Melbourne Part 7 - Philip Island Wrap Up

Friday, 4 December 2015

Assalamualaikum dan hai gais! Percayakah kalian, walaupun siri Melbourne ni dah sampai Part 7, tapi hari kedua pun tak habis lagi. Hahahaha, bertabah lah korang membaca.

Ramai yang tanya dalam entry Nobbies Centre dan Pyramid Rock, kenapa aku dan Siti tak pergi berposing di atas batu-batuan pulau atau bergolek-golek ala Rahul dan Anjali kat rerumput. Oh, ikutkan hati memang nak terdampar je macam ikan kering kena jemur kat atas tu! Kalau korang perati, tempat-tempat ni berpagar. Faktor keselamatan agaknya. Pengunjung hanya boleh jalan di laluan yang disediakan. Nampak je macam dekat, tapi sebenarnya jauh nun ke bawah dan mungkin kena berenang kalau nak sampai ke pulau-pulau batu hitam tu.  Hahaha.

The Nobbies

Lepas tu, aku nak ucap terima kasih kat blogger Huda sebab menegur kesilapan dalam entry Pyramid Rock. Hahaha, jangan tak tau, Melbourne tu belakang tangan dia je tau! Nak buat cmane, tempat-tempat nampak lebih kurang sama, lagipun bukan gambar aku, memang aku tak berapa nak cam dekat area mana. Aku dah remove gambar yang aku silap tu. Dahla masa kena tegur tu aku insist dengan penuh confident gambar tu snap kat Pyramid Rock. Malunya I...*sorok muka belakang Siti*

OKlah, nak sambung lagi, pas Nobbies Centre, kitorang ke mana? Oh, sejujurnya aku dah lupa susunan! Kan aku cerita bateri kamera aku habis dekat Pyramid Rock. Aku snap pakai henpon cap ayam aku tu sementara cas kamera pakai powerbank. Lepas tu kan, memory card handphone aku corrupt! So, certain tempat, terpaksa amik gambar dari FB Siti. So, aku dah tak tau yang mana dulu. Harap kalian jangan pening lah kalau susunan cerita aku ngan Siti kat Philip Island ni bercanggah. Tapi, info dan panduan kitorang bagi boleh dipercayai. Kami sedia memberi pencerahan. Gitewww.

We olls singgah di Amaze n Things sebelum balik. Tak masuk pun, bergambar kat luar sahaja. Tinggal jejak katanya. Nampak macam best je tempat ni. Kalau aku kaya, memang aku dah belanja diorang semua bersuka-ria dalam tu buat macam kat negara sendiri. Kat sini ada maze, boleh tangkap gambar macam kat trick art museum dan tempat main untuk budak-budak macam kat Skytrex Shah Alam tu. Jangan tanya aku recommend ke tidak tempat ni.


Nak lagi info klik SINI

Sebelum balik, singgah Cowes Jetty.




Kitorang pun balik ke Melbourne, tapi kali ni tak lalu jalan yang sama masa datang. So, dapat explore lebih. Masa perjalanan, sama je 2 jam lebih. Bab ni kau orang tanya lah Siti dan AK ye, pemandu pelancong kitorang. Aku ikut je. Yang aku tau, aku dah lapar!!! Lagipun, biasalah aku, asal masuk kereta je memang zzzzzzzzzzzz. Orang kurus macam aku ni memang senang letih ( Ayat mintak kesian..Hahaha)

Singgah Restoran Bali Bagus kat bandar Melbourne. Direction? Aduhai...tak tau la sayang, aku ikut je diorang bawak. Tapi, kalau korang nak ke sini, jangan lewat sangat. Melbourne ni bukan macam Kolumpo..kul 9 je banyak kedai dan restoran dah tutup. Disebabkan dah lewat kitorang tapau je, balik rumah baru makan. Sedap lah jugak, cuma ayam penyet dia macam ayam panggang. Rasa memang jauh beza. Bolehla, kau kat negara orang jangan banyak songeh da!




Dah nama pun Bali Bagus, mestilah makanan Indonesia, takkan makanan Korea pulak u olls...

Bab makan korang jangan risau kat bandar Melbourne ni. Restoran makanan halal banyak kalau banding ngan Sydney.


Berakhirnya hari kedua. Finally! Panjang tak entry ni? Hahaha, ada yang tegur entry-entry lepas aku cam malas je nak menaip. Biasalah kan, menaip blog ni kena ada mood dia. Ni memang mood tengah merasuk macam jin busut, haruslah menaip panjang lebar.

Kalau tak puas jugak, baca ni pulak

Part 6
Part 2

Thanks for reading gais!!!

57 comments

  1. Replies
    1. bukan sebarangan busut tau, ni busut Ostolia

      Delete
    2. Dah keluar ke jin busut ostrolia tuh?

      Delete
    3. ada lagi...tengah taip next entry Melbourne.sabaq na...

      Delete
  2. Part 7, baru hari kedua ?? Makanya, Part 47 baru siap semua entri lah ea kak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ok lah tu, barulah ada idea nak taip apa..hihihi

      Delete
  3. mcm ikan kering??? ini kelako kah kah kah...boleh bygkan sal n CT bersidai atas batu jd ikan kering kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih berkongsi pengalaman...walaupun cuma sekadar melihat pada gambar yang dikongsi..sudah cukup mendamaikan..

    ReplyDelete
  5. dah bis dah hari kedua eh...ok..kita tggu hari ketiga pulak ehhehehe

    ReplyDelete
  6. Sydney mkn sedap. Cik sal bile2 kita kaya nnt kita g sydney lagi jom

    ReplyDelete
  7. Cik sal.... bila nya nk update GOR ni.... cepattttt

    ReplyDelete
  8. Nk tgk apa ada kt A maze n thing tu blh lh cekidout kt my blog... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooohooohoi orang kampung Melbourne dah khatam A Maze Things hehe..

      Delete
    2. tapi tulah, cmane x khatam ketapi lagi..ish, ish...mentang-mentang boleh balik selalu

      Delete
    3. Si huda ni sekarang pun kat kampung ostrolia dia. Tak taulah dah balik ke idak :)

      Delete
    4. baru pergi, takkan dah balik dah..belum lagi rasanya

      Delete
    5. belom balik lagi kakak sorang tu.. lajak ke NZ skali weeewit =D

      Delete
  9. oh 3 jam bukak entri ni.. punyalah puas nak habiskan.. bukan sebab panjang, tapi gangguan..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar banyak so loading slow ye..hehe.bukan apa, ramai kata tak puas baca kalau gambar kecik..haha

      Delete
    2. no2 bukan sebab gambar banyak, sebab asal nak baca je org carik.. dasar dengki xleh tgk I lepak baca entri.. HAHA

      Delete
  10. baru hari kedua sudah part 7, adakah cerita ni akan sampai part 20? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakaka kitorang mmg bercadang nak buat at least 30-40 entry melbourne saja hahaa..

      Delete
    2. ok lah,, jangan macam KJM tu dah nak masuk muzium rasanya cerita2 travel dia.. HAHA..
      *matiklah klu dia baca ni

      Delete
    3. Dahsyat betul target 30-40 entry! :)

      Delete
  11. n3 panjang xpa asal citernya menarik kan sal.

    ReplyDelete
  12. melbourne best kan ciksal ., ;p

    ReplyDelete
  13. ehehe akak sanggop ke nak berenang ke batu2 tu ? oh mai neeehi neeehi..
    angin je dah nak membeku kat situ.. ehehe..

    ReplyDelete
  14. eheh akak.. guna je gambar.. iols up untuk akak =)

    ReplyDelete
  15. Apakah itu jin busut, kak Sal? Mohon diterangkan maksudnya.

    ReplyDelete
  16. Ada fefeeling cm lunch d melbourne dinner d bali x? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak..sebab tapau makan kat rumah..hehe

      Delete
  17. Dapat jgk tgk sunset kat situ kan..

    ReplyDelete
  18. Mesti menyesal sapa yang suruh continue entry jalan-jalan makan angin ni. Baru hari kedua, dah Part 7. Ni memang kalah sinetron Indon yang beratus-ratus tu rasanya. Tapikan Sal kalau tanya pendapat akak, lagi suka entri jalan-jalan berbanding dengan entri bola ^_^ Walaupun tak pernah sampai, at least penghayatan tu over sampai kita rasa macam kita yang tengah travel masa membaca tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai MD...lama tak nampak
      sihat ke? takpe...dia p jauh
      maka amat wajar tulis pepanjang
      bukan cam orang tu, p terengganu semalam aje
      sampai beratus entry...hehe

      Delete
    2. hahaha...ini kelakar.orang tu rajin menaip entry, tu yang pi terengganu semalam sampai 5 part..

      Delete
  19. haha...bab update entry tu setuju
    kalau salah timing, entah apa aje yang dibebelkan
    cer time "kerasukan" cam tak cukup aje tempat nak ditaipnya...haha

    ReplyDelete
  20. nampak sedaplah menu tu sal
    akak kat sini tak berapa doyan ayam penyet
    tapi kok nampak menarik ayam penyet di melbourne
    tapau tuk akak juga pleaseee =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh, dah balik baru cakap acane tu..haha.tp memang lain, nampak cam ayam panggang je.tapi memang sedap!

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah