We Went To Eat

Friday, 18 February 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Kali ni nak share a few tempat makan best di Ipoh yang kitorang sempat pergi. Anyway, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Day 2

Masih kisah di hari ke dua. Sebelum melihat tinggalan 'I City 2.0' di Kinta Riverfront Walk, aku dan Anies pergi makan dulu di Gerai Nasi Goreng Udang. Tak jauh dari hotel. Hanya jalan kaki beberapa minit dah sampai.




Mewah udang dalam nasi goreng dia. Harga aku dah lupa. Boleh je order menu lain macam nasi goreng kampung etc sebab tempat ni konsep medan selera. Ada order sate jugak tapi lupa ambil gambar. Aku dan Anies share je sebab takdelah lapar sangat. Fresh jugak udang dia sebab aku takde allergic reaction. If dah bosan makan di kedai hipster dan sekadar nak blend in with locals boleh cari Gerai Nasi Goreng Udang di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Berhampiran Kompleks Islam.

Lepas makan baru lah kami ke Kinta Riverfront


Esok paginya aku bersarapan di sini sebelum check out. Dekat je dengan jam besar Birch Memorial dan Masjid Negeri. Aku jalan kaki je datang sini. Since Anies cakap dia tak nak breakfast, aku OK je pergi sorang. Aku ada gastrik so tak berani nak berlapar lama-lama. Pada pendapat aku, Ipoh ni sangat selamat dan tenang. Buat biasa jelah, jangan tunjuk sangat kau tu tourist. Dalam Malaysia je pun


Pagi Isnin, jadi ramai juga bersarapan di Medan Selera Dato' Sagor sebelum pergi kerja


Aku makan di gerai ni. Masa nak order tetibe pakcik kat kedai tu cakap "Lama tak nampak". Eh..terkejut gak aku. Aku pun cakap lah dengan pakcik tu yang aku first time datang situ. Anak pakcik tu pun cakap aku rupa macam regular customer diorang yang dulu selalu datang makan kat situ. 'Kembar' aku tu pun suka duduk makan sorang-sorang. Funny coincidences. Memang muka pattern aku suka duduk makan sorang-sorang ke cmane?


Pernah baca kat blog siapa entah yang kat sini famous dengan roti goyang.


Aku order lontong jugak. Anehnya lontong dia ada telur goreng


Tengahari lepas check out, kami lunch di Miker Pizza


Menu di Miker Pizza Ipoh


Serius sedap wei pizza dia. Tapi malangnya masa ni aku dah start sakit perut. Nasib baik dah alas perut di Medan Selera Dato' Sagor.


Muka monyok sebab dah start period pain. Adoi nasib baik dah nak balik.

Lepas makan di Miker Pizza, masih ada masa sebelum nak naik ETS balik ke KL. So..nak tau kami ke mana dengan perut aku yang tak selesa, nantikan next entry. Thanks for reading!

40 comments

  1. Kuning kuah lontong nampak pucat dalam gambar.
    Hehe ada kembar.
    Pernah dengar Miker Pizza rupa dekat-dekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya di KL pun ada. Jangan confuse Miker Pizza dengan Miker Food

      Delete
  2. Seronoknya dapat jalan-jalan macam nie..

    ReplyDelete
  3. kecur air liur tengok udang penuh dalam pinggan tu

    ReplyDelete
  4. Ada kembar Sal rupanya di sana ye heheheee.
    Lontong bubuh telur goreng tu first time Kak Amie tengok. Memang begitu kot style hidangannya. Menarik juga, lain dari kebiasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Pelik saya tengok lontongnya. Tapi makan jela, dah lapar

      Delete
  5. Boleh la kak PC pergi ni.. sementara masih di Perak ni kan.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kak PC. Kalau saya yang pergi memang Insha Allah halal

      Delete
  6. Perghhh nasi goreng dia mewah betul dengan udang. Dah tak nampak macam nasi goreng. Macam rupa lauk udang dah. Alamak, kebetulan pulak muka sama. Kalau tiba tiba kembar datang waktu yang sama, mesti masing masing terkejut tengok kan. Sangat anehlah lontong dia ada telur goreng. Dah melawan hukum lontong dah ni. Kuah dia pun tak nampak pekat sangat kan. Period pain masa travel boleh buat gaduh dengan diri sendiri. Tak syok nak jalan. Mujur gak dah nak balik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udangnya lagi banyak dari nasi. Hehe.. Kalau tiba-tiba kembar datang bolehla buat kawan breakfast sekali. Tulah, tetibe period pain. Padahal dah hari ke dua

      Delete
  7. piza tu mcm menggoda.. nyum2

    ReplyDelete
  8. Hai sal.. Lama jg x jenguk sini. Lately ni busy sikit la haha. Ig sal apa? Ada cari ig sal xjumpa. Ni ig zie www.instagram.com/suzie_khai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter takde IG la Zie. Malas nak bukak akaun. Hihi

      Delete
  9. wah best juga boleh jejalan even kat dlm negeri je kan. kat tempat saya if nak jejalan antara town tu jauh, kena drive or naik bas, kurang pengangkutan awam kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh ni antara tempat yang bagus public transport dan within walking distance. Highly recommend kalau nak melancong tapi takde kenderaan sendiri

      Delete
  10. Lontong style sana kot…memang lain macam.
    Kelakar la kisah kembar tu 😁

    Dalam hbeg akak siap bekal panadol menstrual, membantu la dikala travel.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Saya pun. Kalau berjalan sebeban ubat. Nasib baik bawak panadol time ni

      Delete
  11. nasi goreng tak nampak. nampak udang saja. kalau cida memang suka lah macam. suami pula tak makan udang, boleh la makan nasi campur kat situ. niat dah lama nak ke Ipoh, belum ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situ ada banyak gerai lain jugak. So takde masalah kalau tak makan udang atau seafood. Sate di situ pun sedap

      Delete
  12. MAKANAN EDAP SEMUANYA TAPI SAL SAKIT PERUT PULA RUGI KAN..HILANG SELERANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan kak PI orang kata kalau sihat semua pun sedap, tapi kalau sakit hilang nikmat tu

      Delete
  13. Di sana ada lontong jugak pakai telor goreng, di sini ada lontong tunjang, ananda Sabiah. Tapi di daerah Bengkulu. Terima kasih telah berbagi cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Lontong tunjang tu apa? Tertarik pula nak google nanti

      Delete
  14. nasi goreng mi udang.. yup pernah makan kat situ dulu.. udang dia punya la banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak udang dari nasi. Makan 2 orang pun susah nak habis

      Delete
  15. Pertama kali juga tengok lontong dengan telur goreng tu. Pizza kat Miker memang sedap. Dah pernah rasa juga dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ramai rekemen Miker Pizza tu yang pergi. Kedai dia pun selesa dan nampak hipster

      Delete
  16. Syok nyer part makan makan 🌹🌹

    ReplyDelete
  17. bole thn juga la tmpt makan kt sana ye. tp gmbr udang smbal ats tu mmg nmpk menyelerakan..tu nasi goreng ke? huhu

    ReplyDelete
  18. boleh refer sini la bila mama ke ipuh nanti. miker pizza tu mmg kami anak beranak suka

    ReplyDelete
  19. Haha ada kembar pula ye Sal, perhati juga tuan kedai, sedap nampak lontong tu. Seronok jalan-jalan cari makan ni..

    ReplyDelete
  20. banyaknya udang, fresh lg..kena gi juga ni, negeri sendiri tak habis ronda..huhu..

    ReplyDelete
  21. Menyesal laaah sat studied Kat Penang dulu, tak banyak kota2 Malaysia yang saya visit. Ipoh belum sempat lagi. Tergoda sangat melihat kulinernya kak 🤤👍..

    Tapi mee udang saya pernah coba sat di Penang. Sedaaaap, udang di sana selalu besar2 Yaa 👍😍. Kalo dah bisa traveling ke Malaysia lagi, teringin bisa ke Ipoh, Melaka dan Kelantan. Selama nih selalunya ke KL, Penang, Kedah, Pahang. Itu aja 😅

    ReplyDelete
  22. mama penah pegi miker yg kat bandar tu ok juga rasa sama sedap

    ReplyDelete
  23. Tu nasi goreng ke nasi udang penuh udangnya dalam piring sampaikan tak nampak nasi. Kalau ahkak jumpa ni perghhhh habiskan udang dulu. Memang melantak sungguh ni kalau nampak udang.eh....hehehehe

    ReplyDelete
  24. wah jumpa kembar....ahkak pernah juga alami kena tegur dengan pembantu bas ekspress dolu2 masa naik bas ekspress dari segamat ke KL....beriya dia menyembang dengan ahkak....ahkak pulak pelik eh napa dia peramah sangat padahal baru je jumpa....sekali bila dia perasan ahkak macam pelik je....baru dia cakap ada seseorang rupa macam ahkak tu yang dia peramah semacam dengan ahkak. Rupanya.....ingatkan nak mengurat....opsss

    ReplyDelete
  25. Aduhaiiiii sal goti goyang tu sampai 2 butir kooooo mengoda sungguh perasaan ahkak...hehehehe dah lama ni tak makan roti goyang

    ReplyDelete
  26. Itu mesti lontong dah hipster sampaikan ada telur goreng kalau telur rebus boleh di terima lagi. hehehehe orang johor berpisah tiada dengan lontongnya. chewahhh

    ReplyDelete
  27. Argh!! Geramnya tengok nasi goreng udang tu.. meriah dengan udang..
    Roti telur goyang pun best..

    ReplyDelete
  28. lama dh tinggalkan ipoh. tetiba rindu roti goyang. haha
    jenuh kempunan

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah