Another schoolmate wedding - Inner rant

Thursday 4 September 2014

31 August 2014 - Najib & Fatin

Another schoolmate wedding...

Perkara pertama yang kita cari di majlis kahwin, dah tentu pengantin. One of them adalah kawan sekolah aku. Mungkin tak rapat, tapi pernah sama kelas setahun dua. Lama tak jumpa dia, so perkara pertama yang bermain di fikiran aku - Wow, dia dah berisi!

Kejam? Not really..aku cakap depan-depan dan dia hanya gelak. No hard feeling. Senyum.

Perubahan fizikal. Seiring dengan peningkatan usia, masing-masing pasti berubah. Walau inci tak bertambah tapi saiz badan dah pasti ada perubahan yang nyata. Ramai yang dulunya kurus melengking sekarang dah ada 'perut'. Yang dulunya berjerawat dan memakai gigi besi, kini berseri-seri. Ada yang dulu selekeh tapi kini dah bergaya. Ada yang buat kau tanya diri sendiri - Dang! Nape dulu aku tak ngorat dia? S**t, dia dah hot!

30 May 2011 - Linda & Zakry

Sebelum duduk, cari wajah-wajah familiar dulu. Walau tadi letih terperangkap dalam kesesakan, namun saat terpandang rakan-rakan yang dikenali lewat belasan tahun, senyum terus terukir. Makan? Tu boleh tunggu. Tanya khabar dulu. Bukan senang nak berjumpa begini sejak masing-masing ada komitmen sendiri. Tengok kawan-kawan sebaya masing-masing dah mengelek anak kiri kanan buat aku rasa tua. Bilalah ada rezeki nak jadi ibu..

9 Februari 2014- Diyana & Hakeem

Sambil makan, ada juga yang mengusik

"Kau bila lagi?".

Aku balas soalan tu dengan senyuman. Aku pandang keliling sambil mengira-ngira bilangan rakan-rakan yang belum kahwin. Ramai jugak yang sekapal.Aku jeling si Z. Z yang cantik tu pun tak kahwin lagi! Nak je aku cakap gitu, tapi takut Z sentap. Aku tengok W sekilas. Erm...dia ni pun bujang lagi. Agak-agak boleh tak aku masuk line? Soalan tu akhirnya hanyut dalam riuh-rendah majlis. Atau bila ada anak sesiapa yang menangis. Fuh, selamat!

6 May 2012- Nani & Shah

Zaman sekolah menengah, memang indah bila dikenang. Walaupun kami semua bersekolah di KL, hidup di bandaraya penuh cabaran, tapi Alhamdulillah semuanya turn out alright. Tiada yang tersasar jauh dalam mencari diri.

Ungkit cerita lama adalah topik lazim kami. Antara soalan yang sering diutarakan - Eh, budak yang rapat ngan kau dulu tu, sekarang apa cerita? Aku jawab -Entah la, lama tak dengar khabar.

Hakikatnya aku ada je add diorang kat FB, tapi somehow tak berniat nak mengulang balik memori zaman dulu. Tanpa sebab, kitorang makin jauh. Walau peluang keep in touch tu banyak, tapi masing-masing memilih untuk jadi 'kawan biasa' saja. Yup, mungkin kerana seiring masa, perwatakan seseorang tu berubah. Persahabatan adalah sesuatu yang sangat kabur di zaman remaja. Entah kenapa, susah betul nak kekalkan. Ada yang pernah rapat, tiba-tiba menjauh. Bila aku  teringat kembali a few ex-best friends, aku sendiri tak sangka yang kitorang dulu berkawan baik. Entahlah, mungkin kerana orang kata remaja adalah tempoh mencari identiti. Kita berkawan dengan banyak 'puak' kerana ingin merasa 'cara hidup' diorang.  Mana yang serasi, kita teruskan. Yang tak ngam, kita tinggalkan.

Cinta monyet? Aku dulu di zaman sekolah memang comot. Tak pernah ada pakwe. Crush dan abang angkat tu ada lah. Entahlah, aku takut nak bercinta. Tak tahu kenapa. Tak reti kot. Sekarang pun still tak pandai. Well, kalau aku pandai mesti sekarang dah kahwin kan?


1 Disember 2013 - Syafinaz & Omar

Peluang bergambar memang tak pernah dilepaskan. Bila lagi nak abadikan memori kan? Usai majlis, masing-masing ada tanggung jawab lain. Entah bila dapat jumpa lagi.

Thanks for reading this rant, peeps.. Sekadar luahan apa yang berlegar di fikiran sepanjang wedding schoolmate. Bila dengan diorang, rasa macam naik mesin masa lompat ke zaman persekolahan balik. Go back to the times when things are simpler.

3 February 2013 - Mas & Erul

48 comments

  1. rasa lain kan bila best friend kawen instead of friend. rasa happy sayu tu ada. terus teringat zaman sekolah meleleh-leleh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. True..rasa sayang nak lepaskan dia at the same time nak dia bahagia jugak.

      Delete
  2. seronok sgt klu dpt jumpa kawan lama camni.. lagi syok bila yg masih keep in touch tu mmg sekepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...ktorg jelah yang buat meriah kat situ. Hehe

      Delete
  3. Setuju sgt. Kalau jumpe kawan lama tu rasa cam kekok pun ade. Ana kalau jumpe kengkawan girl mesti diorg tanye "bila nak langsung majlisnye?" Kalau ngan kawan boy, "dah berpunye ke?" Alahai..perlu ke tanye soklan tuh? *lidah kelu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya yang dah kahwin yang suka bertanya . hehe. Jeles la tu tengok kita yang single ni hidup bahagia. Hahaha

      Delete
  4. Arol pun ada jugak best friends zaman sekolah tapi sekarang dah jadi kawan biasa jek. Friend dekat Facebook tapi tak pernah bertegur, padahal dulu masa sekolah setiap hari sms. Insyallah, giliran akak akan tiba juga nanti. Entah2 jodoh akak dengan schoolmate atau classmate? Mana tahu ada yang pendam perasaan kat akak dulu. Hehe. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .doakan akak ye

      Bab kawan baik tu memang pengalaman akak. Zaman sekolah punyalah rapat. La ni kalau jumpa rasa awkward. Sebab masing - masing dah berubah kan...

      Delete
    2. Haha. .doakan akak ye

      Bab kawan baik tu memang pengalaman akak. Zaman sekolah punyalah rapat. La ni kalau jumpa rasa awkward. Sebab masing - masing dah berubah kan...

      Delete
  5. Eh, terlupa pulak nak taip sekali!

    Tahniah, kak Sal! Most Wanted! #4 bulan Ogos. Terima kasih ye! :)

    ReplyDelete
  6. Akak tak pandai bercinta, entah kenapa kawen awal. Kitorang bercinta lepas bertunang...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap saya pun nanti macam tu jugak...hehe

      Delete
  7. bila keluar ayat 'kau bila lagi'..part tu mmg sensitif bagi akak..bukan senang oi nk cari calon suami bukan seperti cari ikan di pasar...Jodoh kan hak Allah..kalau dah jodoh..ada lah nanti ye dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. .yang sekapal je faham kan . tapi kalau diorang tanya tu sekadar mengusik je. Saya tak ambil hati

      Delete
  8. Alhamdulillah kitorang still keep in touch. Masing - masing dah ada hidup sendiri kan so memang ambil kesempatan time wedding ni nak bertanya khabar

    ReplyDelete
  9. Seronok bila best friend kawin.. tahniah. Semoga sentiasa ceria dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. .seronok tengok kawan - kawan jumpa kebahagiaan sendiri. Terutamanya yang kita tahu dah banyak kali kecewa.

      Delete
    2. Allah pasti menganugerahkan kebahagiaan kpd hambanya bila sampai waktunya.. Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.. :)

      Delete
  10. dah macam reunion kan Sal..tapi memang bestlah jumpa kengkawan sekolah ni..bab soalan2 cepumas tu biasalah..dah boleh agak dah kan..senyum je lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh elakkan soalan tu. Saya sangka baik yang diorang pun nak saya merasa kebahagiaan yang diorang tengah rasa . doakan saya tau kak ana. ;)

      Delete
  11. kawan lama zaman sekolah dulu ada gak jumpa kat FB but since tak suka dah FB, terpisahla semula, mana yg sempat amik phone no, sekarag ni wasap2 je.
    Akak doakan Sal yea, doa ihklas dari sorang kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah tak suka fb.tapi since kat situ je boleh contact kawan - kawan lama, so bertahan jela
      Thanks kak azimah, doakan saya.amin...Allah maha mengetahui

      Delete
  12. Huhuhu... berderet2 ambik giliran yer... Selamat Pengantin Baru buat kawan2 Sal tu... :)

    ReplyDelete
  13. adooiyai CT pun ada dapat banyak jemputan kawan kawan nak kawen. stress sebab sendiri calon pun tak ada. kekekek. orang lain branak pinak dah. maneeeeee ni putera rajaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyo, kuda putera raja patah kaki tu yang tak sampai-sampai lagi..haha

      Delete
    2. alaaaa kalo gitu bilaa mai ketemu ni.. huuuu..

      Delete
  14. Waahh rajin betul Sal gi majlis kawin kengkawan. Saya dulu taklah rajin sangat.
    Alah, nanti adalah jodoh awak. Insyaallah.
    Tak perlu terburu-buru.
    Saya dulu memang niat nak kawin awal sebab dah ga*a* sangat. Uhuksss..sakit pulak anak tekak ni..Daaa..xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, takpelah jodoh dah sampai kan.awal lah bagus.by the time kita tua anak pun dah besar..hehe

      Delete
  15. So sweet kan bila dapat jumpa semula rakan-rakan lama

    Semoa cepat bertemu cinta hati ya

    ReplyDelete
  16. Bestkan jumpa kawan-kawan lama...part perubahan tu memang ketara ..he..he. Yalah masing-masing dah dewasa kan..pasti ada cerita dan gaya tersendiri..he..he..apa-apa pun tahniah untuk kawan-kawan sala yang dah selamat...

    ReplyDelete
  17. Zaman skolah mmg beshhh!!! Klo leh ulang rasa nak ulang :)

    Erk kawan sha pun slalu cakap sha da berisi biler lama tak jumpa ekekeke

    ReplyDelete
  18. Salam...seronok kan, jpa kawan lama. Akak dgn kekawan mmg tiap2 tahun buat reunion. Kitorg rapat dr darjah 1, sbb skolah kampung, kan...hihi

    ReplyDelete
  19. Macam ala2 reunion...
    Salam hujung minggu Sal

    ReplyDelete
  20. tiba-tiba rasa macam baca luahan hati sendiri... hahaha...

    betul kan, kawan rapat zaman sekolah kekdg bila terserempak skrg dah macam org baru nak kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kadang-kadang sebab dia dah lain, atau kita dah lain, tu yang macam 'orang baru'

      Delete
  21. Jumpa balik dgn kawan2 lama mmg best.. btw Selamat pengantin baru buat kawan sal..=D

    ReplyDelete
  22. seronok jumpa kawan lama..

    ReplyDelete
  23. bile jmpa kawan kawan lama memg kite tfk sape bujg sape dh kawen pastu citer lama pun teekeluar sume

    ReplyDelete
  24. seronok berkumpul mcm gini.. amik aura pengantin ye?

    ReplyDelete
  25. bla lg nk dpt jumpa kn kalu bkn time2 gini..barakallah utk semua

    ReplyDelete
  26. terpulang kpd diri sendiri nak contact balik or not. ada yang diam je, ada yang kecoh di fb. so, apa yg mampu scha buat, hanya skroll, skroll dan skroll newsfeed fb. tengok perkembangan masing2.

    ReplyDelete
  27. Pandai awak mengolah cerita Sal..... ada aje idea awak tu.....
    Dah sampai jodoh mereka.... jodoh kita mungkin hujung tahun ni siapa tahu betul tak Sal?..... Mereka bertanya tu bukan bermaksud apa apa sekadar bertanya, sekadar nak mulakan perbualan....
    Sal yg pasti bila bujang lagi ni boleh bebas jer nak tengok teater hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..idea tu ada, tapi selalunya batasan masa je.
      kak OKje doakanlah ye.. :)
      haha, menikmati zaman bujang selagi boleh

      Delete
  28. teringin jugak nak jumpa kawan-kawan lama.. berkumpul dan borak2..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah