USS Part 1 - Getting there

Thursday 5 March 2015

Assalamualaikum dan hola semua! Nampaknya, takde sape yang berminat nak teka aku gi summer holiday ke mana berdasarkan pembayang yang aku bagi kat SINI. Mentang-mentang aku tak offer hadiah ek... Ah, tak kisahlah, korang berminat ke, tak berminat ke, aku tetap nak share jugak destinasi aku. Lagipun tak sampai hati hampakan Qaseh Abadi dan Eima yang suruh update. Cewah, itu semua alasan poyo blogger perasan femes macam aku ni. Lol!

Aku gi bercuti dekat je, al-maklumlah short weekend trip, takkanlah nak ke Istanbul pulak. Tu Anies je yang mampu buat. Hahaha. Tekaan kak MD hampir tepat. Bali ke Singapore? Jawapannya...


Kak Sal kau ke Singapore je dik oi. Balik kerja Jumaat lepas, dengan tak mandinya, aku terus naik LRT ke TBS. Aku bawak satu tote bag ngan satu backpack saiz bebudak pakai gi sekolah. Bab travel light ni aku memang terer. Lagipun ,kalau bawak beg besar-besar, banyak pulak persoalan demi persoalan, membelenggu akal dan fikiran kat opis tu nanti. Dari TBS, kitorang naik bas ke JB dan berhenti di Larkin Sentral. OKlah, tak kematu bontot sebab jalan tak jam. Kitorang naik bas kul 9 malam, sampai kul 1.30 pagi. Tengok ramai yang bermalam kat stesen bas Larkin ni.

Sampai kul 1 pagi pun ada je kedai bukak lagi. Jay bee... peace yo!

Alhamdulillah, walaupun percutian kitorang ni masuk kategori bajet, tapi takdelah sampai kena tidur kat bus stand. Kitorang tumpang kat rumah pengantin baru. Kacau je kan. Hehehe. Nasib baik Abang K sporting, sudi menerima kitorang sebagai tetamu walaupun dok dalam mood honeymoon lagi. Abang K ni abang sulung kepada kawan aku, ND. Nampaknya, majlis belah laki nanti aku kena bagi hadiah besarlah sebagai tanda berterima kasih. ;)

Sampai kat rumah Abang K, aku terus tidur. Ok, tipu.

Trip kali ni aku gi bersama dua orang best friend aku, SR dan ND. Dah berbelas tahun kenal, ni first time gi holiday sesama! Dah sah-sah malam tu dok berborak sakan walaupun sedar diri esok paginya kena bangun awal.

Tapi aku ni kalau bab berjalan memang tadahal bangun pagi. Aku yang awal sekali mandi dan siap macam budak tak sabar nak gi beli mainan kat pasar malam. Kul 6.30 pagi kitorang gerak dari rumah Abang K di Masai ke Danga Bay untuk naik bas. Kenapa Danga Bay? Sebab kitorang ikut tour, dan pejabat Tourist Agent tu kat area Danga Bay. Kalau korang nak naik bas awam, boleh naik di Larkin Sentral.

Ingatkan kitorang lambat,  rupanya paling awal. Hampeh! Dahla lapar gile pagi-pagi nak tunggu ahli group lain sampai. Kitorang gerak kul 7.45 pagi. Dalam bas tu diorang bagi Arrival Card untuk diisi. Simple je, bukan macam Arrival Card Australia yang siksa nak jawab ngalahkan soalan exam!


Awal-awal aku buat research dah. Kalau ke Singapore ikut laluan darat ni memang kena berhenti dua kali. Sekali kat imigresen Malaysia, pastu kat imigresen Singapore. Kalau ikut apa yang aku baca, memang aku dah bersedia lah nak berlari ala-ala Amazing Race. Tapi satu kelebihan ikut tour ni, diorang tunggu kau settle kat imigresen baru gerak. Yelah, kau dah bayar kot! Kawan aku, si ND kata,  kalau naik bas awam, jangan haraplah dia nak kira orang cukup ke tidak.

Tapi...tapi...dah memang rezeki kitorang di pagi Sabtu yang indah itu, imigresen Malaysia dan Singapore, lengang je. Serius! Beratur tak lama, pegawai Imigresen pun hensem. Eh, tetibe! Tak macam apa yang aku baca dalam blog travel orang lain.

Akhirnya, sampai jugak aku ke salah satu wishlist aku! Universal Studios Singapore! Apa lagi, terus serbu kat globe ni. Sebab takde orang sangat. Indahnya dunia! USS pun lambat lagi nak bukak, so kitorang lepak jelah kat luar ni tangkap gambar.


Tepat pukul 10 , pintu dibuka, kitorang pun masuk dengan tenang. Orang belum ramai, so rileks-rileks je. Mula-mula kita ambil map dan schedule. Aku dah belajar dari kesilapan di Movie World , kali ni aku tak nak terlepas parade. Sesal separuh nyawa, takkan hilang...ang........

Aku dah try rotate gambar ni, tapi bila upload still melintang. Longgarkan jelah skru tengkuk korang ye

So, nak tau kali ni Sal menyesal lagi ke tidak, tunggulah sambungan travelogue Summer Holiday aku ni. Hahaha..tak payah nak summer sangatlah! Tapi memang betul pun, Singapore punyalah panas wei, awan pun takde!

See you next time lovelies! Thanks for reading!

52 comments

  1. wahh..ke USS kau Sal...cayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Kam juga ckap kan, berjalan selagi bujang..hehe

      Delete
  2. Perggghhhhhhh! Cik Sal melaram kat USS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada mlaram.pakai tshirt ngan jeans je.tak kuasa nak berlapis-lapis panas-panas tu..haha

      Delete
  3. Bukan senang nak tangkap gambar tanpa ada orang lain interframe dekat globe tu.

    ReplyDelete
  4. Wah... Jeles u..kathy duk johor pun tak sampai ke singapore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sampailah tu...dekat dah.kena check promo ticket selalu. (menghasut pulak aku ni)

      Delete
  5. seronoknya g USS. Belum berkesempatan ke sana lagi. Tunggu anak besar dulu baru plan nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, bdak kecik sangat pun tak njoy nanti.dahlah sesak, kesian dia

      Delete
  6. Akak yang baca ni pun jadi excited mengalahkan budak yang nak suruh mak beli toys RM5 kat pasar malam, Sal...

    Amboi, summer holiday kat USS rupanya! Serius, akak dah lama tak ke Singapore. Last masuk Singapore rasanya 2005 kot. Well, 10 tahun rupanya lepas akak kira dengan jari tadi! Punyalah lamanya ingatkan baru 2,3 tahun.

    Sekarang ni kalau dapat masuk USS tentu akak pun excited sebab ada anak-anak. Ya, kita tiga beranak belum sampai lagi tapi HD dah sampai yo!

    Jangan cerita separuh jalan ya, Sal. Cepat buat sambungan. Akak dah ready nak membaca dan mengomen ^_^ Demi Sal, akak sentiasa ada masa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cmane ni HD dah sampai, tapi akak tiga beranak belum lagi. cepat kak, pujuk dia bawak ke sini. USS memang best! saya ni umur dah 30 baru merasa gi Singapore first time.Hahaha.

      OK, nanti ada sambungan. Tungguuuu

      Delete
    2. Kahkahkah....rupanya dia first time masuk Singapore *_* Akak dah banyak time sebabnya of course I kan dok BP, BP tu dengan JB satu kufu pastu alah, jiran sebelah jerk Singapore nih *_*

      Serius, superheroes tak tahu pasal USS ni. Kalau tau, ada hatilah tu nak minta ke sana. Kita lepaskan Legoland yang tak perlu passport tu dulu....

      Delete
    3. harga tiket Legoland ngan USS lebih kurang je kak..haha.nanti nak suruh jiran sebelah hasut Abang dan Adik gi USS.

      oh, gelakkan saya ek..haha, dah tua ni baru merasa nak berjalan sini-sana, tu yang 'lambat' tu.

      Delete
  7. Teringinnye nak g sini tp bila mengenangkan kena ada buku merah tu terus mati semangat kita.....;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku merah tu dah murah sekarang ni Cikna...

      Delete
  8. sal... cek tau la team cek disepak oleh besiktas... hang jgn buat pedajei k hahaahah...

    amboiii da smpi USS... alaa igt tido kt singapore hahaha... ok cpt up entry n kirim FM USS ke sini! hahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak chill lah penyokong The Reds sentap. alah,team you kan team I jugak.kan kita sama-sama perasan I/C England. Hahahaha

      Delete
  9. Jay Bee...Peace yo!! (Sebab akak orang Johor, kay..hehe)
    Lama dah akak tak pegi singapore.
    Syiok nya Sal dapat gi jenjalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..trip ad hoc ni.DAri dulu teringin..tapi baru jadi kenyataan.

      Delete
  10. kak Sal! sorry dah lama x singgah. saya simpan url akak yang lama. padanlah dia tak update yang terbaru akak punya post. hmmm.. -.-

    wah, p singapore tak ajak kita :P kita hanya mampu p sampai johor sahaja. hehehe... agaknya pegawai tu x sama taste ngan kak sal tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..akak dah agak dah, ni mesti kes simpan URL lama.hehehe.mana akak tau Amy kat Johor, kalau tak memamg dah kidnap bawak ke sini. tapi ticket beli sendiri ye..hehe

      Delete
  11. Wahh seronoknya.. best.. pasti bnyk lagi yg best2 skrng kat USS ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau best ke tidak, bacalah sambungannya nanti.hehehe

      Delete
  12. Saya pergi Singapore kali terakhir 8 tahun lepas... tu dia, lamanya! Itu pun sebab ada kursus di JB, kalau saja2 jalan tak pergilah saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru first time gi Singapore. Takpelah, ada rezeki Abang Jr nanti sampailah lagi..

      Delete
  13. Walau Ros duduk Jb ni ha, tetap tak sampai lagi Singapore tu. Dok tengok Singapore dari Stulang je.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lagi sampai lah tu.tapi biasanya memang orang jauh-jauh yang sampai dulu.contohnya, saya yang duduk KL ni tak pernah sampai Aquaria KLCC. Orang Sarawak pun dah sampai.Huhuhu

      Delete
  14. Eh Sal? Ada suruh teka ke? Nape mak terlepas?.... Nampak sangat dah lama tak datang sini hihi....
    OK....mmg kacau daun sungguh ko Sal...ada ke numpang rumah org baru kawen.....hish!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,orang baru kahwin yang offer.nak buat cmane.

      Delete
  15. Sally belum rasa nak g USS...nak g makan sup tulang merah je kalau g Singapore...lol...Sally dan makanan...hahahaha...mcm best pulak g USS

    ReplyDelete
  16. Dah lama tingin nak pi USS ni bawak anak-anak, Sal. Tapi, xde adult lain nak join kitorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, kalau takde at least 2 adult nak control 3 heroes payah la kan..unless tunggu diorang besar sikit

      Delete
  17. huntongla Kak Sal pegi singapore tak mandi =p ahahaha..
    bagusla lengang.. jarang dengar lengang.. memang rezeki uols lew.. abam hensem ?
    abam mesia ke abam singa tu ? ahahaha.. awak kat mana sngt tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyo, CT salah baca ni..gi Singapore mandi lah.gi JB yang tak mandi..hehehe
      lengang sebab bukan cuti sekolah kot.
      abam hensem tu abam Singa.roarrrrrrrr..hahaha.awak kat mana?

      Delete
    2. Hikhik, CT survey nampak....

      Delete
  18. Waa..seghonoknyaa p USS..OK, bolehlah masukkan juga dalam wishlist..

    ReplyDelete
  19. heheheh...sy pon selalu gak kena bila gmbr xleh rotate...adehhh...

    sonok jalan2 kan...sekali baca...umah abang K terus igt datuk K hahaahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dah memang nama abang tu start dengan huruf 'K', panggillah Abang K

      Delete
  20. ha ah , bengkok leher sis menengoknya sal ... sis puyna fone pun sama . kat fone , ok jer . bila tgk kat pc , gambar tu jadi terbalik . nasib baik blh rotate ...

    ReplyDelete
  21. Sal, akak datang jenguk sini. Sorry lama tak bertandang. Nak baca entri cuti-cuti USS, Sal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..kak Farrah sekali datang bawak bom tangan macam JM jugak..hehehe.Mai lah singgah, tapi tulah tak taulah bila baru habis story ni. Busy memanjang.

      Delete
  22. ha'ah...betul tu..kalau naik bas awam mmg dia akan tinggal je tak tunggu...so perlu cari bus dari company yg sama naik pastikan tiket jgn di buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorr... Kalu kena tinggal naik je laa bas lain... Keh Keh Keh...

      Delete
  23. lebih baik masuk USS dari masuk USJ (Universal Studio Japan)...byk ride tak boleh naik terutama yang berhijab huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, saya baca dah entry kak JM masa ke USJ tu.memang tak fair kan...

      Delete
    2. Orang Japan takut hijap tu tersangkot kat roller coster... He He He..

      Delete
    3. kalau SS mesti no hal but dia GAYAT lah fulak!!!

      Delete
    4. dia tak gayat dah lepas bersorak di Gunung Seorak...haha

      Delete
  24. tak penah lagi menjejakkan kaki ke singapore
    bukan takat singapore, johor pun tak penah
    sedih tak cite ini...hehe
    cepat2 cite, tak sabo nak tahu kesudahan

    ReplyDelete
  25. Sal, aida search kat blog Sal pasal USS.
    malas nak google. klik sini terus dpt ni hah.
    maybe bulan ogos nanti nak bwk anak-anak bertiga.
    so, nak carik ilmu jap :)

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah