Friday, 7 November 2014

#2- 11 tempat ingin dilawati di dunia - Cabaran November 1

Assalamualaikum semua..sambung lagi Cabaran November 1 dari Kak Kathy. Kali ni dia mintak 11 tempat ingin dilawati di dunia pulak. Kalau ikutkan hati, lebih dari 11 aku nak senaraikan

1. Cordoba, Spain
Aku memang suka bangunan-bangunan kat Cordoba sebab architecture yang unik dan ada gabungan budaya-budaya yang berbeza kesan dari pertukaran pemerintah. Istana-istana, masjid dan gereja dia serius cantik u olls!

2. New Zealand

3. Anfield Stadium, Liverpool, England
Saje..nak berdiri tengah-tengah stadium pakai jersey RM 10 beli kat downtown pastu jerit kuat-kuat "This is Anfield!!!!". Tapi kan, tapi kan, kalau dapat tengok game live lagi cambest. Impian jelah...tunggu menang cabutan bertuah Standard Chartered kot!

4.Bali, Indonesia
Eat Pray Love
Nak melawat Uncle Ketut jugak! Sape dah tengok cerita ni mesti tau. Uncle tu memang wujud ye. Tak caya ce korang google ' Eat Pray Love Ketut '. Nasib baik Uncle Ketut ni tak duduk kat Malaysia, kalau tak conform nama dia hari-hari kena bahan.

5. Taj Mahal, India
CREDIT image: Wiki

6. Rome, Itali
When In Rome
Gara-gara tengok filem 'When in Rome', hati terus melonjak-lonjak nak ke tempat romantik katenya ni.

7. Disneyland - mana-mana pun boleh
 Credit - 9gag

8. Japan 
 Osaka? Kyoto? Tokyo? Aku tak kisah! Asalkan aku boleh tengok budaya dan negara diorang yang unik ni. Ramai orang nak ke Korea sebab suka KPop. Aku nak ke Jepun sebab suka Pokemon. Lol!

9. Maldives Island
Sebab aku obses dengan pantai cantik. Sekian

10.Universal Studio, Singapore.
 Tempat jarak sekangkang kera pun tak sampai lagi. Kasihan...

11.Egypt
Nak tengok piramid! Again, pengaruh movie! Kali ni gara-gara francais filem the Mummy.

Orait, nanti sambung lagi ye...

Nota kaki: Bertabahlah, PC kat rumah tak boleh nak detect external hard disk, tak dapat nak sambung entry Sydney. Gambar-gambar semua dalam tu!
Nak update kat office memang nehi mumkin hei. Tak privacy! Takat blogwalking bolehla.
Doakan Kak Sal kau cepat-cepat beli laptop. Hahaha

33 comments:

  1. Kalau Kak Sal nak pergi Jepun sebab Pokemon, Kak Ton nak pergi Jepun sebab nak melawat bekas boyfriend, Kimura *_* Kak Ton doakan Kak Sal berjaya mencapai impian dapat pergi ke semua tempat yang dihajati. Psssttt... belum terlambat lagi, silalah masuk contest Jutawan Power Root tu. Mana tau menang sejuta. 10 laptop dapat. Bukan setakat 11, seluruh benua pun boleh jenjalan makan angin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...amin...oh Kimura tu ex-boyfriend akak ye?hahaha.saya lagi suka Yutaka Takaneuchi.Muka penyayang gitu..

      Delete
    2. Eh, Takenouchi tu ex-boyfriend akak sebelum Kimura! Tapi takpa, sekarang ni nak amik, amiklah. Akak tak kisah dah :D

      Delete
  2. Moga tercapai hasrat kak Sal! Saya pun teringin juga nak ke New Zealand, Maldives dan Japan

    ReplyDelete
  3. jom g singapore, NZ dengan England sama-sama kak. hahaha... haritu plan nk g Singapore, tapi passport lak xde. adoi...

    kak Aisya kata rome tu banyak penipuan berlaku, so kena hati2 sikit. hehehe... tapi cter When In Rome tu memang buat orang teringin gak nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, ada gak baca entry pasal dia melawat Rome-kota penipu.hahaha, cinta kan penuh penipuan. Ops..nak gi NZ kena plan betul-betul kan.tapi kalau nak ke England baik buat Euro tour.puas hati

      Delete
    2. tu lah pasal.. tapi saya xde pengalaman travel oversea ni. nak plan pun x sure nak plan macam mana kak.

      oh, bestnya kalau dapat duit. memang dan-dan lah buat europe tour terus.. heee

      Delete
  4. pengaruh tv kuat ni..eh3, ckp kt org..timm pun sama..thehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, yelah dalam TV nampak lagi real n cantik tempat tu.kalau gambar kat pc kan statik je

      Delete
  5. hehehehe.. sonokkan berangan.. bukan kena bayar pon.
    hahahahahaha.. sis pon suka berangan jugak~

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan, mana tau boleh jadi kenyataan kan :)

      Delete
  6. Replies
    1. mesti banyak yang abang MKL dah pergi kan..

      Delete
  7. boleh je teringin... sal muda lagi mana lah tau satu hari dapat pergi semua yang teringin tu...
    kalau pi bali jangan lupa kirim salam si ketut tu...hihiii

    ReplyDelete
  8. tu dia.. semua di luar negara pula.. terbaik! harap2 menjadi kenyataan yunk.

    ReplyDelete
  9. kak teringin juga p new zealand..
    p bali jumpa uncle ketut, boleh tapi jangan bagi dia baca tapak tangan sal pulak..hihi...
    lain pulak jadinya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Inshaallah tak, takut jadi syirik nanti.tapi memang kalau google, ramai yang g bali pastu tangkap gambar ngan uncle ni.huhuhuhu

      Delete
  10. kan? semuanya indah² belaka..tempat yg sama kita nak pergi jom buat berombongan sis..hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom..kita buat rombongan Cik Biah..hahaha

      Delete
  11. kalau tak dapat semuanya pun...sekurang2nya tercapai hajat ke 4,5 tempat tu pun dah memadai...

    ReplyDelete
  12. daripada senarai di atas akak baru sampai USS je..huhu

    ReplyDelete
  13. semua tempat yang list kan tu akak nak pegi TAPI....duit..duit...di mana kau duit :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..kalau ada duit, ada annual leave..memang nak pergi semua tempat ni

      Delete
  14. cordoba spain, kalau tgk sejarah org islam berperang dgn kristian. sedih.. NZ memang cantik sama juga maldives

    ReplyDelete
  15. Saya nak pergi mana2 je kalau ada duittttttt.

    ReplyDelete
  16. Laptop mak pun rosak Kak Sak oii.....ni pakai mini lappy.....Bolehlah....dpd tak ada hoho

    ReplyDelete
  17. jom jom jom pi semuaaaaa tempat !!! hahaha. kalaulah sebut saja dah sampai alangkah indahnya hidup. kawan CT p maldives kan kak.. ya Allah cantiknyaaaaa lahai. tapi kalo lelaki laki best la mcm membe tu.. senang nak terjun nak brenang semua. kalo perempuan mmg huuurm.. ngan tudung bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni gara-gara tengok kawan akak g honeymoon kat sana..huhu.memang tempat dia cantik!kalau ada pintu doremon memang dah sampai

      Delete
  18. Dari dulu tak penah niat nak pi luar negara sebenarnya.
    Sebab saya takut pi tempat yang kita sangat-sangat x familiar.
    Misi ke Vietnam ni adalah titik-tolak permulaan keberanian.

    ReplyDelete
  19. Akak teringin nak pergi pulau maldives & jepun :)

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com