Finale - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Tuesday 25 November 2014

15 Disember 2014 ni, genap tiga tahun aku kerja kat sini...

Sampai sekarang, jangan kata orang sekeliling aku; diri sendiri pun tak mampu nak rungkai misteri ni. Cmane someone yang tunggang terbalik belajar Sains bertahun-tahun kat universiti end up kerja syarikat suratkhabar.

Oh, kalau korang follow cerita ni dari Part 1 dan Part 2, korang akan faham maksud aku. Aku pilih Company Y. Kenapa? Sebab Company Y memang dah confirm ambil aku kerja. Tinggal sign offer letter je. Ada orang kata aku terlalu cepat mengalah. Mungkin jugak..tapi risiko yang perlu diambil terlampau besar. What if aku gagal lagi? What if aku telepas dua-dua sekali? So, aku pilih jalan selamat. Aku jumpa staff HR Company X dan bagitau aku tak dapat hadirkan diri untuk interview sebab aku dah dapat kerja.

Jangan tanya aku kenapa Company X tak ambil aku walau aku dah berkali-kali cuba. Diorang ada alasan profesional diorang sendiri. Korang jangan ingat diorang dah kenal aku, senang nak lepas interview. No, dear, nak impress orang yang kenal kau sebenarnya jauh lagi susah. Kau tak boleh nak twist cerita kau, diorang tau dan diorang sebenarnya perhatikan kau.

Dendam? No way!! Sampai ke hari ni aku still sayangkan Company X. Aku still contact dan jumpa kawan-kawan lama aku. Aku appreciate pengalaman aku kat sana. Setiap kali aku interview, aku sebenarnya 'jual' pengalaman aku kat Company X, bukan degree aku. Pengalaman aku kat Company X yang sebenarnya impress orang Company Y. Tak pernah ada sekelumit benci pun dalam hati aku walaupun aku ada dengar cakap belakang yang aku ni merajuk. Biarlah, aku tahu hati aku.

Aku percaya, aku memang ditakdiran bekerja di Company Y. Sebab satu hari Bos aku cerita yang sebenarnya bukan aku yang dapat jawatan ni. Diorang nak ambil calon lagi satu. Profil dia memang hebat. Tapi dia gagal dihubungi. So, diorang go for second choice, which is aku. See..kalau tu bukan ketentuan Allah, aku tak tau nak panggil apa lagi.

Tu jelah aku nak cerita. Pengajarannya korang pandai-pandai pilih hadam sendiri. Cuma nak nasihatkan kat adik-adik yang sedang cari kerja di luar sana tu supaya bersabar. Nak berjaya bukan mudah. Kalau dapat kerja, appreciate dan do your best.

Sebab aku ada jumpa orang yang senang dapat kerja. Diorang tak hargai dan kerja main-main.

Kalau kau pernah lalu derita menganggur, kau akan faham nikmatnya ada kerja. Bukan poket dan perut yang sakit sebenarnya, tapi emosi dan harga diri.

Till then, thanks sudi baca.

21 comments

  1. Thanks kak bagi nasihat. Wuwuwu. Takde rejeki lagi nak keje :(

    ReplyDelete
  2. Takpelah kak Sal. Dah rezeki kak Sal dekat Company Y tu kan :)
    Betul tu kak. Sekarang ni nak dapat kerja bukan senang. Kena sabar selalu dan jangan mudah putus asa.

    ReplyDelete
  3. ya, betul..appreciate kerja yg kita dapat dgn bersusah payah..buat yg terbaik..budak2 sekarang suka job-hopping, nak kejar gaji tinggi..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...keputusan yg diambil Sal nampaknya tepat..

    ReplyDelete
  5. Memang sekarang susah dapat kerja tak macam zaman saya dulu. Zaman saya dulu dengan degree Sosial Sains bila keluar U dah ada 2-3 tawaran kerja, semuanya dengan agensi kerajaan. Sampai tahap susah nak pilih agensi mana satu nak pilih . Bila dah buat pilihan kerja yang paling minat, 3 hari sebelum lapor diri datang tawaran dari agensi lain pula. Memang pening kepala masa tu mana satu nak pilih. Zaman sekarang kita tak pilih di mana nak kerja, agensi yang akan memilih kita layak atau tak layak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, zaman dulu pening tak tau pilih mana kan..huhu.

      Delete
  6. akak buat keputusan yang tepat.
    yup, kak sal, ada segelintir yg mudah dapat kerja tapi ambil sikap sambil lewa. bukan semua tapi segelintir.

    ReplyDelete
  7. Ohhhhhhh... akhirnya pilih company lainlah ya! Memang dah ditakdirkan rezeki kat company Y tukan, Sal. Kalau tidak, takkanlah nak ambil orang lain kita pulak yang dapat dek kerana orang pertama tadi tak dapat dihubungi. Takpalah, Sal janji ada kerja, ada gaji dan ada rezeki murah.

    ReplyDelete
  8. Takpe..janji ada kerja..

    ReplyDelete
  9. betul tu sal...sy perhatikan org skrg x sabar... nk keje cpt tp xde usaha...lg 1 memilih sesgt...kalu bgs sgt, knape ms sekolah dulu x belajar rajin2 kan? all the best ya...kalu ada jawatan kosong booked utk sy bleh? ;-)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah. yang penting kerja halal. try je lah dulu kan.... ada yang orang skarang ni, susah nak dapat kerja tapi bila dah dapat, dia memilih pula sampai reject. sebab kata macam x sesuai. dia x amek lagi dah kata x sesuai. entah-entah ALLAH memang nak bg tu ke.. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. True Amy. .masa awal2 dapat kerja sekarang ni, akak tanya diri akak, kau betul nak kerja sini? Baca suratkhabar pun malas. Tapi Alhamdulillah. .akak survive walaupun kena struggle sikit

      Delete
  11. Ketentuan Allah itu lebih baik dgn berkat doa serta usaha dari kita kan. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kpd yg lain.. All the best Sal.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. .kita tak tau jalan yang Allah dah atur untuk kita kan..

      Delete
  12. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  13. kalau dh reseki mmg xkan ke mana. Best apa kerja ngan suratkhabar

    ReplyDelete
  14. Setuju sangat....kalau kita mengganggur mmg nikmat sungguh ada kerja, ada duit poket sendiri....kecuali okje haha....Dah rasa syok pulak makan tanggung selama ini. Tension weyh kerja!

    ReplyDelete
  15. terima kasih Kak Sal..
    inilah CT dalam usaha mencari kerja.
    doakan ye..

    ReplyDelete
  16. thanks kak sal atas nasihat ni. doakan cikfafa jugak cepat dapat kerja..huhu

    ReplyDelete
  17. wuwu, nak teriak baca nasihat kak sal..tenkiu, mungkin rezeki timm belum tiba..huhuk..

    ReplyDelete
  18. Aah dah baca..susah betul nak buat pilihan kan? Takut menjerat diri.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah