Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Al-fatihah buat Pak Cu Zul

Thursday, 18 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua. Berwarna-warni sekali Januari aku. Sekejap cerita happy, sekejap cerita duka. Kalau awal bulan aku dikejutkan dengan berita pemergian rakan, Ahad lepas (14 Januari) aku menerima berita kematian suami kepada Mak Cu pulak. Mak Cu adalah adik kepada arwah Mak. 

Kenangan aku dan Pak Cu banyak jugak, dari zaman dia nak mengorat Mak Cu, masa tu aku masih sekolah rendah; sampailah anak-anak diorang dah dewasa. Arwah Pak Cu selalu bawak aku jalan-jalan. Zaman belajar dulu, masa aku cuti semester  dan teringin balik ke kampung, Pak Cu lah yang akan menjemput aku di Terminal Bas Bentayan Muar. Sedikit pun aku tak lupakan jasa-jasanya.

Cuma takdelah terkejut sangat sebab Pak Cu pun dah lama sakit tiga serangkai. Masa aku kahwin pun arwah dan Mak Cu tak dapat datang sebab arwah menjalani dialisis. Terima kasih Pak Cu pinjamkan kak Ngah (satu-satunya anak perempuan mereka) untuk menjadi pengapit.

Alhamdulillah pengebumian berjalan lancar. Ramai saudara-mara dan rakan hadir menziarahi arwah. Al-fatihah untuk arwah Zulkefli bin Zainal.


Pak Cu dikebumikan di kawasan perkuburan yang sama dengan atuk, nenek dan mak kandung aku. Sempatlah juga aku mengambil kesempatan menziarah kubur mereka. Cuma sayangnya suamiku En.I tak dapat kubawa bersama kerana En.I sedang berkursus di Terengganu. Aku ditemani mak abah dan adik bongsuku. Alhamdulillah silaturrahim dengan keluarga arwah Mak tak putus.

Al-fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita

Kenangan kali terakhir raya bersama. Pak Cu sekeluarga turun ke KL. Masa ni nampak uzur Pak Cu dan wajahnya lebam

Al-fatihah untuk arwah Pak Cu ku, Zulkefli bin Zainal. Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Moga the rest of January baik-baik aja

Read More

April Wrap-Up

Saturday, 29 April 2017

Assalamualaikum semua! Ikut hati memang nak update blog dengan kerap. Tapi tulah, bila sibuk , terpaksa buat entry pukal. Ceh.. macam lah korang minat sangat dengan kehidupan aku. Kah kah. Syok sendiri namanya..layan jelah.

April has been a busy month. Busy sebab ada..

1.Dinner Company

Office aku jarang ada peluang buat dinner. Kalau dapat 3 tahun sekali pun syukur. Dinner kali ni bertemakan smart casual dan glam. Walaupun mengelak, aku terjebak jugak jadi ahli comittee. Tak best betul. Bukan apa, dah 2 kali dinner aku terlibat belakang tabir. Teringin nak datang pakai cantik-cantik, makan dan 'be surprised'. Sebab ahli comittee memang sedia tau tentang susunan majlis, hadiah lucky draw dan game. Tapi dah telibat, lapangkan jelah hati. Aku ajak adik bongsu aku teman. Aku bayar, dengan syarat, dia drive. Mak aku kata aku memang power bab mengelak tak nak drive. Hahaha.

Sebab aku tak pandai makeup mata, aku terjah kaunter Elianto kat Mid Valley. Tapi bukan percuma ye. Kena beli produk dan staf dia akan mekap berdasarkan barang yang kau beli. Takpun, kau beli produk bernilai RM120 dan dia akan mekap kau full. Dari bulu mata sampai bulu hidung. Aku beli eyeshadow dan concealer je, tapi alang-alang dah make up mata, dengan blusher dan highlighter sekali staf tu tenyeh.

Eyeshadow stick 2 batang, concealer, eyeshadow. Semua sekali around RM50

Aku ada this bad habit suka beli barang mekap bebanyak padahal tak reti or jarang guna. Ni baru separuh dari apa yang aku ada. Sape lagi ada perangai macam ni sila angkat tangan!

Majlis bermula agak lambat sebab hujan lebat, jalan jadi jam dan hotel Cititel ni betul-betul sebelah Mid Valley. Memang susah nak cari parking.

Ni gambar paling decent. Tu pun candid. Kah kah.

Konon nak try pakai shawl. Hari-hari tengok tutorial, tapi ambil masa setengah jam melilit. Cmane korang semua pakai shawl effortless je wei! Aku memang cannotlah tudung selain bawal. Huhu. Tapi walaupun tudung behave, mood aku agak merudum time ni. Kenapa? Nanti aku cerita.

Dekat majlis ni aku tak banyak sangat amik gambar. Satu sebab mood ke laut, satu lagi sebab kena bertugas dan satu sebab lagi adalah aku still tak pandai nak senyum dengan braces. Bila senyum tutup mulut, bibir jadi terjuih dan muka garang gila. Memang hodoh teruk. Nak senyum nampak gigi rasa tak selesa. Maka kerja aku elak kamera jelah. Haha. Rugi mekap memahal.



Gitu gini pun, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan tatkala aku hampir nak tersandar keletihan kat kerusi, nama aku dan seorang lagi tetamu dipanggil. Ah sudah..lucky draw kan dah habis. Takkan diorang nak panggil aku perform pulak. Mentang-mentang suara aku sedap. Cet, poyo kan puji diri  sendiri.

Tiba-tiba...Surprise! Diorang nyanyi lagu Happy Birthday! Nampak tak betapa nervousnya aku. Kau mampu satu dewan nyanyi untuk kau. Hadoi..

Birthday abang sebelah aku tu hari sebelumnya, tapi birthday aku hari lusanya. Still, aku agak surprise sebab aku hide birthday kat Facebook. Aku kan tak suka bukak FB, so malas nak tepek birthday kat situ kang orang wish aku tak reply cam kurang ajar pulak. Pastu time birthday orang aku tak wish pun rasa tak best jugak kan.


Lucky draw aku dapat Sijil SSPN. Adik aku dapat voucher spa. Plan nak pergi spa sebelum majlis kahwin adik aku. Glowing lah time wedding tu nanti. Amboi, kakak pengantin over OK.

2. My birthday

Hari lepas dinner tu, aku malas nak keluar. Lepak rumah je tengok TV. Malam tu family belanja sate, early celebration kekdahnya.


Tapi aku tak makan banyak sangat. Puncanya sebab gigi bongsu aku yang belah kiri makin melampau-lampau sakit. Itulah punca utama aku moody dan tak selesa nak senyum time Dinner Company. Kau taulah kalau sakit gigi ni benda kecik pun boleh buat kau angin.

Mungkin sebab tu birthday kali ni aku rasa sangat alone. Lately aku kerap tak sihat. Dan bila sakit, takde tempat mengadu, rasa sepi sangat. Betullah orang kata bila sakit ni emosi senang terganggu. Lagipun aku stress jugak kat tempat kerja dengan perangai colleagues aku, so tu pun antara punca aku selalu turn on Bitch Mode.


So, Happy Birthday to me! Still ugly, still single, still waiting for Liverpool to win the league. Kah kah.

 Kek dari kengkawan opis.

3. Minor surgery wisdom tooth. Again

Sebab sakit gigi dah tak tertahan, aku pun book untuk operate gigi bongsu belah kiri aku di klinik sama aku buat braces. Senang coz diorang ada aku punya dental XRay. Kali ni Dr.I yang operate, bukan Dr.K. Kalau Dr.K mahu dia membebel berkilo-kilo sebab saja lambatkan operate. Salah aku jugak kan, benda dah sakit dari tahun 2015 tapi takut punya pasal, elak memanjang.

Mula-mula, Dr.I check dulu dan tanya samada aku ada rasa sakit ke tidak. Sakitlah doc, tak sakit tak datang. Haha. Compare tu belah kanan, gigi bongsu belah kiri tertanam lebih dalam dan melalui saraf. Aku punyalah tak tahan, aku cakap je dengan doktor tu yang aku sanggup operate hari yang sama instead of makan ubat dan datang balik. Diorang siap mintak aku sign permission form. Pergh..serius ka? Macam nak operate jantung siap kena sign bagai.

Operate kali ni lebih teruk dari yang first time. Dr. I kata dekat tempat gigi bongsu berlaga dengan geraham tu dah bernanah, tu sebab sakit. Masa dia inject bius, ngilunya rasa nak menangis. Tapi Alhamdulillah, lepas hampir sejam, minor surgery aku pun berakhir. Ah..leganya. Turun dari kerusi kepala rasa pening. Call adik aku suruh amik.

Credit info and image : Source

Balik tu aku terus demam. Demam urat orang tua-tua kata. Sampai muntah-muntah sebab perut masuk angin. Dah nak makan tak lalu. Pipi dan rahang kiri bengkak dan tak boleh bergerak, terpaksa tuam dengan ais. Masa tu risau sebab teringat dalam permission form tu ada mention yang since gigi aku melalui saraf, ada kebarangkalian saraf terpotong dan rosak kekal. Salah sendiri jugak, tak menyempat.

Demam kali ni aku memang kronik, tapi mujurlah aku operate hari Khamis dan dapat dua hari MC. That's why aku kata proses penyembuhan lagi sakit dan lagi lambat dari operate belah kanan 2 tahun lepas. Last time aku takdelah sampai demam.

Syukur, kebetulan adik-adik aku balik weekend tu, so dioranglah tempat aku bermanja. Ambilkan bubur, bancuhkan glucose, make sure ice pack sentiasa ada dalam fridge. Bersyukurlah Sal, ramai lagi sayang kau.

Ambil masa hampir 5 hari untuk rahang aku kembali flexible dan boleh mengunyah seperti biasa. Syukur takde side effect. Dalam hal ni, penting cari klinik gigi yang dentist dia cekap dan ada tauliah. If tak confident, buat dengan kerajaan.

Read more : Cabut gigi bongsu : Q&A

4. Atuk masuk hospital

Belum kebah demam aku, dapat wasap dari group sepupu yang atuk aku masuk hospital kat Muar. Sebab badan dah tak larat sangat, aku bagitau kat sepupu dan pakcik aku yang lain yang aku akan balik  kemudian.

Nak menangis rasa tengok keadaan Atuk. Berat dah tinggal 38kg. 

Baik je demam aku terus balik kampung. Alhamdulillah,  Atuk aku dah discharge dan sekarang ada kat rumah makcik aku kat KL.

5. Bukak jahitan dan braces review 

Balik KL, pergi bukak jahitan operation gigi bongsu belah kiri dan tukar powerchain. Powerchain yang dipasang kali ni lebih tebal. Seminggu aku tak boleh mengunyah.

6. Holiday with BFFs

Stress kerja tahap aku perlukan vacation lebih dari segala-galanya. Aku penat. Kali ni dalam negara je. Nasib baik time ni dah boleh makan macam biasa. If not, rugilah kan.


7. Demam. Again

Teruk betul antibodi aku. Bulan ni je dah 2 kali demam

8.Pesta Buku KL @ PWTC 28 April-7 May 2017

Aku akan bertugas di sana. Kalau jumpa tegur lah ye. Boleh akak perasan blogger famous, padahal sendu. Haha.

Sekian kisah April. Wayang pun tak sempat tengok bulan ni.

Cabaran kerja company besar. Sorang dua buat taik, everyone yang bernaung bawah nama M**** P**** kena sumpah dengan rakyat Malaysia. Dah takde duit, lagi mintak kena saman. Bikin malu je.  Masin mulut korang, company ni kena saman sampai lingkup, kenalah aku dan ribuan lagi cari kerja lain. Nilah orang kata kerana nila setitik.
Read More

Kansas? Taklah, Sekinchan je!

Friday, 9 January 2015

Assalamualaikum semua! Entry ni merupakan sambungan dari kitorang makan-makan kat Restoran Lembah Bernam . Settle makan, takkan nak balik terus kan? Penat tau datang jauh-jauh dari Ampang (macamlah aku yang drive!). So, bila abang ipar aku (Abe Ngah) bagitau yang Abang Kadir (tauke Restoran Lembah Bernam) ada kebun jagung, aku terus excited..

Kalau dah lama baca blog aku ni mesti perasan yang selain dari filem hindustan, David Villa dan warna pink, aku turut obsess dengan watak Superman. Bukan Suparman ya buk..Menurut hikayat DC Comic, sewaktu Kal-El datang ke bumi dalam spacecraft dari Planet Krypton, dia telah terhempas bagaikan sebutir meteorite, di ladang jagung keluarga Kent di Smallville, Kansas. So, korang boleh nampak tak macamana penampakan entiti ladang jagung di depan mata menimbulkan rasa teruja tahap nerdgasm! Faham tak ni?


Inilah rupa ladang Jagung di Sekinchan.. Lain sikit dari expectation.

Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi...

OK, anak- anak, ni lah rupa pokok jagung ye.

Pokok jagung yang dah matang memang tinggi ye. Tengoklah, mak sedara, pak sedara, anak sedara semua jadi jakun nak bergambar dalam kebun jagung. Miang atau tak, itu belakang kira! Hehehe

Inilah birthday boy, dengan hasil tangkapan. Ahaha, tu sikit je. Nampak tak plastik depan Abang baju coklat tu? Sampai penuh plastik tu kitorang kerjakan. Yang baju coklat tulah Abang Kadir. Masih mampu tersenyum walaupun sedang dirompak oleh kami anak-beranak. Hahaha!!Siapa suruh dia offer nak bagi jagung free..

Dah dapat yang dihajati, kita gerak lah kan...dahlah panas terik, memang berlengas keti masing-masing.

 "Cinta Nur pada Abang, takkan padam walau Krypton terhempas ke bumi"
Time ni aku confuse antara mode Smallville dengan mode Nur Kasih. Eh jap, Nur Kasih berlakon kat sawah padi kan? Ni Nur Kasih versi ladang jagung kekdahnya.. Tak faham? Rujuk entry INI

 Ni kebun apa entah, lupa dah aku

Aku ingatkan dah penuh satu plastik, kitorang nak balik dah, tapi Abang Kadir ajak kitorang gi rumah dia minum-minum dulu. Layan gak lah air oren sejuk time panas terik ni. Nampak tak ni cerita basi, time Selangor belum dilanja hujan hampir setiap hari?

Lepas minum, kitorang gi terjah kebun kelapa diorang pulak untuk melengkapkan hasil tangkapan hari ni. Sorrylah takde gambar, aku kena dokong budak cinonet tu sebab selipar dia hilang. Thanks anyway to Abang Kadir dan keluarga di atas layanan yang tip top. Moga terus murah rezeki. Puji bukan nak bodek tau! Tak caya, cer google, ramai blogger yang puji restoran diorang. Blogger lain tu tak dirasuah dengan jagung, kelapa dan air oren, kot lah korang tak percaya cakap aku..hahaha

On the way balik, kitorang singgah kat Cendol Borhan. Cendol ni memang famous kat area Kuala Selangor ni. So, nak tau sedap ke tak sedap seperti yang diwar-warkan tu, jom kita terjah!

Birthday Girl dah letih layan cucu..




Diorang ni spesis mak sedara dia, badan kecik je tapi bab makan..erm...

Chicken chop

Rojak Ayam

Sedap ke tak? Giler tak sedap! Dia punya cendol tu, memang layan! Sejuk je masuk tekak. Tak manis sangat dan just nice je. Nak lagi best, tambah ais krim. Confirm tak cukup satu! Cendol durian merupakan signature dish diorang. Tapi aku sorang je yang tak order dengan durian sebab taulah aku kan perut Sepanyol takut sebu kalau makan durian time lapar. Lapar? Haah laparlah, dah puas bakar lemak berlari berkejaran dalam kebun jagung tadi..Hihihi.

Tu jelah cerita hari ni..panjang kan. Tulah kelemahan aku, jarang update blog tapi kalau dah update, memang berjela..

Thanks sudi baca you olls!!
Read More

Review : Restoran Lembah Bernam

Monday, 5 January 2015

Assalamualaikum semua! Sape sini ada family member birthday dekat-dekat? Mesti best kan, sambut sesama? Lagi meriah, dan conform takkan lupa. Paling best, dapat jimat kos. Tak payah sambut ulang-ulang. Hihihi.

Abah aku dan abang ipar aku berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Disember. Mak pulak berkongsi tarikh lahir dengan Rosmah Mansor iaitu 10 haribulan. So, hari tu akak aku ajak makan-makan sambil celebrate birthday diorang. Aku ni kan spesis sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan kurus macam papan...erk!

Awalnya aku ingat nak makan Satay Zaini kat Ampang ni je..habis-habis pun steamboat kat Tupai-Tupai. Sekali diorang ajak ke Sekinchan pulak. Uish...jauhnya! Ikut jelah Abe Ngah dan Kak Ngah wei. Sayangnya Abah tak dapat join sebab beliau ada urusan surau yang tak dapat dielakkan. So, celebrate birthday Mak dan Abe Ngah je.

The restaurant. Restoran Lembah Bernam

Kitorang sampai ni dah pukul satu,  so memang ramai pelanggan. Masa on the way ke sana aku sikit punya hairan. Ada ke orang datang sini, semata-mata nak makan? Agak ke dalam jugak. Kalau korang nak datang sini, cari dekat waze 'Jalan Terusan Utama, Kampung Tengah Pasir Panjang'. But let me tell you lah, view on the way nak ke restoran ni memang mendamaikan jiwa. Sawah padi terbentang di kiri dan kanan jalan. Pastu ada rumah kayu sebiji-sebiji yang comel. Terus aku on mode 'Nur Kasih' tau.

 "Apa pun yang jadi, Nur akan tetap tunggu Abang". Jangan kacau makcik nak berangan!

Sampai je kitorang terus cari meja paling besar dan duduk. Sementara belek-belek menu, boleh jamu selera dengan appetizer.

Jeruk , kek batik, tapai, tempe dan kacang goreng. Memang terbuka selera. Sebab lapar, kitorang makan ni macam makan main meal.. Huhuhu.

Keistimewaan restoran ni adalah menu dia yang eksotik. Tak main lah kalau datang sini order ayam, daging ataupun siput sedut.





Gigih tau blogger perasan famous ni dok tangkap gambar menu. Tauke tu tengok je aku. Mesti dia membayangkan restoran dia akan dapat special features dalam Harian Metro. Hakikatnya, kat blog picisan ni je.. hehe.


1. Sambal udang galah

2. Kari rusa

3. Rendang Landak

4.Ikan baung masak lemak

Ni antara menu yang kami pilih. Tak campur air, nasi ngan ulam-ulaman lagi. Segan doh nak tangkap gambar bebanyak. Cam jakun pulak. Tapi memang ye pun ni first time makan landak. Rusa ni kali kedua. So, what's the verdict? Of courselah sedap! Kalau tak sedap takkanlah ramai yang sanggup meredah nak sampai sini. Fazura bagi 5 bintang!

The aftermath.. maaflah ahli keluarga aku pemalu sikit, tu yang takde gambar diorang.

Bukan setakat makanan je sedap, tapi servis yang bagus, seating yang banyak dan parking pun senang. Memang puas hati! Plus point, toilet dia bersih dan surau yang selesa turut disediakan.

Dekat luar restoran ni ada wakaf, kotlah korang nak makan bersila. Tapi kitorang buat tempat tu port lepak sementara Abe Ngah n tauke kedai tu dok discuss business. Apa lagi, aku ngan adik-adik dan anak sedara buat tempat tu cam rumah sendiri le..Hehehe


Nah, belanja selpie dengan anak buah paling bongsu - Auni

Actually, kitorang sampai sini atas jemputan tauke kedai ni, kawan Abe Ngah. Settle semua, tauke restoran ajak ke rumah dia. Sebenarnya aku agak teruja nak gi rumah dia sebab Abe Ngah cakap kat rumah dia ada kebun tanaman yang aku teringin nak tengok. Apa dia? Ala, tunggu next entry lah. Tak..bukan sawah padi. Klu : Smallville.

Till then, thanks sudi baca ;)
Read More

Melaka Trip Part 2

Monday, 13 January 2014

Gigih kau kan Sal, gi jalan-jalan kat Melaka je tapi sampai 2 part blog entry. U olls boleh baca part 1 kat sini

Day 3

Pulau Besar aku datang!!!

Apa yang menarik tentang Pulau Besar ni? OK, first thing first, kalau nak ke Pulau Besar ada dua option. Satu, naik feri dari Jeti Anjung Batu. Jimat kalau tak ramai sebab harga tiket ikut kepala. According to laman web Kerajaan Negeri Melaka, harga tiket semasa adalah RM 11 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak. Tapi kalau pergi dalam big group boleh naik kat Jeti Umbai. Search for Medan Ikan Bakar Umbai kat GPS then tanya pengusaha bot kat situuntuk sewa bot ke Pulau Besar. Kalau keadaan laut sesuai diorang akan bawak naik bot laju. Lagi dekat , lagi cepat dan lagi thrill. Harga sewa bot boleh runding, dalam lingkungan RM 80 until 100 per boat pergi balik.



Pulau ni tak berapa sesuai untuk mandi-manda tapi adalah jugak pengunjung yang datang main-main air kat pantai or berkelah. At first aku tertanya-tanya jugak kenapa tourist tak datang sini. Tak jumpa pun foreigner pakai shorts berjemur tepi pantai. Hahaha. Bukan aku teringin pun nak tengok! Adakah kerana Pulau Besar ni di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)? First time seumur hidup aku dengar pulau ditadbir oleh jabatan agama. Biasanya jabatan pelancongan kan?

Kalau nak tau... kat Pulau Besar ni terletaknya makam wali-wali Allah dan ulama-ulama dari Tanah Arab yang datang ke Melaka untuk menyebarkan ajaran Islam sejak Islam mula bertapak di nusantara zaman dahulu kala lagi. JAIM yang jaga pulau ni untuk pelihara sejarah Islam yang ada kat pulau ni dan pada masa yang sama nak membendung gejala khurafat. Al-maklumlah ada sesetengah orang taksub sangat. Suka tabur bunga berlebih-lebih kat kubur, bakar setanggi, ikat kain kaler kuning hitam merah whatever. Mind you people, itu bukan amalan Islam OK!!



Kalau nak ronda pulau ni boleh naik van sewa ala-ala kat Manila gitu. Ada driver merangkap tour guide yang merupakan orang tempatan. RM 5 je satu kepala tapi dapat full tour keliling pulau. Too bad masa kitorang datang pulau ni tengah renovate. Banyak tempat tak dapat tengok. Huhuhuhu.



Pulau Besar ni ada banyak cerita menarik. Menurut masyarakat tempatan, Tan Sri Rahim Thamby Chik pernah bayar sebuah syarikat dari Itali untuk dirikan resort kat Pulau Besar dalam tahun 90-an. Tapi resort tu rugi teruk dan banyak kejadian misteri terjadi kat pengunjung dan pekerja resort. Orang kata mungkin sebab berkat pulau tu pernah jadi kediaman orang-orang alim dan banyak perkampungan bunian, so segala aktiviti maksiat memang 'tak dibenarkan'. Faham-faham ajelah kalau pelancong asing kan!!Orang Islam lagi kan boleh lupa diri apatah lagi yang bukan. In the end resort tu bungkus dan pulau bersejarah tu hampir jatuh ke tangan syarikat Itali tu tapi dipajak oleh seorang kaya dari Kelantan bernama Tan Sri Azmi. Kira dia partially owner pulau tersebut. Wallahu 'alam.

Tinggalan resort tu masih dapat dilihat antaranya bekas chalet, boat house dan padang golf dikelilingi hutan! Rasa macam dalam majalah Mastika je! Somehow boleh rasa the creepy aura...

Habis tour kitorang masuk ke Muzium Pulau Besar. Baik giler staff muzium tu bagi kitorang masuk walaupun waktu tu muzium tu ditutup sebab lunch hour. Menarik gak muzium ni sebab boleh baca sejarah dan cerita-cerita misteri Pulau Besar kat sini.


Balik dari Pulau Besar masing-masing kelaparan so kitorang decide untuk tapau lauk dan makan kat homestay je sebab malam tu nak balik KL dah. Pas Maghrib kitorang pun bertolak balik ke KL.Alhamdulillah selamat sampai sebab kalau tak selamat macamana lak boleh tulis entry ni.

OK people, thanx for reading!
Read More