Braces Journey Part 8 - Cabut braces!!!

Monday 18 February 2019

Assalamualaikum dan hai semua. Akhirnya hari yang ditunggu dah tiba. Aku dah cabut braces!!!!! Perasaan? Eh mestilah lega. Rasa macam beban dah dialih dari bahu.

Sebelum tu apa kata kita recap journey aku

Part 1 - Kenapa aku nak pakai braces
Part 2 - Pasang bracket 
Part 3 - Proses membiasakan diri
Part 4 - 40 hari kemudian
Part 5 - 100 hari kemudian
Part 6 - 6 bulan kemudian
Part 7 - Setahun kemudian

First of all aku nak ucap terima kasih dekat semua yang support aku sepanjang pakai braces ni. Ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan-rakan blog. Ikutkan Damon Braces tak perlu pakai sampai 2 tahun tapi biasalah sebab dah dewasa, gigi agak degil dan lambat. Macam biasa, lagi best bercerita dengan gambar.

Januari 2017

Mac 2017 - atas dah slightly better

May 2017  - bawah dah mula tersusun

September 2017 - masih jongang

Dec 2017 - Nampak tak rongak tu? Nampak tak???

April 2018. Rongak dah tak nampak sangat

Ogos 2018 - time ni tengah suffer breakout. Huhuhu

November 2018 - Almost there bebeh!

Sakit jugaklah masa bukak braces tu sebab doktor cabut macam cabut gigi. Bayangkan dah 2 tahun bracket tu melekap kat situ sekali kena terpisah dengan gigi. Aku tak cabut atas dan bawah pada hari yang sama. Cabut bawah dulu lepas tu pasang fix retainer. Retainer ni penting supaya gigi tak kembali pada kedudukan asal which is berterabur balik macam dahulu kala. Sayanglah kan kalau jadi macam tu. Selama ni aku tau ada removable retainer je macam kawan-kawan aku pakai. Kekurangan retainer boleh cabut ni adalah kalau kau jenis yang pemalas dan pelupa memang terabai la retainer tu.

Tapi sebelum pasang retainer kena bersihkan dulu gigi. Aku dulu risau jugak, takut ada permanent discoloration (warna tak sekata) dekat bekas bracket tu. Tapi rupanya tak. Lepas cabut bracket, memang ada kesan-kesan makanan sikit tapi lepas buat scaling, warna gigi sekata je. Tapi, one thing korang kena ingat kalau pakai braces : penting jaga kebersihan gigi. Gosok gigi selalu dan pakai inter dental brushes. 

Pasang fix retainer agak susah. Sebab doktor kata aku banyak air liur. Bila ada air liur, gigi jadi basah dan simen(macam gam) susah lekat. Ate memangla aku banyak air liur. Dah menganga je masa pasang retainer tu for sure air liur bertakung. Jenuh nurse tu buat suction. Lantak kau lah, aku bayar mahal OK.

Google image- Fix Retainer

Lepas pasang fix retainer bahagian bawah, 2 hari aku tak boleh makan nasi. Sakit cabut braces agaknya. Doktor suruh aku datang balik untuk cabut bahagian atas lagi 2 minggu tapi aku mintak postpone. Hahaha.

So, how do I look lepas cabut braces?


Nak upload muka penuh malu pulak. Hahaha. So tayang gigi je dulu.

Nasihat aku for those yang teringin nak pakai braces tu, beranikan je diri dan yang paling penting JANGAN PAKAI FAKE BRACES! Fake braces tak hygienic, membazir dan instead of repair gigi, ia hanya buat keadaan makin teruk. Lagipun aku tak faham orang yang pakai braces semata untuk ikut trend. Tang mana yang trendy ntah. Once korang dah decide nak pakai braces, pakai sampai habis. Memang menyakitkan dan leceh nak jaga masa mula-mula, tapi lama-lama akan OK. After all, beauty is pain.

Paling penting, jangan niat nak pakai sebab nak cantik. Pernah je ada orang kata aku pakai sebab nak cantik padahal orang tu tak tau betapa teruknya aku kena buli dan kena reject sebab gigi aku dulu. Hasilnya sampai dah dewasa aku ada sifat rendah diri dan kurang keyakinan. So untuk ibu bapa yang anak-anak ada masalah gigi jongang atau berterabur baik repair cepat-cepat.

OKlah, panjang pulak aku membebel. Hati gumbira sebab dah boleh makan macam-macam lepas ni!!! Dapat stimboat pun sedap ni. Nyumm

Thanks for reading gais! Teruskan senyum tak kisahlah cmane pun rupa gigi u olls OK!

23 comments

  1. 👍👍👍👍👍👍

    tp ko jgn britau firmino psl ni. nnt dia suh ko buat whitening pula😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada duit banyak cam firmino memang buat dah. hahaha

      Delete
  2. alhamdulillah, tahniah, selamat makan2..

    ReplyDelete
  3. Dah manis senyuman sal. Apa pun tahniah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah sebab dah buka braces, kak Sal! Kita teringin nak pakai braces tapi agak takut. So, tangguh dulu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak start tu yang susah. dah pakai nanti OK je

      Delete
  5. eh rasa mcam baru je sal buat braces..tup tup dah cabut dah. hehehe cantik dah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam jaga budak la..orang luar tengok kata eh tiba dah besar. Orang yang menjaga tu ha....hahaha

      Delete
  6. aida membaca citer sal dgn perasaan ngeri.
    hi hi hi bab gigi, bab dentist, memang mengerikan aida.
    ngilu rasa nyer :) ha ha ha ha

    wah. semakin jelita la adik ku sorang ni :)

    ReplyDelete
  7. Nampak sgt perbezaannya tahniah sal bukan mudah pakai braces Ni Kenna semengat kental

    ReplyDelete
  8. yuuuhuuu !! akhirnya dah habis daaa journey braces. boleh mula menabong balik..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...dah cantik pun, memang niat kita nak elokkan gigi dan cantik itu bonuslah kan yang penting niat kita betul untuk apa kita buat semua tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..rasa sama je kak. Tak pernah lah pulak rasa lagi cantik berbanding dulu. Hahaha

      Delete
  10. Eh kenapa mcm sekejapan je ek..... Mcm baru mingu lepas je rasa ko pakai Sal... dah bukak! Wahhhhhh.... Raya ni nampaknya gigi pun ada baju Rayalah ek hihi.....Tahniah Sal dapat menghabiskan tempoh berbraces. Ohhh masa cabut braces pun sakit jugak ek rupanya....

    Sure keje menyyengih je kan Sal sekarang

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah Tahniah Sal Mrs. A tumpang gumbira. Eh! tetiba.

    Kalau Mrs. A tak tahulah sanggup ke tak nak pakai braces ni rasa macam leceh gilerrr...

    ReplyDelete
  12. sis, bhgian gigi yang dah cabut tu still rongak tak, lepas brpa tahun guna brces dan lps buka. tq.

    ReplyDelete
  13. Seram pula baca pengalaman Sal ini.. Anak Sha kemungkinan tu ada tapi harapnya tak lah kena pakai..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum sis ., nak tanya ., kalau buka braces ada bayaran lain ke ?

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah