Melbourne Part 9 - Lavender dan Tulip!

Tuesday 29 December 2015

Assalamualaikum semua! Jom, kita sambung entry Melbourne. Masih di hari ketiga. Selepas memetik buah di Rayner's Orchard, kami ke Warratina Lavender Farm pulak. Dekat je, kalau drive lebih kurang 20 minit. Warratina ni buka setiap hari, kecuali hari Selasa, Good Friday dan Hari Krismas. Aku pun tak sure Good Friday ni bila, tapi boleh check kat kalendar kuda. Kita ni kalau nak travel, kena plan betul-betul. Memang rugi kalau perabih duit nak sampai sana, tapi tempat yang kita nak pergi tu tutup. Ewah, bagi nasihat macam kau tu traveller tegar pulak ye Sal. Pffft!

Dah nama pun Lavender Farm, top product dia of course lah lavender, tak kan lah bunga raya pulak. Selain dari ladang bunga lavender, ada jugak kedai menjual barang-barang berasaskan lavender dan Tea Room kalau nak lepak-lepak minum teh. Tapi kitorang tak singgah, tengok dari jauh je.

Nampak rumah kat hujung ladang tu, tulah giftshop dan tearoom yang aku maksudkan

Rupa Lavender dari dekat. Cantik, bau pun wangi, memang menenangkan.

Sayangnya, masa kitorang ke Melbourne, musim bunga baru saja bermula. So, agak sendu lah ladang Lavender ni, takdelah sampai ungu mata hitamku.

Sendu tak sendu pun, wajib bergo-pro

Kitorang kat sini sekejap je, sebab memang tak plan nak lama-lama. Oh ye, masuk Warratina ni free . Lepaklah sesuka hati dan amik gambar, tapi since tak nampak plak sesape meredah antara rimbunan lavender tu, so kitorang pun diri tepi-tepi je. 

Settle Lavender, tibalah masa untuk misi wajib aku ke Melbourne ni. Masa Siti buat itinerary, aku pesan kat dia, "taruk lah apa Siti nak taruk, yang penting akak nak gi Tesselaar Tulip Festival! Lain tu lantaklah, ni wajib". Bersungguh pompuan sorang ni nak tengok bunga tulip. Apa boleh buat, minah bunga macam tu lah. Sabar jelah ye, Siti...hehehe.

Tulip Festival ni hanya ada di musim Spring sahaja. Kebiasaanya bulan September-Oktober. Perjalanan ke Tesselaar Tulip Farm dari Warratina Lavender Farm hanya mengambil masa dalam 10 minit. Parking pun banyak.

 Beli tiket dulu. Harga 24AUD, umur bawah 16 percuma! Tak ramai orang time ni. Aku, Siti, Acik Y dan RZ saja yang masuk.

Tak boleh petik ye kawan-kawan!

Dapat tengok Tulip depan mata..bermimpikah aku?

Pegang untuk make sure bukan bunga plastik

Tak dapat tengok Tulip Belanda, Tulip Aussie pun OK jugak.
 
 Nak naik tram pun boleh, tapi aku rasa kena bayar. Hiasan je macam tram, padahal traktor.

Tulip kuning pun cantik

Ayu? Ke kayu? Hehehehe.Ajet-ajet je ni..Kamera kat leher tu pun Siti punya

Boot scraper, untuk buang tanah yang melekat kat tapak kasut.

Aku tak pasti jenis tanah yang digunakan untuk menanam tulip ni, tapi ianya agak berlumpur dan basah, lagi-lagi lepas kena hujan. Nasihat aku, janganlah pakai but mahal korang tu ke Tulip Festival. Sayang wei..aku pakai sneakers beli kat Giant je. Memang kotor kasut. Silap tempat untuk feeling ayu pastu mai sini datang pakai skirt labuh ngan heels.

Bertabah la explore satu-satu batas bunga, sebab tempat ni besar.

Selain dari Tulip Farm ni, you olls boleh jugak tengok gerai-gerai jualan berkonsepkan Holland kat luar tu. Souvenir macam mini terompah pun ada dijual, kira kalau korang beli bagi member sumpah dia percaya korang baru balik dari sana. Padahal, akak gi Melbourne je dik. Tapi, tulah, aku dah perabih bateri kamera kat area farm ni (Tuhan je tahu betapa banyak gambar aku ambil), aku terpaksa tangkap gambar kat area gerai tu dengan handphone. Dan aku ada bagitau before this yang memory card handphone aku crashed! Habis hilang semua gambar dalam tu.

Semua gambar ni dari Siti.


Occasionally ada show kat pentas ni

 Langit mendung

Actually, suasana kat festival ni sangat meriah. Serius! Ada banyak gerai makanan, dan pilihan halal pun senang dicari. Menariknya, pekerja-pekerja kat kedai-kedai ni memakai kostum bertema Holland. Perempuan pakai baju milkmaid, lelaki pakai apa nama entah. Aku beli banyak jugak souvenir kat sini, sebab kat sini je yang ada souvenir bertulis 'Tesselaar Tulip Festival'. Antaranya adalah beg shopping 2AUD dan fridge magnet. Maaflah takde gambar nak tunjuk. Semua dalam memory card yang dah crash tu. Korang tunggu partner travel aku update entry lah.

Thanks for reading!!!


80 comments

  1. ko fefeeling apa ms ada kat sini?

    A. fefeeling van gaal
    B. fefeeling belanda
    C. fefeeling netherland
    D. fefeeling dutch

    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku fefeeling Memphis depay, the next ronaldo..haha

      Delete
    2. ahaha kalo dua kakak ni sembang pasal bola memang ceq duk tepi off side tu.. tak faham =P

      Delete
    3. duduk belakang gol jelah..hehe

      Delete
    4. sah! mmg sah gen setan merah!

      Delete
    5. bayangkan setan merah tu jadi setan pink..hehehe

      Delete
    6. weh.. ceq duduk kat kerusi penonton je la..
      takpun duk rumah tengok TV =p

      Delete
  2. ada jumpa tulip kaler biru x? ;-) ank pokok kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada lah pulak kaler biru...

      Delete
    2. tulip plastik pun x de ke kaler biru? hahahahahahahaha

      Delete
    3. kalau plastik, kaler rainbow pun ada...hahaha

      Delete
  3. wow cantiknya tulip..subhanallah dlm absr je dh cantik..walaupun bukan minah bunha for sure teruja juga klu dpt tgok live camni..

    lavender tu rugilah kan tak dpt tgok yg kembang2..tp berbaloi la pun dh benda free.huhu

    ReplyDelete
  4. Sal, lain sungguh lavender di sana dengan yang kak ana tengok di Genting dan CH, Subhanallah tulip tu cantiknya ..bertuah Sal merasa melihatnya di depan mata.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Aussie pun ada tulip festival rupanya. Baru tahu! :D

    ReplyDelete
  6. cantiknya wana pink tu.. sweet sangat.. by the way, ada x wara biru n hijau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna pink tu cantik, kan!lagi cantik bila ada kak sal kat situ...hahaha.awat la hangpa ni suka tanya warna pelik-pelik.hahaha.takdelah pulak

      Delete
    2. pelik ka biru n hijau.. mana nak tau ada.. hehe.. lawa lah bunga tulip ni..akak I teringin sangat nak tgk depan mata tu, dia peminat bunga cam kak sal.. :)

      Delete
  7. sedihnya bila gambar yg kita ambil beria-ia hilang macam tu ja..xsempat nak ulang2 tgk

    ReplyDelete
  8. Bnyk kali g melben...
    Ni lh satu2 nya tmpt yg sgt nk g tp x sampai2 juga utk g....

    Sedihnyeeee

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. pergilah huda, memang best!lagi-lagi kalau dah tengah-tengah musim spring.ni pun banyak batas kosong

      Delete
  10. Lavender kt nz sepah2 je tepi jln...
    Hihi... mcm tumbuhan liar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kat Melbourne pun ada, tapi kena gi farm lah baru feel..hehe

      Delete
    2. tp nmpk kecut je lavendar tu. kenapakah

      Delete
    3. baru nak membesar la kak.. first week of spring..
      pokok kat depan rumah Cik Tia pun togel semuanyaa..

      Delete
  11. Cik sal kalo nk g nz... roger kita ye.
    Kita masuk ikut sydney blk ikut perth

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait, no prob...Perth x sampai lagi nih..

      Delete
    2. weh !!! nak ahahaha.. tapi jgn la next year.. nangis laaa..
      nak cari kerja dulu weh.. tabung makin semput ni..

      Delete
  12. amboiiii...posing sakan sal kt bunga tulip minah bunga la katakan......hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selalu DM..kat Malaysia posing kat bunga kertas je..haha

      Delete
    2. ok laa jugak bunga kertas...sy guling kt bunga raya jerrrr keh keh keh

      Delete
    3. DM kan patriotik, tu yang pilih bunga kebangsaan..haha

      Delete
    4. Berkhidmat utk negara kekdahnye sal...hahaahah

      Delete
  13. sy pun suka tgk bunga2...tulip salah 1 bunga yg sy suka....terutama yg ada mcm2 kaler....boleh rasa taerpung di awangan rsanya.....hahhahahaha....overrrrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa cam puteri gunung ledang gitu...hahaha

      Delete
    2. hamvoiii over nau tu.

      puteri gunung ledang ada tulip ke.

      err ke kat gunung ledang ada tulip?

      kih kih kih

      Delete
    3. kat Bukit Larut tau la ada tulip.. maybe boleh mula tanam kat Gunung Ledang..

      Delete
    4. kah kah...ala, citer PGL yang hitam putih tu kan ada watak bunga-bunga menari..ni mesti tak tengok ni, tengok yang ada M.Nasir je ni

      Delete
    5. bhahaha tak teeeengok Kak Sal dedua ada MNasir ke apa ke tak tengok =P

      Delete
  14. bestnye aussie ..... nanti nk kumopul duit pi jugak la

    ReplyDelete
  15. yep, wak smpi 2010 sorg2 jeer dh smpi ujong musim., naik bas pergi, balik tungu sejam baru bas smpi., tu pon sorg2 gak dok dlm bas., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tengok ada gak orang gi naik bas...gigih tul diorang!

      Delete
    2. a ah.. ada kawan yang kitorang jumpa kt sana tu cakap.. diorang tunggu lama kita untuk bas sampai.. sejam sejam baru angkut tourist..

      Delete
  16. last skali wak tenok tulip kat singapore awal tahun nih., tupon sorg2 jugak., hakhak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak lelaki, takpe lah sorang-sorang..kalau pompuan, bahaya wak oi..

      Delete
    2. wak mmg suka g sorg2 kannnn hahaahha

      Delete
  17. wak nk fantun satuu.,

    bunga tulip bunga melati,
    ditata rapi dlm jambangan,
    kalo ko memiliki hati., ammvoiii
    janganla buang sampah sembarangan., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni wak, dok jiwang-jiwang, tetiba bab buang sampah...deep betul pantun..kih kih

      Delete
    2. Dik Sal, wak dah jual fantun tuh!
      Apa lagi, belilah...belilah :)

      Delete
    3. aaa ah Kak Sal.. balas jangan tak balas..

      Delete
    4. tak pandai la pantun-pantun ni..sajak boleh tak wak?haha

      Delete
  18. tempat ni saya tak singgah.....pasal musim panas...

    ReplyDelete
  19. baru dapat singgah di sini..baru pulang dari oz

    ReplyDelete
  20. blogwaking....mel best....suka saya...nak ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle dah balik ke ? ehehe.. up entry lekaih.. nak serbu..

      Delete
  21. wah cantiknya bunga2, tak sabar nak ke sana juga ni

    ReplyDelete
  22. Comel 'orang-orang' yang jaga tulips tu 'Please don't pick the tulips' :)

    ReplyDelete
  23. partner tengah malas !! kepam gambar edit tapi tak karang2..

    ReplyDelete
  24. Warratina tu kalo betul2 tengah blooming mesti lawa gila kan..
    syukur gak tu ada yang da mula keluar bunga.. kalo x lagila sedih tengok bushes je..

    ReplyDelete
  25. ehehe kita dapat tiket Tesselar murah..!! ahahaha.. bagusnya pekerja situ..
    dah jahatnyaaaa kita =P bahahaha..

    ReplyDelete
  26. Wow... Bunga tulip biasa tengok yang plastik ja...

    ReplyDelete
  27. Farm ni kena pulak cuaca sejuk memang best la....

    ReplyDelete
  28. Nasib baik ketara ct dapat digunakan.... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo pulak... Kamera bukan ketara

      Delete
    2. memang travel kena backup bawak kamera lebih..kalau tak memang frust

      Delete
  29. Mak posing kat GH jerlah .....berposing dgn munge kat Strawbery Park huhu

    ReplyDelete
  30. Mak posing kat GH jerlah .....berposing dgn munge kat Strawbery Park huhu

    ReplyDelete
  31. ohohoiiii bestnya nak tengok juga lavender dan tulip depan mata!! macam best je p Australia. tapi nak p NZ dulu. nanti roger-roger la kalo nak travel. heehehehehhehee...

    24aud tu macam mahal je bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..jangan convert.kalau convert memanglah nak buat apa pun tak jadi..haha

      Delete
  32. Walaupun tak minat bunga, cantik jugalah ladang lavender tu. Bunga tulip tu kalau tengok gambar memang nampak macam plastik. Nasib baik tak boleh petik, kalau tidak akak dah suruh Sal tunjukkan bukti itu memang bunga tulip betul ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau boleh petik, gondol dah la..bawak balik buat giveaway...hahaha

      Delete
  33. bunga! wah!!! cantik giler!
    ni kalau akak yang pergi...lupa jalan pulang nampak gayanya!
    hak yang pink paling cantik. suka sangat!
    tumpang cuci mata...thanks sal =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, saya paling suka tulip pink-putih tu..lembut je kaler dia kan

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah