Cerai. Bercerai. Penceraian

Saturday, 7 March 2015

Takde pasangan berkahwin yang nak bercerai. Semuanya nak bahagia di dunia, kalau boleh sampai ke Syurga. Tapi jodoh itu bukan manusia yang pegang. Kalau Allah kata sampai situ je, sampai situ jelah.

Cakap memang senang. Tak boleh ke cuba pertahankan? Aku pernah lihat satu penceraian di mana ENAM anak menjadi mangsa. See, even enam orang anak kecil yang masih bersekolah pun tak mampu nak selamatkan sebuah perkahwinan yang memang dah lama retak. Aku tak faham apa-apa since aku sendiri masih budak time tu. Kesian memang kesian, tapi penceraian itu mungkin pilihan yang lebih baik dari hidup dalam sebuah rumah tangga yang huru-hara.

Aku pernah terfikir..kenapa kuasa menjatuhkan talak tu di tangan orang lelaki? Kan orang lelaki lebih panas baran, berbanding perempuan yang terkenal dengan sifat penyabar dan tabah. Tapi ada seorang ustazah pernah  cakap dengan aku, orang lelaki sebenarnya lagi penyabar dari orang perempuan. Orang lelaki akan fikir dulu sebelum ambil keputusan berbanding perempuan yang gemar mengikut perasaan dan terburu-buru. Perempuan ni 'pendek akal' berbanding lelaki. Sebab itu lelaki lebih layak menjadi ketua. Mungkin betul cakap Ustazah aku tu kan.. Wallahu'alam.

Terdapat 5 perkara yang menjadi rukun talaq iaitu:

  1. Orang melafazkan talaq iaitu suami.
  2. Tempat yang hendak dijatuhkan talaq iaitu isteri.
  3. Berkuasa ke atas talaq dan orang yang ditalaq.
  4. Lafaz talaq,tulisan atau isyarat yang semaksud.
  5. Niat menjatuhkan talaq ketika melafazkan perkataan sindiran yang bermaksud talaq. 
Credit : Jabatan Agama Islam Selangor

Hakikatnya, bercerai ni 'mudah'. Yang penting, dilafazkan oleh suami ke atas isteri, tak semestinya dalam bahasa formal. Melalui tulisan atau SMS pun dikira sah kalau betul itu dari suami sendiri. In fact, suami tak digalakkan bergurau tentang talak ni kerana dikhuatiri terlepas cakap walaupun dia tak maksudkannya.

Credit : Google Image

Aku mungkin tak tahu banyak pasal munakahat sebab aku bukan pakar Agama. Aku sendiri pun belum pernah berkahwin. Tapi aku pernah menghadap penceraian orang yang rapat dengan aku sampai DUA kali. Suasana di mahkamah syariah masa tu memang tegang, tapi kau boleh rasa aura kesedihan dari setiap ahli keluarga yang datang. Kau bayangkan... one minute kau tolong diorang masa wedding, the next one kau 'tolong' diorang nak bercerai. Tapi kau siapa nak masuk campur. Diorang yang kahwin, diorang yang melalui.

Kalau boleh, aku tak nak jejak mahkamah Syariah lagi. Cukuplah apa yang pernah aku hadap sebelum-sebelum ni. Tapi, nampak gaya aku kena jejak sana lagi. So, here we go again.. *Senyum paksa*

Lumrah manusia, kalau yang buruk tu senang nampak. Lebih banyak perkahwinan yang bahagia yang aku jumpa berbanding penceraian, tapi yang sad ending tu jugak yang aku nak trauma. Huhuhu.

Oh ye, enam orang anak kecil tu sekarang semua dah besar dan bekerjaya. Alhamdulillah, penceraian tak menjadikan diorang goyah. Ibu bapa diorang pun tak bermusuhan. Dan dua pasangan yang pernah aku saksikan penceraian tu masing-masing dah ada keluarga baru sekarang ni dan bahagia dengan hidup sendiri.

Penceraian itu halal, tapi dibenci Allah. Penceraian nampak macam pengakhiran, tapi ia boleh jadi permulaan baru asalkan hati kita kuat. Pendek kata, cerai ni ironi. Kau takkan tahu apa yang ada di masa depan. Jaminan kita hanyalah doa dan tawakal. Perancangan Allah kita tak tahu. Jangan mudah menghukum orang, sebab kita tak lalui apa yang diorang lalui.

Dan korang tak perlu risau, walau dah banyak penceraian yang aku hadap, aku masih percaya pada ikatan perkahwinan. Sebab aku yakin Allah ada.

43 comments

  1. mohon dielakkanlah benda mcm ni.

    ReplyDelete
  2. * Garu2 paler lagik... Adeiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah gitu..habis botak kepala nanti...hehe

      Delete
    2. Garu kepala yg tak gatal ke SS?

      Delete
    3. garu kepala sendiri takpe, jangan garu kepala orang..hehe

      Delete
  3. betul kak sal cakap ni..setuju... mmg lelaki sebenarnya lagi sabar, dia xbuat keputusan ikut hati... ustaz kite cakap dulu2, kalau mak2 boleh lafazkan cerai, mahu si bapak reverse kereta terlanggar pasu bunga pecah, pon boleh jadi sebab bercerai.....betul x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan kak Aisya... kita perempuan ni mudah sangat lafaz kata. kalau geram, marah, macam2 ayat keluar. kalau lelaki, dia tahan dulu. tapi maybe x semua yang boleh. sebab tu kena fikir banyak kali bila nak kahwin kan.. jangan ikutkan nafsu

      Delete
    2. betul tu. Ada hikmah kan Allah letak kuasa ke atas lelaki. Sokong dengan Aisya.

      Delete
  4. Moga dielakkan dari perkara2 macam ni...

    ReplyDelete
  5. Moga dielakkan dari perkara2 macam ni...

    ReplyDelete
  6. Uztazah AB pun pernah mengatakan lelaki ni lebih penyabar dari perempuan.

    ReplyDelete
  7. Hmmm... Perempuan lebih emosional.. Kesabaran wanita ada,tapi letaknya di tempat dan situasi lain.

    ReplyDelete
  8. Sejujurnya kalau perempuan ada kuasa cerai saya sudah 100 kali kena cerai dengan isteri, hehehehe. Perempuan memang cepat melenting sebab itu staf-staf pejabat termasuk yang perempuan kalau boss lelaki kena transfer ke tempat lain, mereka sentiasa berharap yang akan menggantikannya boss lelaki juga (saya pun macam tu jugak!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya memang lagi suka bos lelaki. perempuan ni lebih emosi dan tak fikir panjang.

      Delete
    2. kejap ini kelakar.. win punya statement hihi.. sebab tu kuasa cerai kat tangan lelaki.
      kalau sungguh kat perempuan kerja naik turun mahkamah saja =P

      Delete
    3. tulah, bak kata abang Jr, dah 100 kali kena cerai.tu baru satu couple..kalau 100 couple.pening hakim...haha

      Delete
  9. apa yang sangat membuatkan saya pelik bila orang macam ni boleh kahwin sampai ada anak dua tiga.. nampak awal2 bahagia. tapi lama-lama bercerai. sedangkan dah beranak pinak. mana perginya cinta tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah Amy, kan orang kata perkahwinan ni bukan benda mudah. dari doa dipercepatkan jodoh, lebih baik doa dapt jodoh yang baik dan berkekalan.

      Delete
    2. Sometimes bila sampai certain phase, life makin taxing, persefahaman dah tak ada. Walaupum dah bertahun-tahun kahwin, tak boleh jamin yang kita faham pasangan kita. Worst case, tiba2 hati berubah,...

      Delete
    3. betul tu kak Farrah...kahwin ni macam ujian, dan dugaan dia memang banyak. bila makin lama hidup bersama, makin banyak perangai sebenar keluar, syaitan pun memang suka nak hasut macam-macam.benda ni susah nak cakap..setakat cinta tak cukup nak maintain sebuah marriage tu

      Delete
    4. cinta tu boleh hilang.. janji semua boleh terlerai.. nothing is fix in this world..
      dats why jangan janji sakan sangat nak kasi bulan bintanglah apa lah.. follow the flow
      dan berdoa..

      Delete
  10. perempuan mmg penyabar..tp terburu2 dalam tindakan.waktu tengah marah,
    hilang terus rasa sayang..tqpi marah perempuan ni sekejap..dah buat pastu menyesal..laki walau panas baran, tapi depa fikir panjang..bukan mungkin betul..betul sangat dah tu kata ustazah..Allah buat law mesti bersebab.Lelaki itu dicipta untuk memimpin.kena percaya tu!

    semoga kita kita kita semua dijauhkan dari segala penceraian..tak kisah la orang terdekat ke org jauh ke..mmg trauma,huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saya memang percaya semua tu.persoalan tu timbul masa saya sekolah, sekarng ni dah dewasa baru faham.
      yup, mintak dijauhkan.sebab pernah tengok orang yang rapat dengan kita mengalami, rasa trauma tu akan sentiasa ada.

      Delete
  11. Syaitan mmg suka sgt bila org bercerai berai ni.. itulah salah satu matlamatnya wujud di dunia ni. T kasih atas perkongsian & peringatan ini Sal..

    ReplyDelete
  12. Bc entry ni tingat lecturer sy kt, mas adalah negara ke 2 d dunia yg memiliki penceraian tertggi... so nnt kalu nk tanya org ttg status jgn tanya da kawen ke blom, tp tanya da cerai ke belum? ;););)

    ReplyDelete
  13. Isu ni kami pernah bincang dalam kelas. Banyak jugalah didebatkan. Memang sedih kalau perkara ni terjadi kepada orang yang terdekat.

    ReplyDelete
  14. Saya sentiasa sokong pendapat Sal..
    Betul, jangan salahkan mereka yang bercerai kerana kamu xtau apa yang kamu semua bakal lalui kelak.
    Hakikatnya masa bercinta n belum ada anak memang indah...
    Tapi, tunggulah lama2 dah kawin...
    Macam2 masalah akan timbul bila sebelah pihak selalu taknak ambil peduli hal keluarga & hanya mementingkan diri sendiri...dll cth...
    Banyak saya jumpa perkara sebegini berlaku di sekeliling saya...
    Lagipun kalau patient stress.. Kita akan jumpa doktor untuk mengadu...
    Guess what, most of d problem memang is because of relationship problem. Especially asben-wife..

    ReplyDelete
  15. sebolehnya mde ni yang tak nak berlaku dlm perkahwinan...

    ReplyDelete
  16. Baguslah, Sal kalau berfikiran positif macam ni. Jangan kerana dek penceraian orang lain, orang yang rapat dengan kita, terus mempengaruhi keputusan kita untuk merasai alam perkahwinan. By the way, akak pun dah banyak kali menyaksikan penceraian orang-orang yang rapat dengan akak. Kalau kita sebagai orang luar rasa sakit hati, inikan pulak pada mereka yang bercerai atau diceraikan, termasuklah anak-anak yang tak tau apa-apa. Tapi akak memang respek pada orang yang dah bercerai tapi masih lagi mengekalkan hubungan baik sesama keluarga baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, so far yang saya tengok keliling saya walau dah bercerai pun diorang move on, bina kehidupan baru, takde yang dendam ke apa ke.

      Delete
  17. semoga kita jumpa pasangan yang membawa ke syurga.. dats why CT penah dngr orang cakap..
    kawen ngan orang pilihan hati pun belum tentu sbenarnya dia jodoh kita..
    dia mungkin hadir sekejap dalam perjalanan kita kita jumpa jodoh sebenar.. semuanya kerja Allah..
    ada hikmah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CT..akak setuju sangat.kadang-kadang soal kahwin ni kadang-kadang kita just tawakal je.yang penting doa dan usaha untuk jadi pasangan terbaik.ewah..

      Delete
    2. betul.. kita merancang mencari dan usaha. ada yang serasi and baik hati budi dan agama apa salahnya. tengok cara dia jaga diri dia dulu baru bleh nilai dia mampu atau tidak jaga kita.. ehehe.. ada tu.. otw =)

      Delete
  18. Bab lelaki lebih penyabar tu memang wanie setuju..walaupun sometimes nampak lelaki ni lebih panas baran, tapi perempuan ni lagi senang bertindak tanpa fikir panjang..pulak2 bila tengah marah bad mood and so on..mintak dijauhkan la ye perkara-perkara gini..

    ReplyDelete
  19. org pompuan emosi tinggi...tu yg kdg melebihi dari akal...takut byk kali cerai kalau pompuan ada kuasa bgi talak...nauzubillah

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya course penceraian ni mahal kan Sal. Nak ambik kira nafkah anak lagi, macam macamlah kiranya. Kalau tak ye ye memang tak mampu suami tu. Apa pun jodoh pertemuan di tangan Tuhan, sapalah yang boleh mengelak dpd berlaku semua ni.

    ReplyDelete
  21. sis juga menyaksikan penceraian . bagi sis , klu mmg dah x serasi hidup bersama , meneruskan perkahwinan itu hanya demi anak2 , itu lbh mendera jiwa dan stress yg blh membawa penyakit . lbh baik berpisah krn mungkn perpisahan itu akan menemukan jln baru yg lbh bahagia kpd kedua2 belah pihak . anak2 pula , bila mrk membesar nanti , mrk akan tahu bhw cinta n sayang itu x blh dipaksa ...

    ReplyDelete
  22. Betul, kadang kala kita kena terima perceraian tu sebagai permulaan utk sesuatu yang baru, yang lebih baik. Bukan penamat/pengakhiran.

    ReplyDelete
  23. jika di lihat statistik di jabatan agama islam..kes perceraian lebih ramai dari yang berkahwin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis..bahayanya..takut..minta sangat dijauhkan...

      Delete
  24. wow, terpegun dengan entry ni
    memang benar apa yang dituliskan
    penceraian bukan pengakhiran dan tiada siapa pun yang inginkan penceraian

    ReplyDelete
  25. salam saya nak bertanya ,, saya sudah 5 tahun mendirikan rumah tangga ,, dlu sy sngt2 sygkan suami sy , tapi dsebabkn sy selalu hadap perangai dye yang selalu tak mengaku silap , asyik nak nampk silap kita je , dan ada mase pukul sy , xmampu bag keselesaan untuk sy dan anak2 , sekarang saya jadi tidak punya rasa cinta dan syg malah apa lgi perasaan ak hormatkn dye mmg da takde ,, apakah susah untuk saya memohon cerai ?? bagaimana pulak dengan hak penjagaan ank?? dye selalu cakap lau nk lepaskn sy boleyh tapi ank2 dye yang jage ,, saya xboleh xde ank2 saya tolong la saya buuntu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah