Wednesday, 6 February 2019

Movies I watch in January

Assalamualaikum dan hai semua! Sebab aku malas nak buat banyak-banyak entry tentang movie yang aku tonton di pawagam sepanjang bulan Januari 2019, aku buat entry pukal jelah ye. So, here goes...

1. Mary Poppins Returns


Quite nice kalau korang suka muzikal dan filem fantasi untuk kanak-kanak. Lagu-lagu dan tarian menarik, tapi tak se supercalifragilisticexpialidocious versi asal lakonan Julie Andrews. Emily Blunt sangat sesuai bawak watak Mary Poppins. Extra love for the London slang lads!

2. Master Z, The Ip Man Legacy


Awal-awal ingin aku maklumkan yang filem ni takde Donnie Yuen. Watak Ip Man pun tak ada. Filem ni mengisahkan Cheung Tin Chi (Max Zhang) dan anak lelaki beliau yang mengasingkan diri dari dunia kungfu  setelah dikalahkan Ip Man dalam filem Ip Man 3. Secara tak sengaja Tin Chi terlibat dalam pergaduhan dengan kumpulan gangster yang berkait rapat dengan kartel dadah British. Sesuai untuk yang suka cerita kungfu. Ada Tony Jaa yang berlakon citer Ong Bak tu u olls as cameo.

3.Escape Room


Kalau tengok tajuk dan trailer dah boleh agak ni filem macamana. Mengisahkan 6 orang strangers yang terlibat dalam permainan untuk melepaskan diri dari siri bilik-bilik yang penuh dengan puzzle dan riddle. Untuk melepaskan diri diorang kena selesaikan teka-teki dan cari kunci. Aku suka sebab ia bukanlah filem yang kena potong tangan ke potong kaki ke macam filem Saw tu tapi teka-teki dia kena berfikir dan based on benda yang kita hadap hari-hari. Memang mendebarkan dan saspen. Cuma aku kurang suka ending dia. Lain OK la

Setahu aku hanya Escape Room yang masih ditayang di pawagam. Korang tengok belum tiga-tiga citer aku mention ni? If dah sharelah review ngan aku. Best ke idok? Till then thanks for reading and selamat menonton!

13 comments:

  1. Semua pun tak tengok lagi sebab tak rajin nak pergi cinema dekat sini.

    ReplyDelete
  2. semua tak tengok lagi. mary tunggu masuk online lew yang blue ray.
    citer cinee ikut mood. yang last ok ill pass yang tanjat2 xleh go.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdela tanjat-tanjat sangat. Tapi terkejut gak la sikit-sikit

      Delete
  3. Hurmmm... tiada satu pun diatas yang telah ditonton hehehe....
    Escape room macam nak tengok ketegori apa tu? kalau 18+ tak dapeklah nak nolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. PG13 rasanya. Kalau dah sekolah menengah enjoy la muvi ni. Budak2 confirm x faham

      Delete
  4. igt kn lepas lelaki (ben) tu mati trsa habis cite dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. X puas hati ending tergantung macam tu Hahaha.

      Delete
  5. Tony Jaa..suka tgk dia dlm Ong Bak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice jugak dia dalam Ip Man. Tapi takde dialog, scene gaduh je

      Delete
  6. Dah lama tak masuk pawagam. Rasanya lepas iklan je terus zzzzzz. hehehehe

    ReplyDelete
  7. semua tak tengok.. waaaa.. bln feb ni byk movie cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tengok Alita Battle Angel tau Nina. That one nice giler

      Delete
  8. Nampak menakutkan la gambar escape room tu

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com