Melbourne Part 8 - Rayner's Orchard

Sunday, 13 December 2015

Assalamualaikum semua! Standby OK, aku nak sambung cerita percutian aku ke Melbourne. Ni kisah hari ketiga. Hari ketiga ni we olls nak ke Yarra Valley pulak.

Untuk trip hari ketiga ni, kitorang decide nak bawak bekal sendiri, sebab tak sure nak singgah makan kat mana. So, pagi-pagi buta Acik Y dah bangun untuk masak. Segan pulak aku, sebab aku bangun-bangun pagi je, semuanya dah siap. Aku just tolong kemas dapur dan tolong packing sahaja. Hari ni pun trip kitorang berlima. Aku, Siti, RZ, Acik Y (mak RZ) dan AK. Kontrak AK sebagai driver merangkap tour guide masih berbaki sehari lagi.

Destinasi pertama kitorang : Rayner's Orchard. Waktu perjalanan adalah kira-kira 1 jam setengah. Kalau nak sampai cepat, korang ikutlah highway yang ada tol. Hahaha. OK je ikut jalan biasa, traffic tak jam, plus view kiri kanan yang cantik.

Agak senang nak cari tempat ni, ada signoard. Kitorang sampai awal, pukul 9 lebih. Parking pun lengang. Dah namanya hari Rabu. Turun dari parking, nampak sebuah cafe' comel. Tapi, aku tak snap gambar entrance dia, aku sibuk mengelak dari anjing. Yes..anjing! Bukan manusia suka menghanjing, tapi memang anjing ye. Huhuhuhu..tuan punya Orchard ni ada banyak anak anjing, so diorang excited tengok kitorang pagi-pagi buta dah sampai. Comel-comel semuanya, tapi entahlah, sebab kita dah membesar kat Malaysia, memang tak biasa. Mujurlah diorang tak ikut masuk cafe'.

Dalam cafe' turut dijual jam, dried fruits dan refreshment macam coffee dan muffin. 

Ada dua orang je staff. Aku rasa ni perniagaan family. Makcik baju merah tu mak, yang dok masak tu anak lelaki dia.

 Comel, muka iras Karim Benzema. Tak kenal Karim Benzema, sila google.

Memula kita beli tiket dulu. Bayaran masuk $18 seorang untuk orchard tour and fruit picking ni. Tour selama satu jam. Untuk tour dalam dusun buah dia ni, kitorang naik traktor. Cuaca masih macam semalam. Tak panas, tapi tak hujan. Sejuk? Of course! Tapi tak sesejuk di Philip Island.

 Sebesar-besar traktor, tapi kitorang berempat je yang ada pagi tu. AK tak nak masuk.

  Apa ntah nama dia, aku lupa lah.. Tulah, sape suruh tunggu lama sangat baru update cerita!


Memandangkan ni musim bunga, mestilah bunga-bunga berkembangan. Aku ni sememangnya suka bunga. Oh mai gad #girlconfession. Kalau pompuan lain suka cakap, daripada bunga baik coklat atau teddybear, aku honestly mengaku aku pilih bunga walaupun tahu bunga tu akan layu akhirnya...

Cherry blossom!

Gegadis dan bunga

Memandangkan kita datang nak memetik buah, bukannya bunga, so marilah kita memetik rambutan ..Eh, ado pulak rambutan!

 Apa entah nama buah ni. Sejenis limau, tak pernah jumpa kat Malaysia. Rasanya manis. 

Tamarillo-sejenis tomato. Rasa macam tomato sikit, ceri sikit.

Erk...masam!

Lemon

Buah kiwi agak unik, sebab dekat dalam 'kelambu'. Tour guide tu kata, takut kena patuk dengan burung.

Apa lah mat ni tengah goreng...

Memula aku ingat, fruit picking ni kau boleh petik buah sesuka hati dan makan kat situ, tapi rupanya tidak... Semuanya tour guide tu yang petikkan. Tapi, kalau nak bawak balik, boleh petik sendiri. Not what I expect..huhuhu. Aku ingat boleh petik, makan, petik, makan, macam kat dusun langsat pakcik aku kat Muor tu.

 Ada gaya peladang berjaya tak? Hahahaha

So, do I recommend this place? OK lah, kalau korang nak rasa pengalaman dalam dusun buah kat Australia, sebab mana sama dengan dusun deghoyan kome kat Kuale Kangsor tuh.. Lagipun, bila lagi nak merasa makan buah kiwi petik direct dari pokok. Cuma, kena bertabah sebab tour guide ni bawak anak-anak anjing dia ikut tour sekali. Aku perati je...nasib baik tak kacau kitorang.

Settle  memetik buah, kami pun masuk ke dalam Peach Cafe' untuk timbang buah yang telah dipetik. Kena beli lah you olls...mana ada free!. Pastu, kitorang tumpang makan kat situ, tapi duduk luar lah. Kitorang bawak bekal nasi putih lauk ikan mayong asam pedas dengan kailan ikan masin. Percaya tak? Tolonglah jangan...kat mana plak nak cari ikan mayong ngan ikan masin kat Melbourne tu kak oi!

Acik Y masak spaghetti! Sorry, gambar takde. Segan lah, asal ada makanan je nak snap gambar Nampak sangat blogger! Yang penting, sedap woi...Untung bawak Acik Y ni, tengah travel pun masih lagi dapat rasa kasih sayang seorang ibu. Kah kah kah..AK pun kitorang paksa dia makan sekali walaupun mula-mula dia agak malu-malu.

Dah kenyang, ke mana kita?

Nanti aku sambung entry lain na..Best tak entry ni banyak gambar? Kalau best, kasi komen seround..hahaha. Thanks for reading!


55 comments

  1. amvoii kecor wak tenok ciksal nyonyot buah tamarillo tuuh ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyo wak...molek-molek susun ayat terrr..hahaha

      Delete
  2. yang pasti chef tu cinta pertama CT kat Melbourne lalalala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, memang comel... muffin dia buat pun sedap.

      Delete
    2. muffin dengan fresh berries.. skali ngap mmg semua deria rasa berfungsi ehehe..

      Delete
    3. ingat guna jam, sekali memang guna fresh fruit...masam tapi sedap

      Delete
    4. kalo ngantok tu mmg terus cerah mata >.<

      Delete
  3. tulaaaa.. ingat boleh petik sesuka hati juga.. tapi tapi.. mamat tu cakap da.. mai spring rugi sebab buah semua masam.. kalo summer mmg untung sbb mcm2 buah ada.. bru bnyak boleh rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rosaklah pokok nanti klu bukan pro petik2.. hehe... aset mereka tu, mana blh main2..haha

      Delete
    2. tapi akak kalau repeat Melbourne, tak ulang kot gi petik buah ni..merasa sekali cukuplah, for the sake of it.

      Delete
    3. CT nak pergi petik lagi.. tapi buah lain la.. cherry ke.. sebab tak puas dekat Rayners.. buah tak ada sngt..

      Delete
  4. CT perati gak anjing2 tu.. praaati dari jauh kecik besar kecik besar je..

    ReplyDelete
  5. Acik Y superb.. memang sungguh kasih sayang ibu.. ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...betul...memang cukup kasih sayang kita kat Melbourne kan..haha

      Delete
    2. hehehe tumpang kasih.. makan semua cukup..

      Delete
    3. masakan mak-mak ni mmg xdegantinyee.....gerenti sodap punya hehhe

      Delete
    4. Hihi... korang ni lah...

      Delete
  6. kenapa tak cakap kat tour guide tu "no dog please, kanggaroo ok".. HAAHAA..
    Spoil lah anjing dok keliling.. kenapa tak tangkap gambar sekeping dua, nak gak tgk anjing ostolia tu.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sama je macam anjing kat sini cik Syida oi...malaslah, kang viral pulak..tau lah orang Malaysia kuat mengata

      Delete
    2. hahaha.. mmg ada kenggeru liar Cik Syida.. diorang lompat2 rosakkan pokok.. banyak wallaby la akan makan buah2 hehe

      Delete
    3. kanggaru bahaya la Syida, kang dia boxing kitorang, habislah..kalau ajak tango takpelah

      Delete
  7. bestnyaaa ! bila la nak jejak kaki kat sanaa, lemon tu nampak mengancam, petik trus buat lemonade. haha. btw done follow blog ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks follow me dear..nanti saya follow balik ye

      Delete
  8. Macam-macam buah dalam satu ladang ya. Kalau dekat sini, ladang dia ikut jenis buah. Macam takde ladang yang bercampur-campur buahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. more like orchard than farm.maybe dia memang target for tourism purpose

      Delete
    2. tapi brapa jenis ja ada tumbuh at that time.. sendu tp oklah.. pngalaman..

      Delete
  9. tertarik bila tengok bunga tu. cantik! :) tapi, I akan pilih makanan kalau diberi pilihan. Haha :D

    ReplyDelete
  10. Waaa best nya..so fresh ♡

    ReplyDelete
  11. Ye lah..lelaki hensem tu ada iras2 Karim Benzema, walaupun Karim Benzeema nampak lebih macho...

    ReplyDelete
  12. Potong stim betul.. bila jln2 ada banyak anjing..bukan saja geli..takut punn ye..

    ReplyDelete
  13. time tour guide tu pusing belakang ko petik la byk2 sal ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sat lagi anjing dia gigit aku, habislah...

      Delete
  14. pokok2 kt atas tu ada ank pokok x? kalu ada kenapa ko x beli? boleh tanam kt tanah sekangkang kera dpn rumah ni ;-)

    ReplyDelete
  15. kiwiiii......buah kegemaran ni...sedapnyeeeeeeeeeee.....hihihi

    ReplyDelete
  16. Haha.... ok... isnin kot kalo sempat nk p fruit picking ni

    ReplyDelete
  17. Cik sal x bwk sabun taharah ke?

    Nxt time mn2 p... bawak lh sabun tu tau

    ReplyDelete
  18. best ni..sukalah peik2 buah dpt makam fresh camni..kt malaysia pun tak dapat rasa..tak ada sedara or sesapa yg ada dusun..kecik2 dulu je merasa panjat pokok pelam.hahaha..

    ReplyDelete
  19. Alaaaaaa.... Baru nak komen sini... Robot menyerang lakkk... Titiew balik umah titew dulu laa... Nanti kite datang lagi... iskksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidakkkk...SS, jangan tinggal daku!!!drama tak?

      Delete
  20. Bestnya dapat melawat farm macam ni :)

    ReplyDelete
  21. Paling geram tengok pokok lemonnnnn :)

    ReplyDelete
  22. Macam sedih aje rupa peladang dari Malaysia tu. Sebab tak nampak durian kat orchard ke apa ni? Ke rindu nak makan buah durian tapi nampak tamarrillo apa ke benda namanya tadi tu...

    Yalah, Sal. Dah terlanjur jenjalan ke negara orang apa salahnya masuk ladang sekali. Bukan sama macam ladang kat Malaysiakan. Kalau nampak buah durian kat Australia, akak tak tahulah Sal nak posing gaya mana sebab terharu sangatkan dapat selfie kat pokok durian di obersi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. peladang tu kecewa sebab kebanyakan buah yang ada masam-masam belaka...haha

      Delete
  23. akak pun suka bunga!
    kita serupa! kita serupa...hadir ku untuk merawat luka...wooo
    opps, ternyanyi plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kita memang geng!kalau masuk kedai bunga mau tak jumpa jalan keluar

      Delete
  24. tapi dusun dia cantiklah
    kalau dusun atuk akak banyak nyamuk n pacat!
    kerengga pun ada...pak belang kalau wrong timing pun leh nampak
    tu menatang hidung pendek pun ada...ngeri

    tapi yang bestnya tak payah bayar. haha
    boleh makan sampai tak boleh bangun

    wei sal...gambo bunga tu cantik gilerlah!
    geram nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini pak belang takde..kanggaru liar adalah kot.huhu.cantik kan bunga tu! geram aje.

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah