Bawang oh bawang

Friday, 11 December 2015

Assalamualaikum semua! Apa ni tetiba kak Sal kau buat entry pasal bawang. Adakah dia nak share resepi? Macam pelik jer.. Atau dia nak share cara menanam pokok bawang? Itu lagilah pelik.

Sebenarnya, nak cerita hari tu aku gi tengok teater 'Bawang Merah Bawang Putih' kat Istana Budaya. Ke 'Bawang Putih Bawang Merah'? Tak kisah la yang mana disebut dulu..yang aku tau ada Syarul Ridzwan! Wohoooooo!

Ni semua gara-gara Teater Van Der Widjk, aku terus tercrush berguling-guling kat dia. Yang peliknya, kalau drama kat TV takdelah pulak aku heran nak tengok. Nampak depan-depan baru best. Dekat di mata, dekat di hati. Gitewwwwww.

Bawang Kecik diapit Bawang Merah (Fathia) dan Bawang Putih (Juliana Evans)

Kali ni kita duduk depan..like really depan OK! Seat nombor dua dari pentas. Tengok teater ni depan sangat pun tak best jugak. Tapi aku tak kisah, lagi dekat ngan Syarul Ridzwan yang bawak watak putera raja tu, lagi bagus. Hahaha.

Tu kepala kawan aku, so abaikan


Teater ni diinspirasikan dari dongeng rakyat Bawang Putih Bawang Merah. Pelakon lain adalah Ogy Ahmad Daud sebagai Mak Kundur (mak Bawang Putih), Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Labu (mak Bawang Merah), Nabila Huda sebagai nenek kebayan dan Beto Kusyairi sebagai si Bongkok. Watak Bongkok dan nenek kebayan tu tambahan, versi filem hitam putih lakonan Latifah Omar, takde watak-watak ni. OKlah, bagi nafas baru kaedahnya. Tapi, masa aku gi tengok ni, watak Bawang Merah bukan dilakonkan oleh Fathia, tapi digantikan oleh pelakon lain. Aku lupa nama dia. 

Korang kenal ke, si gadis berkurung merah jambu? Kawan aku kata menantu Datuk Siti Nurhaliza, yang orang Indonesia tu. Cantik giler wei! Sekali imbas, aku ingat Ayu Raudhah.

So, best ke idok..? Nak kata best giler tu takdelah, nak kata tak best tu tipu. Lagu semuanya dari filem Bawang Putih Bawang Merah , cuma dinyanyikan semula secara miming. Kalau miming ni aku potong markah sikit lah. Tapi, bab lakonan memang best! Takut  pulak aku tengok Mak Kundur menyiksa si Merah, dah macam wrestling! Jue Evans pulak memang menjadi watak gedik dia. Part paling best masa dia nyanyi 'buai laju-laju, laju laju laju' nak impress Putera Raja kat buaian bawah pokok beringin tu.

Selain dari lakonan, aku puji props diorang sebab cantik! Backdrop graphic pun realistic. Memang world class! Kostum pun lawa, cuma kurang sesuai pakai selipar Jepun. Hehehe.

 Duhai bondaku, bondaku si ikan kaloi...Pergh, kak Sal kau kalau nyanyi, layu semua bawang-bawang yang ada kat pasar tau!

Watak nenek kebayan tu kononnya macam 'fairy godmother' dalam cerita Cinderella. Dia ada tongkat sakti, tu yang tanam tulang mak Kaloi terus tumbuh pohon beringin siap dengan buaian sekali. Watak Bongkok tu pulak, kawan baik si Merah yang dalam diam ada hati kat si Merah ni. Ending teater ni agak sedih, bila Bongkok ditinggalkan sorang-sorang dan semua pergi meraikan perkahwinan Bawang Merah dan Putera Raja. Mungkin ada mesej tersembunyi yang cuba disampaikan? Korang rasa?

Kali ni gi ramai-ramai..

Aku pernah gak terfikir, katakanlah si Bawang Merah tu tak cantik, adakah ending hikayat ni still sama?


***autopublish - busy sampai minggu depan***

74 comments

  1. Replies
    1. bolehla...saya bagi 3 bintang je kot.pernah tengok yang lagi best

      Delete
  2. cerita bawangputih/merah yg seiring dgn masa walau sastera rakyat dulu kala...

    ReplyDelete
  3. kata ustaz poyo wak tu pesan, "dlm mncari jodoh bakal suami/isteri, tak chantek tak chomey takper, leh tutup lampu," harhar2 xde kene mengene ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tu semua luaran..kita tengok hati le wak.

      Delete
    2. dlm hati saper yg tahu., nasiblar ciksal ., ;)

      Delete
    3. yelah wak, kita tak cantik orang tak pandang pun..sob sob..

      Delete
  4. untunglar dpt selalu tenok teater., ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada selalu,wak..hahaha.

      Delete
    2. selalu drpd wak lah., harhar2

      Delete
    3. sebab saya banyak geng kaki teater, tu yang kerap gak

      Delete
  5. untunglah bawang kecik tu pergi tengok teater tak bawak kite.... huk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...bawang kecik tu pun orang yang bawak..

      Delete
  6. memula tengok tajuk, ingatkan nak citer pasal nanges2... hek2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak maulah nangis-nangis kat blog..banjir nanti.

      Delete
  7. klu versi indon merah jahat, putih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini versi macam filem ada Latifah Omar tu.

      Delete
  8. Kah3x. Intro aje dah kelakar. Akak pun peliklah kalau Sal nak ajar guna bawang untuk memasak mahu pun ajak tanam bawang! Macam tak sesuai aje dengan title 'Bawang Kecik' tau ^_^

    Lepas tengok Bawang Merah, Bawang Putih versi sinetron Indon, akak dah berazam tak mahu lagi tengok cerita ni untuk sedekad lamanya. Penat weyh akak cuba nak mengkhatamkan sinetron ratus episod tu last-last final episoded boleh tertinggal. Sadis tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err, maksud akak semua yang ada kaitan dengan bawang besar, bawang kecil, bawang merah, bawang putih, daun bawang semua akak tak mahu tengok lagi dah ^_^

      Delete
    2. hahaha...ending sinetron tu, sebenarnya tu semua mimpi..ngek tak?saya tengok sikit-sikit jelah sinetron tu.

      Delete
    3. Wallaweyh! Ya ke semuanya mimpi? Kurang asam betul ler. Sia-sia aje akak mengikuti sinetron tu sepanjang tempoh berpantang. Tapi kiranya tak sia-sialah akak tak tengok final episode yerk!

      Tengoklah akak punya menyampahnya sampai la ni akak tak hirau pun apa ending cerita tu. Ni baru tau rupanya mimpi belaka. Sia-sia betullah!

      Delete
    4. haahha..mesti menyesal kan mai sini baca komen..

      Delete
  9. baru nk tanya mn 2 menantu tok ti ;-)

    ReplyDelete
  10. dasat la eirma ni...aritu da pekena mok cun laa ni BMBP plak....dgr2 yg dok nk usha msk sini sikit punya payah laaa nk dpt turn

    ReplyDelete
    Replies
    1. really?amboi, tau je hang gosip-gosip istana ni ye...hehe

      Delete
  11. new reader & follower here ! :)

    ora-adzlin.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Akak dok bayang part tercrush guling2 tuh hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..acane tu? mujur tak naik pentas buat giler..

      Delete
  13. Wahhhh, dah jadi kaki teater pulak ye. Kemsalam kat bawang kecik ye,....tanya dia gigi dah baik ke belom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...baik dah kak Farrah.saya dah lama tengok teater ni kak..adalah 5,6 tahun..tapi dulu takde blog..

      Delete
    2. tak merasa tgk teater lagi pon..

      Delete
  14. Bawang kecil pun boleh, kak Sal :)

    Bila baca, bunyi macam best je pergi tengok teater. Saya belum ada kesempatan lagi nak pergi teater bagai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak memang suka tengok teater, so kalau ada kesempatan memang tak miss..suka yang tradisional macam ni..lagu-lagu klasik..kalau teater moden tak berapa

      Delete
  15. wah terasa best sangat tengok mereka depan mata..bertuah lah sana..hebat kan...

    ReplyDelete
  16. gambar2 pun sangat menariklah sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan gambar dari facebook Istana Budaya, cikgu...tak dibenarkan ambil gambar sewaktu pementasan..

      Delete
  17. Wow... bawang kecik dapat bergambar dengan bawang putih dan bawang merah lagi.. Bawang besar tak ada ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang besar takde la..kena import dari Holland

      Delete
  18. jap, ciksal leh amek gmbr erk masa show tuu? x kene green laser? ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena laser ke Wak ? bukan boleh je ke ambil gambar tp jangan guna flash..?? hehe x tahu =P

      Delete
    2. itu gambar FB istana budaya lah wak...tak boleh CT, memang rules IB x boleh tangkap gambar ada atau xde flash

      Delete
  19. wahh kak sal, bestnya gi tengok...kak sally pon gi kann, nampk kt fesbuk...btw, kita bru tau yg kena seksa tuh merah, dari dulu kita fikir yg puteh nya...hahahahaha kita sllu ingat bawang merah jahat, pute innocent....sudah tukar ka...hahahahha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya akak pun confuse, bawang mana satu yang baik..susah-susah, bagi bawang kecik tu jelah jadi heroin

      Delete
  20. Replies
    1. Cik T ni keja nak merajuk ja.. haha.. Cik T xmo ajak I ka. I segan nak ajak U, U lagi fofular dari I..kah..kah..kah

      Delete
    2. Cik T merajuk, kena nyanyi macam bawang merah lah nak pujuk..haha

      Delete
    3. weh.. Cik T tu bunyi macam tikuih tau dak =_=" ahaha.. Syida.. ceq sentap ngan hang.. haaaa mmg keja nak mrajuk ja wakakakka.. naik HOHO x ajak =P

      Delete
    4. hahaha..Siti kan dah naik HOHO..tak yah la merajuk.meh naik HOHO kat KL ni

      Delete
  21. Dulu ada drama tv bawang putih bawang merah versi indon..bergasak2 menengok..

    ReplyDelete
  22. igtkan nak citer pasal sedih2....ada org potong bawang.....hahahhahaha....

    ReplyDelete
  23. citer2 lama mcm ni mmg sonok kita tonton....terutama kalau ada pelakon yg berjaya mmbawa watak.....watak jahat lgi lah....sampai habis teater pun rasa sakit hati tu tetap ada.....terlebih emosi haahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi watak Jue Evans tu kelakar lah..Ogy pun sama.tak sakit hati, tapi rasa nak tergelak kalau teringat

      Delete
  24. wow best tu dpt jumpak syarul ridzwan live.hahaha..

    cerita dongeng lama camni taj lupuk del zaman..dh tahu jalan cerita pun org syill nak tgok..lgpun teater kan..pelalon pun best..rugilah tak tgok

    ReplyDelete
  25. blogwalking....dah pernah sini....nak pasti tak miss apa2 walaupun lama bercuti...hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya aje yang belum sempat nyinggah lagi ni
      arini ada masa sikit...hentam mana sempat =)

      Delete
    2. ini bukan hentam, tapi bom bertalu-talu namanya..

      Delete
  26. eh sal..yang ada fara fauzana dengan umie aida tu cite ni juga ke
    aritu tengok kat IG fara fauzana, lawak pula tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh chop! bawang kecik sape bawang kecik? hehe

      Delete
    2. takde plak fara fauzana ngan umie aida dalam cite ni..kalau mak cun ada umie aida.tp tulah, kte takde IG, so x tau nk jawab..hehe

      Delete
  27. Bawang Putih dan Bawang Merah. Cerita rakyat yang sangat manjur untuk memberikan nasihat kepada anak muda.

    ReplyDelete
  28. Ah..bawang putih dan bawang merah.. Memang cerita yang ada pengajaran

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah