USS Part 4 - Far Far Away

Wednesday, 18 March 2015

Assalamualaikum semua! Adakah kalian masih sudi membaca blog aku? Malas betul nak update lately, idea pun takde. Setakat cerita aku gi makan kenduri atau cerita pasal bola macam boring pulak.

Hari tu kak Jari Manis tanya kenapa entry USS Part 3 pendek sangat? Almaklumlah aku ni biasanya kalau menulis memang panjang-panjang. Ini 'baru kentut, belum hilang bau dah sambung' ... bukan aku kata tau, kak JM yang kata. Hehehe.

Aku saja je buat trick macam tu sebab nak banyak modal tulis entry. Huhuhu. Kalau tulis by part ni silap gaya lepas raya haji esok baru tamat kot! Yayyyy!! *Gelak blogger keji* Sebenarnya aku kecewa sebab trip bulan lapan aku cancel. Hati tu teringin nak berjalan tapi takde geng. Ada sesapa nak teman aku tak? Kita gi dekat-dekat je, Krabi ke, Bali ke...kot korang adventurous bolehlah kita ke Amsterdam terus. Hehehe.

OKlah, daripada aku dok merepek, baik sambung entry ke Universal Studio Singapore. Kali ni kita ke tempat ala-ala fairytale iaitu.. Far Far Away.

Asyik gambar aku je, mesti korang bosan kan. Nilah dia dua orang BFF aku yang ke USS dengan aku. Alang-alang diorang bagi kebenaran guna gambar diorang kat blog, maka aku pun dengan sesuka hati menggunakan kuasa sebagai tuan tanah.

Tempat ni memang sesuai untuk korang nak fefeeling princess! Cantik gilos! Anggap jelah ni istana kat Disneyland tu.

Far Far Away ni merupakan set untuk francais filem Shrek, antara kartun favourite aku. Selama ni aku ingat Shrek ni filem Disney, tapi rupanya Universal Studio. Aku suka filem Shrek sebab tak macam typical fairytale lain. Lepas tu dalam filem-filem dia ada semua watak cerita kanak-kanak macam Humpty Dumpty, Phinochio, Puss In Boots, Robin Hood dan banyak lagi lah.

Kat Far-Far Away ni boleh enjoy teater 6D dia dan ride roller coaster yang takdelah extreme sangat.

Tak tau nak cerita apa, kita layan gambar jelah.


Dari kejauhan kitorang nampak ride ni... ND kata ni baru, last time dia datang belum ada lagi. Nampak best..jom kita!


Sekali..

Belum bukak lah... Coming Soon katanya! Huwaaaaa! Kesian diorang ni frust.

Dahlah frust tak dapat naik ride baru. Kena pulak layan Puteri Sepanyol Dah Turun Takhta ni bergambar. Jadi part time photographer jap. Thanks ND and SR, sudi bertahan dengan kerenah aku. Hahaha.

Bajet comel..pelempang nak?

Depan rumah Shrek

Gaya seorang puteri kena halau dari istana

Nak lagi gambar? Cukuplah tu, muntah darah jap lagi. Hehehe..menyesal tak korang baca Blog Sal? Kalau tak menyesal, nanti baca sambungan na..

Till then, adios!

48 comments

  1. Wah bestnyer..
    Kitew ni bila nak sampai pun tak tahu..
    Setakat ni still dalam Malaysia g..
    Insyaallah next year kot..hehehe
    http://afidahazmi88.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..thanks follow me dear.dah follow balik..

      Delete
  2. Akak datang ni, Sal. Betullah, baru nak terkentut tetiba dah habis. Tak jadi kentut. Hahaha... Pelik pulak akak kalau Sal takda idea nak menulis panjang-panjang. Memang sebiji macam puteri kena halau dari istana tau! Sedih sangat sampai hilang idea nak buat apa dengan blog!

    Wah, telan air liur sambil korek hidung jerk bila tengok gambar kat sini! Bila ek nak pergi? Katanya neigbouring country jerk! Kalaulah anak-anak dan HD takda, dah lama akak roger nak ikut Sal jalan-jalan pi Amsterdam. Tak pun tak payah jauhlah Sal, kita pi Alaska jerk *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...amboi nak pi Alaska.tahan sejuk ker...

      kan, kesian puteri ni tengah kering idea.takpe, sekali idea dia datang nanti tak larat u olls nak komen

      Delete
  3. Replies
    1. boleh..dalam tu auditorium untuk teater 6D.

      Delete
  4. USS ni nampak macam dekat negara Barat pula. Walhal dekat negara seberang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!masa first time tengok gambar kawan depan istana tu ingatkan dia gi Disneyland! rupanya USS

      Delete
  5. Kalau Sal nak pergi Antartika, Alaska, Greenland atau Siberia atau mana-mana lagi tempat orang jarang pergi (termasuk Sahara) jangan lupa offer kat saya sebagai peneman.. saya nak ikut!! Jangan bimbang, Sal akan sentiasa selamat di bawah jagaan seorang ayah, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh abang Jr, nanti akak kat rumah tak senang duduk.tapi kalau nak ikut gak, saya bawak ayah saya, jadilah jagaan 2 orang ayah. Lagi selamat..hehehe

      Delete
  6. Amboii seronoknya, Sal.
    Kite jelly tau.
    Ouchhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jelly Nazeck, nanti boleh l gi kalau ada rezeki..

      Delete
  7. haip..apa kentut2 nih heheheh

    ReplyDelete
  8. cancel trip bulan 8? ke mana? apsal tak tanya sis JM..manalah tahu leh jadi partner travel :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cancel ke Korea..sob sob.kak JM free ke?tak berani nak ajak takut busy...hehe

      Delete
    2. wuaaaah.. bulan 8 tngh summer eh ?

      Delete
    3. kenapa pegi Korea bulan 8..tak BEST...panas! cam cuaca kat msia je

      Delete
    4. ye ke?amboi orang Korea ni tau aje..haha.janji nak berjalan, tak kisah la musim panas ke, musim durian ke.hahaha

      Delete
  9. kenapa puteri kena halau tu nampak happy je heeee

    ReplyDelete
  10. Seronok jalan²..

    ReplyDelete
  11. shrek tu bkn ke rooney? hahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..yang penting semalam Rooney tak score!eh, tetibe tukar topik..

      Delete
  12. Alooo nak jugak gambo kat rumah Shrek tu....
    Tak pe, tak pe... mak kasi chance ko bergambo dulu Sal.....kasi puas posing.




    ReplyDelete
    Replies
    1. pas ni turn Mak Jilap n Pak Jilap pulak...hahaha

      Delete
  13. rumah shrek tu boleh masuk tak kak sal?hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh..tu prop je.belakang tu roller coaster..

      Delete
  14. Ingat hujung tahun ni nk pergi lagilah situ.. mcm lagi menarik je skrng ni..

    ReplyDelete
  15. amboiii...posing sakan...hahahah...bila lagi kannnnnnn

    ReplyDelete
  16. jom la Kal Sal.. ada rezeki jom jalan skali.. tp indon vetnam thai ke CT belum ada minat nak pegi.. mane tahu one day hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau CT suka shopping Vietnam dan Indon sesuailah

      Delete
    2. tapi kak Sal tak suka shopping..suka sightseeing n theme park..huhu. bila kita nak gi Bingen ni.kang Aisya dah balik, melepas kita..

      Delete
  17. best nyer bila tengok gambar sal ni
    bila pula kami nak sampai
    eh baru perasanlah tak cite pasal price ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. price berubah-ubah ikut promotion..tapi tak sampai RM200 per person (adult)

      Delete
  18. Pehh..uma shrek. Fiona ade tak dalam tuh. Ekikiki..best gila dapat jenjalan gi uss.

    ReplyDelete
  19. jom Krabi kak sal..hihi tapi tggu saya dpt kerj dulu la..xpon kak sal tlg belanja saya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. belanja?tak boleh, nanti ramai yang jeles..ZF bila nak kerja ni.asyik praktikal x habis-habis..hehe

      Delete
  20. kat dlm tu apa ada ye ? x blh masuk ke sal ? ...

    ReplyDelete
  21. kat dlm tu apa ada ye ? x blh masuk ke sal ? ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istana tu dalam dia ada 3d theatre dan kedai-kedai.saya mula-mula masuk ingat kat dalam tu macam istana..salah rupanya

      Delete
  22. shrek :)
    gonna be fun jugak sini kot.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah