Friday, 26 December 2014

Banjir - bukan soal bersedia atau tidak

Ah..banjir. Ini Malaysia, apa nak dipelikkan dengan banjir. Saban tahun ia berlaku.

Sebab tu kita berani mendabik dada? Konon kita hebat sebab dah biasa?

Tapi banjir kali ni bukan calang-calang. Hampir seluruh Kelantan ditenggelami air. Hati aku sendiri dirundung resah sebab Mak, Abah dan kakak aku anak-beranak semua berada di Rantau Panjang. Walaupun kawasan rumah diorang berada sekarang ni air hanya takat-takat betis, tapi kemungkinan air naik itu ada. Petang tadi parents aku kononnya nak ke airport, nak balik KL naik flight, sebab tu je alternatif terakhir. Malangnya nak meredah ke airport pun tak lepas. In fact, Pengkalan Chepa tu sendiri dinaiki air. Cuma kawasan airport tak terjejas sebab di kawasan tinggi.

Aku minta mereka stay saja kat sana. Risiko memandu dengan tanah runtuh di sini sana. Tapi, sampai bila? Kalau pun mak ayah aku lepas balik KL naik flight, kakak dan abang ipar aku anak-beranak cmane?  Mana dengan anak-anak sedara aku yang masih kecil. Ya Allah, risaunya aku sekarang ni, Tuhan saja yang tahu!


Bila jadi banjir, antara yang menarik perhatian adalah ahli politik. Terbaca satu sharing di FB yang aku rasa sangat relevan. Ahli politik kalau tak turun dikata tak perihatin. Kalau turun dikata memancing undi. Serba salah kan? Tapi tulah harga yang diorang perlu bayar bila dah berjanji nak berkhidmat untuk rakyat. Tapi ada gak yang berkhidmat dengan ikhlas. Memanglah nampak diwar-warkan media sebab memang tugas reporter dan photographer untuk snap dan report berita-berita macam tu. 

Bab ni aku tak nak komen sangat tapi kadang-kadang aku tak kenan gak diorang turun, terutama yang kekwat tu. Bila diorang turun, mesti heret bodyguard dan pada masa yang sama, bodyguard diorang bertanggungjawab memastikan YB diorang ni selesa. Dah kata keadaan macam tu, nak selesa cmane plak! Tapi tak semua. Kan ada perumpaan.ikhlas tu umpama semut yang hitam, di atas batu yang hitam, di tengah malam yang gelap. Dia ikhlas atau tidak, tu antara dia dengan Tuhan. Kau siapa nak persoalkan. Letak kejap perbezaan politik kat tepi please...

Lagi satu aku menyampah - heret hal kenegerian dalam bab banjir. Ada a few macam tu. Nak share something aku baca dalam FB. Seorang budak, yang kononnya dari negeri Johor, kata banjir Pantai Timur ni sebab diorang banyak dosa blablabla. Pastu ada plak orang-orang negeri Johor yang komen 'mintak maaf, kami tak macam tu, dia seorang je...' blablabla. Soalan aku : Apasal kita pulak nak mintak maaf? Admin page tu yang patut mintak ampun dengan Allah sebab bila dia share screenshot status macam tu, dia saja nak orang bergaduh.

Banjir..pun orang boleh ambil peluang nak timbulkan sentimen kenegerian. Orang-orang macam ni memang mintak kena rendam dalam Sungai Golok!

OK, sabar Sal sabar...agak emo di situ ye... Maaflah, aku risaukan mereka. Bukan setakat ahli keluarga aku, tapi semua rakyat Malaysia yang terjejas.

Misi bantuan di Manek Urai

Bila baca berita pasal banjir, rasa nak nangis. Memang bukan mudah, tapi ada gak complain tahap kecekapan pasukan keselamatan. Patutnya kita doakan keselamatan diorang. Ingat tugas diorang semudah tugas kita duduk depan monitor, tekan-tekan keyboard?

Banjir, ini bukan soal bersedia atau tidak. Ini musibah Allah..hebat mana pun persediaan awal kita, kita hanya manusia.

Kalau tak mampu membantu, jangan burukkan keadaan. Teruskan berdoa untuk mangsa banjir. Kasihan pada yang anak-anak kecil, orang tua, kaum wanita. Duduk bersesak-sesak. Makan cmane, aurat cmane. Sayu hati nak bayangkan. Yang berlindung di bukit-bukit entah macamana lah..takde bumbung apatah lagi dinding. Yang dekat hospital tu pun sengsara. Bukan senang petugas nak bertugas kalau ketiadaan elektrik. Semoga Allah beri mereka kekuatan dalam menghadapai cabaran kali ini.

Soalan utama, lepas banjir ni surut, lepas bencana ni reda..adakah kita akan kembali leka? Allahu..aku juga pendosa macam kalian, cuma dosanya berbeza.


2014.. tahun yang perit untuk rakyat Malaysia. Pun kenapa kita masih tak sedar lagi?

46 comments:

  1. Moga semua mangsa tabah dan sabar hendakNYA serta kuat dan sihat.
    Moga kita semua dilindungiNYA.

    ReplyDelete
  2. apa pun mrk di mana pun mrk , bagaimana pun mrk , mrk tetap manusia mcm kita . cuma keadaan jer yg berbeza . mrk di tempat banjir , kita di tempat selamat dr banjir ( buat masa ini ) ... hulurkan doa sekurang- kurangnya klu x dpt hulurkan tgn sudah dpt beri pahala tetapi berbanding menghina yg sudah tentu ada dosanya ...

    ReplyDelete
  3. Allah sajalah yg maha mengetahui atas apa yg dikehendakiNya
    Manusia yg suka melaga-laga sendiri perlu beringat mungkin belum kena batang hidung
    Satu yg perlu diingat semakin kuat iman seseorang semakin besar ujian yg Allah berikan
    Teruskan doa-doa kita memohon padaNya

    ReplyDelete
  4. kan?/tahun ni banyak benda sedih yang terjadi..

    ReplyDelete
  5. memang banjir kali ni luar biasa Sal..

    ReplyDelete
  6. semoga semua kembali pulih. amin..

    ReplyDelete
  7. semuga mereka bertabah dengan ujian Allah. mungkin ada hikmahnya dalam setiap kejadian..

    ReplyDelete
  8. Sal, kak ana doakan parent dan kakak sal sekeluarga selamat semuanya, amin. itulah keyboard warior yang hanya tahu scroll smartphone sambil komen,nothing than that... sedih lihat mentaliti khasnya kaum kita sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak ana, Insha Allah, diorang akan balik hari ni.saya risau jugak sebab keadaan tanah lepas hujan kan lembik dan mudah mendap.doakan mereka selamat.

      Delete
  9. Bersamalah kita terus berdoa agar sentiasa dikurniakan ketabahan serta perlindungan sebaiknya buat semua mangsa2 banjir... aamiin..

    ReplyDelete
  10. Priority sepatutnya di letakkan untuk selamatkan mangsa...soal politik..atau apa2 aje..cubalah ketepikan dulu..

    ReplyDelete
  11. Lupakan tentang politik, lupakan semangat kenegerian, lakukan apa yg terdaya untuk membantu, sekurang-kurangnya berdoa buat mangsa-mangsa banjir...

    ReplyDelete
  12. Betul tu Sal...Banjir ni musibah Allah..hanya Allah yang tau rahsia disebaliknya. Tak perlu mendabik dada membuat tafsiran sendiri. Dan ini juga bukan soal bersedia taua tidak. Terimalah hakikat bahawa Persediaan manusia tak akan sama dengan apa yang Allah rancang. Semoga mereka yang diberi ujian menerimanya dengan tabah kerana setiap ujian pasti ada hikmah..

    ReplyDelete
  13. Good sharing, Sal.
    Semoga bagi kesedaran pada saya & kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir, walaupun tak melanda semua tempat bukan bermakna tempat lain takda pendosa. Manakala tempat banjir tu banyak peNdosa.
      Allah bagi musibah sebab nak kita berfikir pada semua dosa yang kita dah lakukan selama ni.
      Jangan nak saling menuding jari siapa salah.
      Jangan nak persoalkan tugas orang lain..
      Jangan lupa tanya diri sendiri..apa peranan kita dalam situasi macam ni.

      Delete
    2. Tanya diri sendiri samada kita sanggup berkorban nyawa macam pasukan keselamatan negara atau kita yang akan 'cabut' dulu?

      Delete
    3. betul tu dr.shikin...anggota penyelamat tu bekerja siang malam kita tak tahu kan..cuba kita sendiri turun padang, baru tau langit tinggi rendah

      Delete
    4. Paling tak suka orang suka condemn itu ini kalau diri sendiri entah boleh buat macam orang yang dikritik.

      Delete
  14. hai Kak Sal.. CT datang menjenguk ni.. rindu tak rindu tak ?? kekeke..

    itulah Allah nak kasi peringatan dan teguran buat kita semua. diuji-Nya sikit dengan banjir. kalau diikutkan.. kita yang tak terjejas dengan banjir pun diuji. diuji dengan macam mana keprihatinan kita nak membantu. doalah untuk mereka. insyallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, memang ternanti-nanti kunjungan CT..lama menghilang.busy ek?

      ujian sebenar memang untuk yang tak kena banjir, nak tengok cmane kita respon.makin lama makin banyak fitnah.

      Delete
    2. bizi sket beberapa minggu..
      hehe lepas da bizi free pulak manjang tu yang qada mai jenguk kawan kawan hehe

      Delete
  15. Ini ujian utk kita semua. Sama-samalah kita doa supaya keadaan akan kembali pulish seperti sedia kala. Waktu2 beginilah sebenarnya nak uji sejauh mana kita semua bersatu, bukannya waktu untuk tuding jari.

    ReplyDelete
  16. part sy tak boleh tahan nangis bila dgr kat tv, budak kecik dan orang tua terpaksa berlapar sebab kehabisan bekalan. Ya allah, tak boleh imagine kalau orang tua sendiri yg begitu.. T_T

    semoga mereka tabah dan semoga semuanya selamat hendaknya..

    ReplyDelete
  17. kesian , kngkwn timm pun rmai yg dah terjejas kna pindah..ya, 2014..tahun yg sgt perit bg mlaysia..

    ReplyDelete
  18. kesian betul tgk mangsa2 banjir tu..anak2 kelaparan... aduhhh siann

    ReplyDelete
  19. Memang sedih sangat bila baca pasal banjir ni.

    ReplyDelete
  20. Sedih,sayu dan trauma setiap kali banjir melanda :'(

    ReplyDelete
  21. moga keluarga sal sekarang selamat ye
    akak pun ada atuk, pakcik, makcik dan sepupu dekat kuala lipis
    mereka juga terjejas akibat banjir, risau juga

    yelah hati kita memang sakit membaca statement keyboard warrior ni
    padahal mereka ni hanya tahu bercakap, kesian dengan mereka ni
    tak apalah sal, abaikan mereka
    kita sebagai ahli keluarga lebih tahu apa yang sebenarnya terjadi
    be strong girl =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak YY, saya pun doakan ahli keluarga akak baik-baik aje dan semoga mangsa banjir yang lain mndapat bantuan sewajarnya.

      keyboard warrior ni kadang-kadang main taip je, tak fikir perasaan orang.

      Delete
  22. kdg2 saya tgk bnda cm ni nk jdikan politik...nk gaduh la...
    ni pon satu petanda Allah nk bg..ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  23. yg budak mengata bnyak dosa tu tak tahu la nak kata apa . otak kat lutut . menda mcam tu pon nak buat gaduh

    ReplyDelete
  24. kita x berada kt tmpt mereka sbb tu kite pot pet pot pet tanpa perasaan. ahli politik pulak, acu malu sket dgn sultan kelantan (bkn puji tp realiti) tanpa publicity, boleh je baginda buat kerja?... penat kalu ckp hal mcm ni... yg pasti, kita mmg berdosa dan bencana ini adalah peringatan utk membersihkan dosa2 kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true..sultan kelantan memang berjiwa rakyat.bukan sekali-sekala, tapi dia amalkan dari dulu.untung rakyat Kelantan dapat sultan macam baginda

      Delete
  25. dek kerana simpati deng sedih dengan nasib mereka sis JM cuba menjadi salah seorang sukarelawan misi bantuan mangsa banjir yg akan bermula pada 3-8 jan 2014. Doakan semoga misi ini berjaya ye Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best kak JM..jaga diri ye.semoga usaha murni akak mendapat ganjaran dari-Nya.amin..

      Delete
  26. hati sebak dan sedih setipa kali tgk dan dgr berita di TV..habis rumah musnah dan rosak di atas bencana yg berlaku..

    ReplyDelete
  27. Org Johor ke cko gitu tu? Pergh..... bikin malu sungguh tu....
    Apa pun kita tiripkan doa buat mereka moga segala urusannya dipermudahkan

    ReplyDelete
  28. Scha tak suka bila melibatkan politik. Tapi, kat mesia ni kalau ada bencana, apa je yg tak kait dgn politik?

    lagi satu scha tak suka org suka suki share facts yang auta kat fb. mengarut.

    ReplyDelete
  29. Cis, orang Johor cakap macam tu? Tercabar pulak akak rasanya walaupun bukan akak yang patut minta maaf atas kedengkilan ilmu budak tu :)

    Akak memang tak faham mengapa bila terjadi sesuatu, ahli politik dan pihak-pihak tertentu menjadi tajuk hebat dan kita mula menuding jari dok menyalahkan itu, ini. Dugaan datang dari Allah. Ada sebabnya kita ditimpa bala satu demi satu. Masih lagi tak sedar! Itu silap kitalah kalau tak tahu lagi nak menilai dan mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku!

    Melihat keadaan banjir ni pun dah sayu hati. Itu semua orang yang akak tak kenali. Kalaulah ada kaum keluarga yang terbabit seperti Sal, mahu akak tak tentu arah jadinya. Tapi itu tak juga bermakna akak tak kisah sebab takda kaum keluarga akak yang terlibat sama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lumrah kot kak, kat Malaysia ni, bila jadi apa-apa, orang akan tengok ahli politik dulu.tapi kalau tengok muka bumi Malaysia ni yang dah ditarah sini sana, takde apa nak pelik bila banyak bencana alam terjadi.huhuhu.yang jadi mangsa bila banjir ni, orang-orang kampung...

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com