Tuesday, 12 February 2019

Sonata Salju di Jeju - Part 6

Assalamualaikum dan hai semua! Mood update blog tengah tak tentu hala. Bosan cerita Aceh mari sambung cerita Jeju. Hahaha.

So, lepas melihat air terjun di Cheonjeyeon Falls, kami meneruskan perjalanan untuk menjejak ladang limau di Pulau Jeju. Aku pernah mention dalam entry sebelum ni yang buah oren adalah antara ikon Pulau Jeju. Ibaratnya macam strawberry ngan Cameron Highland.

Sape reti baca bolehla translate. Hehehe

Ladang kitorang singgah ni tepi jalan je. Singgah free je, tak perlu bayar pun.

Sebelum masuk ke ladang, bagilah salam dulu kat owner. Kebiasaannya diorang ada kedai macam ni

Cuma agak kecewa sebab tak dibenarkan petik. Haih


Geram tengok awak ni. Dahla bau pun wangi

Singgah kedai kejap untuk beli souvenir. Aku beli coklat dan mandarin chips tu. Sedap!

Nak beli buah oren pun boleh. Segar dari ladang

Settle beli souvenir dan bergambar di ladang limau, Anne ajak kitorang gi makan. Perut memang dah menyanyi lagu KPop.

Kedai kitorang singgah makan tu aku tak taula area mana tapi view dia cantik. GS25 tu convenient store macam 7E.

Macam biasa, hanya yakin untuk singgah kalau kedai tu tak jual daging

Mackerel grill tu sedap wei. Aku makan nasi 2 mangkuk. Hahaha. 

Oh ye, kalau follow JMT ni, makan dah termasuk dalam pakej, so tak payah fikir nak terkial-kial kira duit Won kat situ. Lagipun diorang tak berapa pandai bahasa Inggeris. Kedai ni jugak bagi kitorang tumpang toilet dan diorang allocate space kecik untuk solat. Rasanya memang JMT dah biasa bawak tourist kat situ, sebab benda tu tak nampak asing bagi diorang.

Seterusnya kami ke Yeongmori Coast.


Macam biasa kita kenala feeling Ombak Rindu. Hahaha

 Boleh berjalan menelusuri Yeongmori Coast

Amboi kak, tinggi panjat tak takut jatuh ke?

 Ahjumma jual Abalon di mana-mana

 View yang cantik

Berjalan kat sini kena hati-hati sebab batu licin dan berair. Pakailah kasut yang sesuai

Laluan yang agak mencabar. Kaki kena kuat

Seterusnya kami dibawa ke Osulloc Green Tea Farm Cafe.

Maaflah gambar gegar. Orang ramai. Banyak produk teh hijau dijual kat sini


Ada cafe jugak. Memang susah nak cari tempat duduk. Tempat ni viral agaknya kat Jeju

Untuk yang minat barangan Innisfree, boleh singgah ke kedai Innisfree besar gila dekat dengan Osulloc Cafe



Bau teh hijau menusuk hidung

Selesai shopping, badan pun dah penat, kami pulang ke hotel. Tak larat dah nak berjalan. Dinner pun tapau je. Tapi bukan kitorang tapau sendiri, JMT yang sediakan. Sampai je tengok dah ada kat kantin.

Lauk asam pedas macam biasa. Hahaha

Lepas makan kita rest lah. Esok nak sambung merayap lagi.

Nanti aku story lagi na. Thanks for reading!

18 comments:

  1. nampak gambar makanan tgh2 malam ni membuatkan i laparrrrrr.

    ReplyDelete
  2. boleh x nk mintak anak pokok limau tu? nk tanam kt mesia hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..kalau lepas bawak balik naik flight silakanlah. Kalau tak bawak kulit limau jelah mampu

      Delete
  3. CANTIKNYA PULAU JEJU BILA LE NK SAMPAI

    ReplyDelete
  4. Chips mandarin tu sedap kan. Huhuhu rugi beli 2paket je. Sebab banyak dah habis tu pun cepat2 rembat dua setelah merasa sample yang di beri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang sedap. Bawak balik rumah kejap je habis

      Delete
  5. Yeoung mori coast tu akak tak berani nak lalu sebab jalannya kecil dan tak rata. Lalu sikit je lepas tu balik semula. Tapi cantik bila tenguk member punya gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang susah nak lalu situ. Lutut kena kuat. Huhuhu

      Delete
  6. wah semangkuk asam pedas....perghhhh sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tau nama lauk tu apa so panggillah asam pedas. Hahaha

      Delete
  7. Masa kita pergi Jeju dulu pun diaorang bawa kedai makan yang itu juga. Kedai tu macam takde orang sangat pun. Hehe. Or, maybe JMT memang bawa masa slow time kedai tu kot. Tapi, makanan dia memang sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kitorang pergi ni dah lepas lunch hour. Pelik gak sebab kedai tu macam middle of nowhere je kan. Orang datang dari mana ntah

      Delete
  8. ladang oren n yongmori coast adalah yang paling best..!!!!! yongmori tu cantiknya walaupun hanya batu n laut. cuma nak menapak tu huurm huurm.. hihi. kalo pegi sendiri bleh lepak lama2.. duduk sembang dengan ahjumaa ke pancing ikan sekali ke eeyh =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yongmori tu lutut kena kuat nak menapak. Haha. Tapi betullah, kalau gi sendiri memang kita duduk tepi-tepi tu je layan ombak

      Delete
  9. lama tak drop komen sini.. teringin nak makan buah limau jeju, adakah manis? abalone pun tak pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah manis sangat. Masam jugak. Saya pernah je makan abalone, tapi bukanlah yang mentah.

      Delete
  10. Sedapnya orennsegar Dari ladang

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com