SuperMokh the Musical - again!

Thursday 11 September 2014

Assalamualaikum semua! Ingat tak aku pernah bagitau korang yang aku ni suka tengok teater? Disebabkan mahal, tak bolehla dilakukan dalam kekerapan yang tinggi. Setahun 2 atau 3 kali pun dah cukup. Tapi tahun ni, walaupun dah bulan September, aku still tak merasa tengok sebarang pementasan. Sedeyh sangat! Entah apa-apa yang aku busy pun tak tau! Kadang-kadang timing tak kena.  Time aku free takde tayangan best, atau takde kawan la pulak.

Dipendekkan cerita, rezeki kerja dengan NSTP, yang merupakan media rasmi teater SuperMokh the Musical,  aku dapat score 4 tiket untuk show kali kedua ni! Hahahaha... SuperMokh main bola, score...get the joke? Get it? Ok abaikan jelah pun aku yang lame itu


Dah kata tiket free, so takkanlah nak bagi grand stand pulak kan? Dapat tengok dari atas ni pun dah syukur. Kali ni aku ajak kawan-kawan aku Dee dan Farah dan adik aku, Aman.

Tarikh show aku amik ni special sikit sebab ada tetamu-tetamu kehormat lain iaitu Yang Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Dato Sri Najib Razak dan Tan Sri Khalid Ibrahim.  Memang gempak la tetamu-tetamu yang datang. Antaranya adalah bekas footballers sezaman dengan arwah Mokhtar Dahari iaitu Santokh Singh dan Ridhuan Abdullah serta isteri arwah Mokhtar Dahari iaitu Tengku Zarina. Rasa awkward je sebab pakai simple sangat..huhuhu. Maaf tak sempat snap gambar, terlupa bawak kamera. Camera phone aku memang kureng sikit.

Sejujurnya menyesal tak bawak kamera sebab tak dapat tunjuk lebih detail pameran gambar yang unit aku dah set up sepanjang pementasan SuperMokh the Musical-Restaging dari 8 sampai 21 September ni.


Gambar-gambar dalam pameran foto ni  merupakan koleksi arkib Pusat Sumber NSTP. Some of it digunakan sebagai montaj sewaktu persembahan teater. Jangan tak tau betapa berhati-hatinya kitorang check caption setiap gambar supaya tepat dari segi nama, tempat, tarikh dan situasi! Tapi since ini merupakan restaging, kitorang guna balik gambar-gambar yang sama, cuma print baru. Ingat lagi tahun lepas, sibuk lah jugak pilih gambar-gambar menarik, scan, baca cerita dari keratan akhbar dan buat caption. Dwibahasa lak tu. Paling aku pening ada satu gambar tu complete Malaysian National team, so aku kena pastikan nama setiap pemain adalah tepat. Kalau salah, haru wei! Alhamdulillah, lega hati bila dah tertegak cantik memenuhi ruang legar Istana Budaya yang eksklusif tu. 

Tak nak cerita panjang, aku still bagi 5 bintang untuk pementasan kali ni walaupun majoriti koreografi, lagu, pelakon utama dan dialog sama macam tahun lepas. Watak Kenny lakonan Douglas Lim still buat aku gelak dan watak Mokhtar Dahari yang dijayakan oleh Awie still berjaya buat aku sebak. Dan aku still tak percaya laki si Vanida Imran, Rashidi Ishak tu boleh menyanyi!


Part paling best, tarian ala-ala filem 'Tron Legacy' dengan teknik lampu LED tu. Lebih mantap berbanding tahun lepas! Nak cerita pun payah, sebab kat dalam teater bukan boleh tangkap gambar. Tapi, aku gigih jugak nak explain kat korang, so sila refer poster Tron dan explanation bawah ni.

Bayangkan orang pakai kostum ni, pastu menari dalam gelap. Kau just nampak jalur-jalur cahaya kat baju dia je bila dia bergerak.

Kalau nak baca review yang aku tulis masa first time tengok SuperMokh the Musical, boleh baca kat link ni : Supermokh Sebuah Muzikal memang superb!

Kalau u olls berminat nak tengok, boleh walk in Istana Budaya untuk beli tiket atau klik kat direct link ni :  http://www.ticket2u.biz/ShowEvent.aspx?ShowID=42

Terkenang masa kecik-kecik dulu, susah nak tengok pemain import beraksi dalam Liga Malaysia. Pemain-pemain jarang berpindah kelab. Rata-rata memilih untuk setia dengan kelab negeri kelahiran sendiri. Dululah..

Thanks for reading u olls! Alfatihah untuk Allahyarham Mokhtar Dahari. Legenda yang akan sentiasa dikenang.

Nota kaki : Rindu nak tengok bola kat mamak...

48 comments

  1. Replies
    1. Abmkl kaki bola ke bukan kaki travel ke hiksss

      Delete
  2. Kalau ada peluang selfih je dgn PM dan sultan. Deme suka tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, baru nak dekat dah kena halau dengan bodyguard diorang

      Delete
  3. wahhh best tu dpt tgk free...bkn 1 tp 4!!

    ReplyDelete
  4. Main bola sekarang bagaikan satu karier utk membolehkan hidup mewah Sal.
    Nationality sayangkan tanah tumpah darah dah terkikis dek kerana duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak..maybe sebab diorang terlampau dimewahkan agaknya.populariti dah macam artis

      Delete
  5. Bestnya dapat tiket free... :)

    ReplyDelete
  6. bagusla ade orang mcm Sal yang layan teater..

    ReplyDelete
  7. Najib pun hade? Tak selpie sekali ke kak sal? Haha

    ReplyDelete
  8. tak pernah tengok teater pon..memang pandai sal pilih date tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah kak..free kan,mana boleh pilih-pilih.huhu

      Delete
  9. Ramai yang puji teater ni. Better than the last pementasan katanya. Untung Sal dah tengok. Tiket free lagi..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, best berbanding yang last year.Kalau tak free tak tengok pun Raudz..mahal ni!

      Delete
  10. tak pernah tgk...mungkin akak bkn minat artis2 kut...tv pun tak tgk hehe..

    ReplyDelete
  11. Sebagai peminat bola, aku memang minat Mokhtar Dahari. Legend kot. Dalam filem Mekanik, arwah pernah muncul jadi cameo kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak perasan pulak watak dia dalam filem tu..huhu.honestly, sejak aku kerja kat sini barulah aku tengok gambar arwah.Selama ni dengar nama je dan cerita orang lama-lama tentang kehebatan Mokhtar Dahari ni

      Delete
  12. Wah Sal, hebat ni..tengok abang awieee... sesuailah Sal minat bola kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..abang Awie suara power kak! Maya Karin pun sama...

      kan, 2 minat saya bergabung dalam satu masa, teater dan bola.dapat tiket free, grab jelah peluang :)

      Delete
  13. tulah, kalut sangat agaknya time tu...menyesal plak.

    ReplyDelete
  14. yang pertama dah tengok... memang tak mengecewakan

    ReplyDelete
  15. Wahhh bestnye dpt tgk teater...teringin nak pegi... hehe

    ReplyDelete
  16. sis mmg suka tgk teater tapi blm pernah berpeluang menontonnya ...

    ReplyDelete
  17. Cik Sal kerja NSTP ke? Woahh. dashyatnyaaa! hehe.

    Tak pernah lagi berkesempatan nk tngok teaterr. wuwuwu

    ReplyDelete
  18. saya ada TAG awak kat sini...http://dilakazuha.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah buat entry versatile blogger award ni sis..boleh baca sini : Versatile Blogger award
      thanks tag saya :)mmuah sikit kat baby comel dalam gambar tu..hehe

      Delete
  19. Wah...awie jd supermok kan? Blog CHK dah tukar link.. Jemput singgah :)

    kathyrbain.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Seumur hidup OKje tak pernah tengok teater Sal.... best yeh....
    Nantilah tunggu Pak Jilap dah terlebih duit hehe ....Tulah pasal tiket mahal, baik belanja anak makan hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kata minat kan..hehe.ni nasib baik tiket free u olls, kalau tak kena kumpul duit la nak tengok Awie depan mata

      Delete
  21. Kalau ikut akak pun minat nak tgk teater secara live... tapi kat Sabah ni tak tau lah nak tgk kat mana..huhu
    besttt nya ...:)

    ReplyDelete
  22. Wahh menarik juga ni... Thanks sharing Sal.. :)

    ReplyDelete
  23. Teringin juga nak tengok teater tapi teater selalu mahal

    ReplyDelete
  24. Akak x pernah tgk teater minat sgt tp tgk ke rega tiket tu terus x jadi. untung sal keje ngan nstp dpt tiket free

    ReplyDelete
  25. Errmm... macam best... tapi belum cukup power untuk menarik diri ini ke istana budaya... :D hahaha... sebenarnya dah lama tak tengok wayang/teater...

    ReplyDelete
  26. pasal bola ke ni? alahai..kalau pasal bola, memang fail ler saya -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangat la Amy, more like perjalanan karier arwah Mokhtar Dahari di zaman kegemilangan dan kejatuhan. Ada main bola, tapi ala-ala tarian la.

      Delete
  27. ada jugak tengok promosi dia kat tv.. teringin nak tengok.

    ReplyDelete
  28. Taknah tgk teater..
    Maybe akan terlelap nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teater ala-ala abstrak tu memang le akan terlelap doc, tapi kalau teater muzikal ada tarian dan lawak, conform cerah mata sampai habis. p/s :dah bayar mahal sayanglah kalau tidur..hehe

      Delete
  29. CT tak pernah poe tengok teater. ada kawan ajak tengok citer ni tapi iols kan jauh di utara nun..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah