50 Idea Update Blog

Sunday, 7 September 2014

Assalamualaikum semua. Ni nak tanya pemilik-pemilik blog sekelian. Pernah tak di satu hari yang indah, keinginan post entry baru begitu membuak-buak tapi satu idea pun tak datang menyinggah? Benda tu pernah gak berlaku kat aku. Solusi? Aku mintak idea dari Inche Google. So, kat sini aku nak share dengan korang idea untuk update blog apabila writer's block tetiba menyerang berdasarkan 'kajian' yang aku buat. Campur sekali dengan idea aku jugak. Dah ready? Jom kita tengok...

1. Join giveaway/segmen blogwalking

2. Join 1 day 1 entry challenge.

3. Kenangan zaman sekolah

4. Filem kegemaran lakonan pelakon kegemaran. Contoh : 10 filem Johnny Depp paling aku suka

5. Resepi atau petua masakan

6. Kawan(atau kawan-kawan) baik korang. Personaliti diorang, cmane mula berkawan dan kenangan pahit manis bersama..ewah!

7. Pengalaman paling sedih seumur hidup

8. Perkara-perkara paling korang benci/suka

9. Macamana korang boleh terjebak dalam dunia blog

10. Review blog orang lain
11. Wishlist sebelum capai certain umur. Contoh : 30 perkara aku nak capai sebelum masuk umur 30 tahun.

12. Trend fesyen yang paling korang suka atau paling tak boleh terima

13. Tabiat pelik korang

14. Tempat tinggal korang. Sejarah, tempat-tempat menarik, directions... mungkin pekan kecil korang tu nampak je simple tapi ada keistimewaannya kan?

15. Cita-cita masa kecil yang tak kesampaian

16. Counter attack blog post orang lain. Katakanlah kalau ada blogger tulis 'Jangan kahwin dengan awek kaki tengok cerita Korea', korang balas blog post tersebut pas tu taruk link entry korang kat blog dia.

17. Review produk

18. Describe tentang keluarga korang. Mak, ayah, adik-beradik, anak-anak, suami.

19. Destinasi percutian idaman. Taruk gambar-gambar yang boleh membuatkan air liur meleleh. Jangan lupa credit kepada photographer.
 
20. Step by step cara-cara nak hasilkan sesuatu. Walaupun simple.

21.Tutorial blog. Kalau tutorial tu korang amik kat blog lain, jangan lupa kredit kat blogger tu. Kang kantoi yang korang ni memang tak faham sepatah haram coding tu.

22. Ciri-ciri lelaki/wanita idaman

23. Pengalaman korang semasa sakit.

24. Pengalaman kena tipu/scam

25. Kaji lirik lagu dari perspektif korang sendiri.

26. Petua-petua yang rare tak ramai orang tau
 
27. Binatang peliharaan korang.

28. Website, software atau apps berguna.

29. Keistimewaan tempat belajar/ tempat kerja korang.

30. Describe course yang sedang korang ambil atau pekerjaan korang sekarang. Kita rasa kerja kita biasa je, tapi mana tau bagi orang lain benda tu interesting.

31. Panduan membeli barang. Kalau pandai photography boleh suggest panduan membeli kamera. Kalau pandai masak, share panduan memilih ikan.

32. Pros and cons. Ala-ala karangan zaman sekolah. Contohnya : Keburukan dan kebaikan blogingg atau Perlukah anak-anak didedahkan dengan Gadget?

33. Surat untuk diri sendiri di masa akan datang.

34. Entry berbentuk soalan untuk meminta pendapat. Readers boleh jawab di ruangan komen

35. Respon kepada komen dalam blog post terdahulu.

36. Dream wedding. Kalau kahwin nanti nak cmane? Garden? Kat dalam castle? Dasar laut? Lagi merepek lagi best. 

37. Entry 'Katakanlah kalau...'. Contoh : Apa akan jadi kalau Youtube ditutup? atau Kalaulah Malaysia jadi tuan rumah World Cup..

38. Mengenang zaman kanak-kanak atau remaja korang. Ikon-ikon zaman dahulu kala yang budak-budak zaman sekarang conform tak faham. Macam 'Talian 600' atau 'Chat MiRC'. Tu semua cerita remaja awal tahun 2000-an.

39. Kenangan manis korang dengan someone, yang sekarang dah meninggal.

40. Hari korang kehilangan orang tersayang.

41. Hobi korang dan macamana tetiba minat tu datang.

42. Recommend tempat shopping yang best.

43. Beginner's guide untuk apa-apa je yang korang memang dah expert.

44. Review iklan. Iklan TV, iklan bercetak atau iklan radio pun boleh.

45. Review tentang tempat macam restoran, hotel, supermarket yang korang pernah pergi. Tak semestinya kena travel jauh-jauh kan? Kedai Cik Kiah kat depan rumah pun boleh

46. Perkara-perkara tentang korang yang orang tak tahu.

47. Struggle korang dulu sebelum dapat kesenangan sekarang. Contohnya cerita zaman menganggur ke, zaman takde kenderaan sendiri ke.

48. Pandangan peribadi korang tentang sesuatu isu semasa atau isu lapuk yang tak settle dari dulu

49. Cerita kenapa korang dah lama tak update blog atau blogwalking.

50. Buat list tentang idea update blog bila tak tau nak tulis apa. Cam aku buat ni.Hahaha! :)


The best part is, entry-entry macam ni boleh diperap dalam draf atau dijadikan entry scheduled-publish (cam aku buat ni) bila korang tengah busy giler-giler supaya blog tak berhabuk. Balik-balik share quotes dari FB atau copy n paste artikel orang pun boring gak kan?

Till then, tatatititutu! Happy Blogging!


54 comments

  1. Terbaik ah kak sal! Ana teringin nak buat no 16 tuuu. Thanks share idea. Syg kak sal! Ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, ana nak gaduh ngan blog mana tu? Hehe

      Delete
  2. wah..bagus nih, nanti kalau akak takde idea bolelah rujuk kat sini yek..:)

    ReplyDelete
  3. hehehe..boleh di guna pakai...

    ReplyDelete
  4. good ideas..kalau buat semua, dah ada 50 entry..byk tu..

    ReplyDelete
  5. kadang tu ada jugak yang lagi kronik. bahan ada, idea ada, cerita pun ada. tapi bila start duduk depan keyboard/monitor je, terus jadi blank mana nak start.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jadi gitu, tutup je PC, gi buat benda lain..tuan punya blog pun ladang-kadang otak jammed jugak.haha

      Delete
  6. Skrg ni akak ada idea tapi MALAS nk tulis huhu acane tu! Meh suntik vitamin sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kalau ada vitamin rajin tu saya pun nak sikit.bukan untuk blogging, tapi untuk benda-benda lain macam kerja dan packing beg untuk travel...

      Delete
  7. ha, sampai 50 kak Sal bagi idea. hahaha... saya pun macam kak JM. banyak nak tulis tapi malas and too busy. sobs

    ReplyDelete
  8. Good one Sal..kita pun tengah kekeringan idea ni. Memang sangat membantu..

    ReplyDelete
  9. Woww... memang amat memerlukan tips begini... kena save simpan nie... hehehe... tqvm sis... muashhh :D

    ReplyDelete
  10. boleh diguna pakai..
    apa2 pon idea lya hadir dr setiap aktiviti asya y dirakam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah ada asya...kita yang takde anak ni kena cari tips-tips macam ni..hehe

      Delete
  11. Itu dia! punyalah banyak pilih ajelah mana satu yg rasa sesuai ye tak..
    Idea baik..

    ReplyDelete
  12. Tips yg bermanfaat.. mmg membantu utk blogger yg tngh kelaut.. :D

    ReplyDelete
  13. hehe..nice idea..ok! dah ada idea nk buat entry apa..hehe..

    ReplyDelete
  14. hahahaha...ini sudah bagus!
    at least kalau mampu buat 30 ..dah ada stok entry utk sebulan! :P

    ReplyDelete
  15. Dik Sal Bee Yah,
    Org muda mmg selalu "kencang".
    Ada je idea.

    Anyway.. thanks for the tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,orang muda pun kadang-kadang blank gak kak Sham :p

      Delete
  16. dah baca semua tips idea di atas....tetapi masih takde idea nak update blog...camno?


    ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam aku cakap kat smbotak, tutup pc, gi wat kerja lain..haha.

      Delete
  17. Sally byk update kalau keluar..kalau dok umah bantu pinjam idea ye

    ReplyDelete
  18. selalunya klu x de idea , pi fb , paper online dan bw dulu . kekadang komen pembaca pun blh menghasilkan entry .

    ReplyDelete
  19. owhhh bagus gak idea-idea nih... selalu gak tade idea bile nak tulis blog tu. tapi lebih kepada tak berkesempatan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, selalunya masa yang tak ada..idea melambak

      Delete
  20. terbaiklah sal..bg akak idea nak up entry aetiap hari

    ReplyDelete
  21. nak buat cmane, dah gitu lah konsepnya...hehe

    ReplyDelete
  22. Thanks for the tips and idea. Sebab tgh buntu nih...hehehe..,

    Salam kenal kawan baru. Follow sini kembali ☺

    ReplyDelete
  23. Tips yang bagus nih.
    sis pon kadang2 kering idea gak.
    boleh lah guna pakai Tips2 ini.
    Thanks ya~

    ReplyDelete
  24. Bagus tips-tips ni. Ini kalau aku recycle balik idea guna tips ni bukan orang perasan pun. Hehehe.

    ReplyDelete
  25. pehhh!!! haha.. mama nak screen shot... senang nak buat entry!

    ReplyDelete
  26. pppergghhhhhhhhhhh.....memang terbaik dr ladang.........mencurah curah idea di ladang gandum..hahahahaha :)

    ReplyDelete
  27. wah banyaknye.. pilih-pilih mane pilihan hati ^_^

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum... sal bee yah,

    ok... thanks tip2 nie... dapat jugak idea , bukan apa kekadang kering idea gak... heheheh

    mselim3

    ReplyDelete
  29. wahhh..banyak gila idea tu sis... boleh lah nak praktikkan kat blog nti...hehe..
    salam kenal ya..follow sni #115.. :)

    ReplyDelete
  30. pd pengamatan sy laa...mereka yg kekurangan idea ni adalah mereka yg update blog tiap2 hari..atau 1 hari 3-4 entry...kalu cm sy ni...mmm jarang2...update pn tgk adn haahaha tqvm for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sesetengah orang memang suka update blog hari-hari.rasa gelisah je kalau tak up entry baru.

      Delete
  31. Banyak idea sis bg ni... rasa2 kekeringan idea, leh jenguk balik sini... hehe ;D

    ReplyDelete
  32. Hahaha. Bagusnya cik sal. Scha dh bookmark siap2. kot2 takde idea. macihh! hhe

    ReplyDelete
  33. Good idea Sal..... memang punnnn.... sejak 2 menjak ni rasa dah kering kontang dgn idea...

    ReplyDelete
  34. bagusnya banyak cadangan camni!!! boleh update blog 5 kali sehari la ni..hahaha
    menowizme.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. Banyak ni cadangannya. Terima kasih!

    ReplyDelete
  36. panjang berjela list...dah tak ada alasan kenapa tak update blog sbb idea tak muncul2... ;-)

    ReplyDelete
  37. bagusnya.. banyak idea tu kan.. ikut je :) hihihi

    ReplyDelete
  38. Mak oii banyak betul idea awak,Sal.
    Thanx a lot awak.
    Saya pun pernah thought block macam yang awak cakap tu.
    Tapi kalau nak join 10 days challenge tu macam malas jugak.

    ReplyDelete
  39. haaaa amek kau.. hahaha ni kalau tak ada idea jugak CT tak tahulah. tapi kak.. CT ni banyak jugaklah idea nak buat entry tapi huuurm masa saja halangan.

    ReplyDelete
  40. banyaknya!! thanks. sgt2 mmbntu time2 idea tgh kering ni

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Heh good idea lah kak...sangat-sangat membantu my syndrome writer's block ^_^

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah