Sape sini umur dah agak, ehem, lanjut, tapi belum kahwin? Angkat tangan!!! Eh, Akak belum kahwin? Akak pun? Awak kat sana tu..takkan takde orang nak? Nak kahwin dengan saya tak? Hahaha..kidding!
Aku belum kahwin. Dan aku ada ramai cousins dan kengkawan yang belum
kahwin. Kitorang OK je,life macam biasa. Tapi, kadang-kadang ada jugak gangguan dari orang-orang sekeliling yang membuatkan kitorang
stress. Sekali-sekala bolehla terima. Dah 2,3,4 kali kala rasa nak bertukar jadi Superman Hulk je. Ada beberapa perkara-perkara yang orang belum kahwin (especially
pompuan) malas nak dengar..
1.Kau ni tak nak kahwin ke?
Kebangangan
apakah ini? Sape tak nak kahwin oi...Kalau dah namanya manusia
normal, mestilah ada naluri nak disayangi dan menyayangi. Tak ada sape
yang nak mati reput sorang diri dalam sebuah rumah dikelilingi
kucing-kucing yang in the end makan mayat tuan dia sebab
lapar. Banyak sangat tengok CSI aku ni!
2.Kau ni memilih kot...
Pfft! Hidup
ni penuh dengan pilihan. Nak breakfast roti canai ke coco crunch? Nak
pakai baju pink ke baju hitam? Nak beli kereta kena pilih. Nak kerja,kena
pilih. Tapi kereta kalau dah jemu, boleh tukar. Kerja kalau cam
haram, boleh berenti. Tapi,kahwin
ni untuk seumur hidup. Memilih tu lagi baik dari main 'tangkap muat'.
3.Si polan bin si polan tu belum kahwin. Nak tak aku jalankan je?
Ini
golongan makcik-makcik yang scary. Yang buat kau rasa nak menyorok
belakang mak kau setiap kali dia bukak mulut pasal status bujang
kau. Sebab dia berani cakap something yang mak kau pun berkerut dahi
dengar...Seriously,woman,mind your own business!!!
4.Kau tunggu .... (insert celebrity name) ke ?
Kau
jawab je soalan tu macam ni:" Haahla, mana tahu ni.. Rasanya lagi 10 tahun cukup duit saya nak pinang dia."
5.Bila nak kahwin?
Life
doesn't run on schedule. Tak semua orang hidup dia semudah lahir-g
sekolah-masuk u-dapat kerja-kahwin-dapat anak-dapat cucu-the
end. Tak,Allah atur hidup seorang hamba dengan seorang hamba lagi
berbeza-beza. DIA lagi tahu bila masanya. Bila masa tu sampai, adalah
nanti. Kau suka ke orang tanya,bila kau nak mati?
6.Kau still tak boleh lupakan ... (insert nama cinta lama)?
Bukan
senang nak lupakan orang yang pernah kita sayang. Bukan sebab kita
masih berharap, tapi nak rasa feeling yang sama dengan orang yang
berbeza bukannya mudah. Kadang-kadang bila ingat balik, rasa tak sanggup
je nak frust lagi sekali, go through the same heartbreak all over
again.. Serik dah.
Eh, kitorang
sabar. Siapa kata kitorang tak sabar. Korang je yang suka assume kitorang
lonely. Tak dinafikan, ada golongan single yang nampak cam desperate
sangat nak kahwin. As if finding a husband/wife is the main reason they
woke up every morning. Tapi, bagi aku, tak salah.. Hak dia. Jangan dia kacau
bini orang, tunang orang lantak dia lah. Tapi majoritinya lebih
suka sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seharian. Sebab kami percaya
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Hamba-Nya.
So,my advice to all my single
friends...buat tak tau je. Tapi korang jangan la duduk melopong
je seolah-olah siling rumah korang akan terbuka dan jodoh korang akan
jatuh atas riba.Tak salah berusaha. Yang penting,bila
harus memilih, doa banyak-banyak moga itu pilihan terbaik..Wah,aku bab
nasihatkan orang memang pandai la kan!
Tapi kepada yang
terasa dengan entry aku, maaf. Aku faham maybe korang nak tengok
kitorang bahagia. Aku faham gak kalau korang jeles tengok kitorang hidup
bebas bagaikan camar pulang di senjakala. Eh...Tapi,kurang-kurangkanlah
cakap benda-benda yang boleh buat orang-orang belum kahwin ni bengang je
dengar. Kesian kat kitorang, walau luaran nampak cam happy hahahaha, dalam hati kitorang terguris orang tak tahu. Life kitorang nampak meriah, travel sana sini, beli apa je kitorang nak, berjimba-jimbut tanpa perlu mintak izin sesiapa, tapi kebahagiaan tu kau takkan nampak dengan mata.
Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu
Sabar akak.. kita geng..keke.. Akak dah nak 30 lagi lah tak larat hadap.. Ai yg masih awal 20 an ni pun dah senak telinga.. Rasa cam nak kasi penampar ja org yg tanya tu kan... Haha..
ReplyDeleteQA awal 20-an..Muuddaaaaaaaaaaaaaaa nya...
Deleteni kan kerja Allah.. biar lah Allah yang buat ... inshaaAllah ade le tu nanti ...
ReplyDeletetp jgn dok harap sgt tp tak berusaha pun tak leh .. doa dengan usaha sama naik .... chaiyok chaiyok
hehehe.. well said
ReplyDeletebila dorang tanya2, kau tulis nama dorang atas kertas, nanti dia tanya kau cakap..ni senarai org yg tak sabau nak sponsor.
ReplyDeletehaha..nice one!
DeleteMmg kdg2 buat hati sakit dgn sesetengah org ni.. sabar je lah. Semua tu kerja Allah. Semoga sentiasa diberi ketabahan & dipermudahkan segala2nya... aamiin..
ReplyDeleteKawin bukan benda main2, kecualilah bagi yg pikir kahwin cerai perkara biasa. Biar lambat kawin asal jangan cepat cerai. Dan satu lagi utk kaum hawa jangan tunjukkan diri desperate sangat nak kawin, lepas tu sesal tak sudah. Sekarang banyak kes pompuan berjawatan tinggi yg desperate sangat akhirnya kawin dengan lelaki yg pangkat rendah, malah dengan penganggur. Misalnya di satu hospital di sini ada 2 doktor pompuan, doktor pertama kawin dengan pemandu, kalau bini nombor satu OK juga, tapi jadi bini nombor dua! Seorang doktor lagi kawin dengan penganggur yg akhirnya baru diketahui penagih dadah....
ReplyDeletebetul tu abang JR, tapi kadang-kadng orang perempuan ni tertekan, tu yang buat gitu.pressure dengan family, pressure dari kawan-kawan. tu yang main sapu je apa ada, tak fikir panjang.ingat ni macam dalam drama Melayu tu ke..huhu
DeleteSsh kan kalau dh terdesak...takut pilih yg tgkap muat jer..tp Allah lebih tau jodoh yg trbaik utk kita
DeleteSsh kan kalau dh terdesak...takut pilih yg tgkap muat jer..tp Allah lebih tau jodoh yg trbaik utk kita
Deletesamoolaa...
ReplyDeletehehe tp da biasa da.rilex je la..
kann
betul kak Sal...kenapa org nak sibuk sgt... saya relax ja..insyallah ada jodoh.. kalau xda kat dunia.. kat syurga jodoh menunggu kita..
ReplyDeleteewah, cam lagu KRU plak...
Deletehahahah KRU la sgt
Deletehahahah serius entry ni kelakar...hehehe
ReplyDeletehuhu...saya tak kawin lagi dan kebanyakkan cousin dah kawen...semua dok pakat tanya wanie bila,wanie bila....haihh...smpai masa nanti adalah..pasal mak cik2 yang nak kenalkan ngan somebody2 tu memang sgt2 scary...tak nak woo...dan mmg jadi dalam life wanie...tak moo!!!
ReplyDeleteKenapa akak tetiba rasa sayu dengan entri Sal yang ini walaupun bila membacanya, kelakar semacam bunyinya? Oh, akak faham perasaan mereka yang single mingle di luar sana pada umur ini dan tika ini. Akak kan pernah melaluinya. Betul tu, Sal. Dulu bila orang kahwin, kita yang tengok orang kahwin ni pun punyalah berangan sampai rasa diri sendiri je atas pelamin tu. Lepas tu imagination runs wild sampai ada anaklah, ada keluarga bahagialah, betapa beruntungnya dapat kahwin dengan lelaki yang keluar dalam imaginasi masa tu (entah sapa-sapalah, confused dengan imaginasi sendiri tau). Lepas tu sebak dada, kerana rupanya masih berdiri di dunia nyata sendirian, kerja kahwin orang lain rupanya....
ReplyDeleteAkak dulu bila Mak sound sambil melara-larakan hati ini takut anak tinggal sendirian dah tua nanti, akak buat perjanjian! Pertama, akak bagi setahun untuk Mak buat apa sahaja konon nak cepatkan jodohkan, nak kenen dengan anak sesiapa pun suka hati Maklah... Kalau tak berjaya, kena 'biarkan diriku sendiri menentukan jalan hidupku' (Eh, dah macam nak buat lirik lagu pulak!)
Takpa, Sal. Kebalkan gegendang telinga. Buat je muka menyinga bila orang tanya supaya mereka tahu yang kita terasa. Awakkan kerja suratkhabar. Cetak je satu kad kahwin yang cun melecun lepas tu bila kena tanya, tunjuk je kad tu. Nampak tak kad dah siap, nama pengantin lelaki je yang takda *_*
Sal, ni akak nak tanya....
Tak boleh lupakan ex boyfriend si Takenouchi tu ke?
Hahaha....
hahaha...saya still menanti pinangan 'Eden Hazard' (sila google). haha, saya dah terbiasa pekakkan telinga, cemaih nak pekak betul-betul je.hehe.saya tak kisah orang sangat sebenarnya, just that tulah, saya tak tahan bila parents saya buat dialog sedih macam mak akak tu.
Deletehanya orang yang pernah melalui sahaja faham, kan...kadang-kadang bukan diri kita yang risau, tapi orang sekeliling yang buat hati rasa berat je
senyum ja la Sal tiap kali mendengar pertanyaan2 tersebut...
ReplyDeleteKalau SS... Di tanya soalan "Bila nak kawin?"... SS akan jawap dengan soalan jugak "Bila ko nak mati?"... Tengok boleh jawap tak? Next time Cik Sal tanya orang tu balik "Ko pernah dengar tak Jodoh... Ajal... Maut... Di TANGAN Tuhan... Adakah Tuhan itu bertangan????? Ko boleh jawap????"... Kalu dah JOdoh tak ke mana... Kalu dah HOdoh pon tak ke mana... Kalu dah BOdoh lagi tak ke mana!
ReplyDeletewah, orang yang komen lagi emo dari penulis entry ni...hehe.suka quote " kalau dah bodoh tak ke mana tu.." hahaha.
Deletesuka statement SS..give 5..ohh..x cukup give me 10...hanya org BODOH je ckp seperti statement dalam entri Sal tu...JODOH itu kerja Allah...
Deleteemonya SS...
DeleteLambat cepat semua kerja DIA..
ReplyDeleteDIA sebaik-baik perancang utk kita..
umur sis lagilah berganda2 dr sal . dah kebal doh telinga ni . bkn tak usaha dan cari . Jodoh kan urusan Allah ... buat dono je ...
ReplyDeleteJodoh di tangan Allah..dia maha mengetahui..Buat tak reti jek. Nak jaga mulut orang memang susah. Kadang-kadang yang tak ada kena mengena tu pulak yang lebih2...
ReplyDeleteJodoh tu ketentuan Allah..
ReplyDeleteabaikan je...
ReplyDeleteBetul ke yang no.6 tu, Sal.
ReplyDeleteSorry to hear that:(
No matter what, life must go on...
well, pernah frust.so, jadi takut nak jatuh cinta.setiap kali pun berhati-hati takut tersilap langkah.
Deletesecara positifnya.. a better one will come =)
Deletehopefully.. Insha Allah
DeleteKawen cepat is not d utmost important thing.
DeleteKalau kawen cepat tapi hidup merana buat apa?
true to that..selalu cakap ngan kawan-kawan.jangan dok doa kahwin cepat, tapi doa supaya dapat jodoh yang baik..jangan kahwin sebab rasa diri dah 'terlambat'. nanti sendiri menyesal..
Deletedont worry, doakan yg terbaik. maybe jodoh belum muncul lgi skrg tp dia tunggu waktu2 tepat utk muncul ekekeke
ReplyDelete(komen je pndai pdhl baru lps spm ahaha)
Singgah mlm jap .....
ReplyDeleteYelah kan.... anak dara pun manusia biasa jugak ada hati ada perasaan, kalau time nak period lagilah sensitipnya....ye dak.....
Tak pelah Sal, insyaallah satu masa nanti sampailah jodoh tu....alah baru 30 muda lagi tu weyh...relax ar...pekak kan telinga sudah!!
baru nk masuk 30 sal...muda lagi...yg penting enjoy your life...masa ni la nk merayap ke sana sini...ada geng lg bes.. :)
ReplyDeletepedulikan apa org nk kata or nk tanya...
yea! betul kak sal! suka sesgt..yeahh!
ReplyDeletei'm so understand my fren...hahaha...kita dah lalui mcm2 sama2 beb....
ReplyDeletekita releks je kan....xde hal lah....
memang aturan Allah tu terbaik.dah smp masa nti ada la tu..hidup bujang ni tak bley stress.teruskan berusaha cari yg terbaikmemang aturan Allah tu terbaik.dah smp masa nti ada la tu..hidup bujang ni tak bley stress.teruskan berusaha cari yg terbaik..ohh cik sal umo 30 la ekk..muda lg tu.hehe.org bkn faham sbb depa tak rasa...anggap ja depa amik berat.hehe
ReplyDeleteohh cik sal umo 30 la ekk..muda lg tu.hehe
percaya sahaja kepada aturan allah... manusia ckp byk pn bkn boleh buat apa2 kan...
ReplyDeletejgn cakap yg belum kahwin.. yg dah nak kahwin ni pun org dok tanya bila nak kahwin.. haish, manusia. hahaha
ReplyDeleteKahwin bukanlah pengakhiran hidup kita tapi makin bertambah tanggungjawab kita. Dengan kahwin kita penentu samada masuk syurga atau neraka. Saya pun masih bujang. Hehe. Kira kak sal sebaya kakak sy la sebab dia pn nk masuk 30 dah tp masih bujang. Kadang kesian jgk tgk org tny mcm2 kt dia bila nk kawen
ReplyDeletebetul tu.. indah kawen yang orang dok sebut tu time tengah kenduri iyeeee la meriah. marriage yang dikejar bukan wedding.
Deletebetul tu...ramai orang nak kan Wedding tu, padahal yang penting adalah marriage...
Deleteramai yg kahwin tetapi ilmu keibubapaan x ada..huhuhu
Delete1. obviously lah nak kan.. betul tu sapa nak ended up seorang diri. tu pun mujur ada bela kucing.. kalo tak ada bela kucing ? huhuhu
ReplyDelete2. i have to lepas apa yang dah dilalui.. kena untuk tak buat benda yang sama berulang. hoooi kena pilih hoi. perempuan kalau kawen tak ada patah balik dah. lelaki lain ahahaha..
3. belum lagi jumpa spesis scary macam ni..
4. alasan yang CT slalu cakap kat mak.. nak tunggu (retis kpop) masuk Islam.. sabarlah. pintu hidayah mungkin dbuka untuk dia ahahaha..
5. betul tu kak.. if hidup A indah saja tak semestinya hidup B akan sama indah.. tapi sejujurnya.. betul ke A rasa indah ? ke dia jeles dengan B sebab dapat rasa cabaran hidup yg bermacam2..
6. yes !! bukan masih berharap bukan masih terkenang-kenang. tapi tak snggup nak mulakan something yang baru. takut sia-sia sama cam yang lepas. jadi play safe. tak cari pasal dengan sesiapa..
7. aaha ni paling CT suka.. sebenarnya yang sibuk tanya tu yang lebih2 ahaha.. kita okay aje kan. as long as ada kerja ada duit dah setel.
soal jodoh ni misteri selamanya. tho dah kawen sekalipun.. tak bermakna pasangan kita hari ni adalah jodoh kita. we will nver know. Allah temukan at the right time and place. kalau bukan masanya means bukanlah. its okay kak.. memang mulut orang kita x boleh tutup. tp kita boleh tutup tlinga kita kan.. buat do no saja.... eeheh
orang tanya bila nak kawen ?
"esok.. bak mai duit nak buat kenduri kat pullman.." mesti senyap.
panjang lebar CT komen...hehe.betul kan CT...apa yang kita rasa dalam hati, Tuhan je yang tahu.takde sape nak sendirian sampai ke akhir hayat, tapi bila orang asyik tanya, rasa diri ni cam loser je. Cam banyak sangat kekurangan diri.
Deletenak kahwin kena pilih betul-betul, sebab ni bukan game boleh rewind.
akak pun tunggu Cristiano Ronaldo masuk Islam nih...hehehe
Mak oiiii CT, dah boleh jadik cerpen ni..
DeleteOkey..nak JAWAB soalan pertama tu...SAAAYAAAAAAAAAAAAAA!!!...saya belum Kahwin..kenapa? kenapa? ada org nk bagi hadiah ke kerana berjaya mengekalkan status MASIH Bujang? :-)
ReplyDeletehahaha..takde hadiah pun, saja nak busy body, berkenalan dengan rakan senasib..hehe
Deletekalau ada dpr hadiah saya pon xnak gak la
DeleteSoalan 1 : ko ni tak nk kahwin ke? org yg tanya soalan mcm tu hanya org bodoh je tanya...tanya soalan tanpa berfikir tapi tanya soalan beremosi...ohoiiiiiiiiii...siapa x n kahwin oi..ada org jaga , ada anak, ada family ada kehidupan..TAPI belum tentu KAHWIN itu akan BAHAGIA...belum ada jodoh, belum bertemu pasangan SERASI dan SESUAI di HATI mcm mana nau kahwin..kalau ada jual kat mana2...cepat2 gi cari tau..itu jawapan dari sis JM!!!
ReplyDeletekan..kalaulah bakal suami tu boleh order online, memang dah lama dah buat gitu. yup, dari kahwin tapi merana, baik hidup bujang. bukan apa, kena pilih betul-betul sebab kita nak sampai ke 'sana'..kalau takat pakai kat dunia je, nak buat apa
DeleteSETUJU dengan Sal..Kahwin nk tambah PAHALA bukan nk TAMBAH DOSA kan...
DeleteBukan bodoh jaa..bangang sekali..!
DeleteSape takmo kawen..Tapi, andai kita tau apa akan berlaku di masa depan..mungkin kita akan lebih berhati2 dalam membuat pilihan.
live must go on Sal..peduli kan semua soalan2 tu..tiap2 tahun soalan yg sama menerpa ke teligna sis JM ni tapi x pernah simpan di hati let its go...kenapalah dorangt risau hal org kawin ke tidak..kalau kita x kawin dorang perlu byr kita mkn minum ke..hidup dorang x senang ke...yg dh kahwin korang patut risau kan anak korang nanti kahwin ke tidak..ishh..kenapa si JM lak yg HEMO nih..ahahaha..ye lah dh masuk kategori ANDALUSIA..so mmg dh x kesah kawin ke tidak yg penting ENJOY..boleh travel dengan AMIN...hurm..harap2 jumpa prince charming semasa travel AMinnnnn hihihih
ReplyDeleteBetul tu JM...kdg terpkir jugak cenggitu..kita ni menyusahkan dia agaknye..huhuhu
DeleteEhh..kita pon pnh rasa semua tu sblum kawen...nek rimas kann
Betul tu JM...kdg terpkir jugak cenggitu..kita ni menyusahkan dia agaknye..huhuhu
DeleteEhh..kita pon pnh rasa semua tu sblum kawen...nek rimas kann
Sebokk je..
DeleteSok2 anak die pulak lambat kawen...
Haaahhh...menjawablah soklan orang lain pulak.
What u give u get back..
Pulang paku buah keras...
sy rsa drpda diorg tya soklan cenggitu baik diorg doakan yg terbaik utk kita kan..
ReplyDeleteAgreed!!
DeleteSal..soklan diorg xkan berenti disitu jer nanti..bila dh kawen..soklan seterusnya..bila nk ada anak..kalau dh ade anak..bila nk bermenantu...smpai kesudah soklannye..diorg ni xpernah dgr agaknye semua itu ketentuan dr Allah...doa yg baik2 je sudah la kan...dia pon dpt pahala..
ReplyDeleteSal..soklan diorg xkan berenti disitu jer nanti..bila dh kawen..soklan seterusnya..bila nk ada anak..kalau dh ade anak..bila nk bermenantu...smpai kesudah soklannye..diorg ni xpernah dgr agaknye semua itu ketentuan dr Allah...doa yg baik2 je sudah la kan...dia pon dpt pahala..
ReplyDeleteKarang tetiba menjanda lain pulak soklannya..
DeleteCabai mulut tu baru padan muka!
sy rsa drpda diorg tya soklan cenggitu baik diorg doakan yg terbaik utk kita kan..
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletehmm... penat dah telinga mendengar.. bila nak kahwin, ha, tengok, jiran sebelah, anak dia sebaya along, dah bertunang dah... << bagi hint la tu... kat uniten kan ramai lelaki, takkan tak ada yang melekat -.- kalau dah boleh gam, akan ku gam semua yang handsome dekat uniten tu. wakakakakka..
ReplyDeletetapi betul. jodoh tu ALLAH sahaja yang tahu. kalau kita tak ada jodoh dekat dunia, moga2 ada di akhirat. akhirat tu kekal abadi. dunia ni sementara je
hahaha..akak suka kat part gam tu.tapi iyelah, Mak Ayah ni kadang-kadang diorang just risau kita tak kahwin sampai tua, nanti mereput sorang-sorang tkde sape jaga. Tu jelah kot...huhu
DeleteApa salahnya kan kalau kita ni single. Single by choice :)
ReplyDeleteI pun wanita single sal..thn dpn dah masuk 35..i enjoy aja being sgl..sbb belum jumpa yg benar2 sesuai dan ikhlas..mmg ada kwn rapat tnya ko tak nak kahwin ke..ke ko takut nk kawin sebab dengar kisah2 org..tak juga..kdg yg dtg dlm hdp kita tu kita pula rs tak match..kdg yg kita btl2 nak tu..bkn jodoh kita..sadis beb ..serah pd Allah sajalah..Semuanya Allah yg jadikan..dan x semua org ni ditakdirkan bernikah..dlm quran pun ada kata..tak semua org kahwin dikurniakan anak..Quran juga kata..yg pntg kita happy jd diri kita..pekakkan telinga bt bodow aja..mulut tempayan blh tutup..mulut org..ðŸ¤ðŸ¤£
ReplyDelete